22 | Cadangan

10.9K 126 11
                                    

“Hmm..memang agak rumit masalah ni Luqman. Kau nak aku tolong apa?” Azuan dihujung talian.

“Aku cuma nak gambar aku tu lesap dari internet dan dipadam. Tapi aku pun tak pasti macam mana” kata Luqman.

“Kalau kau nak, aku boleh minta tolong seorang hacker untuk padamkan dari internet. Tapi…” balas Azuan kedengaran ragu-ragu.

“Tapi apa? Hacker tu minta bayaran ke? Tiada masalah” balas Luqman

“Bukan itu. Masalahnya kalau pun kami berjaya padam gambar tu dari internet. Sofia tu masih boleh upload sekali lagi. Kita kena dapatkan gambar original dan salinannya  barulah selamat” jelas Azuan panjang lebar.

Luqman berfikir sebentar. Apa yang dikatakan oleh Azuan tu ada betulnya.

“Okey, tak apa. Yang tu biar aku yang selesaikan sendiri” balas Luqman kemudian menamatkan panggilan telefon.

Luqman kini berada di dalam kereta Range Rover putihnya bersama Ahmad yang sedang memandu. Dia telah tiba di Kuching.

“Jadi macam mana sekarang tuan?” soal Ahmad.

Luqman telah menjelaskan pada Ahmad apa yang berlaku dan panggilan telefon tadi juga dalam mode pembesar suara supaya Ahmad tahu yang yang mereka katakan.

“Kita kena dapatkan gambar original dari sofia. Mungkin aku boleh pujuk dia untuk bagi gambar tu” kata Luqman.

“Tuan nak pujuk? Pujuk macam mana?” soal Ahmad.

“Sofia macam betul-betul suka kat aku. Mungkin aku boleh pura-pura sukakan dia lepas tu minta la gambar tu” kata Luqman pula.

“Tapi dia pasti lebih berhati-hati. Bukan senang tu tuan” kata Ahmad pula.

“Kau ada cadangan lain?” soal Luqman.

Dia sudah serik cuba menyelesaikan masalahnya sendiri. Disebabkan ego dia merana.

“Saya rasa elok kita culik je dia kemudian paksa dia bagi gambar tu” kata Ahmad.

Luqman terkejut dengan cadangan Ahmad yang sangat drastik. Luqman tidak terfikir sampai macam tu sekali tapi melihat kesungguhan Ahmad membuat Luqman takut. Ahmad seorang yang tekad. Apa yang dia mahu dia akan dapat.

Perbualan mereka berhenti disitu pabila kereta yang dipandu Ahmad berhenti di bahu jalan. Mereka tiba di rumah Rahimah untuk melihat keadaan Fayyad.

Sebelum ini Luqman cuba menelefon Rahimah namun gagal. Dia akhirnya menelefon Ayah Borhan dan Ayah Borhan memberitahu yang Fayyad telah dibenarkan keluar dari hospital pagi tadi.

Laju langkah Luqman menuju ke rumah Rahimah. Dia memberi salam sebelum disambut oleh Nek Suli. Sebaik sahaja melangkah masuk dia diserbu oleh Fariz dan Nur yang masing-masing kelihatan gembira dengan kehadiran Luqman.

“Mana abang Fayyad?” soal Luqman pada Nur.

“Abang ada kat dalam bilik dengan Ibu” balas Nur.

Luqman mencium pipi anak gadisnya itu kemudian bergegas menaiki tangga menuju ke bilik Fayyad.

Pintu bilik terbuka dan Fayyad terbaring ditilamnya dalam keadaan lemah. Rahimah duduk disebelahnya sambil menyuapkan bubur.

Melihat kemunculan Luqman, Fayyad merengek sambil menangis. Dia meminta Luqman memeluknya. Rahimah terkejut melihat Luqman yang tiba-tiba muncul di bilik.

Hati Luqman pilu melihat anak terunanya diserang demam. Dia terus memeluk erat Fayyad yang menangis manja.

