Rumah dijalan merbau itu walau pun lama,tapi masih baik dan agak luas.Walau pun dari luar kelihatan telah lusuh kerana rumah itu telah berusia,namun setelah meninjau kedalam anuar mendapati selesa untuk disewa.
Anuar datang melihat rumah itu tanpa membawa isterinya.Bukan lah anuar ingin mengenepikan isterinya,tapi isterinya sendiri menyerahkan soal mencari rumah sewa itu kepadanya.
"Kalau abang fikir elok untuk disewa,eloklah pada mah."Kata naemah.
Sewanya tidaklah mahal,cuma $150.00 saja.Dengan gaji anuar sebanyak seribu sebulan itu cukup menjimatkan.
Malam itu anuar dan naemah sibuk mengemaskan barang-barang yang telah dipindahkan kerumah itu.Mengatur letaknya.Menyapu habuk-habuk dilantai.
Selepas mengemas rumah baru mereka itu,naemah agaknya tersangat letih hingga baring dan terlena dikatil tanpa menukar pakaian.Dia tidur dengan batik dan kebaya.
Selalunya naemah akan menukarkan dengan pakaian tidur yang nipis terlebih dahulu.Hal itu sangat disukai anuar,sebab secara samar-samar dia dapat melihat tubuh isterinya yang ramping itu.
Walaupun keletihan juga,tapi anuar tidak merasa mengantuk malam itu.Selepas menggantung potret besar perkahwinan mereka didinding,anuar duduk diruang tengah rumah itu sambil membaca sebuah majalah.
Kedengaran anjing menyalak panjang.Tapi hal itu perkara biasa bagi anuar.Anjing menyalak,kata orang,setelah nampak syaitan.Tapi anuar tidak percaya dengan hantu.Mungkinlah syaitan ada,kata hatinya.
Anuar bukanlah orang yang peduli sangat dengan agama.Dia langsung tidak tahu soal agama.Naemah juga kurang pengetahuan agama,tapi sangat percaya dengan adanya hantu.
Anuar menguap beberapa kali.Tapi entah mengapa dia rasa berat untuk masuk tidur.Dia terus membelek-belek majalah itu sendirian.Kalau naemah belum tidur,mereka sering bergurau dengan menceritakan yang menggelikan hati.
Anuar sudah tiga tahun hidup sebagai suami naemah,malangnya mereka belum mendapat cahaya mata.
Ketika anuar sedang melayangkan kenangan tentang kehidupannya yang bahagia bersama naemah tapi belum memperolehi seorang anak itu,tiba-tiba telinganya menyambar bunyi seperti suara orang mengeluh dari arah bilik tidur.
"Apakah naemah mengigau?"Tanya hatinya.
Anuar segera pergi meninjau kebilik tidur itu.Tapi dia dapati naemah tidur dengan nyenyak dan tenang.Tidak ada suara keluhan naemah.
Anuar meneliti kain batik naemah terselak hingga paras pehanya.Anuar segera menutupnya balik sambil mencium pipi isteri yang dicintainya itu.
Kemudian dia baring disamping isterinya,namun matanya masih tidak mahu pejam.Boleh jadi itulah malam pertama dia berpindah ke situ dan itulah sebabnya dia susah hendak terlelap.
Tapi sewaktu berada dan sedang baring dikatilnya,anuar mendengar pula bunyi seperti ada orang melangkah diluar.Dia segera bingkas bangun dan keluar untuk mempastikan dari mana datangnya bunyi seperti orang melangkah itu.
Lampu masih menerangi ruang tengah rumah itu,sebab anuar tidak menutupnya tadi.Dan setelah dia dapati tidak ada apa-apa diluar yang dicurigainya,anuar masuk semula kebilik setelah menutup lampu.
Suara keluhan dan bunyi seperti orang berjalan didengarnya malam itu tidak diceritakan oleh anuar kepada naemah.Dia berfikir,sudah tentu naemah akan ketakutan apabila mendengar cerita tentang hal itu dan menyangka rumah yang baru mereka sewa itu berhantu.
