Dukun kebasa yang bergelar pendekar garang merupakan seorang bomoh yang gemar mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.
Kehebatan ilmu perbomohannya diketahui oleh wanita-wanita tertentu,terutamanya wanita yang mencari rezeki dengan menggoda lelaki.
Seorang wanita pelayan yang ingin dijadikan isteri oleh seorang hartawan yang boleh memberikan kesenangan dunia kepadanya,akan mencari bomoh yang dikenali sebagai dukun kebasa pendekar garang.
Apabila dia mendapat penangkal merah dari dukun kebasa pendekar garang,dan dipakai dipinggang pada waktu bersatu dengan lelaki itu,sudah pasti lelaki kaya itu tidak dapat melepaskan lagi perempuan yang memakai penangkal merah milik bomoh handal itu.
Ketika itu tok awang kharma baru berusia tiga puluh dua tahun.Sebagai seorang yang gemar berkawan,dia berkawan dengan segala peringkat baik dari peringkat atas ke peringkat bawah.
Baik dikalangan pendekar,bomoh,orang biasa mahu pun orang yang berkedudukan.Sikapnya yang tahu membawa diri dan tahu harga diri menyebabkan dia mudah bergaul dengan sesiapa saja.
Salah seorang kawannya ialah hartawan yang bernama tuan sahak.Tuan sahak ini rupanya terjerat dengan seorang janda muda yang bekerja sebagai pelayan dikuala lumpur bernama hasnah atau lebih dikenali dengan panggilan cik has pelayan genit.
Cik has pelayan genit rupanya berjaya memikat tuan sahak dengan menggunakan penangkal merah pemberian dukun kebasa pendekar garang.
Sebagai kawan tuan sahak,sekali-sekala tok awang kharma akan datang berkunjung kerumah tuan shak di kota bharu.
Suatu hari ketika dia datang kerumah tuan sahak,kebetulan tuan sahak tidak ada dirumah.
Cuma cik zabedah saja yang berada dirumah yang menyambut kedatangan tok awang kharma.
"Lama benar tok awang tak datang.Masuklah."Ramah benar cik zabedah menyambut kedatangan tok awang kharma.
Tok awang kharma melangkah masuk kerumah mewah itu,yang lengkap dengan segala peralatan mahal serba cantik itu.
"Kemana tuan sahak?"Tanya tok awang setelah meletakkan punggungnya ke atas kerusi kayu cengkal berukir indah itu.
Cik zabedah yang duduk dihadapan tok awang melepaskan keluhannya."Inilah yang sangat merisaukan saya.Perangai tuan sahak memang sedari dulu tak berubah-ubah,tok awang."
"Perangai macam mana?"Tanya tok awang kharma.
"Dia kini macam belangkas dengan pelayan dari kuala lumpur.Dah diambilnya untuk dijadikan madu saya.Saya ni bukan kisah sangat kalau dia nak kahwin.Bukanlah tak pedih hati,tapi hak dia orang lelaki,tak boleh dihalang.Tapi yang lebih menyakitkan hati saya,dia mengambil betina tukang cukur itu dibuat bini muda."Luah cik zabedah.
"Yakah begitu?"Tanya tok awang kharma.
"Kalau tak benar,saya tak cerita,tok awang.Saya percaya dia sudah terkene buatan perempuan itu,hingga siang malam asyik dengan perempuan itu saja."Tambah cik zabedah lagi.
Cik zabedah kemudiannya meminta tok awang cuba berikhtiar supaya tuan sahak tidak terperangkap dengan niat jahat perempuan itu."Saya ni isterinya sejak dari muda ke tua begini.Tak sanggup saya melihat suami melarat merana kerana perempuan macam itu.Kalau nak menduakan juga saya boleh jugalah saya tahan sabar kalau perempuannya elok tingkah."Kata cik zabedah lagi.
Memang pada fikiran tok awang cik zabedah sudah mahir benar dengan suaminya tuan sahak.Soal rapat dengan perempuan keberet sudah biasa.Malah kahwin dengan perempuan lain pun bukan sekali itu tuan sahak lakukan.sudah kerap kali.
