BAB 17

22 0 0
                                    

Setiba nya di airport, ibu dan ayah Adam sudah sedia menunggu. Serta sahaja melihat ibunya, Adam terus meluru dan memeluk ibu nya seumpama seorang yang melepas rindu setelah lama tidak bersua.

Sambil menepuk-nepuk bahu anak bujang nya, Puan Hawa berkata,
" Mama cukup faham kalau begini... Kalau tidak kerana terlalu sedih, mesti terlalu gembira. Sedari tadi nampak ceria saja? Tentu terlalu gembira, kan?"

" Pandai mama agak. Terlalu gembira maa...sampai terasa melayang di udara" jawab Adam.

" Ok...kita pulang dulu. Adam cerita habis-habis pada ayah dan mama".

Setelah berehat dan ketika menikmati minuman petang bersama ibu dan ayahnya, Adam menceritakan bagaimana pertemuan nya dengan Suriati. Kedua ibu dan ayahnya memang mengenali Suriati, teman akrab Adam yang biasa berkunjung ke rumahnya dulu kerana belajar dan membuat kerja-kerja sekolah mereka bersama. Adam juga menceritakan kepada kedua ibu dan ayah nya apa yang di alami oleh Suriati setelah kematian kedua orang tuanya.

" Suria baru pulih dalam dua tahun ini. Dan dia dah berjaya menghasilkan novel ini. Hebat kan?"

Adam meneruskan cerita nya sambil menunjukkan kepada ibu nya novel karya Suriati.

" Mama, ayah...Adam dah nekad nak jadikan Suria suri hati Adam. Kita pergi jumpa abang Aliff ?"
Adam menyatakan rancangan nya.

" Adam...sebelum itu, kamu kena beli cincin dan sediakan semua dokumen yang di perlukan untuk mendapat kebenaran bernikah di tempat mereka". Ayahnya mengingatkan.

" Ok ayah...tapi Adam perlukan bantuan ayah", pinta Adam.

" Kerja yang baik ni Adam...kita perlu percepatkan", ayah Adam terus mengingatkan.

" Adam dah jumpa permata hati Adam yang Adam cari selama ni, dan Adam juga dah bersedia nak berkeluarga. Teruskan saja, jangan tangguh- tangguh. Yang penting nya...banyakkan berdoa, mohon pada Allah agar di permudahkan segala nya."

" Terima kasih ayah".

Tidak terkira gembira nya Adam mendapat sokongan padu dari kedua ayah dan ibunya.

~

Hari berganti hari. Sebulan telah berlalu. Sampai hari yang di janjikan.
Sedari malam rumah yang di huni oleh Aliff bersama Hayati, isteri nya, dan adik nya Suriati, berseri dengan hiasan lampu berwarna warni untuk meraikan dua pasang mempelai.

Atas permitaan Adam sendiri, majlis yang di adakan adalah juga untuk meraikan pasangan Aliff dengan Hayati yang tidak mendapat kesempatan mengadakan majlis untuk meraikan mereka dahulu.

Kedua ayah dan ibu Hayati bertindak sebagai tuan rumah yang menyambut rombongan Adam dan tetamu selain nya.

Alhamdulillah...dengan segala rahmat dan hikmah Allah Azza wa Jalla, majlis telah berjalan dengan jaya nya. Majlis yang menemukan dua jiwa yang telah terpisah selama bertahun-tahun lama nya.
Semoga mereka akan tetap bersatu di dalam pertemuan itu hingga membawa ke syurga yang abadi...
Aamiin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suatu PertemuanWhere stories live. Discover now