Anuar tidak mahu isterinya berada dalam ketakutan sehingga akhirnya mendesaknya supaya mencari rumah lain.Anuar memang malas untuk berpindah-randah berulang kali.Bukan senang apabila berpindah rumah.
Tapi malam berikutnya,naemah terpaksa tinggal sendirian dirumah.Anuar pulang petang itu dan memberitahu dia diarahkan oleh ketuanya pergi ke terengganu.
Bagi naemah memang selalu anuar out station.Dan malam itu setelah dengan teliti menutup semua jendela,naemah masuk kebilik tidur awal-awal lagi.
Memang,kalau anuar out station,naemah akan tidur lebih awal.Hal itu mengelakkan dirinya dari merasa kesepian ketiadaan suami.
Setelah meneliti dirinya seketika dalam cermin,melihat bentuk tubuhnya yang masih ramping dengan buah dada yang muntuk serta pinggulnya yang dikatakan paling cantik oleh anuar,dia kemudian melangkah ke swis lampu dan menutup lampu.
Dalam gelap itu dia menarik selimut dan memejamkan matanya dengan fikiran yang kosong dan tenang.
Tapi tiba-tiba dia mendengar cembul pintu seperti dipulas orang dari luar.Naemah memasang telinganya betul-betul.Ya,dia kini mendengar seperti daun pintu bergerak.Berderak bunyinya.Memang daun pintu itu akan mengeluarkan bunyi sedikit jika dibuka atau ditutup.
Rasa seram kini menyebabkan degup jantungnya semakin kencang.Dia kini mematikan dirinya dalam gelap itu.Tapi dia gementar kini.Telinganya dapat menyambar suara seretan kaki seseorang.
Naemah ingat yang pintu itu sudah pun dikunci.Selepas dikunci dari dalam tadi,dia cuba menguji sama ada benar-benar itu terkunci.Tapi kini telinganya mendengar seretan kaki didalam bilik tidurnya itu.
Dan kini telinganya mendengar nafas seseorang agak jelas.Nafas itu seperti seseorang yang kelelahan berjoging,tapi lebih kuat dari itu.Naemah menahan nafas supaya lembaga itu tidak menyangka dia sedang berbaring dalam selimut diatas katil dalam bilik itu.
Suara telapak kaki itu berlegar-legar di sekitar bilik itu.Begitu juga nafas itu.
Dan kini telinga naemah mendengar pula bisikan berbaur dengan suara nafas itu.Suara itu berbisik."Naemah,aku mahukan kau."
Naemah merasakan pernafasannya tersumbat oleh ketakutan.Dia benar-benar menggigil.Dan seluruh tubuhnya kini basah berpeluh.
Suara bisikan itu didengar terus."Naemah...naemah,aku perlukan kau.."
Naemah merasakan detak nadinya seperti terhenti.Setiap sesaat seperti sejam dirasakan untuk berlalu.
Dia tidak tahu seretan tapak kaki,bunyi bisikan nafas dan bisikan itu terus-menerus didengarnya.Namun dirasakan berjam-jam lamanya dan tidak berhenti-henti sehingga akhirnya dia tidak sedar apa-apa lagi.
Dan keesokannya,alangkah terkejutnya naemah.Dia mendapati tubuhnya berbogel dibawah selimut,sedangkan dia tidak menanggalkan baju tidurnya.
Kini ingatan yang menyeramkan naemah berlegar-legar dalam fikirannya."Apakah aku telah diperkosa?"Tanya batinnya.
Perasaanya benar-benar sebak apabila terjaga dari tidur pagi itu dengan keadaan tidak berpakaian seurat benang pun,walau pun tubuhnya tetap berada dibawah selimut.
Fikirannya menjadi kacau-bilau.Dia cuba mencari kesan,namun tidak ada sebarang kesan.Tidak ada barang-barang terusik.Dan pintu juga tetap berkunci dari dalam.Tidak ada kerosakan.
Dia kemudian keluar dari bilik dan meneliti setiap tingkap rumah.Juga tidak ada satu pun tingkap yang dikopak dan tidak berkunci.Begitu juga dengan pintu depan mahu pun pintu dapur.Semuanya tetap berkunci.
