Manisah terkejut bila terdengar suara berbisik-bisik di telinganya.
"Mak...bangun...dah azan subuh. Nenek, abang dan Jannah dah siap nak ke masjid. Kami pergi dulu ya mak. Assalamualaikum."
"Wa alaikumussalam. Astaghfirullah...mak tertidur. Ya sayang...bawa nenek bebaik ya?"
Manisah terus sahaja beristighfar kerana terlalu lena hingga tidak terdengar azan subuh itu.
Usai solat...Manisah ke dapur untuk menyediakan sarapan. Hari sudah semakin cerah, dan di persekitaran rumahnya pun sudah mulai sibuk.
"Kenapa bebudak ni belum balik? Jannah tak sekolah ke hari ni?" Manisah tertanya-tanya sendirian.
"Assalamualaikum mak...", suara Amri dan Jannah di luar.
"Wa alaikumussalam wa rahmatullahi wa barakaatuh".Manisah menjawab salam dan keluar untuk membuka pintu.
"Kenapa lambat? Jannah tak ke sekolah ke hari ni?" Manisah bertanya sambil memimpin ibunya masuk ke rumah.
"Mereka dah berpakat nak jadikan kita tuan puteri hari ini." jawab ibunya sambil tersenyum. "tu...dah siap beli sarapan," sambung ibunya.
"Benar tuan-tuan puteri...kami yang sedia berkhidmat..." kedua Amri dan Jannah menjawab serentak.
"Hari ni...lain dari biasa...kita bersarapan bersama awal,"sambung Amri."Teruskan sayang...macam bunyi fon mak tu."
Manisah bergegas ke biliknya.
"Siapa agaknya ni? Nombor aku tak kenal, sungutnya. Tiba-tiba fon berbunyi semula."Assalamualaikum...siapa ya? Saya tak kenal nombor ni." Manisah bertanya.
"Wa alaikumussalam....ganggu waktu berehat ke?" suara yang sangat di kenalinya.
"Hai...ini tentu dapatkan nombor dari Cek Nor. Relax nya...pagi dah call? Camanalah nak berehat kalau pagi dah kena ganggu gini?" jawab Manisah, sengaja mengusik.
"Izinkan kekanda mendapat semangat untuk berkerja hari ni." jawab Muslihin dengan suara yang seolah-olah merayu.
"Dah mula lah tu...ok...smoga di permudahkan segala apa yang akan di lakukan hari ini...aamiin".
"Aamiin...terima kasih adinda...assalamualaikum". Jawab Muslihin...gembira mendapat doa dari Manisah.
"Ahaha mak...pepagi dah dapat call? Tak mungkin dari pejabat...Am pasti dari Prof, kan?" Amri mengusik ibunya.
Manisah baharu perasan yang Amri sudah tercegat di ambang pintu biliknya.
"Tu lah Am...di hospital dia menyuntik penawar untuk pesakitnya...tapi dia meminta suntikan semangat pula dari mak..." jelas Manisah sambil tersenyum.
Amri terus merangkul bahu ibunya, membawanya ke meja makan.
"I'm very happy for you mak...mari kita sarapan...nenek dengan adik dah menunggu."~
Pagi itu Prof Muslihin akan melakukan satu pembedahan. Dia masuk ke dewan pembedahan dengan ceria dan yakin.
Petugas-petugas di dewan itu berbisik-bisik sama sendiri. Dr. Govind membisikkan sesuatu kepada rakan setugasnya yang akan membantu Prof. Muslihin menjalankan pembedahan tersebut."Look at how happy he looks lately,"
Mereka sama- sama tersenyum.
Sebenarnya pembedahan tersebut adalah satu pembedahan yang agak rumit, namun ia dapat di lakukan dengan jayanya.
Selesai kerja-kerja nya Prof Muslihin beberapa kali mengucapkan 'alhamdulillah' dan dia juga berkali-kali berterima kasih kepada team nya.
Sedang dia asyik menulis report...seorang jururawat, petugas di dewan itu datang dan duduk di kerusi di sisinya.
YOU ARE READING
Suatu Pertemuan
RomanceSatu novel yang mengisahkan insan-insan yang sentiasa mengutamakan penyerahan diri secara total dan doa dalam kehidupan. Doa memberi kekuatan kepada mereka dalam mengharungi kehidupan. Doa mengajar mereka sentiasa merasa kerdil.. bersyukur atas apa...