Manisah melihat jam di tangan nya.
"Oh...! dah waktu lunch...aku ada temujanji dengan Cek Nor...mujur teringat, kesian Nor menunggu."Manisah baharu perasan. Dia terus mencapai tastangan nya dan terus keluar dari pejabatnya dan di dapati nya Cek Nor sudah sedia menunggu.
" Maaf Nor...engkau terpaksa menunggu. Kita ke restoran yang depan tu. Biasanya tempat tu tak lah sibuk sangat, dan makanan di situ pun ok rasanya." terang Manisah.
"Ok...ikut engkau...engkau tamu aku hari ni" jawab Cek Nor.
"Eh...gitu pula...dah lah engkau yang datang ke tempat aku," Manisah membetulkan kata-kata Cek Nor.
"Hei kawan...aku yang menjemput...tentu lah yang di jemput itu tamunya" balas Cek Nor dan mereka sama- sama tergelak.
" Kita dah sampai pun, restoran yang tu Nor" Manisah menunjukkan restoran yang di tuju.
"Ya lah Manis...parking pun mudah." Cek Nor berpuas hati dengan pilihan sahabatnya.
Mereka mengambil tempat agak jauh dari ramai.
"Bismillah..." Cek Nor memulakan. "ya lah Manis...kena dengan selera aku" sambung Cek Nor.
"Puas hati Nor...ok, enjoy your lunch" balas Manisah."Engkau tak sibuk hari Nor? mimpi apa tiba-tiba lunch sampai kemari? Pada halnya baru dua hari lepas kita jumpa".
Manisah dapat menghidu bahawa ada sesuatu yang hendak di sampaikan oleh sahabatnya itu.
"Manis...anak engkau yang kedua, Hani, di Kaherah kan? Berapa umurnya? Sebaya anak aku ke?" Cek Nor bertanya.
" Hai...beria bertanya ni? Kenapa? Nak buat menantu ke? Hani muda setahun dari Noramin. Dia baru tahun satu universiti."
"Engkau ni Manis...ke situ pula? Kalau sesama setuju, apa salahnya kan? Apa perasaan engkau berjauhan dengan anak? Anak perempuan pula tu.
Setahu aku engkau tu rapat sangat dengan anak-anak engkau" Cek Nor cuba merisik."Itulah Nor...mulanya aku gembira sangat bila dia dapat offer tu, tapi, bila sampai masanya dia nak pergi tu...aku rasa nak terbang sama je. Tapi...kita kenalah fikirkan priority, yang mana yang lebih di beratkan. Mak aku masih perlukan aku, Jannah pun masih perlukan bimbingan ibunya."
Manisah menerangkan. Nampak mukanya suram. Mungkin terkenangkan anaknya yang di perantauan.
" Kan Amri dah cukup besar untuk menengokkan adiknya...lagi pun adik engkau ada tinggal berdekatan" balas Cek Nor.
" Nor...mana sama anak perempuan dengan lelaki. Mak aku adalah tanggung jawab aku. Aku tak mahu menanggung sesal berpanjangan kiranya sesuatu terjadi kepada mak aku semasa aku berjauhan" jelas Manisah. "Oh ya Nor...kawasan rumah mak engkau tu masih ada. Mak engkau masih di situ ke? Lama sangat kita putus hubungan kan?"
Manisah bertanyan khabar mak kawan karibnya sedari mereka berumur 12 tahun lagi.
"Emak aku dah meninggal dan sekarang ni abang aku yang menetap di rumah tu. Engkau ingat dia kan? Dia tu membujang hingga kini. Aku pun tak pasti sebab apa. Itulah...bila-bila Mus balik ke sini...dua cousins tu jadi bahan ejekan keluarga."
Tersenyum-senyum mereka berdua.
"Manis...sebenarnya... aku ni membawa pesanan orang. Engkau dapat agak kan siapa? Ada perkara penting yang dia nak ajak engkau berbincang. Tapi dia juga faham yang engkau tak akan setuju berjumpa dia berduan sahaja."
"Ya lah Nor...engkau faham kan? Dengan status aku ni...fitnah mudah je tersebarnya" terang Manisah.
"Aku faham. Jadinya...engkau di jemput ke rumah aku hari Ahad ni. Another reunion." jelas Cek Nor.
YOU ARE READING
Suatu Pertemuan
RomanceSatu novel yang mengisahkan insan-insan yang sentiasa mengutamakan penyerahan diri secara total dan doa dalam kehidupan. Doa memberi kekuatan kepada mereka dalam mengharungi kehidupan. Doa mengajar mereka sentiasa merasa kerdil.. bersyukur atas apa...