Kerana merasa tidak elok jika dibiarkan tuan sahak dicukur oleh perempuan yang dikatakan oleh cik zabedah itu,mahu jugalah tok awang menyelidik.
Memang kalau hendak dikatakan perempuan itu cantik,tidaklah secantik mana.Orangnya kurus.Punggungnya nipis dan dadanya leper saja.Tidak sesuai dengan gelarannya cik has pelayan genit.
Tok awang kharma boleh sampai kerumah dimana tuan sahak meletak isteri mudanya itu setelah mengusik tuan sahak dengan kata-kata."Tuan sahak ni kawan karib saya,takkanlah nak berahsia juga."
"Rahsia apa pula,tok awang?"
"Takkan tak kenalkan saya dengan orang baru.Khabarnya orang dari kuala lumpur."
Mendengar kata-kata dari tok awang itu,tuan sahak tergelak."Kalau macam tu elok saya perkenalkan.Mari kita bermalam kerumah orang baru saya."
Rupanya dirumah dimana menjadi tempat tinggal isteri muda tuan sahak itu ada tetamu istimewa cik has pelayan genit itu,seorang lelaki yang diperkenalkan namanya wak kebasa saja.Orangnya walau pun dalam lingkungan usia lima puluhan,namun kelihatan gagah dengan misai bertaut lentik dan kasar.
Ketika tok awang sampai dan masuk keruang tamu,orang tua itu sedang duduk berbual-bual dengan isteri muda tuan sahak.Orang yang diperkenalkan itu melihat keatas kebawah kearah tok awang.
"Ini kawan abang,dia ni seorang pendekar."Kata tuan sahak kepada isteri mudanya itu.Tok awang melihat lelaki tua itu tersenyum sinis kearahnya.Sudah tentu orang tua itu kurang yakin yang tok awang seorang pendekar.Tubuhnya kecil dan nampaknya sekali pukul boleh terbang seperti kapas.
Malam itu tok awang disediakan bilik khas dirumah yang besar itu.Sementara wak kebasa pula disediakan bilik lain.
Rupanya malam itu wak kebasa atau lebih dikenali dukun kebasa pendekar garang ingin menguji diri tok awang.Secara kebatinan wak kebasa menyerang tok awang yang baru hendak terlelap itu.
Tok awang terkejut apabila ada seolah-olah satu lembaga terpelanting seperti ditendang.Tok awang tahu apakah alamatnya itu.Sudah tentu ada serangan atau penceroboh yang cuba melanda pagar kebatinannya yang diamalkan sebelum tidur.
Tok awang yang terbangun kerana alamat ada mahkluk menyerangnya bangun dari pembaringannya dan duduk bersila ditempat tidur.
Dengan menghadapkan dirinya kepada kekuasaan allah,tok awang membaca amalannya dengan menahan nafas.Kemudian dengan mata masih terpejam dia menghela nafas begitu panjang sambil kumat-kamit membaca amalannya lagi.Kemudian dengan tubuhnya bergegar dia menarik nafas dalam-dalam dan agak panjang.
Kini penglihatan tok awang dapat memandang wak kebasa.Kemudian dia mulai menyoal."Siapa dirimu?Siapa kamu?"
"Aku dukun kebasa gelar pendekar garang."Kata wak kebasa dalam penglihatan dan kini pendengaran kebatinan tok awang.
"Siapa gurumu?"
"Guruku kiyai sawito petapa gunung agung."
"Siapa khadammu?"
"Jin afrit.Tapi akulah khadamnya."
"Apa tujuanmu disini?"
"Wanita dirumah ini hambaku."
"Hambamu?"
"Ya.Setiap wanita yang mendapat penangkal merah dariku adalah hambaku.Dirinya adalah diriku.Nyawanya adalah nyawaku.Rohnya adalah rohku."
"Apakah khasiat penangkal merah itu?"
"Sesiapa yang bersatu dengan perempuan itu,baik secara halal atau haram,tetap tidak boleh melupainya."
"Apakah syarat mendapatkan penangkal merahmu?"