"Bagaimana seseorang boleh menyusup masuk?.Dan..bagaimana orang itu mengenali namanya,sedangkan dia baru berpindah kesitu?.Dan...siapa dia?"
Naemah benar-benar kebingungan sehingga dia terlupa untuk bersarapan pagi atau teringat ingin ke pasar.
Dia masuk semula ke bilik tidur dan cuba mencari kesan pada tubuhnya untuk mempastikan apakah dia telah diperkosa.Namun tidak ada sebarang kesan.
Terlintas juga dalam fikirannya ingin melaporkan kejadian itu.Tapi mengingatkan keadaan tubuhnya berbogel itu,dia bimbang kalau-kalau rahsia itu juga terbongkar dalam penyiasatan polis nanti.Sudah tentu akan menyebabkan anuar akan mencurigai kesuciannya.
Naemah tahu anuar mungkin tidak dapat menerimanya lagi jika sekiranya dia telah meragui kesucian naemah.Dia terkenang bagaimana semasa gadis dulu dan masih menjadi kekasih anuar,suaminya itu begitu cemburu benar kalau-kalau naemah jatuh cinta dengan pemuda lain dan berubah hati terhadapnya.
"Apakah seretan kaki,bunyi nafas dan bisikan itu dari hantu?"Tanya naemah pada dirinya sendiri.
Naemah memang percaya ada hantu dalam dunia ini.Dia pernah bertengkar dengan anuar yang tidak percaya dengan hantu dan menganggap itu semua kepercayaan karut dan dongeng orang-orang dahulu kala saja.
Anuar pulang kerumah lebih kurang pukul tiga hari itu.Wajah naemah yang muram,menyebabkan anuar syak ada sesuatu yang tidak kene dengan isterinya itu.
"Ada apa,mah?"
Naemah tidak segera bersuara.Dia mengiring anuar ke kamar tidur dan menyambut pakaian yang ditanggalkan oleh anuar dan kemudiannya dicampakkan ke arahnya.
"Kalau cerita pun,abang tak akan percaya."
"Apa ceritanya?"
"Rumah ini ada hantu."
"Hantu?"Kemudian diikuti dengan ketawa anuar yang memanjang.Itu lah yang menyebabkan naemah merasakan baik tidak diceritakan pengalamannya malam tadi.
Naemah cuma ingin menceritakan yang dia terdengar derikan pintu,suara serekan kaki,suara nafas dan suara yang membisikkan namanya.Dia tetap akan merahsiakan yang dia telah ditelanjangkan secara misteri malam tadi.Hal itu tak mungkin didedahkan ke pengetahuan anuar.
Tapi kini dengan ketawa anuar mendengar sebutan hantu itu,naemah terus terdiam dan wajahnya dilihat oleh anuar masan dan merajuk.
"Dahlah.Sediakan makan untuk abang.Dah lapar.Sejak tengah hari tadi belum makan."
Naemah segera ke dapur.
"Bang,elok kalau carikan teman untuk mah.Mah takutlah tinggal sendirian bila abang out station."Kata naemah sambil menyediakan makanan dan anuar sedang duduk dikerusi meja makan.
"Ha,cakaplah takut.Orang takut boleh dengar macam-macam.Sebenarnya perasaan takut itu lah hantu.Jadi hantu itu ada dalam hati manusia,bukan diluar.Bila takut ada hantu,bila tak takut tak ada hantu."
"Mah takut tinggal sendirian ditempat begini.Lagi pun kalau terjadi apa-apa,dah tentu menjerit pun orang tak dengar.Rumah ini agak jauh dari rumah orang."Kata naemah tidak menyebut lagi peristiwa yang dialaminya malam tadi.
"Nantilah abang fikirkan."Kata anuar sambil menyuap nasi kemulut menampakkan dia benar-benar lapar.
"Jangan fikir-fikir saja,mah benar-benar takut tinggal sendirian."Kata naemah seperti mengingatkan anuar supaya serius dengan permintaannya untuk mencari teman untuk menemaninya apabila anuar terpaksa out station.
