Luqman duduk termenung didalam lokap. Dia terpaksa bermalam disitu akibat dituduh menyebabkan kematian Atia. Fikiran Luqman buntu, apa saja yang dia katakan tidak diambil peduli oleh Inspektor Aidil.
Dia ibarat disabit kesalahan walaupun masih dalam siasatan. Semalaman Luqman tidak dapat tidur kerana memikirkan tentang keadaan Fayyad. Dia menyesal kerana tidak pulang malam semalam.
Petang semalam dia disoal siasat oleh Inspektor Aidil sekali lagi dengan layanan buruk. Mereka memaksa dia untuk memberitahu dari mana dia mendapat bekalan dadah. Ini bukan lah kali pertama dia dimasukkan dalam penjara. Sebelum ini dia pernah dipenjara atas kesalahan lain.
Oleh kerana dia mempunyai rekod lampau, wajarlah Inspektor Aidil mengesyaki Luqman. Tiba-tiba pintu lokap dibuka dan seorang anggota polis meminta Luqman untuk mengikutnya.
“Encik Luqman, kami akan bebaskan awak hari ini” kata Inspektor Aidil.
Kata-kata Inspektor Aidil kedengaran tenang. Sungguh berbeza dari semalam. Sikapnya juga lain. Mereka berdua berada didalam bilik Inspektor Aidil.
“Boleh saya tahu kenapa?” soal Luqman lemah.
Dia tidak tidur dan tidak makan. Tubuhnya lemah bagai hendak pitam.
“Salah seorang kawan kamu datang tolong. Dan kawan arwah Atia juga berjaya meyakinkan kami yang kamu tidak terlibat” balas Inspektor Aidil.
Luqman hanya berdiam diri.
“Kamu tak apa-apa ke? Nampak pucat” soal Inspektor Aidil.
Luqman hanya menggeleng lemah.
“Baiklah, kamu boleh pergi ke kaunter depan untuk ambil pakaian dan barang kamu kemudian kamu boleh pulang” tambah Inspektor Aidil.
Luqman cuba bangun namun kepalanya pening. Dia hampir tersungkur tapi sempat dipeluk oleh Inspektor Aidil.
“Encik Luqman okey tak?” kata Inspektor Aidil yang kelihatan resah.
"Saya okey. Cuma letih sikit” balas Luqman.
Selesai menukar pakaian dan mengambil barang-barang dari kaunter Luqman melangkah keluar. Dia terserempak dengan Zack.
“Zack?! Kau buat apa kat sini?” soal Luqman.
“Luqman, syukur lah kau dah bebas. Aku datang ni dengan Faizal” jawab Zack.
“Mana Faizal?” soal Luqman lagi.
“Dia ada kat dalam. Katanya dia ada urusan dengan pihak atasan pasal kes Atia” balas Zack.
Luqman pelik bagaimana Zack tahu tentang Atia.
Dalam perjalanan pulang Zack memberitahu yang Faizal telah ceritakan semua yang berlaku. Faizal kecewa dan terkilan kerana Luqman tidak menghubungi dia untuk meminta bantuan sedangkan masalah ini berpunca dari Faizal.
Faizal juga meminta Zack untuk meneman Luqman pulang. Luqman bersyukur kerana Faizal sudi membantunya.
Pintu rumah Luqman dibuka dan Luqman berehat disofa. Zack pula menuju ke tandas. Beberapa minit kemudian, pintu rumah dibuka sekali lagi dan Luqman terkejut melihat Saiful muncul tanpa diundang.
Saiful yang kelihatan berang terus mara dan menumbuk muka Luqman. Luqman tersungkur menahan sakit kemudian dia cuba bangkit. Saiful menendang perut Luqman menyebabkan Luqman menjerit.
Zack yang baru keluar tandas tergamam melihat Saiful membelasah Luqman tanpa belas kasihan.
“Saiful! Kau buat apa ni?” soal Zack sambil menghalang Saiful.
YOU ARE READING
MR. OTOT : MERAH (Siri 1)
Ficción GeneralDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda. Luqman, seorang lelaki yang memiliki nafsu yang besar. Sentiasa tewas dengan godaan namun tetap seorang sahabat yang baik. Kisah hitamnya bermula sejak dari kecil sehing...