Peluh mengalir laju. Baju Luqman basah melekit dan dia mandi keringat.
“Okey last rep” kata Luqman sendirian.
Senaman Barbell squat dibuat dengan penuh berhati-hati. Silap langkah boleh mendatangkan kecederaan. Selesai mengulang pergerakan sebanyak 12 kali Luqman meletakkan Barbell ke lantai.
Tenaganya kian berkurang, otot pehanya kebas. Luqman duduk seketika sambil merenung Barbell seberat 60 kg itu. Luqman tersenyum puas. Dengan itu tamatlah senaman kaki pada hari ini.
Usai menyusun semula alat senaman, Luqman mencapai botol air sejuk yang dibawanya dan diteguk rakus. Nyaman dan segar tekaknya.
Telefon berbunyi.
“Ye Ahmad, ada apa?” soal Luqman.
“Maaf tuan, tapi saya nak tanya tentang Sofia. Tuan nak teruskan ke rancangan untuk kita menculik dia?” kata Ahmad.
Luqman terkejut sekejap. Nampaknya Ahmad tidak bergurau. Luqman memandang sekeliling untuk memastikan tiada orang yang mendengar perbualan mereka.
“Aku tak setuju. Aku nak ikut pelan asal. Biar aku goda Sofia” bisik Luqman.
Ahmad seperti tidak suka dengan keputusan Luqman dan cuba memujuk namun gagal. Luqman tahu yang Ahmad cuba untuk membantu tapi cadangan Ahmad sangat merbahaya. Luqman tidak mahu mengambil risiko.
Luqman pulang kerumah selepas berbual dengan Ahmad. Semasa menaiki tangga, Ayah Borhan menegur Luqman.
“Luqman, kelmarin kawan kamu datang cari kamu?”.
“Siapa Ayah?” soal Luqman.
“Erm..siapa ya nama dia..ermm..alah suami Diana anak Makcik Hasrina tu.” balas Ayah Borhan.
“Oh Muaz ke? Okay nanti Luqman call dia” kata Luqman pula.
'Kenapa dia cari aku' getus hatinya.
Luqman berbogel sambil mandi dibilik air. Sejuk dan segar tubuhnya disiram air ‘hujan’. Selepas mandi Luqman mencapai telefon.
'Sofia, Luqman ni. Kita jumpa boleh?' - mesej Luqman pada Sofia melalui Whatsapp.
Dia kemudian menghubungi Muaz sambil mengelap tubuhnya dengan tuala.
“Muaz, ada apa cari aku semalam?” kata Luqman.
“Tak ada la saja nak ajak lepak. Ayah kau cakap kau belum balik lagi” kata Muaz pula.
“Ye aku baru balik malam semalam. Kau nak lepak kat mana?” soal Luqman.
“Mana-mana lah” balas Muaz.
Luqman bersetuju dan mereka bertemu disalah sebuah restoran terletak di bandar. Mereka hanya berbual kosong sambil Muaz meminta beberapa tips untuk rumahtangga bahagia.
Luqman bukanlah seorang suami berjaya namun apa yang baik dikongsi.
Luqman gembira melihat Muaz serius sebagai suami. Kebahagiaan terserlah diraut wajah Muaz. Beruntung Muaz. Luqman sempat memesan Muaz untuk menjaga Diana sebaik mungkin sebelum mereka berpisah.
'Finally Luqman. Bila dan mana nak jumpa?' - mesej dari Sofia dibaca.
Luqman tidak membalas. Dia masih berfikir macam mana untuk memujuk Sofia untuk memadam gambar mereka bersama.
***
Hari silih berganti dan pada minggu hadapannya Luqman kembali ke Kuala Lumpur. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menyelesaikan masalah bersama Sofia.
YOU ARE READING
MR. OTOT : MERAH (Siri 1)
Narrativa generaleDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda. Luqman, seorang lelaki yang memiliki nafsu yang besar. Sentiasa tewas dengan godaan namun tetap seorang sahabat yang baik. Kisah hitamnya bermula sejak dari kecil sehing...