Malam itu naemah tidak lagi bimbang apa-apa dengan adanya anuar disampingnya.Barangkali keletihan selepas begitu hangat bermesra dengan anuar yang begitu kehausan layanan,naemah tertidur.
Dan selepas menyelimuti isteri yang dicintai itu,anuar memadamkan lampu.Namun matanya belum pejam.Dia berkelip-kelip dalam gelap itu.
Tapi anuar benar-benar terkejut apabila pandangannya seperti ternampak wajah lelaki yang menggeloyak kulitnya bagaikan kulit wajahnya dikupas dan biji matanya terlondeh keluar.Wajah itu bergelumang dengan darah.
Anuar benar-benar terkejut dengan pandangan sekilas yang aneh itu.Dia pasti itu bukan bayangan khayalannya.Dia benar-benar nampak bayangan ngeri itu secara spontan.
Dia bangun dan menyalakan lampu.Namun tidak ada apa-apa kesan.Tidak ada benda yang boleh mengelirukan pandangannya sehingga nampak seperti wajah seorang lelaki yang menggeloyak kulit muka dan matanya terlondeh keluar dengan berlumuran darah.Dia tadi benar-benar nampak wajah itu berada ditengah-tengah bilik itu.
Anuar mengambil kotak rokok dan mengeluarkan sebatang dan menyalakannya.Sambil menghisap rokok,dia berfikir.Apakah itu hantu?.Apakah aku berhadapan dengan hantu?.
Anuar merasakan ada munasabah juga kalau pun isterinya begitu takut sendirian.Mungkin juga naemah terpandang pandangan ganjil seperti yang aku lihat tadi,bisik hatinya.
Dia kemudian memadamkan lampu semula.Kali ini dia cuba membuka mata agak lama tanpa berkelip-kelip.Dan dia terpandang lagi selintas wajah menggeloyak penuh darah dengan mata keluar dan terlondeh seperti akan jatuh.
Pandangan itu dengan cepat menghilang.Anuar kemudian memejamkan matanya dengan merasakan pandangan itu adalah perkara yang paling aneh yang pernah ditemui seumur hidupnya.
Apakah itulah yang dikatan hantu?.Anuar tidak mudah memberikan kepastian.Namun kini dia sedang berhadapan dengan sesuatu yang ganjil dirumah sewaannya yang baru itu.
Keesokannya,anuar tidak menceritakan tentang wajah ngeri yang dilihatnya malam tadi.Kalau hal itu diceritakan,sudah pasti bukan saja naemah ketakutan diwaktu malam,malah diwaktu siang juga.
Setibanya dipejabat,rakannya udin mengajaknya minum kopi.Memang sudah biasa anuar belanja udin yang berjawatan kerani biasa dipejabatnya makan belanja anuar.
"Saya ada cerita pelik."Kata anuar setelah duduk dibangku warung pak ismail.
"Pelik?.Pelik macam mana tu encik nuar?"Tanya udin sambil mencapai sebungkus nasi lemak dan mencapai sudu.
"Nampak wajah koyak rabah bersembur darah dalam bilik ku sendiri semasa ku tutup lampu bilik.Dua kali aku nampak.Matanya terkeluar hanya sedikit saja lekat pada urat matanya.Benar-benar ngeri."Cerita anuar.
Udin jadi tergamam untuk menyuap nasi lemak."Bukan mimpi ni,encik nuar?"Tanyanya sebelum menyuap nasi ke mulutnya.
"Kalau mimpi takkan aku cerita.Mimpi bukannya benar.Mula-mula aku ingat perasaan.Tapi tidak.Dua kali aku lihat wajah ngeri itu."Kata anuar dengan nada serius.
"Dah pasti itu hantu penunggu."Kata udin.
"Kau percayakan hantu?"Tanya anuar.
"Eh,kenapa tak percaya.Itu benda ghaib.Syaitan,jin,roh dan hantu mesti ada.Memang sulit nak bukti,tapi memang ada.Saya pernah dengar cerita dijalan merbau dulu ada pontianak."Kata udin yang memang asal orang kelantan.
"Pontianak?"Tanya anuar.
