Manisah mengusap-usap rambut anak bongsunya, Jannah, membangunkannya lebih awal dari biasa. Malam itu dia sengaja mengajak Jannah tidur bersamanya. Ada pesanan-pesanan yang harus disampaikan kepada anaknya untuk beberapa hari dia tiada di rumah.
"Bangun sayang... dah hampir waktu subuh. Jannah bersiaplah... mak nak pergi jenguk nenek dan abang."
Manisah sengaja mahu solat subuh berjemaah di rumah bersama ibu dan anak-anaknya kerana memikirkan bahawa dia akan rasa rindu pada keluarganya semasa dia berada di wad kelak. Manisah menjenguk bilik ibunya.
"Assalamualaikum mak... oh... mak dah siap pun. Kejap lagi masuk waktu subuh, Am pun dengarnya dah bersiap-siap tu. Pagi ni kita berjemaah di rumah saja ya mak... Manis nak gi jenguk Am..."
Manisah berlalu ke bilik anak bujangnya pula.
"Am... pagi ni Am imamkan kami di rumah je... selepas hantar adik ke sekolah, kita terus ke hospital."
"Ok mak." Jawab Amri sambil merangkul bahu ibunya dan mengucup dahinya.
Begitulah kebiasaan Amri tiap kali bertemu ibunya. Sesungguhnya Manisah sangat bersyukur kerana padanya, Allah telah mendengar dan memperkenankan doanya selama ini dengan mengurniakan anak-anak yang membahagiakannya.
~
Manisah dan Amri tiba di hospital pada jam 9 pagi. Setelah mendaftar, mereka naik ke wad yang diarahkan. Petugas di wad surgeri hospital berkenaan seperti sudah siap sedia menunggu kedatangan Manisah. Dia ditunjukkan ke biliknya. Amri terus sahaja mengiringi sambil memimpin tangan ibunya.
"Anak puan Manisah?" tanya petugas itu sambil tersenyum melihat gelagat Amri yang nampak sangat perihatin.
"Ya" jawab Manisah ringkas.
"Ini bilik puan, dan ini bell, kalau ada apa yang puan perlukan, sila gunakan... kami ada di luar." Petugas itu menerangkan.
"Maafkan saya nurse... boleh saya temankan ibu saya?" Amri bertanya, dia merasa hiba hendak meninggalkan ibunya sendirian di situ.
"Encik boleh tunggu sementara di luar, sebab sebentar lagi doktor akan buat round dan ada beberapa prosedur yang kami kena lakukan ke atas puan Manisah. Selepas itu encik boleh masuk semula" nurse itu memberi penerangan.
"Ok mak... Am nak pergi sarapan. Terasa lapar pula. Mak nak Am belikan apa ke? Mak pun belum sarapan lagi, kan?"
"Tak mengapa encik... sebentar lagi ada hidangan pagi akan diedarkan" nurse itu memberitahu.
"Ok mak... Am pergi dulu" Amri berpamit pada ibunya sambil menyalam tangan dan mengucup dahi ibunya.
"Ya Allah...baiknya anak teruna puan ini" bisik hati nurse itu.
Prof. Muslihin masuk bersama team nya. Tiba-tiba, "Ya adinda... apa khabar?" Prof. Muslihin menyapa Manisah. Tercengang semua yang ada di situ.
Seorang dari mereka bertanya, "Puan ini bernama adinda?" Manisah sudah mula gelisah. Menahan rasa malu dan bercampur geram.
"Sorry... saya tersasul." jawab Prof. Muslihin selamba.
Manisah mula memikirkan satu jawapan untuk meredakan gelodak hatinya. "Ya... macam mana nak jawab ya? Nak katakan tak sihat... boleh pula sampai kemari... nak katakan sihat... mengapa pula berada dalam wad ni?"
Berderai gelak yang ada... dan Manisah perasan perubahan riak muka Prof. Muslihin terpukul oleh jawapan nya.
"Puan Manisah... esok puan akan menjalani ujian endoscopy, malam ini puan perlu puasa mulai jam 10 malam. Nurse akan beritahu prosedur nya." Prof. Muslihin serious dan terus beredar keluar diikuti oleh team nya.
YOU ARE READING
Suatu Pertemuan
RomanceSatu novel yang mengisahkan insan-insan yang sentiasa mengutamakan penyerahan diri secara total dan doa dalam kehidupan. Doa memberi kekuatan kepada mereka dalam mengharungi kehidupan. Doa mengajar mereka sentiasa merasa kerdil.. bersyukur atas apa...