Fayyad yang sebentar tadi lemah kini kelihatan ceria dan bersemangat seperti telah sembuh. Mungkin kehadiran Luqman memberi kekuatan untuk Fayyad melawan sakitnya.

Luqman mengambil alih tugas menyuap makanan pada Fayyad kemudian memberi ubat.

Fayyad kemudian terlena dalam dakapan Luqman yang tak henti-henti mengusap dan menciumnya.

“Makan lah Man, mak nak naik dulu ya nak solat isyak” kata Nek suli.

Walaupun Luqman dan Rahimah telah lama berpisah namun Tok Lakir dan Nek Suli masih membahaskan diri mereka sebagai Mak dan Ayah pabila bercakap dengan Luqman.

Boleh dikatakan Luqman adalah menantu yang baik dan mereka kecewa bila Luqman bercerai.

Luqman menyuap nasi kedalam mulutnya dan dikunyah perlahan. Tok Lakir sedang tidur bersama Nur dan Fariz di ruang tamu selepas menonton “Frozen”.

Entah kali keberapa mereka menonton filem itu. Luqman jemu.

Kini hanya tinggal Luqman dan Rahimah saja dimeja makan.

“Kenapa diam je?” soal Luqman yang melihat Rahimah langsung tidak bersuara dari petang tadi sejak dia sampai kerumah.

“Abang kata nak balik kelmarin. Lama Fayyad tunggu abang tapi tak balik-balik. Saya telefon pun abang tak angkat” kata Rahimah dengan nada kesal.

“Bukan abang tak mahu jawab. Cuma abang tengah sibuk masa tuh. Ada urusan penting” kata Luqman.

Dia tidak mahu menceritakan yang dia telah direman oleh pihak polis. Lagipun kes itu sudah selesai menurut kata Faizal yang menghubunginya petang tadi.

“Apa yang penting sangat tu? Lagi penting dari anak sendiri?” Rahimah mula melenting.

Luqman hanya berdiam diri. Dia tidak mahu memulakan pergaduhan. Dia kenal benar dengan sikap Rahimah yang tak mudah mengalah walaupun dia salah.

“Inilah lelaki, buat anak reti, nak jaga tak reti” sambung Rahimah sebelum bangun meninggalkan Luqman.

Panas hati Luqman mendengar kata-kata bekas isterinya itu. Setahu Luqman dia tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Nafkah anak setiap bulan tidak pernah terabai.

Bahkan rumah yang Rahimah duduk sekarang bersama anak-anak adalah rumah yang dibeli oleh Luqman.

Luqman mengalah. Tidak perlu dia memanjangkan pergaduhan dengan Rahimah yang kini bukan lagi miliknya.

Selepas makan, Luqman meminta diri untuk pulang ke rumahnya menaiki teksi. Dia masih terfikir cadangan Ahmad yang tidak masuk akal.

Luqman tiba dirumah dan Ayah Borhan telahpun tidur. Telefon Luqman berbunyi dan tertera nama Azuan.

Hackers tu bersetuju untuk padamkan gambar kau dari internet. Jadi tinggal gambar original je kau kena dapatkan kalau tak sia-sia je kita padam” jelas Azuan.

“Terima kasih Azuan sebab tolong aku. Nanti bagitau aku perkembangannya ye” kata Luqman

"Ermm..kau memang tak nak aku turun KL tuk tolong ke?” soal Azuan.

“Eh tak perlu la Azuan. Aku rasa aku boleh selesaikan benda ni. Lagipun kau pun banyak kerja kat sana kan” balas Luqman sebelum menamatkan perbualan.

Luqman tidak mahu menyusahkan Azuan walaupun dia tahu yang Azuan sanggup datang walaupun jauh.

Luqman baring di tilam sambil merenung siling.

“Patutkah aku ikut cadangan Ahmad?” kata Luqman sendirian.

Bersambung..

MR. OTOT : MERAH (Siri 1)Where stories live. Discover now