"Ya,orang perempuan yang makan darah orang.Dulu jalan merbau itu hutan.Banyak pokok-pokok merbau disitu.Kononnya jadi tempat orang bunuh orang.Jadi banyak roh sesat.Salah seorang perempuan yang mati dibunuh menjelma jadi pontianak.
"Suatu malam seorang pengayuh beca mati disitu dicekik pontianak,lehernya ada bekas-bekas seperti ditikam dengan paku.Tapi bukan ditikam dengan paku,sebenarnya dicekik dengan kuku oleh pontianak."Cerita udin begitu bersungguh-sungguh.
"Eh,benarkah ni,din?"
"Orang tua-tua cerita begitulah,tapi saya percaya."Kata udin.
"Isteri saya mengadu dia ketakutan kalau sendirian bila saya dihantar out station.Tolong cari seorang orang gaji,din."
Seminggu lamanya selepas peristiwa anuar melihat wajah ngeri itu,tidak terjadi yang aneh-aneh dirumah sewaan anuar.Baik anuar mahu pun naemah agak lega.
Namun naemah tetap mendesak supaya dicari seorang pembantu untuk menemaninya.
"Saya dah suruh kawan dipejabat saya carikan.Makan masa juga nak mencarinya,mah."Kata anuar cuba menenagkan naemah.
Tapi suatu malam,selepas makan anuar terlebih dahulu meninggalkan ruang belakang.Tapi tiba-tiba dia mendengar jeritan isterinya.Anuar berkejar keruang belakang.
"Ada apa,mah?"
"Tangan orang."
"Dekat mana?"
"Sana tu."Kata naemah sambil menunjukkan kearah dinding berhampiran dengan tingkap dapur.Di dinding itu tak ada apa-apa pun tergantung disitu."Mah nampak tangan berkuku panjang dan dari hujung kukunya menitis darah.Mah takut,bang.Kita pindah,bang."
Anuar kini benar-benar bingung.Dia kini berhadapan dengan dunia yang sebelum ini tidak dipercayainya.Kini dia seolah-olah dipaksa untuk mempercayai adanya mahkluk hantu dan alam misteri aneh yang sulit untuk diterima akal.
Dia memeluk isterinya dan membawanya keruang tengah.Dia dapat merasakan badan isterinya menggeletar ketakutan.
"Kita pindahlah,bang."Renget naemah terus menerus berdempet dengan anuar seolah-olah mahu sedaging dengan anuar.
Anuar mengusap-ngusap bahu naemah supaya ketenagannya pulih semula.Namun fikirannya sendiri tidak tenang.Kini isterinya pula berhadapan dengan pandangan aneh itu.Sudah tentu keadaan hatinya tidak tenteram lagi berada dirumah itu.
Malam itu naemah seperti sulit untuk melelapkan matanya.Matanya terkebil-kebil dan melarang anuar menutup lampu bilik.Setelah benar-benar mengantuk barulah mereka berdua terlena dalam keadaan bilik itu terang-benderang.
"Dah semakin kacau."Kata anuar apabila tiba ke pejabat pagi itu dan menemui udin.
"Apa yang dah kacau,encik nuar?"Tanya udin.
"Semalam isteri saya nampak tangan berkuku panjang.Dari hujung kukunya menitis darah.Dia nampak selepas makan dan masa itu saya meninggalkan meja makan terlebih dahulu."Cerita anuar.
"Jadi apa yang encik anuar nak buat?"
"Isteri saya suruh pindah."
"Lebih baik cari bomoh dulu."
Anuar terfikir elok juga terima anjuran udin itu,walau pun dia kurang yakin dengan bomoh.
"Mana nak cari bomoh?"
"Serah pada saya."Kata udin.
"Bila awak boleh bawa bomoh tu?"
"Tunggu lah saya balik kampung dulu.Dikampung saya ada seorang bomoh.Kawan rapat ayah saya."
Anuar menyeluk saku dan mengeluarkan wang tiga puluh ringgit."Awak ambil wang ini dan pulang ke kampung minggu ini.Bawa bomoh itu kemari kerumah saya itu.Saya tak kisah bayarannya,asalkan dia dapat elakkan dari kejadian pelik dirumah itu."
