Luqman membuka pintu kereta Grab dan masuk ke dalam rumah. Dia telah pun selamat mendarat di KLIA pada jam 10 malam.
Masih terbayang wajah anak-anaknya yang menangis tidak mahu berpisah dengan Luqman saat dia menghantar mereka ke rumah Rahimah pagi tadi.
Puas dia memujuk namun tangisan Fariz yang paling kuat. Ikutkan hati memang dia tidak mahu kembali ke Kuala Lumpur dalam masa yang singkat.
Namun ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan serta urusan kerja yang banyak di Kuala Lumpur.
Luqman bersetuju untuk bertemu dengan Jefri untuk menandatangani dokumen perjanjian insuran dan dia juga akan bertemu dengan individu yang mengugutnya.Tapi sebelum itu ada urusan kerja yang perlu Luqman selesaikan. Menurut kata Ahmad pada hari Jumaat lepas.
Salah seorang klien syarikat mereka hampir membatalkan projek kerana menerima tawaran yang lebih baik dari syarikat lain.
Oleh sebab syarikat klien itu berada di Kuala Lumpur, Luqman perlu ke sana untuk berunding. Projek yang mereka bincangkan bukanlah murah dan Luqman tak akan lepaskan peluang untuk berurusan dengan salah satu syarikat yang dikenali ramai.
Luqman tiba dirumah keduanya pada pukul 11.45 malam. Pintu peti sejuk di buka dan air sejuk yang tersimpan di dalam botol diteguk rakus. Dahaga kerana malam itu agak panas. Musim El Nino barangkali. Entahlah Luqman sendiri tidak tahu.
Dia kemudian merebahkan diri di sofa kemudian tidak sampai 10 minit dia tertidur. Dia perlukan rehat yang cukup untuk hari-hari yang akan datang.
Malam bertukar siang. Cahaya mentari pagi sungguh menyegarkan dan Luqman ketika ini berada di Gym untuk melakukan senaman belakang dan bahu. Bagi Luqman senaman bahu adalah senaman yang sungguh mencabar oleh sebab itu dia perlu fokus.
Telefon bimbit berbunyi dan tertera nombor telefon pejabat.
“Selamat pagi, ini encik Luqman Hakim Bin Muhammad?” soal seorang gadis di hujung talian.
“Ye saya bercakap, siapa ni?” soal Luqman pula.
***
Honda HR-V dipandu masuk ke kawasan meletak kenderaan di NU Sentral. Luqman kemudian menuju ke Starbuck untuk bertemu Jefri.
“Maaf saya lambat sedikit” kata Luqman yang tercungap-cungap.
“Eh tak app. Tak ada masalah la encik Luqman” balas Jefri.
Mereka meneruskan urusan mereka sehingga selesai sambil makan tengah hari bersama.
“Ermm malam ni encik Luqman free tak? Saya ingat nak ajak dinner” soal Jefri.
“Maaf Jefri, tapi saya ada hal malam ni” jawab Luqman.
Dia terpaksa menolak kerana malam ini dia akan bertemu dengan individu misteri itu. Jefri kelihatan hampa tapi cuba berselindung disebalik senyuman kelat. Luqman berharap Jefri faham keadaannya.
Selesai makan, Luqman meninggalkan Jefri disitu dan bergegas pulang. Dia masih teringat panggilan telefon pagi tadi. Ibu Pejabat Polis sekali lagi meminta Luqman untuk hadir pada hari esok untuk membantu kes kematian Atia.
Bertubi-tubi masalah muncul membuat hati Luqman tidak tenang. Fikirannya kusut. Telefon bimbit berbunyi lagi tapi kali ini Ahmad menghantar mesej mengingatkan Luqman bahawa esok dia perlu bertemu dengan Encik Lim, klien mereka yang ingin membatalkan projek.
Luqman mula berfikir bagaimana dia hendak membahagikan masa untuk esok. Akhirnya dia membuat keputusan untuk ke ibu pejabat polis dahulu kemudian bertemu klien kerana kliennya meminta untuk bertemu pada sebelah petang.
YOU ARE READING
MR. OTOT : MERAH (Siri 1)
Narrativa generaleDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda. Luqman, seorang lelaki yang memiliki nafsu yang besar. Sentiasa tewas dengan godaan namun tetap seorang sahabat yang baik. Kisah hitamnya bermula sejak dari kecil sehing...