BAB 5!

42 0 0
                                    

Esok ia-lah hari temujanji dia ke hospital. Manisah membuka tastangan nya mempastikan bahawa semua dokumen yang di perlukan telah sedia di dalamnya. Dia pun membaringkan dirinya untuk tidur. Tiba-tiba telifon nya berdering.

"Hai...siapa pula lah malam-malam gini" rungutnya...namun rasa gembira bila melihat nombor yang tertera.
Salam di beri dan salam bersambut.

"Sorry adinda ganggu malam-malam gini. Dah nak tidur ke? Esok boleh datang awal ke hospital tak? I've a meeting to attend...but I want to see you before that. Klinik akan di buka sebelum jam 8 pagi...adinda datang terus ke klinik...I'll be waiting..."Prof. Muslihin berkata seperti memberi arahan

"Baik tuan Profesor...saya menurut arahan" jawab Manisah serupa mengejek.
"Hi hi hi...sorry...
I've a lot to tell you...but not now...sabar ya. Sleep well..." Prof. Muslihin memutuskan panggilan.

~

Sekembali nya dari solat subuh di masjid...Amri mengetuk pintu bilik ibunya.

"Assalamualaikum mak...pagi ni appointment mak di hospital kan? Oh...mak dah pun bersiap-siap. For your info, Am cuti hari ni untuk hantar mak. Mak tunggu Am...Am nak hantar adik ke sekolah dulu."

Belum pun sempat Manisah bertanya apa, Amri sudah beredar pergi.

Selepas berpamit dari ibunya, Manisah dan Amri memulakan perjalanan ke hospital.

"Kita memang kena awal ke hospital pagi ni Am...Prof Muslihin beritau yang dia akan attend a meeting, tapi nak jumpa mak sebelum tu. Elok juga Am ambil cuti hari ni untuk hantar mak, kok tidak, mungkin juga mak tak boleh sampai awal ke hospital..." Manisah memberitau Amri...merasa lega atas tindakan anaknya menghantarnya pagi itu.

"Itulah gerak hati seorang anak terhadap ibunya. Lagi pun... Am sendiri memang nak jumpa Prof tu... kan Am yang berjanji dengan dia nak jaga mak bebetul..." Amri menjawab ibunya secara berseloroh.

Manisah hanya tersenyum mendengar anaknya.

~

Amri menurunkan ibunya di hadapan klinik.

"Mak...mak masuk dulu...Am nak cari parking. Am akan tanya di kaunter di mana bilik Prof".

Setibanya Manisah di kaunter klinik tersebut, Cek Nor sudah sedia menunggu.
"Mari Manis kita ke bilik Prof...specially for you...he's waiting".

Manisah tidak berkata apa hanya mengikut sahaja Cek Nor.

"Assalamualaikum..." Manisah memberi salam ketika masuk ke bilik Prof Muslihin.
" Wa alaikumussalam..." jawab Prof. Muslihin, dia bangun dan mengunjukkan pada Manisah untuk duduk di kerusi di sisi mejanya.

"Adinda...! Dah kurang sakit kan? Dah mula kerja...ok ke? Kena teruskan makan ubat for another two weeks
...jumpa lagi dalam tempoh sebulan".

"Saya ok saja...dan menurut arahan..." balas Manisah secara berseloroh.

"Hai...sejuk rasa hati..." balas Prof. Muslihin sambil mengurut dada.

Tiba-tiba..."assalmualaikum..." Amri tiba.

"Wa alaikumussalam..." Prof. Muslihin, Manisah dan Cek Nor bersama menjawab salam.

"Oh...datang bawa escort rupanya...ya Amri...tak kerja ke hari ni?"

"Cuti. Apa khabar Prof?" Amri menghulur tangan.
"Saja nak jumpa Prof, nak kata yang Am dah tunaikan janji, dah bebenar jaga mak dan pastikan yang dia bebenar berehat."

Suatu PertemuanWhere stories live. Discover now