Udin datang dengan seorang tua yang memakai songkok hitam agak tinggi bagai tarbus turki berwajah bulat.Dia berkaca mata bulat berbingkai perak.Misainya nipis dan rapi yang semuanya berwarna putih.Dia memakai kot hitam yang sudah agak lusuh melapisi baju t cap pagoda.Kain pelikatnya diikat kejap dengan tali pinggang besar yang selalu dipakai oleh mamak atau orang pulang haji.
Udin memperkenalkan orang tua sebagai wak leh.Setibanya kerumah itu dia minta izin untuk sembahyang asar.
Selepas sembahyang,lelaki tua yang diperkenalkan sebagai wak leh duduk dikerusi diruang tengah berbual-bual dengan udin,anuar dan naemah.
Kemudian orang tua itu bertanya ditujukan kepada anuar."Anak berdua tak sembahyang?"
Anuar tidak menjawab,sebaliknya membalas dengan senyum saja.Orang tua itu juga sambil menanggalkan cermin mata bulatnya dan mengesat-ngesatnya dengan sapu tangan yang dikeluarkan dari kot hitamnya ikut membalas dengan senyum.
"Orang muda,perut saja yang makan,batinnya tak makan."Katanya sambil tersenyum juga.Walau pun anuar terasa tersindir juga,tapi tidak terasa benar yang orang tua itu sengaja menyindirnya.Wak leh nampaknya gemar bergurau dan berlucu.
"Udin kau dah pernah tengok hantu?"Tanyanya pada udin.
Bila udin menjawab yang dia tidak pernah melihat hantu,wak leh tergelak dan berkata."Ayah kau pernah tersangkut atas pokok jerai gara-gara syok dengan hantu pari.Dia tak cerita pada kau?"
Udin tersengih-sengih.Kemudian wak leh sambil tersenyum menampakkan giginya yang masih kukuh tapi berwarna hitam berkata."Lepas tersangkut dipokok jerai,ayah kau tak nakal lagi.Kalau tidak,kalah orang muda zaman sekarang"Wak leh kemudian ketawa diikuti oleh anuar dan naemah.
Selepas itu wak leh berjalan-jalan ke merata ceruk rumah itu.Kemudian dia minta izin untuk memasuki bilik tidur anuar.Dia melangkah dengan kedua tangannya bersilang ke belakang.
"Hmm,boleh tahan juga rumah ini."Katanya mengangguk-angguk.Anuar yang mengiringi tidak faham,apakah yang dimaksudkan oleh wak leh sebagai boleh tahan itu.
"Nampaknya kene lah juga wak bermalam disini dua tiga malam.Boleh?"Tanyanya pada anuar.
"Tak jadi masalah wak leh.Lagi pun kami tinggal berdua saja.Bilik sebelah tu tak ada siapa yang tinggal.Wak leh boleh lah bermalam dibilik itu."Kata anuar.
"Hah,elok sangat lah tu."Kata wak leh lalu duduk semula dikerusi.Sedikit pun wak leh tidak bertanyakan tentang gangguan aneh dirumah itu.
Ketika udin meminta diri hendak pulang,anuar berisik."Dia tak tanya pun tentang mahkluk ganjil itu?"
Udin tersenyum menjawab."Ah,buat apa dia nak tanya encik nuar.Encik nuar sendiri pun tak tahu.Kan dia itu bomoh?"Balas udin.Benar juga,fikir anuar.
Wak leh memang gemar berborak.Selepas makan malam itu,wak leh duduk dikerusi lagi sambil bercerita berbagai kisah yang lucu dan ganjil.
Dan setelah melihat anuar menguap panjang,wak leh berkata."Anak berdua ni nampaknya dah mengantuk,eloklah masuk tidur.Nak layan wak leh sampai subuh pun nanti tak habis cerita.Tidurlah,dah tengah malam ni."Kata wak leh.
Tapi sebelum anuar melangkah kebilik tidur,wak leh berpesan."Kalau ada terdengar apa-apa malam ni,tak usahlah ambil hirau.Jangan bangun."
