BAB 7

35 0 0
                                    


Muslihin merasa sangat sukar untuk melelapkan matanya. Sedang dia berbaring berseorangan di rumahnya, dia mengimbau kembali pertemuan nya dengan keluarga Manisah petang tadi.

"Harmoninya mereka, eratnya ikatan kasih sayang antara mereka...Ya Allah...!! Aku sangat bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana menemukan ku dengan keluarga yang sangat membahagiakan. Kau permudahkan segalanya Ya Allah...redhailah aku menumpang kebahagiaan itu. Sesungguhnya Engkau telah menguji aku dengan satu penantian yang sangat panjang dan Engkau jualah yang telah memberi aku kekuatan melaluinya. Ku pohonkan rahmat Mu Ya Allah... satukan lah kami dalam kasih sayang yang berpanjangan hingga ke jannah Mu Ya Allah."
Hati Muslihin terus memanjat doa memohon kepada Yang Maha Berkuasa.

"Esok aku akan berjumpa Alimin dan Cek Nor , semoga mereka setuju dengan rancangan aku" fikirnya.

Muslihin mengambil fon nya..."masih awal" fikirnya. Dia terus membuat panggilan kepada Alimin.

" Assalamualaikum Alim. Tak ganggu kan? Malam masih awal."

" Wa alaikumussalam...aku dengan Nor memang tertunggu panggilan dari engkau. Dah balik ke? Apa cerita?" Alimin terus memberi isyarat kepada Cek Nor bahawa call itu dari Muslihin dan memasang speaker untuk Cek Nor sama mendengar.

"Hai...nampaknya you all ni yang teruja lebih.
"Bahagia Alim...aku sangat bersyukur di temukan dengan satu keluarga yang sangat harmoni gitu. Amri telah mengenalkan aku pada mereka dan mereka pula dah pun bersedia menerima aku. Anak-anak Manis termasuk nephew nya, siap memanggil aku dengan panggilan 'ayah Mus'. Oh ya Alim...something crossed my mind. Free tak esok malam? Aku nak jumpa engkau orang berdua?"

"Seingat aku...aku free. I'll confirm later. Hei...! Kok engkau tak sabar nak beritau kami...kami lagi tak sabar nak tau. Ok Mus...I'll call you and confirm".

Ketika hendak meletakkan fon nya di atas meja di sisi katilnya, Muslihin teringatkan sesuatu..."baik aku call adinda...tadi masa nak balik, nampak mukanya macam muram je" fikirnya.

"Assalamualaikum adinda...dah mula nak tidur ke? Tadi macam tak ceria je? Sedih berpisah dengan Mus ya?" Muslihin mengusik. "nak Mus dendangkan bagi tidur ke?"

"Wa alaikumussalam...kenapa ni? Tak boleh nak lelap juga ke? Cakap bertubi-tubi sampai orang tak ada peluang mencelah?"

" Kenapa macam tak ceria je...semua ok kan? Mus dah tunaikan janji...tak tersasul pun. Anak-anak dah dapat terima 'ayah Mus' diaorang, makna nya...adinda kena terima kekanda jua. Tak gitu adinda?" tambah Muslihin.

Manisah memikirkan satu jawapan yang boleh menyenangkan hati yang mendengar.

"Hari dah semakin jauh malam...kita tunggu esok siang...boleh bincang panjang-panjang...hihihi", manisah berseloroh.

"Ehei...ikut lagu P. Ramlee ya? Mus pun nak nyanyikan lagu P. Ramlee, malangnya adinda tiada di sisi. Tidurlah wahai permaisuri...tiidur laah...pejam mata, tidur lena..."
Tergelak-gelak keduanya dan mereka memutuskan panggilan.

Muslihin mengambil wudhuk...melakukan sujud syukur. Dia benar-benar bersyukur di atas apa yg di alami kini.

Tiba-tiba ada panggilan. Panggilan yang di tunggu-tunggu nya.

" Mus...esok malam aku free. Engkau datang bersama adinda engkau ke?" Alimin mempastikan.

"Ok Alim...esok malam on...aku datang sorang. Kita bincang antara kita dulu. Manisah dah tentu tak setuju perjumpaan malam gitu. Kita ajak dia lain kali" jawab Muslihin.

