BAB 15

11 0 0
                                    


Majlis pernikahan selamat  di jalankan dengan baik. Dengan sekali lafaz telah sah kedua Muslihin dan Amri menjadi suami kepada pasangan masing-masing.
Selesai tuan imam membaca doa, Muslihin tampil mengambil peranan,

" Saya selaku ketua kepada keluarga ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan imam dan pembantu-pembantunya dan semua hadirin yang sama-sama memeriahkan majlis ini. Di jemput semuanya ke rumah kami untuk jamuan dan kami pohonkan maaf sebelumnya, kiranya terdapat sebarang kecacatan di dalam majlis kami. Maaf dan terima kasih. Jemput tuan imam dan yang lain", Muslihin meneruskan.

Muslihin benar- benar bertindak selaku ketua keluarga. Tidak berganjak dari  bersama
keluarga baharunya, merai dan melayan tetamu yang hadir.

Majlis selesai dengan jayanya. Masing -masing melepaskan lelah berkumpul di ruang tamu. Alimin, Cek Nor dan anak mereka, Noramin, masih bersama mereka. Keduanya sedari awal menganggap diri mereka sebahagian dari keluarga Manisah.

Amri, di iringi isteri dan adik-adik nya datang mengadap ayah Mus mereka yang duduk di samping ibu mereka.

Muslihin dan Manisah saling berpandangan , tertanya-tanya apa yang nak di lakukan oleh anak-anak mereka.

" Ayah Mus..." Amri memulakan,
" terima kasih banyak,beribu-ribu, berjuta-juta,  eh...tak terkira. Terima kasih ayah Mus. Kami bebenar rasa yang keluarga kami dah lengkap. Kami dah bertemu dengan seorang yang bebenar menjadi ayah kepada kami".

Muslihin cepat memintas,  "Am...keluarga ni akan lengkap bila Am dah jadikan ayah Mus dan adinda ayah Mus ni, atok dan nenek".

Berderai gelak semua yang ada.
Swee Liang menundukkan muka nya tersipu-sipu.

Manisah nampak beberapa kali mengesat airmata, sayu.

" Pengumuman..." tiba-tiba Hani bersuara, " Hani dah dapat tahu tarikh konvo Hani. Apa kata kita rai kan pertemuan ini dengan sama-sama pergi attend konvo Hani?"

" What a good suggestion?" Noramin pantas menjawab.

Cek Nor dan Manisah berpandangan...ada sesuatu telah berlaku. Kedua Manisah dan Cek Nor lalu teringatkan perbualan mereka semasa lunch beberapa tahun yang lalu.

Adakah mereka akan berbesan? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana menentukan segala nya.

Muslihin cepat bertindak, "Ok Hani. Kita sekeluarga confirm pergi...jemput yang lain sama pergi. Masri, Nor, Alim? kamu berdua ni tak kan lah tak perasan ada orang yang sangat berkeinginan untuk attend konvo Hani?"

" Uncle...ini satu peluang untuk pergi ke tempat yang belum pernah di kunjungi" Noramin pantas menjawab kerana rasa terpukul oleh kata-kata Muslihin.

Alimin membenarkan kata-kata anak nya.

" True...kami akan ikut sama. Memang kena kalau kita rai kan pertemuan ini. Satu pertemuan yang mengakhiri satu penantian yang sangat panjang oleh Muslihin, dan jelas kelihatan satu lagi pertemuan yang baru bercambah. Kita doakan agar ia terus tumbuh hingga berhasil akhirnya".

Alimin berkias-kias membuatkan kedua Noramin dan Hani tunduk tidak berkata apa.

Muslihin pula bertindak meneruskan,
" Bunga mawar tengah halaman...bau semerbak merata-rata...satu pertemuan mengakhiri satu penantian...satu penantian yang cukup lama..."

Semua yang ada, termasuk Manisah, bertepuk tangan, serentak berkata,
" hebat...memang hebat".
Dan Muslihin meneruskan sambil mengangkat tangan menadah ke langit, " Ya Allah...!! Sesungguh nya kami bersyukur di atas kurnia Mu ini. Kau redhai lah kami mengecapi kebahagiaan ini berpanjangan Ya Allah".

Yang berada di situ turut menadah tangan bila melihat Muslihin berbuat begitu.

Dan mereka berpisah dengan hati yang cukup bahagia.

Suatu PertemuanWhere stories live. Discover now