"Dirinya menjadi jamuanku,pemujaan kepada tuanku jin afrit."
"Sekali untuk selamanya?"
"Tidak.Setiap kali aku berhajat padanya."
"Sekarang pulanglah.Dan ingat,jangan menceroboh pagarku lagi."
Tok awang kharma kini keluar dari alam kebatinannya dan dia beristighfar dan mengucap syukur berulang kali sebelum baringkan badannya semua ditempat tidur.
Pagi keesokannya sewaktu bersarapan pagi,tok awang melihat gelagat wak kebasa berlainan dari semalam.Dia tidak lagi berani menentang mata tok awang.
Tok awang juga tidak banyak bercakap dengan wak kebasa.Ini boleh jadi disebabkan wak kebasa bersikap dingin terhadapnya.
Selesai bersarapan,tok awang meminta diri kerana katanya dia ingin bertemu seorang kawannya.
Rupanya setelah tok awang pergi,dukun kebasa pendekar garang banyak bertanya kepada tuan sahak tentang tok awang.
"Dia itu nampak selekeh,tapi hebat orangnya.Banyak ilmu yang dapat dikuasainya.Tak menunjuk taring kalau orang tak cuba berlagak terlebih dahulu."Kata tuan sahak.
Mendengar cakap tuan sahak itu,dukun kebasa pendekar garang terdiam.Dia teringat peristiwa dia terpaksa tunduk pada kekuasaan kebatinan tok awang.
Kini dia tahu tok awang kharma telah mencungkil rahsia dirinya.Kehandalan tok awang kharma lebih hebat darinya.
Sebelum bertolak ke kuala lumpur,dukun kebasa pendekar garang berpesan pada cik has pelayan genit."Kau harus berhati-hati dengan tok awang itu."
"Kenapa?"Tanya cik has pelayan genit agak tercengang.
"Dia boleh menyusahkan kau nanti."
Setelah berminggu-minggu lamanya menghilangkan diri,tok awang kemudian datang lagi kerumah tuan sahak,yaitu dirumah dimana tinggal cik zabedah isteri tuanya.
"Tuan sahak tak ada juga?"
"Hai,kan saya dah kata yang dia ade pelayan barunya."
Tok awang kharma tersenyum."Sabar.Nanti selepas sembahyang asar saya panggil dia pulang."Kata tok awang kharma secara bergurau.
Cik zabedah menganggap cakap tok awang itu sebagai gurau senda saja.Tapi bagi tok awang kharma,setiap cakapnya tidak boleh berolok-olok.
Selepas sembahyang asar,ketika masih bersimpuh diatas tikar sembahyang tok awang kharma membaca amalan batinnya seperti yang dilakukan pada malam dirumah cik has pelayan genit itu.
Kira-kira setengah jam saja kelihatan kereta asutin hitam kepunyaan tuan sahak muncul dirumah itu.Cik zabedah segera pergi kepintu bilik dimana tok awang sembahyang sambil melaungkan."Anak sahak dah sampai pun,tok awang."
Ketika tok awang kharma keluar,tuan sahak berkata."Patut pun saya macam diseret kesini,rupanya tok awang ada disini."
"Dia kata dia nak panggil abang sahak balik selepas asar."Celah cik zabedah pula.Tok awang tersenyum saja mendengarnya.
Selepas sembahyang maghrib tuan sahak mengajak tok awang bersiar-siar di bandar kota bharu.
"Jangan marah kalau saya cakap tuan sahak."Kata tok awang kharma memulakan cakapnya.
"Apa halnya?"
"Jangan marah kalau saya berterus-terang menanyakan tentang isteri muda tuan sahak itu."Kata tok awang kharma.
"Hah,nak tanya pasal apa?"
"Apa keistimewaan cik has itu?"
Tuan sahak tergelak mendengar pertanyaan yang seperti bergurau dari tok awang kharma itu."Dah tentulah layanannya sebagai perempuan terhadap saya."
"Kalau saya minta tuan sahak menguji dia,mahu tak?"
"Ah.Tok awang ni ada-ada saja.Uji yang macam mana?"
