Pedih. Sakit pipi Luqman ditumbuk. Kemarahan membuak dalam dada. Luqman terasa malu dan egonya tercalar. Dia melihat lelaki yang menumbuknya dan segera menghadiahkan satu das tumbukan ke perut lelaki itu sebagai balasan.
Luqman pantang mengalah. Tumbukan itu membuatkan lelaki kurus itu tertunduk dan suasana bertukar kecoh. Gadis yang tadi menangis kini cemas dan mula menjerit. Lelaki itu berang dan meluru ke arah Luqman yang 3 kali ganda besar dari tubuhnya.
Mereka bergelut namun dia bukan lawan Luqman. Gadis yang bercakap dengan Luqman tadi memegang Luqman dan merayu untuk berhenti. Dada Luqman berombak. Dia benar-benar berang namun gadis itu memujuknya.
Luqman mula reda sedikit tetapi lelaki itu menendang perut Luqman sambil kedua tangannya di tarik oleh kawannya dan menyuruhnya berhenti. Mereka cuba menghalang namun kaki lelaki itu berjaya sampai ke perut Luqman dan membuatnya senak. Sakitnya bagaikan isi perut terkeluar.
Luqman hilang pertimbangan dan kali ini dia terlalu marah. Gadis tadi sekali lagi cuba menahan dengan menarik tangan Luqman namun Luqman lebih gagah dan dia tidak mampu. Luqman menghayung satu tumbukan tepat ke muka lelaki itu dan membuatkan dia dan kawan-kawannya tertolak ke belakang.
Luqman masih mahu meneruskan tumbukannya tapi kali ini pihak polis telah masuk campur dan dua orang anggota polis menahan Luqman. Beberapa tangisan kedengaran di udara.
Luqman dan lelaki itu dipisahkan dan mereka masing-masing pergi di satu sudut yang jauh untuk bertenang. Pipi Luqman mulai bengkak dan dia kesal kerana tidak mampu menahan nafsu amarahnya.
'Apa salah aku?!' getus hatinya.
Sungguh dia tertanya-tanya kenapa lelaki itu bertindak menumbuknya sedangkan dia tidak kenal jejaka itu. Luqman duduk sendirian bersandar dinding bangunan.
"Awak, saya nak minta maaf pasal kawan saya tadi, dia emosi sangat" kata gadis tadi yang tiba-tiba muncul.
"Awak okey tak ni?" soalnya lagi bila melihat Luqman hanya berdiam diri meraba pipinya.
"Okey je, dah la awak pergi dengan kawan-kawan awak. Nanti dia mengamuk lagi" balas Luqman tanpa memandang gadis itu.
Gadis itu angkat kaki meninggalkan Luqman.
Luqman keluarkan telefonnya dan membuka camera. Dia ingin melihat sekiranya ada luka atau bengkak di wajah.
"Apa hal tadi tu Man?" kata seorang lelaki yang mendekati Luqman.
"Azuan? Macam mana kau boleh jumpa aku kat sini" soal Luqman.
"Aku kat dalam tadi, lepas tu keluar kejap nak merokok tapi ternampak kau bergaduh dengan seorang mamat" kata Azuan.
"Kau rebut awek tadi tu ke?" soalnya pula.
"Kau ni banyak tanya la Azuan, aku tengah serabut ni" kata Luqman yang semakin berang.
Sakit di pipi belum hilang tambah pula sakit di hati.
"Oi, aku ni ambil berat kat kau sebab tu aku tanya" balas Azuan.
Luqman terdiam. Azuan menghela nafas panjang.
"Kalau sakit sangat muka kau tu, pergi la klinik sayang oi" kata Azuan.
"Aku okey je, kau ni risau lebih." Balas Luqman sambil tersenyum.
"Manis betul senyuman kau ni, boleh potong kaki haha" pujuk Azuan.
"Dah, kau jangan nak mengatal. Aku hisap konek kau baru tau!" tegas Luqman.
"Uish nakk!" kata Azuan yang mula teruja.
Mereka berdua ketawa. Tak lama kemudian mereka berpelukan dan berpisah. Azuan adalah seorang pegawai polis dari Kota Kinabalu.
Dia dan Luqman berkenalan sebelum ini dan menjadi rapat. Azuan berada di KL umtuk menghadiri kursus dan Luqman tahu tentang perkara itu sebab dikongsi oleh Azuan dari status Facebooknya.
