⛓️ : 030 - END

3.9K 387 413
                                    

30

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

30.0 : “You are beautiful”

INARA memandang senyap Noah yang sedang menonton filem I Origins. Tanpa suara, Noah memanggil Inara melalui gerak mata. Pedih untuk diakui, Noah tidak lagi boleh berbicara walau sepatah. Hanya boleh menggerakkan beberapa anggota tubuhnya dengan kadar perlahan.

“Abang nak tidur?” Tanya Inara setelah mengalihkan komputer riba ke atas meja.

Noah menggeleng perlahan.

Setiap saat Inara menyaksikan keadaan Noah, hatinya terasa seakan dirobek. Noah yang dulunya selalu menjadi pelindung buat dirinya kini sedang bertarung dengan nyawa. Dan untuk itu, Inara bencikan dirinya kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Walau sekuat apa Inara meyakinkan diri bahawa semua akan menjadi normal seperti sedia kala, takdir Tuhan tiada siapa dapat mengubah.

Inara menutup matanya sebentar, cuba mengumpul semula kekuatan.

“Hm? Ada apa, abang?” Cepat-cepat dia membuka matanya semula pabila Noah menyentuh lembut tangannya.

Noah membuka mulut, cuba untuk berkata sesuatu namun gagal. Matanya diliarkan sebelum diisyaratkan ke arah telefon pintarnya. Tidak menunggu lama, Inara mencapai objek nipis itu. Aplikasi notes dibuka lalu diserahkan pada Noah. Ianya agak lambat namun jari Noah masih lagi dapat menari di atas skrin.

Inara membaca perlahan ayat yang terpampang di skrin telefon Noah.

If I know those words I spoke a week ago would be my last, I would choose them carefully.

Tanpa dipaksa Inara tersenyum. Dagunya ditopangkan membalas pandangan Noah.

“You weren’t happy with those words?”

Perlahan-lahan, Noah mengangguk.

“Kalau abang ada peluang kedua, apa ayat yang abang nak cakap?” Sejujurnya, berat untuk Inara bertanya. Dia tidak mahu mendengar ayat yang satu itu. Hatinya tidak kuat untuk ayat itu sekarang.

“How many words are there?” Soal Inara.

Noah menunjukkan angka tiga dengan jarinya dengan perlahan.

Perut Inara terasa sebu. Please, not that words abang. Nara tak kuat. Reaksi wajahnya dikawal, takut jika Noah perasan.

“Tiga patah perkataan saja?” Inara memaksa bibirnya untuk senyum. “Menarik...”

Please... Please don’t say them.

Jari Noah menari perlahan. Menaip patah perkataan yang dia ingin katakan. Tangannya bergetar, menyebabkan Inara sukar meneka huruf apa yang Noah sedang tuliskan. Inara menarik nafasnya sedalam mungkin, kalau benar apa yang Noah ingin katakan padanya ialah tiga perkataan itu—

Mata Inara sedikit membulat memandang skrin yang Noah tunjukkan padanya. Ianya cuma—pujian yang ringkas.

You are beautiful.

Until We Meet Again Where stories live. Discover now