7.0 : “I guess she is someone special”
“UMMI,” Noah membaringkan kepalanya di atas paha Puan Narleen. Here we go, the clingy Noah Hayden in da house yo!
“Macam mana sekolah? Okey?” Rambut Noah diusap lembut. Semalam dia tak sempat bertanya kerana banyak urusan di butik jadi dia terpaksa pulang lewat. Semasa dia balik rumah semalam Noah sudah tidur.
“Okeylah, tak ada apa yang best pun.” Muka bosan ditayangnya. Tangannya bermain-main dengan rambut Puan Narleen. Dalam rumah kan, takkan nak pakai tudung. Buang tabiat ke apa.
“Ada buli orang tak? Siap Noah eh kalau ummi kena panggil oleh pengetua sekolah kamu.” Hidung Noah dipicit perlahan. Anak dia yang seketul ini bukan boleh percaya sangat, dulu masa tingkatan tiga, baru sehari masuk sekolah sudah kena buang sebab patahkan tangan pelajar.
“Eh ummi ni, mana ada Noah buli orang.” Noah memuncungkan mulutnya. Aku elok saja tolong orang kena buli, alih-alih ummi tuduh aku pula buli orang. Sampai hati, ummi! Hmph!
“Alolo muncung pula dia eh? Yalah, yalah ummi minta maaf.” Puan Narleen ketawa kecil. Ada-ada saja Noah ini. Boleh pula dia buat muncung itik macam tu. Ikat guna getah karang baru tahu.
Noah terus ukir senyum. Haih, manja betul kau dengan mak kau kan? Eh biarlah, mak dia, dengki kenapa?
“Budak sekolah sana macam mana?” Dia kembali menyoal. Bukan apa, dia kenalah tahu persekitaran Noah, dengan siapa dia berkawan, macam mana perangai kawan dia, nanti silap hari bulan salah kawan, naya jadinya. Tu nasib baik si Rayyan tu elok perangainya walaupun tak sekolah.
“Hampeh! Banyak pembuli.” Bibirnya diherotkan. Bila dia teringat budak-budak yang buli Inara, sumpah bengang. Bukan apa, tak masuk akal betullah mereka buli Inara sebab dia dari keluarga susah. Dia itu sudahlah tak ada mak ayah, tak kesian ke?
Wah wah, marah nau kau ya Noah?
“Eleh Noah pun dekat sekolah sebelum ni apa kurangnya, pembuli nombor satu.” Puan Narleen mengenakan anaknya. Cakap orang, tak sedar yang diri sendiri tu pembuli terulung. Noah, Noah.
“Eh Noah tak buli orang suka hati okey. Noah buli yang mana memang layak kena sebijik dengan Noah saja.” Laju dia menjawab. Tapi memang betul pun, dia belasah yang cari pasal dengan dia saja, tak pun yang cabar berlawan dengan dia. Kalau orang tu diam-diam, tak cari masalah, Noah chill saja.
“Oh ada beza eh?” Usik Puan Narleen. Suka bila tengok Noah tayang muka tak puas hati.
“Adalah, ish ummi ni kan.” Noah mengembungkan pipinya tanda merajuk. Kalau difikirkan, memang beza 360 darjah perangai Noah bila dekat luar dan bila dekat dengan Puan Narleen.
YOU ARE READING
Until We Meet Again
Teen FictionTentang bunga yang ditinggal tidak berduri. In his fading breath, a promise lies, Held by her, beneath silent skies, Bound by time yet worlds apart, Love endures within her heart, Whispering soft, "Wait for me." Also known as Path: Noah Inara Cover...