Timbul perasaan nakal dalam hati melihat Azuan yang berbadan sasa seperti ahli bina badan. Lengan baju uniformnya seperti tercekik dek kerana bicepnya yang besar. Dadanya yang luas dan perut yang tidak buncit memang menjadi santapan mata.
Tapi Azuan telah bertunang dengan gadis pilihan keluarga. Mata nakal Luqman tidak putus melihat bontot pejal Azuan pabila dia berjalan menuju ke dalam pejabat.
Setelah puas berehat, Luqman berjalan ke keretanya. Belum sempat dia membuka pintu, telefon bimbit berbunyi.
"Hello?" suara seorang lelaki dihujung talian.
Suara itu berjaya mengukir senyuman paling manis di bibir Luqman. Entah kenapa, mendengar suara Abu Sufian membuat Luqman tenang.
"Hellooo? Ada orang tak?" soal Abu Sufian.
"Ye bro aku dengar" balas Luqman.
"Kau kat KL lagi ke? Jom lepak" ajak Abu Sufian.
Memang Luqman mahu berjumpa dengan jejaka idamannya itu namun dia terpandang wajahnya dari cermin tingkap kereta. Lebam dan berdarah. Mana mungkin dia boleh berjumpa dengan Abu Sufian dalam keadaan begini.
Luqman terpaksa menolak walaupun hatinya pedih. Sudah 4 bulan dia tidak berjumpa dengan Abu Sufian. Mereka hanya berhubung melalui media sosial sahaja namun tidak puas hati Luqman selagi tidak melihat wajah Abu Sufian di depan mata.
Rindu makin membuak tapi dia tidak mahu Abu Sufian risau melihat wajah lebamnya.
"Pulak dah..hmm tak apa la lain kali kita jumpa kalau ada masa ye" balas Abu Sufian yang kedengaran hampa.
"Maaf" kata Luqman dengan nada kesal.
Ingin saja dia memeluk Abu Sufian dengan erat tapi mereka berjauhan.
"No hal bro, okey la nanti kalau ada apa-apa mesej je" kata Abu Sufian sebelum menamatkan perbualan.
"Aku rindu kau" kata Luqman sendirian.
Honda HR-V Luqman berhenti di lampu isyarat merah. Di dalamnya, Luqman kelihatan sugul dan fikirannya kusut.
Adakah dia perlu memberitahu Faizal yang pihak polis menyoal siasat dia? Siapa pula lelaki biadap yang menumbuk Luqman. Hatinya risau kalau-kalau perkara ini menjejaskan karier Faizal.
Sebelum sampai ke rumah Luqman teringat yang rumahnya tiada ais. Dia perlu menuam mukanya. Luqman mengambil keputusan untuk singgah di 7 Eleven untuk membeli ais. Satu beg ais di capai dan ketika hendak membayar Luqman disapa
"Eh abang, kenapa dengan muka tu?" soal budak jambu yang di cop stalker oleh Luqman.
"Aku bertumbuk dengan kucing kat rumah aku, kenapa?" kata Luqman dengan nada sombong.
Luqman tak kuasa melayan soalan orang tentang mukanya. Budak jambu itu tergelak tapi Luqman kekal serius.
"Ini bakinya, terima kasih datang lagi" kata budak itu.
Luqman tidak mempedulikannya dan bergegas keluar. Meluat. Setibanya dia rumah Luqman segera menunaikan solat asar dan kemudian membuka pakaiannya. Dia hanya berboxer sambil menuam wajahnya dengan ais.
Pada mulanya dia duduk tapi lama kelamaan dia baring dan terus terlelap akibat keletihan. Tanpa dia sedari siang bertukar malam dan Luqman terbangun kerana telefonya berbunyi.
"Awak mana? saya dah nak sampai ni" kata Sofia.
Mata Luqman terbeliak dan otaknya seperti direnjat elektrik.
'Shit! Aku ada date dengan Sofia malam ni' kata hati Luqman.
Bersambung...
YOU ARE READING
MR. OTOT : MERAH (Siri 1)
Fiction généraleDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda. Luqman, seorang lelaki yang memiliki nafsu yang besar. Sentiasa tewas dengan godaan namun tetap seorang sahabat yang baik. Kisah hitamnya bermula sejak dari kecil sehing...