EPILOGUE : “Have we met before?”
DIA mengerling sekilas jam di tangannya. Jarum jam sudah hampir menginjak angka tujuh menandakan waktu solat mahgrib sudah hampir tiba. Orang ramai yang lalu-lalang di dalam pusat membeli-belah itu diperhatikannya setiap satu.
“Mana along ni?” Gumamnya sendiri. Jam tangannya dikerling sekali lagi. Sudah hampir satu jam dia berdiri di situ.
Inilah Melayu, janji jam berapa datang jam berapa. Cubalah contohi orang dekat negara Jepun tu. Janji jam lapan tapi pukul tujuh sudah terpacak. Dasar Melayu tak bertamadun! Yura Azalea membebel sendiri dalam hati.
Dalam dia merungut sendiri, tiba-tiba ada satu adegan yang menarik berlangsung di hadapannya. Adegan di mana seorang budak lelaki terlanggar lelaki yang sedang membelakangi dirinya tika itu.
Ibu kepada kanak-kanak lelaki itu menundukkan 90 darjah tubuhnya meminta maaf sedangkan lelaki itu hanya menggeleng perlahan tanda tidak mengapa. Dilihatnya lagi wanita muda itu memarahi anaknya dengan memulas telinganya. Tumpah pula rasa kasihannya. Budak-budak, biasalah tu terlanggar orang.
Setelah selesai sesi memarahi, si ibu dan si anak pun beredar. Hailah orang Malaysia, suka sangat buat drama tengah-tengah orang ramai. Azalea menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum sedikit. Cukup masak dengan perangai orang kita.
Senyumnya mati tika bertentang mata dengan lelaki tadi untuk sesaat. Ada satu rasa ganjil yang tiba-tiba hadir dalam jiwanya.
Kakinya laju diatur mengejar figura lelaki asing itu. Jujur, dia sendiri kurang pasti akan tindakannya. Namun entah kenapa, naluri mengatakan padanya untuk berbuat demikian.
Sedar atau tidak, dia sudah berada di luar kompleks membeli-belah tersebut. Kepalanya ditelengkan ke kiri dan ke kanan, mencari lelaki itu.
“Aduh!” Azalea mengaduh sakit tika tubuh kecilnya tersadung baru. Perit dirasakan pada tangannya pabila terhiris tar jalan. Rasa sakit segera diusir sebelum dia bangkit semula. Matanya melilau mencari kelibat lelaki tadi.
Hampa. Dia kehilangannya.
“Are you following me?” Satu suara yang kedengaran sangat biasa pada telinganya menegur dari belakang.
Tubuhnya segera dipusingkan dan kali ini, dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan lebih jelas berbanding tadi. Azalea berdiri statik. Lama dia memerhatikan wajah lelaki itu. Hairan. Wajahnya sangat asing namun dia merasakan bahawa dia sudah mengenalinya lama.
“Noah?” Suaranya kedengaran sedikit bergetar. Mulutnya menyebut satu nama yang dia sendiri tidak pasti siapa pemiliknya. Tanpa sedar, matanya berkaca melihat lelaki yang berada di hadapannya tika itu. Hatinya seakan sarat dengan rasa rindu.
Lelaki itu juga tidak kurang samanya terkaku. Matanya tidak berkelip memandang Azalea. Entah kenapa dadanya terasa sakit melihat mutiara jernih yang bertakung di mata wanita yang dia sendiri tidak tahu identitinya.
“Have we met before?”
is it happy ending or sad ending? anda tentukan sendiri. dengan ini, saya secara rasminya menamatkan cerita ini di sini.
gurau HAHAHAHHHAH see yall in book 2 hehe! saya tak kejam k nak buat sad ending hmph! saurrr, book 2 is about the reincarnation of Noah and Inara. ya, kisah cinta mereka kembali bertemu di kehidupan yang seterusnya. in another life. sebab tu kalau perasan, saya banyak mention pasal in another life hehe.
no more Noah Inara after this and say hello to their new identity and name, Atlas and Azalea. hm tu je la kut, malas nak bebel pepanjang. gi la baca :p
PATHS: NOAH INARA
melabuhkan tirai.adios! 💋
YOU ARE READING
Until We Meet Again
Teen FictionTentang bunga yang ditinggal tidak berduri. In his fading breath, a promise lies, Held by her, beneath silent skies, Bound by time yet worlds apart, Love endures within her heart, Whispering soft, "Wait for me." Also known as Path: Noah Inara Cover...