2 | KL & Kuching

24.3K 231 45
                                    

"Luqman! my man!" jerit Faizal sambil memeluk Luqman dengan erat.

Luqman tahu yang Faizal benar-benar merinduinya sebab pelukan Faizal sungguh erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Faizal adalah seorang anggota polis berpangkat Inspektor.

Bertubuh tegap namun tidak terlalu besar dan tidak terlalu tinggi. Boleh dikatakan jenis atletik dan berkulit sawo matang.

"Aik?! peluk seorang nampak, giliran aku pula" kata Zack sambil memeluk Luqman.

Zack adalah eksekutif di sebuah syarikat minyak terbesar Asia. Dia berkulit cerah dan bertubuh tegap namun sedikit berisi dengan perut yang sedikit buncit.

"Kau dari mana Luqman?" soal Saiful sambil menghulur tangan untuk berjabat.

Luqman segera menyambut tangan Saiful lalu menjawab "Baru lepas jumpa Jefri dan bincang tentang insuran".

"Kau jadi klien dia ke?" soal Saiful lagi.

"Ya" balas Luqman sambil melemparkan senyuman manis pada Saiful.

"Kau ni kalau senyum jangan manis sangat boleh? banyak semut nanti" kata Saiful yang kelihatan sedikit malu

Mereka kemudian ketawa bersama.

"Bisnes kau macam mana, okey?" Luqman bertanya pada Saiful selepas mereka selesai memesan makan tengah hari di sebuah restoran di tengah bandar Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah, berjalan lancar walaupun masih baru" jawab Saiful.

Dari segi fikizal Saiful memang besar tapi penuh dengan otot hampir sama seperti Luqman. Kalau ikutkan nafsu mahu sahaja Luqman "membaham" Saiful tapi oleh kerana dia telah dimiliki oleh Faizal, Luqman mengambil keputusan untuk berkawan sahaja.

Ada kalanya mereka bergurau senda seperti mengajak melakukan hubungan seks bersama namun itu hanyalah gurauan dan mereka belum pernah melakukannya lagi.

Hanya Zack sahaja yang pernah menghisap kemaluan Luqman dan beberapa kali bercumbu. Namun selepas kejadian itu Zack menyesal kerana dia juga telah berpunya dan merasa bahawa dia telah curang. Oleh kerana dia kasihan akan teman lelakinya, Mustafa yang berada di Johor.

Zack tidak mahu meneruskannya dan hanya mahu berkawan biasa sahaja. Luqman faham dan dia juga lebih pentingkan persahabatan dari keinginan seksual.

Luqman berasal dari Sarawak dan perniagaanya bertapak di Kuching. Jika ada urusan barulah dia datang ke semenanjung Malaysia dan pada masa sama berjumpa dengan sahabat-sahabatnya.

Saiful, Zack dan Faizal masing-masing tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor oleh sebab itu mereka selalu bertemu. Zack menyuarakan cadangannya untuk pergi bercuti beramai-ramai dan mengajak Luqman untuk turut serta namun Luqman tidak mampu berjanji untuk turut serta kerana jadual kerja yang sibuk dan memerlukan dia untuk sentiasa ke luar negara.

Luqman akan cuba sedaya upaya untuk turut serta sekiranya masa menyebelahi dia. Sudah terlalu lama dia tidak bercuti dan berehat semenjak Syarikatnya berkembang maju dan mula tersenarai antara Syarikat terbaik di Malaysia. Dia juga ingin merasa bebas tanpa tekanan kerja namun oleh kerana tanggungjawab dia terpaksa berkorban masa dan tenaga.

Selesai makan bersama mereka kemudian berpisah dan menuju ke kereta masing-masing. Saiful dan Faizal menaiki kereta bersama-sama manakala Luqman dan Zack membawa kereta sendirian. Zack menghampiri Luqman yang baru sahaja membuka pintu keretanya.

"Bila balik Kuching" kata Zack.

"Lusa" balas Luqman.

"Tak sampai seminggu pun kat KL kan. Kenapa balik awal sangat?" soal Zack.

"Ada urusan nak kena selesaikan, lagipun kalau duduk sini lama-lama bukannya boleh dapat kau pun" balas Luqman sambil ketawa kecil.

"Nakal betul la kau ni Man" balas Zack pula.

Mereka bersalaman lalu berpisah. Luqman menghidupkan enjin kereta dan memandu pergi.

***

Hai para pembaca, Aku tahu mesti kamu orang tertanya-tanya macam mana aku boleh jadi macam ni. Panjang kisahnya dan akan aku kongsikan pada cerita akan datang.

Bersambung..

MR. OTOT : MERAH (Siri 1)Where stories live. Discover now