Amri dan ibunya tiba di rumah Cek Nor lebih kurang dalam jam 10.30pagi.
"Alhamdulillah Am...Allah memudahkan...kita dah pun selamat tiba." Manisah meluahkan rasa syukurnya.
" Itu petanda baik kan mak?" jawab Amri.
"Am...jangan nak mula ya..." Manisah menegur Amri, " marilah masuk jumpa uncle dan aunty dulu" Manisah menyambung.
Alimin dan Cek sudah pun bersedia berdiri di hadapan rumah menyambut kedatangan mereka.
Mereka bersalaman."Kita belum cukup korum, masih menunggu sorang lagi", terang Cek Nor.
"Am ada program apa hari ni? Jemputlah masuk...kita minum dulu." Alimin mempelawa Amri.
"Uncle ada sorang anak lelaki kan? Mana dia? Teringin juga berkenalan" Amri bertanya.
"Sorry...dia tak balik weekend ni...ada program di varsity katanya.
Amri berpamit setelah bersama menjamu juadah yang di sediakan.
"Mari Manis kita cerita-cerita" Cek Nor memulakan , " kita ambil peluang sebelum Muslihin sampai".
"Nor...apalah isi cerita engkau tu? Kenapa masa Muslihin tak de? Bukan cerita pasal dia kan?"tanya Manisah, musykil.
"Hai Manisah? Banyaknya soalan? Biar Alim terangkan," Alimin lalu menjelaskan..."cerita memang pasal Mus. Pasal harapan dia pada Manisah. Muslihin dah memang tetap dengan kata hatinya dan mengharap sangat-sangat Manis dapat menerimanya untuk berkongsi hidup hingga akhir hayat".
"Amboi amboi...! Pak kiyai kita ni...dah serupa orang jadi wakil acara merisik pula ni?" Manisah memberi komen...dan mereka tergelak bersama.
"Ok...kita buat perbincangan ni ala- ala acara merisik...apa pendapat cik abang?" Cek Nor mengajukan cadangan kepada suaminya.
"Ok sayang...sangat-sangat setuju" jawab Alimin.
"Hai encik-encik yang di hormati...boleh tak lupakan saja soal risik merisik ni? Orang yang nak di risik ni...bukan muda belia...kalaulah Amri tu dah bertemu jodoh...aku ni dah jadi nenek tau?" Manisah mengingatkan sahabat-sahabat nya.
"Dan saya jadi datuk segera..!!" tiba-tiba Muslihin menyampuk sambil masuk ke rumah.
"Tengok Nor...dia dah buat lagi...masuk tak beri salam" tegur Manisah , di ikuti dengan derai ketawa Cek Nor dan Alimin.
"Ok...assalamualaikum...boleh saya teruskan?"
"Nanti dulu...biar kami jawab salam tu dulu" Alimin mengingatkan dan.."Wa alaikumussalam" Alimin, Cek Nor dan Manisah serentak menjawab salam Muslihin.
" dan sekarang sila teruskan..." sambung Alimin." Bukan apa...tak mudah tau nak dapat pangkat datuk...ada sesuatu criteria baru dapat. Ada orang nak bagi...akan di terima dengan hati yang terbuka..."
" dan kami menyokong dengan se ikhlas hati..."Alimin dan Cek Nor sepakat.
Manisah memikirkan sesuatu untuk melindungi rasa malunya.
"Wahai Cek Nor yang baik hati...mengapa biarkan saya sendiri?kemanakah nak ku bawa diri...adakah tempat nak sembunyi?"
Manisah mula membuka pantun."Oi...!! tengok tu Mus...dulu, dia kenakan kita sedap-sedap je...ikut sedap mulut dia je...sampai kita jadi bahan ejekan kekawan, ingat tak?"Alimin mengingatkan Muslihin
"kita baru kenakan dia sikit...dah minta tolong. Cik adik ooi...! Cek Nor tak akan tolong...dia saya dah tawan" sambung Alimin.Berderai gelak mereka. Tercapai tujuan mereka mengadakan reunion itu. Mereka seolahnya kembali ke zaman persekolahan mereka.
Alimin memulakan sesuatu...
"Wahai adinda muda jelita...janganlah kekanda di goda begini rupa...ke manakah gelora hati hendak ku bawa...semakin tidak tertanggung rasanya..." Alimin mengulang kembali bait-bait sajak latar belakang pentomen lakunan Muslihin dan Manisah semasa persekolahan mereka dahulu.
YOU ARE READING
Suatu Pertemuan
RomanceSatu novel yang mengisahkan insan-insan yang sentiasa mengutamakan penyerahan diri secara total dan doa dalam kehidupan. Doa memberi kekuatan kepada mereka dalam mengharungi kehidupan. Doa mengajar mereka sentiasa merasa kerdil.. bersyukur atas apa...