⛓️ : 020

3.3K 413 172
                                    

20

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

20.0 : “You scared me to death”

“NOAH! Ya Allah, Ara!” Suara Layla kedengaran. Kelihatan ada beberapa guru yang turut sama berada di situ. Arshad dan Cairel juga tak ketinggalan. Semuanya pamer riak terkejut.

“Apa jadi ni? Noah? Apa jadi dekat Ara?” Layla menyentuh perlahan wajah Inara yang sedang memucat. Tanpa dipaksa air matanya mengalir deras.

“Nanti aku cerita. Sekarang ni kita kena bawa Inara pergi hospital. Cikgu tolong telefon ambulans.” Dalam suaranya yang bergetar, Noah menyapu air matanya sendiri. Wajahnya comot dengan darah Inara. Perlahan dia mengangkat tubuh Inara yang tak sedarkan diri.

Arshad dan Cairel cuma memerhati senyap. Tak pernah mereka nampak Noah dalam keadaan begitu. Matanya masih lagi ketara kacanya. They said, you can see a man really love his girl when he’s willing to tears up for her.

Lebih kurang 30 minit, siren ambulans kedengaran. Tubuh Inara terus diusung masuk ke dalam ambulans. Alat pembantu pernafasan dipasang. Seketika kemudian kenderaan itu keluar dari kawasan sekolah.

“Cikgu, saya ikut boleh?” Pinta Noah pada Cikgu Damia. Keadaannya jelas nampak tak terurus. Darah mewarnai pipi dan tangannya. Kemeja putihnya juga sama berubah warna.

Kalau dia pakai blazer mungkin taklah nampak sangat kesan darah memandangkan blazer di sekolah mereka berwarna maroon. Tapi disebabkan blazer miliknya dia sarungkan di tubuh Inara untuk menutup auratnya, maka Noah tak punya blazer padanya sekarang.

Cikgu Damia menghela nafasnya perlahan. Pusing kepalanya! Fikirnya Raisya dan Haurah akan berubah selepas digantung sekolah, tapi lain pula yang jadi. Tambah teruk!

“Bersihkan muka dengan tangan kamu dulu. Lepas tu kamu ikut cikgu pergi hospital. Lagi satu, cikgu dah buat report polis dan cikgu nak kamu jadi saksi. Boleh?” Wanita itu senyum sedikit buat Noah. Dia tak tahu apa hubungan Noah dan Inara tapi dia tahu yang sekarang ni Noah memang sangat risaukan Inara.

Noah mengangguk perlahan sebelum kakinya digerakkan menuju ke tandas, membersihkan kesan darah yang melekat padanya.

“Cikgu kalau saya nak ikut sama boleh tak?” Layla menarik perlahan hujung baju kurung Cikgu Damia. Matanya tak berhenti mengalirkan air mata.

Kalaulah aku temankan Ara pergi tandas tadi, mesti semua ni takkan jadi. Mesti Raisya dengan Haurah tak pukul Ara. Ara pun mesti tak perlu nak kena hadap semua ni sekali lagi. Layla terus-terusan menyalahkan diri sendiri.

Arshad dan Cairel setia menemani Layla di belakang. Mereka pun sebenarnya sama nak ikut pergi ke hospital. Siapa saja tak risau bila tengok keadaan Inara macam tu.

Until We Meet Again Where stories live. Discover now