~

Setelah menjamu selera, Alimin, Cek Nor dan Muslihin duduk di ruang tamu.

"Ya Mus...apa yang nak di bincangkan? aku dah teruja ni...macam satu perbincangan nak mengadakan kenduri kahwin je ni?" Alimin memulakan.

"Alim...Cek Nor ada tak beritau engkau yang aku pernah memohon untuk bertugas di luar Malaysia?"

"Ada...tapi itu kan dulu, sebelum engkau jumpa permata hati engkau tu semula? Tak kan engkau nak tinggalkan Manisah semula?" Alimin mempersoalkan apa yang di rancang oleh sahabat karib nya.

"Sayang...boleh tak beri Mus peluang meneruskan cerita dia?" Cek Nor mencelah.

"Betul tu...tengok Nor...punya lah dia takut aku buat tak tentu pada Manisah?" balas Muslihin.

"Ya lah...tak kan engkau nak sia-siakan penantian engkau yang dah sampai berpuluh tahun tu? Dan sekarang ni Manisah dan keluarga nya sudah pun dapat menerima engkau. Dia tak bahagia bersama arwah suaminya dulu...dia bertahan hanya kerana ikatan kewajiban. Dengan engkau ni lain. Tak kan engkau tak boleh nak faham?" menjela 'tazkirah' Alimin.

"Ya Alim...aku faham...engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Itulah sebabnya aku datang nak berbincang..." terang Muslihin sambil merangkul bahu sahabat karibnya itu.

"Alim...aku sebenarnya ada contact kawan kita yang di Mesir tu. Dia lah yang offer aku bertugas di kliniknya. Tengok pada alamatnya...berdekatan dengan universiti tempat Hani, anak Manisah belajar, di Kaherah." Muslihin menerangkan kepada sahabatnya.

" Fine...berapa lama tempoh engkau ada sebelum engkau pergi?"

"Dua bulan. Aku bercadang nak ajak Manisah bernikah sebelum tu...dan bawa dia pergi ke sana. Dan sebagai hadiahnya...dia boleh bersama anaknya. Aku cadang nak sign contract selama lima tahun...sempat sampai Hani habis belajar. Nor...engkau ingat Manis akan setuju tak? Macam tergesa-gesa, tapi aku rasa ada baiknya"

"Aku tak dapat nak beri jawapan Mus. Sekarang ni pun Manis dalam delima. Hatinya nak bersama engkau...tapi dia terfikirkan ibu dan anak-anak nya."

"Aku juga berpendapat gitu. Itu sebabnya aku tanya engkau. Tentu Manis ada bercerita pada engkau macamana perasaan nya terhadap aku. Aku tengok kuat sungguh ikatan kasih sayang antara mereka. Tak sampai hati aku nak pisahkan mereka. Oh ya Nor...next week dia ada appointment dengan aku kan? Engkau arrange kita pergi lunch dekat hospital tu? Alimin...join kita sekali?" Muslihin sudah mula tidak dapat bertenang.

"Mus...mana cukup masa macam gitu? Kita jemput dia datang ke rumah ni, boleh bincang...panjang panjang...!" Alimin pula menyanyikan lagu P. Ramlee tu. Dan mereka tergelak bersama.

"Mus...aku faham... masa pun dah suntuk. Kita bincang habis-habis dengan Manisah. Dia yang lebih berhak. Kita pun bukan belia lagi. Sabar Mus...buatlah solat istikharah",Cek Nor mengajukan cadangan.

Muslihin berpamit pulang.

"Sayang..." Cek Nor menyapa suaminya. " belas tengok Mus tu. Kita sama-sama doakan dia ya?" pintanya.

" Sure sayang. Kita sesama doakan kebaikan untuk mereka" jawab Alimin sambil merangkul isterinya.

~

Muslihin mencapai telefon, " dah lepas tengah malam rupanya. Tentu adinda dah di buai mimpi. Mata ni tak mahu lelap pula" fikirnya. Dia lalu berdoa di hati "Ya Allah...lorongkan lah jalan keluar bagi masaalah yang ku hadapi ini".

Muslihin terus bangun, ke bilik air, berwudhuk untuk menunaikan solat istikharah memohon petunjuk dari Ilahi.

Suatu PertemuanWhere stories live. Discover now