"Semasa dia bersatu dengan tuan sahak,ada tak tuan sahak perasan dia memakai apa-apa?"
"Eh,tak perasan pula."
"Balik nanti cuba selidik.Mesti ada penangkal merah ditubuhnya yang dipakai sewaktu bersatu dengan tuan sahak."
"Mana tok awang tahu semua ini?"
"Tolong tuan sahak dulu malam ini.Ada tidak penangkal merah itu?"
"Kalau ada apa saya nak buat?"
"Sudah tentu dia marah kalau ditanggalkan.Jadi ada satu jalan."Kata tok awang kharma.Dia kemudian menyeluk sakunya dan mengeluarkan penangkal berbungkus kain putih.
"Pakai penangkal ini biar betul-betul disetentang pusat tuan sahak sebelum bersatu dengannya."Kata tok awang.
Tok awang kemudian meminta tuan sahak menghantarnya kerumah seorang kawannya kerana dia ingin bermalam disana.Kemudian tuan sahak pulang kerumah isterinya yang muda itu.
Sewaktu bermesra dengan cik has,tuan sahak meraba-raba pinggang isteri muda itu dan benar seperti yang dikatakan oleh tok awang kharma padanya.Isterinya itu memakai penangkal di pinggang.
"Penangkal apa ni has?"Tanya tuan sahak.
"Saya ni dulu pernah dibuat orang,bang.Sebagai penawarnya inilah wak kebasa suruh saya pakai."
Selepas itu tuan sahak tidak lagi mahu bertanya lebih lanjut.Dia berpura-pura tidak menghiraukan penangkal itu lagi.
Tapi aneh,sejak malam itu dia tidak merasa sebarang keistimewaan cik has pelayan genit yang kini jadi isterinya itu.
Agak berbulan-bulan pula selepas itu tok awang kharma tidak datang menemui tuan sahak.Sedangkan tuan sahak kini kerap pula pulang kerumah isteri tuanya,cik zabedah.
Selepas tiga bulan kemudian,barulah tok awang kharma datang lagi menemui tuan sahak bertanyakan khabar.
"Apa yang tok awang katakan dulu semuanya tepat.Sekarang saya nak tahu bagaimana tok awang boleh tahu sejauh itu.Tok awang baru sekali melihat isteri muda saya itu?"Tanya tuan sahak.
"Saya boleh berikan jawapannya.Tapi kena lah tuan sahak memegang amanah?"Kata tok awang.
"Amanah macam mana?"
"Perkara ini perkara rahsia.Jadi biarlah menjadi rahsia."
Selepas tuan sahak mengaku akan merahsiakan hal itu,tok awang meminta izin untuk bermalam dirumah isteri muda tuan sahak itu.
Hal itu tidak lah sesuatu keberatan bagi tuan sahak.Dia terus membawa tok awang kerumah tempat tinggal cik kas pelayan genit itu.
"Sediakan bilik untuk saya.Nanti apabila tuan sahak dapati cik has sudah tidur,datanglah panggil saya."Kata tok awang.
Setelah menyuruh isterinya menyediakan tempat tidur siap dengan tempat sembahyang sekali,tuan sahak menjemput tok awang masuk ke bilik itu.Sedangkan dia agak awal mengajak cik has masuk kebilik tidur.
"Apa hendak orang tua itu kerap bertemu dengan abang?"Tanya cik has cuba menyembunyikan kebimbangannya.
Apa lagi kini suaminya sudah mulai tidak seratus peratus bole dikuasainya.Dia hairan akhir-akhir ini tuan sahak gemar meninggalkannya sendirian dirumah itu,seperti sudah jemu dengannya.
Malam itu,setelah isterinya terlena,tuan sahak keluar dan pergi mendapatkan tok awang.
"Dia sudah tidur?"Tanya tok awang yang masih berada diatas tikar sembahyang didalam keadaan bergelap dibiliknya.
"Sudah."Jawab tuan sahak.
