BAB 2

22 0 0
                                    

Manisah pulang ke rumah lewat dari biasa. Ada urusan di pejabat yang harus di bereskan. Dia terus mendapatkan ibunya, merangkul bahu ibunya sambil meletakkan mukanya ke dada ibunya. Ibu yang sentiasa memahami anaknya terus mengusap-usap pipi Manisah dan bertanya, "Ada apa ni? Mak tau kalau buat gini ni. Mesti ada yang tak kena."

"Mak... Manis kena masuk wad esok. Doktor nak buat pemeriksaan lanjut pada penyakit Manis ni. Kesian kat mak... kena uruskan rumah dan anak- anak sensorang. Manis tak tau berapa hari... harap-harap nya tak lama. Manis dah pun beritahu Amri suruh dia ambil cuti esok untuk hantar Manis ke hospital. Ok mak... waktu maghrib pun dah hampir. Tapi.. hari ni kita tak ke masjid ya mak. Manis nak menyediakan apa yang patut untuk ke hospital esok. Jannah di bilik air ya? Mak suruh dia jumpa Manis... ada perkara yang Manis nak pesan-pesan pada dia."

"Janganlah Manis nak risau sangat... mak kan ada... lagi pun Jannah tu anak yang baik. Dia ada untuk membantu-bantu neneknya. Kita sesama berdoa agar Allah sentiasa memudahkan segala urusan." Manisah beredar setelah mengucup dahi ibunya.

~

Begitulah gambaran keluarga Manisah. Mereka sangat rapat dalam ikatan kasih sayang. Anak-anak nya terdidik dengan baik. Manisah memang cuba sedaya mungkin untuk mendekatkan dirinya dengan anak-anak nya. Dia, dengan bantuan ibunya, sentiasa memberatkan didikan agama kepada anak-anaknya. Meyakini bahawa hanya dengan cara begitulah ikatan kekeluargaan mereka akan teguh dan harmoni.
Manisah sangat bersyukur kerana anak-anaknya sangat mematuhi nasihat dan tunjuk ajarnya setakat ini. Namun begitu, dia mula merasa risau memikirkan anak bujangnya yang seolah-olah nya terlalu memikirkannya sehingga tidak mempunyai pilihan hati walaupun telah berumur 25 tahun dan mempunyai pekerjaan yang baik.
Manisah pernah mengemukakan perkara ini kepada Amri, anak bujang nya.

"Am... selama Am di universiti dulu... dan sekarang ni, tentu Am jumpa dengan anak-anak gadis yang menawan... takkan takde sorang pun yang tersangkut di hati Am?"

"Entahlah mak... cam takde je..."

"Ok... Am nak tak kok mak carikan? What's your expectation?"

"Am nak cari yang berfikiran macam mak. Tentu mak akan senang dengan nya dan dia juga boleh menerima mak dengan baik. Macam gitu... barulah barakah kan mak?"

Manisah agak terkejut dan kurang senang dengan jawapan Amri.

"Am... manusia dijadikan berbangsa-bangsa supaya berkenalan antara satu dengan yang lain. Am kena ingat yang pasangan Am tu dibesarkan dan di didik dalam suasana yang tak sama dengan Am. Di situ lah Am kena tolerate dan memahami keadaannya. Am pula, sebagai ketua keluarga, kena mendidik and it's your responsibalities untuk menentukan kemana Am nak bawa keluarga Am. Sentiasa ingat bahawa kita akan ditanya di atas semua tindak-tanduk kita disepanjang kehidupan kita. Lagi pun Am... mana ada orang yang serupa macam mak... setiap orang ada kelebihan dan kekurangan nya sendiri... dan kita kena bijak memainkan peranan. Dan yang lebih penting... sentiasa mohon petunjuk, pertolongan dan perlindungan dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Ehei... dah serupa beri ceramah pula mak ni..." Manisah memutuskan bicara.

