Bahgaian 8 : Bertapa Dengan Mayat Hidup

1.1K 29 1
                                    

Di kampung gondang,ada sebuah perkuburan yang dikenali sebagai kubur kosong.Kononnya kubur itu adalah milik mayat perempuan mati beranak bernama soyah.Atau nama lengkapnya siti soyah binti kamat.
Pada masa muda-muda dulu,penulis pernah sampai kekampung gondang itu dan mendengar tentang kubur yang mayatnya digali dan dilarikan orang.
Seorang pemuda yang seingat penulis bernama megat menceritakan panjang lebar tentang mayat soyah.
"Soyah meninggal pada hari isnin dan dikebumikan pada petang hari itu.Pada malamnya ada orang menunggu kubur itu."Cerita megat.
Tapi belum pun pukul sepuluh,kesemua orang yang menunggu kubur sambil membaca ayat-ayat al-quran itu diserang rasa mengantuk yang amat sangat.
Mereka kesemua yang berjumlah empat orang itu masing-masing terlintuk dan kemudian tidak sedar lagi apa yang terjadi.
Apabila mereka terjaga,mereka benar-benar terperanjat apabila melihat kubur soyah yang hanya dua depa saja dari wakaf tempat mereka menunggu kubur itu sudah dibongkar orang.Mayat soyah sudah hilang.
Kehilangan mayat soyah tidak dapat dikesan,walau pun sudah dilaporkan kepada pihak polis.
Seronok juga mendengar kisah itu.Tapi kedatangan penulis ke kampung gondang itu bukan sekadar ingin tahu kisah mayat soyah dicuri orang.
Kedatangan penulis kekampung itu untuk mencari orang seorang yang bernama pak sukaran pendekar.Itulah tujuan penulis datang kekampung gondang itu.
Datuk saudara penulis,wak leh yang pada masa itu telah pun meninggal pernah menceritakan kepada ibu penulis ada seorang muridnya yang banyak mewarisi ilmu darinya.Orang itu dikenali sebagai pak sukaran pendekar.
   Memang senang untuk mencari rumah pak sukaran pendekar yang membeli tanah dikampung itu dan bekerja membuka kebun.
Orangnya sudah tua juga.Pada pandangan penulis pak sukaran pendekar sudah berusia dekat 50 tahun.Orangnya nampak gagah berbahu cangkah dengan tubuhnya tinggi dan tegak.
Setelah menjemput naik kerumahnya dan kami masing-masing bersila,pak sukaran bertanya."Anak ini siapa dan datang dari mana?"
"Saya ini cucu wak leh.Saja datang nak mengenali salah seorang murid kanan wak leh."Kata penulis.
Pak sukaran tersenyum mendengar yang penulis adalah cucu saudara wak leh.
"Dulu pak cik ini pengayuh beca dipasir mas.Suatu hari wak leh berpesan supaya mengambilnya dirumah di kampung dangar.Kononnya dia ingin berjalan ke pekan.Dah lama aku tak kepekan."Katanya.
"Pak cik pun datanglah untuk mengambilnya.Setelah mengayuh beca separuh jalan,tiba-tiba wak leh menyuruh pak cik mengayuh kuat-kuat sedikit.Kau ni kayuh beca macam budak belum bersunat,begitulah kata wak leh.
"Dalam hati,pak cik rasa orang tua itu ada helahnya.Dia ingin bergurau.Tapi sebagai murid,tetap patuh.Pak cik pun kayuh beca sekuat hati.."
Pak sukaran tidak terus menyambung ceritanya.Dia selalu terkenang gurunya itu dan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tergelak.
"Anak tahu apa jadi?.Rupanya wak leh ingin bergurau hari itu.Pak cik kayuh bukan main laju,tapi becanya seperti tergantung.Tak bergerak-gerak."
Selepas berbual-bual kami bersama makan tengah hari yang disediakan oleh isterinya.Isterinya masih muda,kira-kira separuh usia lebih muda dari pak sukaran.Benarlah kata ibu penulis,bahawa kelebihan yang ada pada pak sukaran ialah banyak mewarisi ilmu pengasih dari wak leh.
Menurut ibu penulis,wak leh sangat berhati-hati dalam menurunkan ilmu pengasih yang ada padanya.Ini disebabkan wak leh tidak mahu muridnya menjadi lupa daratan dan melakukan kezaliman terhadap kaum wanita.
   "Masa saya singgah dikedai kopi tadi,ada orang cerita pasal kubur soyah yang mayatnya dicuri orang."Kata penulis menceritakan hal itu,nampak pak sukaran berpandangan dengan isterinya yang duduk disamping suaminya.