"Sekarang kita pergi tanya dia."Kata tok awang kharma.Tuan sahak tak habis merasa hairan,macam mana nak tanya kalau isterinya sudah terlena?Tapi dia tetap patuh dengan cakap tok awang.Mereka berdua kini melangkah menuju kebilik tidur dimana cik has sedang terbaring dikatil dalam keadaan nyenyak.
Tok awang kemudian tanpa bercakap sepatah pun terus duduk bersila mengadap cik has.Dia kemudian terus membaca amalannya dengan begitu tekun.Kemudian tuan sahak dapat melihat tok awang menarik nafas dalam-dalam dan terdengar kata-kata tok awang."Ku tarik rohmu,ku tarik roh..."
Tiba-tiba tuan sahak dapati cik has,isterinya kini bangun dari pembaringan dan duduk berhadapan dengan tok awang.
Tok awang kelihatannya terus membaca amalannya dengan mulut kumat-kamit sambil matanya dipejamkan.Kemudian dia membuka matanya dan bersuara."Sekarang jawablah pertanyaanku."
"Apa yang tok hendak ketahui dari saya?"Tanya cik has seperti orang kene pukau dengan sepasang matanya tidak berkelip-kelip.
"Aku mahu tahu,apakah gunanya penangkal merah yang kau pakai setiap kali hendak bersatu dengan tuan sahak."Soal tok awang.
"Penangkal itu adalah penangkal yang dinamakan pemuja roh."Jawab cik has secara tidak sedar.
"Khasiatnya?"
"Supaya setiap lelaki yang berhubungan sulit dengan saya,baik secara haram mahu pun halal,akan terlekat hati dan tidak akan dapat melupai kenikmatan yang dia dapati dari diri saya."
"Siapa yang memberikan penangkal itu?"
"Dukun kebasa pendekar garang."
"Syarat apakah yang dimintanya?"
"Saya harus menyerah roh dan badan saya sebagai hamba kebatinannya."Jawab cik has dengan lancar.
"Pernahkah kamu membuat hubungan sulit dengan guru kamu itu semasa kamu sudah menjadi isteri tuan saha?"Soal tok awang lagi.
"Itu adalah syarat yang mesti saya lakukan kerana mengambil penangkal darinya."Balas cik has.
Tuan sahak terbeliak biji mata mendengar pengakuan yang jelas menunjukkan isterinya pernah berlaku serong terhadapnya dengan orang tua yang pernah mengunjungi isterinya itu.
Kemudian tok awang berkata."Sekarang aku ingin menghantar balik segala kekuasaan penangkal merahmu itu ketempat asalnya."
Sehabis saja perkataan dari tok awang itu,tiba-tiba kedengaran cik has menjerit dengan kuat.Lampu tiba-tiba padam.Kemudian tuan sahak merasakan satu lembaga merempuhnya hingga dia terjatuh dan selepas itu tuan sahak tidak sedarkan diri lagi.Dia jatuh pengsan.
Tok awang saja yang seperti berjuang dengan mahkluk yang tiba-tiba menyerang itu.Tapi tiba-tiba lampu bernyala semula dan kelihatan tuan sahak terbaring dilantai.Cik has juga terbaring dikatil tidak bergerak-gerak.
Tok awang segera kedapur mengambil air lalu membaca jampi dan menghembuskannya ke air itu.Dia kemudian menyapu muka tuan sahak dengan air itu sehingga sedar.
"Apa yang telah terjadi?"Tanya tuan sahak.
"Kita telah diserang oleh penghulu wak kebasa."Kata tok awang tersenyum.
"Apa mahkluknya itu?"
"Jenis syaitan."
Tuan sahak beristighfar dua tiga kali sambil melihat kearah isteri mudanya yang terbaring tidak bergerak-gerak."Apakah dia pengsan?"
"Jangan risaukan dia.Dia tidur.Tak ada apa-apa yang hendak dibimbangkan."Kata tok awang sebelum meninggalkan bilik itu dan melangkah masuk kebiliknya semula.
Mengikut tok awang kharma,selepas peristiwa itu,tuan sahak menceraikan cik has pelayan genit.Dan sejak itu tidak lagi terdengar berita tentang cik has itu.(Bersambung...)