⛓️ : 028

3.1K 280 318
                                    

28

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

28.0 : “Aku terima nikahnya
+ Jangan baca dekat public, sekian.

INARA duduk di hadapan cermin besar di dalam bilik surau hospital, memandang pantulan wajahnya sendiri. Tubuhnya tersarung cantik busana pengantin. Masih segar diingatannya saat Noah melamarnya minggu lalu.

“Will you?”

Jantungnya bagai terhenti. Dia mahu melarikan matanya dari panahan mata Noah namun gagal. Otaknya masih lagi memproses kata-kata Noah sebentar tadi. Matanya akhirnya bergerak memandang Insyirah dan Puan Narleen yang sedang berdiri bersama tidak jauh dari mereka.

Kedua wanita itu mengangguk perlahan sambil tersenyum lembut tanda memberi kebenaran. Layla pula dilihatnya sudah menunjukkan reaksi teruja. Begitu juga dengan mereka yang lain yang turut berada di situ.

Bismillahirrahmanirrahim.

Inara menganggukkan kepalanya.

“Yes?” Tanya Noah meminta kepastian. Hujung matanya sudah terlihat mutiara jernih. Demi Allah, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaannya tika ini. Entah berapa kali dia bermimpi untuk detik ini, akhirnya ia menjadi nyata.

“Yes.” Inara mengangguk lagi. Dia mahu menjadi isteri Noah, setia menemani hingga ke saat akhir lelaki itu dalam keadaan mereka yang sudah halal.

“Hei, menung apa tu?” Lamunan Inara terhenti pabila Insyirah menyentuh lembut bahunya. Kakaknya kelihatan ayu berbaju kurung. Duduknya dia labuhkan di sebelah Inara.

“Takde apalah kak.” Inara senyum cuma melihat Insyirah yang sudah melabuhkan duduk di sebelahnya.

“Kejap lagi nak jadi isteri orang dah adik akak ni.” Pipi Inara diusapnya lembut. Takdir tuhan tiada siapa dapat meneka. Baru saja minggu lalu dia bergurau tentang perkahwinan dengan adiknya, tahu-tahu gurauannya benar-benar terjadi. 

Inara senyum lagi. Tak pernah terlintas dalam fikirannya menjadi isteri orang pada usia yang muda begini. Mungkin sudah sampai seru.

“Akak nak pesan sikit ni, bila dah jadi isteri orang kena pandai hormat suami. Suami tulah syurga Ara lepas ni. Jangan melawan cakap dia, jaga suami zahir dan batin.” Lembut Insyirah memberi pesanan.

“Kak Irah doakan rumah tangga Ara kekal sampai ke jannah.” Terasa getar pada hujung ayatnya. Tipulah kalau dia tak punya rasa sedih melepaskan adiknya untuk menjadi isteri orang.

Insyirah menarik Inara ke dalam pelukannya. Air mata yang dia tahan akhirnya mengalir jua. Beberapa ketika kemudian, bunyi orang ramai kedengaran dari ruang tengah surau.

“Dah, jomlah pergi depan, pengantin lelaki dah sedia tu.” Pelukan dileraikan. Sempat dia menyapu bersih air mata Inara sebelum mengiringnya bergerak ke bahagian dalam surau.

Until We Meet Again Where stories live. Discover now