Setiba nya Aliff di tokobuku nya, kerani di kaunter memberitahu,
" Boss...nampak tak orang yang duduk di ruang membaca tu?"
" Ya, kenapa?" Aliff bertanya kepada pekerja nya.
" Dia tu customer pertama kita. Serta terbuka saja pintu, dia masuk. Terus ke ruang fiksyen, mengambil novel
' Suatu Pertemuan' dan duduk membaca. Tekun sangat nampak nya, tak berganjak pun. Cuba boss approach dia, takut-takut dia tu orang yang bermasaalah pula"" Hisy awak ni...jangan sangka buruk. Biar saya masuk ke office saya dulu. Program untuk cik Suriati tu mula pukul berapa ?" Aliff bertanya.
" Cik Suriati janji nak datang dalam pukul 12 tengahari nanti in syaa Allah" jawab nya.
~
Adam meneruskan membaca bahagian akhir novel yang di tangan nya, lalu mengomel sendirian.
" Sudah berakhir penantian Muslihin. Bila pula akan berakhirnya penantian ku ini? Suria...aku dapat merasakan sesuatu setelah habis membaca ini".
" Ya Allah...hanya Engkau lah Yang Maha Mengetahui sama ada benar apa yang aku rasakan ini" kata hatinya.
Dia lalu terkenang waktu-waktu yang di lalui bersama Suria di zaman persekolahan nya dahulu. Mereka sama -sama menjadi petugas di Pusat Sumber sekolah mereka. Itu membuatkan mereka rapat dan kerana keakraban itu juga mereka sering melakukan kerja-kerja sekolah bersama. Mereka terpisah setelah memasuki sekolah menengah dan kerana beberapa sebab, mereka terus terputus hubungan.
Sedang dia asyik melayan lamunan nya, tiba-tiba...
" Assalamualaikum...saya Aliff, tuan punya toko ni", Aliff memperkenalkan diri sambil menghulur tangan kepada Adam.
" Wa alaikumussalam...saya Adam, Adam Mustakim"
" Adam? Mus, takim? Kawan Suriati semasa sekolah rendah dahulu?" Aliff bertanya, memastikan.
" Ya abang Aliff...saya", jawab Adam. Dan mereka terus berpelukan.
" Hampir 20 tahun ada ya Adam, kita tak berjumpa. Kemana saja kamu se lama ni sampai kita putus hubungan?"
" Panjang cerita nya abang Aliff. Sebelum tu, Adam nak Abang Aliff beritau Adam dengan jujur...novel ni, tulisan Suria kan?" Adam meminta kepastian.
" Beritau abang dulu...apa yang membuatkan Adam fikir begitu?" Aliff bertanya semula.
" Nama penulis ni abang Aliff, Suri Hati. Abang Aliff ingat tak? Adam pernah usik Suria dulu? Tak mahu dekat dia sebab dia panas, dia kan suria?"
" Abang ingat sangat...masa tu kamu berdua tengah mengulangkaji untuk peperiksaan kan?"
" Betul...abang ingat tak apa jawab Suria?"
" Ingat...dia kata...dia bukan suria tapi suri, suri hati kepada keluarga. Kerani di Pejabat Pendaftaran yang buat silap. Tertinggal huruf 'h' tu yang jadi 'Suriati'."
"Hahaha...abang ingat semua nya! Abang Aliff ...Adam dah habis baca novel ni, walaupun tak line by line, tapi, Adam dapat faham keseluruhan jalan ceritanya. Adam terasa yang character 'Muslihin' dan 'Manisah' dalam novel ni seolah-olah Adam dan Suria sendiri. Adam memang tercari-cari Suria selama ni. Alhamdulillah terjumpa abang disini."
" Adam...memang benar, Suri lah penulis novel ni. Abang pun dapat agak yang tulisan nya ada sentuhan dari perasaan dia sendiri. Maaf abang nak tanya...Adam sendiri belum berkeluarga ke?"
" Maksud abang, berkahwin?" tanya Adam.
" Ya" jawab Aliff.
" Belum...keluarga Adam pindah ke Sabah kerana ayah di tukarkan ke sana. Lepas bersara, ayah terus menetap di sana, dan kebetulan ibu Adam memang berasal dari sana kan?"
YOU ARE READING
Suatu Pertemuan
RomanceSatu novel yang mengisahkan insan-insan yang sentiasa mengutamakan penyerahan diri secara total dan doa dalam kehidupan. Doa memberi kekuatan kepada mereka dalam mengharungi kehidupan. Doa mengajar mereka sentiasa merasa kerdil.. bersyukur atas apa...