   "Sebenarnya,nak,soyah itu ibu kepada mak uda kau ni.Semasa melahirkan mak uda kau inilah,soyah meninggal."Kata pak sukaran.
Dan setelah selesai makan,pak sukaran bercerita..
Ketika kejadian itu berlaku,pak sukaran baru saja datang kekampung itu.Dia meninggalkan kerjanya sebagai pengayuh beca setelah isterinya meninggal dan merantau hingga tiba kekampung gondang lalu merasa teringin menetap disitu.
   "Sebelum kejadian itu berlaku,pak cik dah dapat alamat tak baik.Nampaknya dikampung itu akan berlaku sesuatu yang tak baik."Tutur pak sukaran.
Tapi sebagai orang baru disitu,pak sukaran tidak ingin menunjuk pandai.Namun dia menunggu juga apakah perkara yang bakal berlaku.Dan pada malam selasa itu hebohlah tentang kehilangan mayat soyah dari kampung itu.
   Pak sukaran setelah mendengar tentang kehilangan mayat itu,pergi menengok kesannya di kubur pada keesokannya.
   "Jelas perbuatan itu bukan perbuatan hantu atau jembalang.Itu perbuatan manusia.Dan tujuan pun jelas,mayat itu dicuri untuk tujuan mendapatkan ilmu hitam."Tambah cerita pak sukaran.
Menurut pak sukaran,ramai orang yang menuntut ilmu hitam suka mencuri anak sulung yang mati malam selasa.Tapi orang itu lain coraknya.Dia mencuri perempuan yang mati beranak dimalam selasa.
"Pada jangkaan pak cik,orang itu bukan sebarang orang.Sudah tentu dia ingin mendapatkan ilmu hitam yang lebih tinggi."Kata pak sukaran.
Kerana tidak ingin menunjuk pandai,pak sukaran cuba mencari jejak orang yang mencuri mayat soyah itu secara diam-diam.Tidak sesiapa pun tahu bahawa pak sukaran sedang berikhtiar untuk mendapatkan mayat itu balik.
   Setelah bermalam-malam meminta petunjuk untuk mengesan jejak orang yang mencuri mayat itu,akhirnya pada malam ketujuh barulah pak sukaran mendapat alamat.Antara tidur dan jaga dia nampak sebuah gua.Dihadapan gua itu ada batu besar.
"Memanglah tanpa alamat secara beramal,tak mungkin dapat dikesan jejaknya.Kerana secara batin orang itu telah menghilangkan kesannya.Kalau orang itu sudah boleh berjalan tanpa kesan tapak kaki,sudah tentu ilmu hitamnya sudah tinggi."Kata pak sukaran.
Setelah mendapat alamat dimalam ketujuh itu,pak sukaran bertanya sesiapa yang tahu tentang bukit yang jauhnya empat batu dari kampung gondang itu.
"Cuma ada seorang tua yang tahu tentang bukit itu secara teliti.Orang itu adalah datuk kepada mak uda kau.Dia beritahu pak kononnya ada gua dibukit itu menghala kebarat.Dulu datuk mak uda kau itu pernah sekali cuba pergi mengambil tahi kelawar.Tapi setelah masuk ke gua itu,dia merasa tak sedap hati lalu keluar dan pulang."Tambah pak sukaran lagi.
"Dihadapan pintunya ada batu besar?"Tanya pak sukaran pada orang tua itu.
Orang tua agak hairan apabila pak sukaran boleh tahu tentang dihadapan pintu gua itu ada batu,sedangkan pak sukaran belum kesana.
"Memang ada batu besar berbentuk seperti gajah."Kata orang tua itu.
Dengan keterangan dari orang tua itu,sudah jelaslah yang mayat soyah berada di gua itu.Pak sukaran tidak heboh tentang gerakannya untuk mengembalikan semula mayat soyah.
Setelah mendapat alamat kedua yang mengizinkan pak sukaran bergerak,barulah pak sukaran melangkah meredah hutan diwaktu malam menuju ke arah bukit itu.
"Untuk mengelakkan diri dari kedatangan pak cik itu mendapat firasat kepada orang itu,pak cik hanya amalkan bacaan dalam surah yasin itu saja.Bukan lah amalan yang pelik-pelik.Amalan yang biasa diajarkan oleh wak leh.Pak cik ingat lagi,bukan lah soal amalan itu yang penting,yang lebih pentingnya ialah keyakinan dan bulat hati yang allah akan menolong kita.Itulah ilmu sebenarnya.Kata wak leh kepada pak cik."Kata pak sukaran.
