BAB I

67 3 0
                                    

Malam itu entah mengapa Manisah merasa sangat resah untuk melelapkan mata. Jam sudah menunjukkan lebih tengah malam. Keadaan di rumahnya sunyi sepi kerana ibu dan anak-anaknya sudah tidur.

Dia teringatkan pertemuannya dengan Cek Nor, sahabat karibnya sejak darjah enam hingga ke tingkatan lima di satu sekolah.

~

Cek Nor bertugas di hospital di mana Manisah dirujukkan oleh doktor dari klinik panel di pejabatnya.

"Manis...?" jergah jururawat yang bertugas di kaunter pendaftaran ketika Manisah menghulurkan surat rujukan kiriman Dr Roma.

"Cek Nor...?" balas Manisah. Terjadilah satu drama hebat di antara kedua mereka. Mereka terus berpelukan dan keduanya tidak dapat membendung air mata.

"Manis... engkau tunggu sebentar... biar aku uruskan temujanji engkau dengan Prof Muslihin."

"Muslihin?" Manisah terus teringatkan Muslihin, sepupu Cek Nor, fikirannya lalu terus melayang jauh mengenang zaman persekolahannya yang telah ditinggalkan hampir 30 tahun lalu.

Pelajar-pelajar Melayu dari semua sekolah di daerah itu digalakkan bergiat aktif di dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu di daerah tersebut.

Manisah terus terkenang akan lakonan pentasnya - pentomen mengenai seorang penuntut lelaki (lakonan Muslihin) yang sedang asyik mentelaah, digoda oleh bayangan seorang gadis.

Manisah pula yang melakonkan watak gadis penggoda tersebut.

Dia lalu terbayangkan bagaimana meliang-liuknya dia semasa melakonkan watak mengikut bait-bait sajak yang menjadi latar belakang pentomen tersebut.

"Hei...! Malu pula rasanya bila dikenang." Manisah cuba memadamkan gambaran itu.

"Tapi... Cek Nor tak kata pun yang Prof Muslihin itu sepupu dia."

"Hai mata... lelaplah.. hari dah semakin malam. Ya Allah, permudahkanlah segalanya!" doanya dan terus memejamkan matanya dengan harapan agar terus sahaja terlelap.

~

Manisah tiba ke destinasinya lebih kurang pukul 9 pagi. "Sedang elok... temujanji pun jam ini." fikir Manisah.

Dia terus meletakkan kad temujanjinya di kaunter. Sebentar datang Cek Nor. "Manis... tunggu sebentar ya... ada 2 orang pesakit, lepas itu giliran engkau." terang Cek Nor.

"Ok terima kasih Nor..." jawab Manisah. Manisah mengambil tempat duduk di ruangan menunggu. Dia pun terus mengeluarkan sesuatu untuk dibaca dengan ingatan agar tidak terasa lama menunggu.

Sebenarnya, dia sedang menghafal dan memahami kaedah-kaedah Bahasa Arab yang baharu dipelajarinya. Satu perkara yang sangat digemarinya.

Sejak dia mempelajari bahasa tersebut dia dapat lebih faham ketika membaca Al-Quran, hanya dia perlu menambah 'vocab'nya. Sedang dia asyik, tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh.

"Manis... mari masuk bilik Prof." Cek Nor datang menjemputnya.

"Assalamualaikum Prof." Manisah memberi salam ketika masuk ke bilik Prof. Muslihin diiringi Cek Nor yang bertugas sebagai pembantu kepada Profesor itu.

"Waalaikumusalam" jawab Prof Muslihin tetapi Profesor tersebut tidak pun mengangkat mukanya, tunduk membaca.

"Dia sedang asyik membaca surat dari Dr Roma yang mengandungi medical record aku." fikir Manisah.

Cek Nor meminta Manisah duduk di kerusi yang disediakan disisi Prof. Dia berasa hairan mengapa Cek Nor tersenyum-senyum.

Tiba-tiba, "Ya adinda... apa khabar?' kata-kata yang keluar dari Prof. Muslihin ketika dia mengangkat mukanya.

Suatu PertemuanWhere stories live. Discover now