Bahagian 1 : Bila Jembalang Mengganti Suami

3.3K 58 1
                                    

Seluruh penghuni kampung terpesona dengan kejelitaan amisah.Bukan saja amisah cantik,tapi dalam pergaulan juga amisah sangat dikenali dengan gadis yang pandai bergaul.Tidak lah hairan kalau amisah menjadi bunga melati yang mengharum kampung.
Sebagai bunga harum,tidak lah terlepas jadi tumpuan pemuda.Salah seorang yang sangat memberikan perhatian pada amisah ialah seorang pemuda bernama man.
   Walau pun amisah tidak lah menolak secara terus-terang minat man terhadapnya,namun tidak pula perhatian itu mendapat sambutan yang menggalakkan atau menggembirakan hati man.
Oleh kerana harapannya terlalu besar terhadap amisah,sedangkan dia tidak lah begitu berharapan,maka man merasakan perlu untuk melakukan sesuatu supaya impiannya terlaksana dan amisah menjadi miliknya.
Sudah tentu lah cara yang paling mudah ialah dengan meminta pertolongan bomoh.Walau pun cara itu tidak halal,namun itu lah caranya.Demi cintanya terhadap amisah,man sanggup menggunakan cara yang tidak halal sekali pun.
Tapi man masih juga tergugah hatinya untuk mengguna ilmu bomoh buat menakluki hati amisah.Teringat pula pesan guru agamnya,ilmu sihir itu merupakan amalan sesat.
Tetapi sewaktu hatinya tergugah untuk mengguna ilmu sihir buat merebut amisah,tiba-tiba terdengar khabar yang amisah akan berkahwin dengan bakhtiar,seorang lelaki berada yang jauh lebih tua dibandingkan dengan diri man.
Rasa benci terhadap amisah meluap-luap dijiwa man.Tahu lah dia yang amisah rupanya seorang gadis mata duitan yang hatinya boleh dijual untuk kebendaan.
Tak lama selepas menjadi isteri bakhtiar,amisah benar-benar hidup gemerlapan.Kelihatan dilengan dan dilehernya terhias dengan emas dan berlian.
"Tengok,alangkah bertuahnya kau sekarang.Bukan senang untuk mendapatkan kemewahan begini."Sanjung ibunya pada suatu hari sepulangnya mereka dari membeli belah dipekan.
Ibu bapa amisah rupanya benar-benar bangga dengan pilihan anaknya,walau pun dia tahu suami anaknya sudah beristeri dan mempunyai lima orang anak dengan isteri pertamanya.
Bagi ibubaoa amisah,kebahagiaan seseorang itu bergantung kepada kemampuan harta benda.
Kalau sekiranya amisah berkahwin dengan pemuda sebaya man,dan tidak pula pernah beristeri,sudah pasti man tidak akan bernyala dengan dendamnya.Tapi kini dendamnya membakar seluruh jiwanya.Kebencian terhadap amisah meluap-luap.
Bagi amisah pula,sebagai isteri muda bakhtiar,tidak lah senikmat yang dapat dibayangkan.Kadang kala dia kesepian ditinggalkan kerana suaminya memenuhi giliran kerumah isteri tuanya.
Sewaktu begini,amisah hanya dapat melepaskan kerinduannya pada bantal peluk dikatil tak berteman itu.
Tapi bakhtiar terus menerus berubah.Semakin jarang dia mengunjungi amisah.Malah sampai tidak sempat bermalam dirumah isteri mudanya itu.Hanya mengunjungi amisah dua kali seminggu.Sudah lah begitu,itu pun cuma diwaktu siang sahaja.
Sehari ke sehari batinnya mulai tersiksa.Dahaga batinnya tidak ada jalan keluar.
Kini berlegar kesalan didalam fikirannya.Mengapa dia memilih bakhtiar,sedangkan man telah berulang kali mengucapkan persembahan cinta terhadapnya.Mengapa dia membisu terhadap perasaan man.
Dan mengapa pula dia menurut sahaja segala kemahuan ibunya supaya dia menjadi isteri kedua bakhtiar.
   Betapa mendalamnya cinta man terhadap amisah dapat dibayangkan dari pengalaman yang malang yang ditempuhnya.Man cuba melupakan amisah setelah gadis pujaannya itu jadi milik bakhtiar.
Setelah amisah berkahwin,man telah berkahwin dengan seorang gadis bernama hasnah.Man cuba mencurahkan segala rasa cinta terhadap isterinya,namun dia tidak berdaya melupai amisah.
Hasratnya untuk menyelamatkan rumah tangga tetap gagal.Dan dia tidak menghairankan orang tua hasnah terpaksa menerima hakikat yang rumah tangga antara anaknya hasnah dengan man tidak mungkin diselamatkan lagi.
Sementara amisah tersiksa sebagai isteri kedua,man pula merana dengan kegagalan.
Kegagalan pertama apabila amisah sanggup menjadi isteri bakhtiar dan siksa kedua ialah kecewa untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia bersama hasnah.Kini dia hidup sebagai duda.
Rupa-rupanya semakin lama semakin mendalam hubungan batin antara man yang kini menduda dengan amisah yang menjadi isteri muda bakhtiar.Hal ini tidak dihairankan kerana masing-masing saling mengharapkan terpenuhnya dahaga batin masing-masing.
   Perhubungan gelap mereka secara rahsia mulai terjadi.Sudah tentu perhubungan rahsia itu pada mulanya tidak mungkin dapat dikesan oleh sesiapa pun.