Memang malam itu entah pukul berapa,anuar tersedar apabila dia mendengar seperti orang berkelahi dibilik sebelah.Dia mahu meninjau kebilik sebelah,tapi teringat pesan wak leh.
Satu suara dapat dikenali oleh anuar adalah suara wak leh.Tapi satu suara lagi tidak dikenalinya.Suara yang tidak dikenali itu seperti menghalau wak leh keluar.
"Kenapa kau nak halau aku?Aku dijemput oleh penyewa rumah ini."Kata suara wak leh.
Tapi suara yang satu lagi kedengaran pula."Aku tuan punya rumah ini.Kau mesti keluar.Keluar."
Kemudian bunyi dinding yang memisahkan antara bilik dimana anuar dan naemah sedang berbaring dengan bilik dimana wak leh berada bergegar seperti ditendang dengan kuat.Selepas itu kembali sepi.Tidak ada kedengaran apa-apa lagi.
Pagi esoknya bila anuar keluar dari biliknya untuk mandi,wak leh sudah berada diruang tengah sedang merokok dikerusi.
"Ada terdengar apa-apa tak malam tadi?"Tanya wak leh.
"Ada terdengar macam orang bergaduh dibilik wak leh."Jawab anuar.
Wak leh tersenyum."Dia tak suka wak leh datang.Bengis benar orangnya."Kata wak leh sambil ketawa kecil.Wak leh kelihatan tenang saja.
Kemudian wak leh menumpang kereta anuar keluar ke bandar."Wak leh ni nak cari keris sebilah."Kata wak leh.Anuar memberikan wang lima puluh ringgit untuk belanja wak leh.
Petangnya wak leh mengembalikan wang dua puluh puluh ringgit."Wak leh beli keris kecil saja.Tak payah panjang-panjang,asal boleh menikam jadilah."Kata wak leh sambil tersengih menampakkan gigi hitamnya.Anuar ikut merasa lucu dengan sikap orang tua itu.
Malam itu lain pula yang terjadi.Di tengah-tengah nyenyak tidur,tiba-tiba anuar dan naemah terkejut.Masing-masing mendengar benda yang beratnya berpikul terhempas.Suara itu datangnya diruang tengah.
Dalam gelap pekat itu,anuar dapat merasakan naemah menggeletar sambil memeluk tubuh anuar erat-erat.
"Apa bendanya itu,bang?"Bisik naemah dengan suara yang menggeletar."Entah."Balas anuar juga secara berbisik.
Mereka berdua tidak dapat lelapkan mata lagi.Dan tidak berapa lama kemudian terdengar lagi bunyi benda terhempas.Kali ini bertubi-tubi sebanyak tiga kali.
"Mah takut,bang."Bisik naemah.
"Jangan takut,wak leh ada dibilik sebelah."
"Mana tahu dia nyenyak tidur?"
"Dia tu bomoh,jangan takut.Tidurlah."Bisik anuar menenangkan isterinya.Tapi hatinya sendiri diserang perasaan takut.
Pagi keesokannya,wak leh sudah siap dengan kot hitamnya sedang duduk dikerusi ruang tengah apabila anuar keluar dari bilik.
"Saya dengar benda berat jatuh malam tadi,wak leh."Kata anuar.
Wak leh tersenyum memandang anuar.Kemudian dia berkata."Dia nak tunjuk handal.Dicampaknya wak leh kesini."
Sambil melangkah kebilik air,anuar berbisik dalam hatinya."Orang tua ini macam main-main saja dengan benda begitu."
Setelah bersiap-siap dalam biliknya,anuar keluar untuk bersarapan pagi bersama wak leh sebelum pergi ke pejabat.
"Wak leh nak keluar ke bandar?"
"Hari ni tak lah.Wak leh nak jaga badan sikit.Semalam dia campak wak leh.Malam ni biar wak leh pula campak dia."Kata wak leh sambil minum kopi.
Anuar yang semalam agak ketakutan kini merasa lucu pula.Dia memandang kearah isterinya,isterinya juga seperti ingin tersenyum dengan cakap wak leh yang seperti main-main saja.