"Terima kasih mak... esok bila semuanya dah jelas... Am akan beritahu pada mak"

"Hai... bunyi macam Am dah jumpa yang Am cari, tinggal belum jelas je." Manisah cuba meneka.

Namun Amri tidak menjawab, terus sahaja beredar meninggalkan ibunya.
Begitulah Manisah berusaha menjadikan dirinya sebagai tempat anak-anaknya merujuk atas segala masalah yang mereka hadapi. Dia sentiasa berpegang bahawa Islam adalah yang terbaik dan dia sebagai seorang Islam, harus menggambarkan akhlak yang baik dan ia bertekad menjadikan dirinya ibu yang terbaik kepada anak-anaknya.

~

Manisah memang mengalami ujian semasa di alam perkahwinannya. Manan, suami nya, sedikit demi sedikit menunjukkan sikap yang berlainan dari semasa mereka baharu berkahwin. Manan ialah anak tunggal kepada sahabat ayah Manisah. Dan perkahwinan mereka diatur oleh orang tua mereka. Manisah, yang terdidik untuk patuh kepada orang tuanya, hanya menurut apa yang diaturkan. Dia dididik bahawa mematuhi kedua ibubapanya adalah satu kewajiban dan ada barakahnya. Apa yang dialaminya adalah satu ujian dan menjadikan dirinya lebih matang dan lebih dekat dengan Sang Pencipta. Kerana pengalaman pahit itu jugalah membuatkan dia bertekad untuk mendalami ajaran agama dan sentiasa berserah diri memohon pertolongan dan perlindungan dari Yang Maha Berkuasa.

Manisah terus terkenangkan peristiwa yang berlaku di hari pengebumian arwah suaminya dulu. Dia teringatkan bagaimana dia berusaha menenangkan anak-anak nya.

"Sayang...! Mak nak anak-anak mak terus beristighfar... pohonkan keampunan untuk ayah... pada zahirnya kematian ayah buruk... namun pengakhiran hayat seseorang hanya Allah yang mengetahui. Doakan semoga Allah mengampuni dosa ayah dan meredhakan ayah kembali ke sisi Nya. Ini satu ujian besar... kita sesama berdoa agar Allah menganugerahkan kita kekuatan untuk menghadapinya."

Kemalangan arwah suaminya mendapat liputan media... dan Manisah teringat bagaimana dia menipu seorang pemberita di hari pengebumian suaminya.

Pemberita tersebut, yang tidak mengenali siapa Manisah, memberitahunya untuk berjumpa dengan 'Puan Manisah' dan Manisah sendiri yang menyedari bahawa itu ialah seorang pemberita terus berjanji untuk pergi mendapatkan 'Puan Manisah' tetapi sebaliknya Manisah menyembunyikan diri.
Masri, adik Manisah yang memahami apa yang di alami oleh kakak kesayangannya lalu bertidak mendapatkan pemberita-pemberita yang datang untuk membuat liputan.

"Saya faham akan tugas kamu semua. Buatlah liputan seadanya sahaja dan janganlah cuba menemui Puan Manisah untuk mendapatkan cerita-cerita tertentu. Dia dan anak-anaknya sudah cukup terkesan dengan peristiwa yang berlaku... janganlah ganggu mereka... fahamilah keadaan mereka. Lagipun sebagai seorang Islam... kita dilarang menghebahkan cerita yang mungkin akan membuka aib seseorang... kita semua bersaudara seagama kan?"

Dan apa yang dilakukan oleh Masri telah membuatkan pemberita-pemberita tersebut memohon maaf lalu beredar pergi.

Manisah, dengan perwatakannya yang sentiasa nampak ceria, sopan namun nakal dan suka berseloroh, adalah kesayangan seluruh keluarganya. Bahkan semua orang yang mengenalinya merasa senang dengannya. Sifat-sifat yang sangat disenangi ini turut diwarisi oleh ketiga-tiga anaknya.

Suatu PertemuanWhere stories live. Discover now