Tapi lama kelamaan,rahsia itu kian terdedah,hingga akhirnya menusuk juga telinga bakhtiar,suami amisah.
Sikap bakhtiar tidak mudah tersinggung dan bertindak membabi buta terhadap isterinya.Dia ingin mencari bukti sejauh manakah hubungan isteri mudanya dengan pemuda yang dikatakan ada membuat perhubungan rahsia dengan isterinya.
Untuk meredakan perhubungan itu,bakhtiar menjual rumah tempat tinggal isteri mudanya dan amisah dipindahkan kerumah baru.
Amisah sendiri mulai menduga dari tingkah laku suaminya,yang dia mulai disyaki membuat hubungan dengan lelaki lain.Dan sudah tentu punca rahsia itu sampai ke pengetahuan suaminya ialah pembantu rumahnya,enah.
   Amisah harus berhati-hati.Dia yakin rahsia itu bila-bila masa boleh terbongkar.Sementara itu bakhtiar lebih sering bermalam dirumah amisah.Dan sebagai menutupi rahsia kecurangannya,amisah cuba melayan suaminya sebaik-baik dan sepuas-puas mungkin.
Tapi layanan itu semua dianggap oleh bakhtiar sebagai suatu helah untuk menyamarkan hatinya yang sebenar.
"Sah,petang ni aku ke rumah kakak kau."Kata bakhtiar setelah berhari-hari tinggal dirumah amisah.Tahulah amisah suaminya ingin membuat giliran kerumah isteri tuanya pula.
Malam itu hujan renyai-renyai.Selalunya kalau hujan begitu,pengawal kampung tidak akan melakukan rondaan dan tinggal berborak atau main dam atau catur dipusat kawalan.
Hal ini dirasakan menguntungkan bakhtiar yang secara sembunyi ingin mengendap tingkah isteri mudanya sewaktu dia membuat giliran kerumah isteri tuanya.
Dia secara hati-hati menyelusup ke halaman rumah seperti lagak seorang pencuri.Dia mendengar pembantu rumah yang terbatuk-batuk dibilik belakang.Bakhtiar terus merayap ketempat dimana bilik isterinya menginap.Disitu dia menunggu.Hujan kian lebat.
Terasa begitu jemu menunggu kerana tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan adanya berlaku hal-hal sumbang didalam bilik tidur amisah.
Tapi hati kecil bakhtiar pasti sesuatu akan berlaku.Sebab itu dia tetap tabahkan hati menunggu.
Entah berapa lama dia menunggu.Dalam fikirannya bersimpang-siur tindakan yang bakal dilakukannya seandainya terbukti adanya perbuatan curang berlaku dikamar tidur isteri mudanya.
Sambil mengenggam senjata didalam saku jaketnya,dia berbisik pada dirinya sendiri."Aku akan lumatkan kamu berdua."
Dan,seperti takdir yang menentukan bakhtiar seharusnya melakukan apa yang ditekadkannya dalam hati,tiba-tiba telinganya mulai menyambar sejenis bunyi dan diketahuinya bunyi apakah itu.
Tidak ragu lagi kini,yang amisah sedang bergumul dengan seseorang diatas katil.Siapakah dia?Mankah itu?Berdesau darah cemburu yang kemudiannya memanjat otaknya supaya segera bertindak.
"Jahanam kepada siapa saja,kedua-duanya harus aku bantai malam ini."Desis batin bakhtiar.
Dan setelah mendengar desis hatinya,dia tidak teragak-agak lagi memanjat dan memecahkan jendela bilik tidur itu.Dia menyerbu masuk seperti orang gila.
Bakhtiar segera melepaskan tembakannya bertalu-talu.Dan ternyata yang ditembak hanyalah amisah,isteri keduanya.Sedangkan lelaki yang dicurigainya serta-merta menghilang.
   Malah bukan saja menghilang,lembaga itu kini hanya kedengaran suara ketawanya saja bergema bagai menggegarkan bilik itu.
Dan kini bakhtiar yang menggeletar.Pistol ditangannya terlepas dari tangan dan dia bagaikan manusia yang tidak mempunyai apa-apa tenaga kekuatan.Kepalanya terasa berpusing dan matanya berpinar.Dia terus mendengar ketawa yang dahsyat itu.
Ternyata bakhtiar tersilap duga tentang lelaki yang datang memuaskan nafsu isteri mudanya itu.Dia lupa selama ini lembaga itulah yang diharapkan supaya isteri mudanya dan isteri tuanya tidak curang terhadapnya.
Dia lupa bahawa dia pernah pergi kesiam untuk mendapatkan ilmu hitam itu dari seorang dukun disana.Dia tidak sedar jembalang hasil pemujaan ilmu hitam itulah yang memberikan kepuasan batin kepada isteri muda dan isteri tuanya dikala dia tidak ada dirumah.
   Dan kini dua bahaya menunggunya.Pertama,hukuman kerana membunuh isteri.Kedua ialah bahaya amukan roh dari ilmu hitam yang diamal olehnya itu.
Tidak hairan kalau bakhtiar terjelepuk jatuh kelantai dan tiba-tiba dia tidak lagi dapat mengingati apa-apa.
Dan ketika pembantu rumah terkejut mendengar tembakan bertubi-tubi dari arah bilik amisah,dia bangun dan berlari kebilik.Apabila dia masuk,nampak pada pandangannya amisah berkapar dikatil dalam keadaan berbogel dan darah bersimbah.Sedangkan dilantai bakhtiar terjelupuk pengsan.

(Bersambung...)

Pemuja Roh WanitaWhere stories live. Discover now