⛓️ : 026

1.9K 214 150
                                    

26

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

26.0 : “Just allow me to love you

NOAH terjaga dari tidurnya. Matanya menenyeh perlahan matanya sebelum dia melihat sekujur tubuh yang sedang lena dalam keadaan sedang duduk sambil kepalanya direbahkan di atas katil. Noah cuma memerhati senyap wajah Inara yang tenang tidur.

Honestly, I had no idea you would mean this much to me when we first met.” Perlahan suaranya berbisik. Hujung mata Inara dilihatnya masih lagi tersisa kesan air mata. Did she cried last night? Soalnya dalam hati.

You don’t have to go this far for me, Nara.” Nafasnya dihela berat. Walaupun semalam Noah berkasar kata dengannya, Inara tetap berkeras tak mahu tinggalkan dia. Sejujurnya dari mula Noah sudah tahu hubungan mereka tak akan kekal lama. Penyakit yang dia ada bukan penyakit yang boleh sembuh.

What should I do Nara, I love you so much that I can’t let you go.” Noah mengeluh lemah. Sakit. Kenapa dia yang harus lalui semua ini? Tika dia sudah jatuh cinta, kenapa takdir enggan merestui mereka? Mungkin memang benar bahagia selamanya itu tak wujud.

“Noah?” Suara Inara menyedarkannya dari lanunan. Inara menggosok lembut matanya menghilangkan kantuk. Tudungnya kelihatan kusut.

“Kenapa kau tidur sini?” Dingin Noah menyoal. Pandangannya sengaja dialihkan dari memandang Inara. Dia lemah tiap kali melihat gadis itu.

“Masih nak bergaduh pasal semalam?” Inara menghela nafasnya perlahan. Dia cuba untuk faham Noah tapi lelaki itu kelihatannya masih mendukung ego. Inara tak pernah minta untuk Noah berkorban apa-apa untuknya, cukuplah dia membenarkan Inara setia dengannya.

Noah merengus kasar.

“Aku sak-” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Inara sudah memotong dengan lebih pantas.

“Saya tahu! Saya tahu awak sakit, Noah!” Dia meninggikan sedikit suaranya. Bukan itu yang Inara mahu dengar. Aku sakit, aku sakit, aku sakit. Dia tahu! Tak perlu nak ulang banyak kali kerana dua perkataan itu cukup meretakkan hatinya. Apa yang mahu didengarnya tika ini cumalah keizinan dari Noah untuknya setia menemani hingga saat akhir!

Before, you promised me you never leave me and now you want me to leave you instead? Noah Hayden are you for real? Nafas Inara turun naik. Cukup selama ini dia tinggalkan Noah berperang sendiri. Matanya berkaca.

Noah jelas terfaktab. Dadanya sakit melihat air mata yang mula mengalir di pipi Inara. Kenapa susah sangat Inara nak faham yang dia buat semua ni untuk Inara sendiri!

I’m doing this for you Nara! I don’t want to hurt you any further! Suaranya juga mula naik. Bibirnya digertap kuat, cuba menghalang air mata dari bertakung di kolam mata.

By asking me to leave you? You did nothing but hurting me, Noah! Inara menggelengkan kepalanya. Tinggalkan Noah untuk kepentingan dirinya? Jangan bergurau!

Until We Meet Again Where stories live. Discover now