21.0 : “Annasya Daneen”
“BOLEH tak?” Noah membantu Inara berdiri. Macam yang Inara bagitahu semalam, hari ini dia sudah boleh keluar hospital. Dan seperti yang dijanjikan, Noah nak bawa Inara keluar. Entah apa-apa saja perangai. Sepatutnya kau bagi Inara tu rehat dekat rumah, bukan ajak dia keluar.
“Boleh, boleh.” Inara berdiri perlahan. Insyirah di tepinya dilihat sedang mengemas pakaian Inara masuk ke dalam beg. Tongkat kaki Inara kepitkan di ketiaknya.
“Noah nak bawa Ara pergi mana ni, hm?” Insyirah mengangkat tinggi keningnya ke arah Noah. Terkejut jugalah dia bila Noah tiba-tiba minta izin nak ajak Inara keluar lepas keluar dari hospital. Macam ada hal penting saja lagaknya. Tak apalah, lagipun dia percayakan Noah jadi dia izinkan saja.
“Adalah, kak Irah jangan risau, saya tak buat benda bukan-bukan dekat adik akak ni.” Noah sengih tayang gigi pada Insyirah. Eh? Sejak bila kau jadi geng dengan Insyirah ni? Cepat eh ambil hati bakal kakak ipar.
Insyirah cuma menggelengkan kepalanya beberapa kali. Macam-macamlah perangai budak-budak sekarang ni.
“Pergi dulu kak,” Inara menyalam hormat tangan Insyirah. Noah pula menundukkan tubuh 45 darjah tanda hormat. Selesai meminta diri, Noah dan Inara berjalan keluar dari bilik wad. Mata Noah tak lepas memantau keadaan Inara.
“Betul-betul langkah bendullah nampaknya gini.” Terletus tawa geli hati di bibir Insyirah. Dia memerhati dari belakang dua figura itu hingga hilang dari pandangan.
“Kau lapar tak? Kita singgah makan dulu.” Noah menutup pintu keretanya. Kejap. Kereta? Yalah kereta, takkan Noah nak bawak motor pula aduh agak-agaklah der kesian dekat Inara tu. Jangan risau, Noah dah ada lesen hasil daripada peras ugut dia. Biasalah, Noah kalau tak dapat dengan cara lembut dia guna cara kasar. Jangan lupa sisi Noah Hayden yang satu lagi.
“Kereta siapa ni?” Inara bertanya sambil memerhati isi kereta itu. Mewah! Audi R8 kalau tak salah dia. Alah, mak dia ada butik taraf antarabangsa, memang tak jadi masalah kalau setakat nak beli kereta sebijik macam tu. Best betul kan jadi kaya?
“Kereta aku.” Balas Noah pendek.
“Mesti mahal kan?” Tanya Inara lagi, masih tak habis menodai isi kereta Noah dengan matanya. Inara, Inara, kalau sehari tak comel tak boleh ke?
Noah mengeluh perlahan.
“Aku tanya ni, kau lapar tak? Kalau lapar kita singgah makan kejap.” Dia tayang muka pasrah. Bukan apa, risau kalau perut Inara tu kosong tak berisi. Inara tu bukannya sihat mana. Dah tahu tak sihat yang kau gatal nak ajak keluar tu buat apa?
Diamlah!
“Eh tak apa, saya tak lapar lagi.” Inara menggelengkan kepalanya. Kali ni memang betul-betul dia tak rasa lapar. Tadi sebelum Noah datang Inara dah makan dengan Insyirah.
YOU ARE READING
Until We Meet Again
Teen FictionTentang bunga yang ditinggal tidak berduri. In his fading breath, a promise lies, Held by her, beneath silent skies, Bound by time yet worlds apart, Love endures within her heart, Whispering soft, "Wait for me." Also known as Path: Noah Inara Cover...