"Wak leh ada nak pesan apa-apa barang?"Tanya anuar sebelum keluar ke pejabat.
"Tak apa lah.Anak naemah ini pun nak ke pasar.Biar dia yang belikan.Wak leh nak kan kemenyan saja.Elok lah malam ini kita bakar kemenyan sikit."Balas wak leh.
Boleh dikatakan hari itu wak leh memerapkan dirinya dibilik itu saja.Dia keluar untuk makan tengah hari saja.Kemudian dia masuk balik ke bilik.Naemah sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh wak leh dalam bilik itu.
Malamnya wak leh bakar kemenyan dibiliknya.Bau kemenyan semerbak malam itu.
Anuar dan naemah tidak dapat melelapkan mata.Sambil tak lepas-lepas memeluk suaminya,naemah berbisik."Mah rasa seramlah."
Dan memang benar menyeramkan.Tiba-tiba saja jadi gempar.Wak leh mengamuk dengan keris kecil ditangan yang berambu dengan benang kuning dan putih.Boleh dikatakan dia melompat keserata ceruk rumah seperti mengejar seseorang.
Setelah merata ceruk dia melompat dan menikam akhirnya dia seperti melayang merempuh jendela dan badannya jatuh ke tanah.Anuar yang mengintai melalui pintu biliknya kini serba salah.
Dia bimbang orang tau itu pengsan setelah terjun melalui tingkap.Tapi dia benar-benar terperanjat apabila orang tua itu melompat masuk melalui tingkap itu juga tanpa keris ditangan lagi.
Dan bila tiba dilantai rumah,orang tua itu seperti sedar diri lalu melihat ke arah anuar yang menjenguk di pintu biliknya.
Wak leh senyum dan menggeleng-geleng kepala."Dah lama wak leh tak bersilat."Katanya.
Anuar sengih membalas senyum wak leh.Tapi dalam hatinya berbisik."Dalam keadaan begitu pun dia masih juga bergurau."
"Tidurlah nak,pencak silat dah habis."Katanya lagi dan melangkah masuk biliknya semula.
Selepas wak leh masuk bilik,anuar mendengar suara wak leh membaca seperti ayat-ayat al-quran atau doa.
Keesokan paginya barulah wak leh bercerita panjang tentang misteri dirumah sewaan anuar itu.
"Rumah ini dihuni oleh roh jahat yang tak sempat membalas dendam semasa hidupnya."Cerita wak leh.
"Roh jahat?"Tanya naemah sambil memandang wajah suaminya,seolah-olah mengejek suaminya yang selama ini tidak percaya tentang hantu.
"Ya,mereka saling berdendam kerana merebut seorang wanita bernama naemah."Lanjut wak leh.
Sekali lagi naemah terkejut.Kemudian dia teringat suara yang berbisik nama naemah dimalam dia sendirian dulu.
"Mereka ternyata telah dipermainkan oleh naemah,yang akhirnya mereka berkelahi dirumah ini sehingga masing-masing menempah maut.Yang seorang putus lengannya,dan yang seorang hancur mukanya diradak dengan botol pecah."
Anuar teringat dia melihat wajah yang mengerikan,sedangkan naemah teringatkan tangan berdarah di dapur yang dilihatnya.
"Habis,bagaimana dengan roh itu sekarang?"
"Insyaallah,tak akan berlaku apa-apa lagi.Tapi yang pentingnya bukan hantu itu,nak.Yang pentingnya kita.Hantu itu tak akan dapat mengusik orang-orang yang ada allah didalam hatinya.Satu cara ialah dengan bersembahyang.Bukan sembahyang tunggang-tunggek tak tahu apa-apa,tapi sembahyang dengan hati yang faham dan khusyuk.Itulah sembahyang sebenar-benarnya."Kata wak leh kini cuba berdakwah.
Dah memanglah benar,semenjak itu naemah mahu pun anuar tidak lagi diusik oleh lembaga yang aneh itu.(Bersambung...)
![](https://img.wattpad.com/cover/140694964-288-k44729.jpg)