"Bagi saya roti bakar satu set, minum ermm.. nak horlick suam" kata seorang lelaki berumur awal 30 an yang bertubuh sasa di sebuah kedai mamak di tengah bandar Kuala Lumpur.
Udara pagi memang sejuk dan segar, pelayan tersebut memasukkan pesanan lelaki itu melalui smartphonenya dan terus berlalu pergi. Tinggallah lelaki itu sendirian di meja bernombor 26.
"Encik Luqman?" secara tiba-tiba dia disapa oleh seorang lelaki lewat 20 an.
"Eh?! Jefri rupanya, silakan duduk" balas Luqman.
Jefri duduk berhadapan Luqman sambil tersenyum.
'Comel juga budak Jefri ni' dalam hati Luqman berkata.
Jefri turut memesan makanan dan mulakan urusannya dengan Luqman. Jefri adalah seorang penjual insuran dan pelaburan untuk sebuah bank di Malaysia dan dia mengenali Luqman melalui sahabatnya Saiful yang mencadangkan Jefri untuk mengambil Luqman sebagai salah seorang kliennya.
Sepanjang penerangan Jefri tentang insuran, minda Luqman hanya fokus pada kecomelan Jefri yang berkulit putih, berkaca mata dan berpipi tembam itu. Luqman sememangnya cair melihat wajah Jefri dengan rambut potongan upper cutnya.
Selesai penerangan Jefri, Luqman terus bersetuju dengan skim pelaburan Jefri. Sebenarnya Luqman sudah memiliki banyak pelaburan dan insuran namun oleh sebab Jefri bersungguh-sungguh mahukan Luqman sebagai kliennya, Luqman hanya bersetuju, lagipun memang dia cair melihat Jefri.
Jefri sangat gembira kerana Luqman bersetuju untuk jadi kliennya, mana tidaknya seorang usahawan muda dan kini antara orang terkaya di Malaysia ada di depan mata.
Sememangnya Jefri tidak mahu lepaskan peluang untuk menambah klien dan seterusnya menambah pendapatan juga.
"Dah berapa lama Tuan Luqman kenal Saiful"? soal Jefri.
"Kau janganlah nak bertuan-tuan dengan aku, panggil Luqman je. Jawapan untuk soalan kau tu, aku baru lagi berkawan dengan Saiful tak sampai setahun pun" balas Luqman.
"laa.. baru lagi tapi nampak macam dah kawan lama sebab rapat sangat" sambung Jefri.
Luqman hanya tersenyum. Jefri terpana melihat senyuman Luqman yang menawan.
'Memang patut pun ramai yang tergilakan Luqman ni, tubuh sado kulit kuning langsat, mata hazel dan muka bersih tanpa jerawat' hati Jefri berkata.
"Kenapa tengok aku macam tu? macam nak makan orang je" kata Luqman.
Jefri tersedar dari lamunannya
"Eh tak ada apalah" balasnya sambil tersipu malu.
Luqman tahu yang Jefri juga "sekapal" dan dia sengaja mengusik Jefri.
"Bagi saya sehari dua untuk siapkan dokumen perjanjian kemudian Encik Luqman boleh lah tanda tangan untuk sahkan" pinta Jefri.
"Okey boleh" balas Luqman.
Selesailah urusan mereka dan sebelum berpisah mereka berjabat tangan.
Luqman bangun meninggalkan Jefri yang sedang sibuk mengemas dokumennya. Selesai membayar di kaunter Luqman menuju ke kereta dan menutup pintu kereta.
Tiba-tiba dia menerima pesanan dari messenger Facebook dari Saiful berbunyi - 'Free ke hari ni? jom lunch sama'.
Luqman membalas - 'Ye boleh, kita berdua je?'
Saiful pula membalas - 'Faizal dengan Zack ada'
Luqman tersenyum sebelum membalas - 'Yeahh boleh la foursome hahaha'
Saiful hanya membalas dengan emoji kiss.
Luqman menghidupkan enjin kereta Honda HR-V putih dan bergerak keluar dari parking kereta di kawasan kedai mamak tadi.
***
Hai para pembaca, nama Aku Luqman dan selamat datang ke hidupku.
Bersambung..
YOU ARE READING
MR. OTOT : MERAH (Siri 1)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda. Luqman, seorang lelaki yang memiliki nafsu yang besar. Sentiasa tewas dengan godaan namun tetap seorang sahabat yang baik. Kisah hitamnya bermula sejak dari kecil sehing...