   Dan untuk memagarkan diri dari diserang oleh pengawal orang yang melarikan mayat soyah itu,pak sukaran mengamalkan ayat LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN...
   Menurut pak sukaran,orang itu memakai serba hitam yang sedang mengadap mayat itu agak terkejut dengan kedatangannya.
   "Mungkin dia ingat penguasaan ilmu hitamnya menyebabkan tiada seorang pun yang sanggup menentang dan mencabarnya.Tapi syukur lah dengan izin allah pak cik dapat menembusi ilmunya."Kata pak sukaran.
   Setelah berhadapan dengan orang itu,pak sukaran membaca ayat pendek dalam surah yasin untuk melemahkan lawan.Ternyata dengan ayat pelemah itu,musuhnya itu seolah-olah gementar.Pak sukaran yakin seyakin-yakinnya,apa juga yang diajar oleh gurunya benar dan akan mendapat pertolongan allah.
"Siapa kamu?"Tanya orang itu.
Pak sukaran sedar,orang itu bertanya begitu kerana dalam perasaannya timbul rasa gementar melihat ilmu hitamnya tidak berkesan.
Dengan tenang pak sukaran menjawap."Saya yang datang ini hendak bertanya awak,siapa awak sebenarnya sehingga sanggup melakukan perkara yang sebegitu keji?".
Melihat ketenangan pak sukaran menghadapinya,orang yang akhirnya dapat dikenali sebagai pak hitam itu dalam keadaan tergugah hati mencuba kesaktian ilmu hitamnya bertubi-tubi.
Tikam-tikaman dengan menggunakan gerak batin terus menerus dirasakan oleh pak sukaran.Terasa badannya kini bagaikan terbakar.Masa itu juga pak sukaran terus membaca ayat amalan dari surah ibrahim.Dan serangan bagaikan panah api itu dapat dihapuskannya.
Setelah bersabar dan terus membiarkan musuh mempergunakan segala kepandaiannya,barulah pak sukaran memulakan langkah.Pak sukaran kemudiannya membaca beberapa amalannya kemudian bertempik bagaikan petir kuatnya lalu memacakkan kerisnya ketanah sambil menyeru.
"Begitu lut bumi,lut juga yang asal darimu.Asalnya darimu,pulang pulih sepertimu,bumi jilah tujuh lapis,tujuh isim dan tujuh sifat,lemahlah kamu lemah berdepan dengan keris allah dengan berkat kata LAILAA HAILALLAH,MUHAMMADUR RASULULLAH."
Dan selepas menikam bumi dengan kerisnya,pak sukaran melihat pak hitam menggigil seperti serta merta diserang demam kura.
Dengan meninggalkan kerisnya terpacak ditanah,pak sukaran pergi mendapatkan mayat yang telah membengkak dan sudah berbau itu.
Tapi mayat itu bingkas bangun dan seolah-olah mahu menyerang pak sukaran.Lalu sekali lagi pak sukaran membaca ayat-ayat amalannya untuk menghalau jembalang.Tiba-tiba mayat itu terjelupuk jatuh.
Walau pun mayat itu sudah reput dan berbau,namun pak sukaran dengan menyumbat hidungnya terus memikul mayat itu dan membawa pulang.
"Tanpa buat heboh,mayat itu kami kebumikan semula dibelakang rumah keluarga soyah.Pada mulanya kubur itu tak diberi tanda nisan.Selepas berbulan-bulan barulah dipacak nisannya."Kata pak sukaran.
Tentang pak hitam itu,menurut pak sukaran dia tinggalkan begitu saja digua.Pak sukaran sendiri tak tahu apa kesudahannya dengan bomoh ilmu hitam itu.
"Tapi mengikut kata wak leh,jika sesiapa yang terkena amalan itu jika dikehendaki allah dan telah ditetapkan takdir allah keatasnya,sampailah ajalnya setelah genap 41 hari.Tapi jangan takabur,nak.Kalau sekiranya allah tak izin serta umurnya dipanjangkan allah,amalan itu bukanlah boleh meragut nyawa sesiapa.Ingat,nyawa kita ini ditangan allah.Inilah pegangan yang mesti diingat.Jangan takabur,itu salah besar."Kata pak sukaran seperti menasihat penulis supaya berhati-hati dari perasaan membesarkan diri.

(Bersambung...)

Pemuja Roh WanitaWhere stories live. Discover now