"Itu kawan" balas Luqman yang cuba berselindung dalam kegusaran.
Gadis itu tersenyum memandangnya sambil mendekati Luqman.
"Abang Luqman apa khabar?" soal gadis itu.
"Alhamdulillah abang sihat, Salina" balas Luqman.
Salina adalah salah seorang anak angkat Ayah Borhan sama seperti Luqman. Gadis berketurunan bidayuh itu bertugas sebagai seorang jururawat.
Kulitnya cerah dan mukanya bulat. Dia kelihatan comel berpakaian putih sesuai dengan tubuhnya yang kecil. Luqman pelik, setahu dia Salina bertugas di Kuantan bukan HKL. Macam mana Salina boleh ada di sini tanpa pengetahuan Luqman.
Sejujurnya Luqman jarang bertemu atau berhubung dengan adik adik angkatnya kerana mereka buat haluan masing masing.
Mereka hanya bertemu pada Hari Raya sahaja. Telefon Luqman berbunyi dan tertera nama Faizal.
"Ye Faizal ada apa?" soal Luqman.
"Atia macam mana? Dia okey?" soal Faizal pula.
"Belum tahu lagi, masih dirawat" balas Luqman.
"Okey, apa-apa bagitahu ya. Aku ada kat sini je ni" kata Faizal.
Luqman mematikan telefon. Hampir dia tergelak kerana memikirkan sikap Faizal, seorang anggota polis tapi penakut.
Salina merapati Luqman dan berkata "Bila abang datang KL?"
"Dua hari lepas, Lusa abang balik Kuching dah sebab nak teman Ayah menghadiri kenduri kahwin anak mak cik Hasrina" kata Luqman pula.
"Diana anak mak cik Hasrina tu ke yang nak kahwin?" soal Salina lagi.
"Ye la sebab mak cik Harina cuma ada seorang anak kan" balas Luqman pula.
"Betul juga tu, takkan la mak cik Hasrina tu pula yang kahwin" kata Salina sambil tergelak kecil.
Luqman turut tergelak kecil. Sudah lama dia tidak bergurau dengan adiknya. Seorang lagi adik angkatnya, Zain kini belajar di luar negara masih belum pulang ke Malaysia. Terbit perasaan rindu pada Zain.
"Macam mana kamu boleh ada disini? Bukan kamu bertugas di Kuantan?" soal Luqman.
"Dah lima bulan pindah di HKL" balas Salina pendek.
Tiba-tiba perbualan mereka dipotong seorang jururawat lelaki.
"Encik ni yang datang bawa Cik Atia tadi kan?" soalnya.
"Ye saya, macam mana keadaannya?" soal Luqman.
"Dia nampak stabil. Kalau Encik ahli keluarga dia, Encik boleh melihat keadaan dia" sambung lelaki itu.
Luqman menolak kerana dia bukan ahli keluarga. Setelah menguruskan bayaran untuk Atia, Luqman meminta diri untuk pulang. Salina sempat mengajak Luqman untuk makan bersama sekiranya dia ada masa terluang.
Luqman bersetuju sambil meninggalkan bahagian kecemasan dan menuju ke kereta Faizal.
"Jauh sangat kau parking ni, nasib baik aku jumpa kereta kau" kata Luqman yang baru masuk dalam kereta Faizal.
"Macam mana? kena bayar berapa? soal Faizal.
"Dia stabil dan pasal bayaran aku dah selesaikan" balas Luqman.
"Terima kasih Luqman" balas Faizal sambil merapatkan diri untuk menghadiahkan satu ciuman dipipi Luqman.
Tapi Luqman secara tidak sengaja menoleh kearah Faizal dan mulut mereka bersatu. Ciuman dilepaskan dan mereka berdua terkejut.
YOU ARE READING
MR. OTOT : MERAH (Siri 1)
General FictionDrama (Lengkap) (18SX) Terima kasih pada yg Vote & add dalam list cerita anda. Luqman, seorang lelaki yang memiliki nafsu yang besar. Sentiasa tewas dengan godaan namun tetap seorang sahabat yang baik. Kisah hitamnya bermula sejak dari kecil sehing...