Malam itu bulan memancar cerah dilangit,ketika wahab melabuhkan perahunya ditebing sungai kelantan yang lebar itu.Besok aku akan naik kedarat menebang kayu,kata hatinya sambil berbaring dalam perahu itu setelah memasang kajang untuk perteduhannya bermalam didalam perahu.
Hidup wahab memang bertahun-tahun sudah sebati dengan perahu,sungai dan rimba.Dia adalah penebang kayu dan menyara hidupnya dengan menjual kayu-kayu yang ditebang serta digergaji dengan baik.
Kayu-kayu itu akan dijual kepada pembeli yang ingin mendirikan rumah dengan kayu-kayu baik yang dicari oleh wahab.
Selalunya dia bertemankan sepupunya,deru,yang sama-sama mencari kayu yang baik.Tapi kali ini derus tidak dapat bersama.Isteri derus sedang sarat mengandung dan derus merasa bimbang untuk meninggalkan isterinya itu.
Namun bagi wahab,tidak lah kisah sangat walau pun tidak berteman.Dia yakin soal malang dan tuah,hidup dan mati adalah takdir tuhan.Semua itu ditentukan oleh tuhan.
Sambil menunggu matanya lelap,wahab mendengar segala macam bunyi yang bagi orang yang tidak biasa sangat menakutkan.Berbagai-bagai bunyi dari rimba itu didengarnya dalam keadaan malam yang sepi itu.
"Bang,sampai bila abang nak meredah hutan rimba jadi penebang kayu."Wahab terkenang cakap isterinya sanah bertahun-tahun dulu.Ketika itu mereka baru berkahwin dan sanah sangat bimbang dengan keselamatan wahab.
"Kerja itu lah yang menyara hidupku,nah.Malah dengan kerja itu juga aku dapat meminang dan jadikan kau sebagai isteriku.Takkan aku nak tinggalkan punca rezekiku.Apa nak di bimbangkan,kalau nak mati,dalam selimut pun boleh mati juga.'
Seingat wahab sudah tujuh tahun dia jadi penebang kayu.Dan bukan tidak ada cabaran.Dia pernah berhadapan dengan harimau,sehingga berhari-hari terpaksa berada dia atas pokok bagi mengelakkan cengkaman harimau yang mengoyakkan dagingnya.
Pernah pula suatu kali tempatnya bekerja menggergaji kayu yang telah ditebang diserang oleh beruang.Rupanya tempatnya bekerja itu menjadi sarang beruang yang baru beranak.
Tapi semuanya itu tidak menjadi alasan bagi wahab mengundur diri dari pergi ke hutan rimba untuk mencari kayu-kayu yang baik untuk ditebang,digergaji dan kemudian diikat lalu ditunda mudek.
"Eh wahab,kau tak pernah bertembung dengan hantu rimba?"Tanya pak deraman,tuan punya warung kopi tempatnya selalu minum.
"Apa nak ditakutkan dengan hantu.Tak pernah saya dengar orang yang mati kerana hantu.Yang banyak saya dengar,orang mati dihutan kerana dicekah harimau atau dibelit ular atau tubuhnya dikoyak beruang."Balas wahab sambil tersenyum.
Memang dihutan rimba bukan tidak ada hantu,jin dan syaitan.Tapi kalau hendak difikirkan itu semua,sudah tentu wahab tidak boleh mencari rezeki.Jadi wahab tidak mahu berfikir itu semua.
Sambil melayani fikirannya dimalam itu,wahab mulai rasa mengantuk.Dia menguap panjang sambil membetulkan selimut tebal untuk menggelakkan nyamuk itu.Dia juga menyapu air tembakau ke mukanya dan kakinya untuk mengurangkan keinginan nyamuk menggigit kulit muka dan kakinya.
Dalam keadaan matanya terpejam dan dikuasai oleh mengantuk,wahab mendengar bunyi suara burung hantu bertubi-tubi dari hutan didarat itu.
"Kata orang,kalau ditempat itu ada bunyi burung hantu,disitu tandanya banyak hantu syaitan."Terlintas dalam ingatan itu dalam fikirannya.Tapi wahab sudah terlalu mengantuk dan sekejap kemudian dia sudah pun terlena.
Wahab terjaga agak kesiangan.Dia segera menanggalkan selimut tebal dari membalut tubuhnya dan menguak air sungai untuk mencuci muka.Sekali dia mendongak ke langit dan terdapat sekumpulan burung punai terbang melintasi sungai.
Seperti selalunya,wahab akan terlebih dahulu mencari tempat dimana ada kayu yang hendak ditebangnya,sebelum membawa segala kelengkapannya kesana.Setelah dia menemui tempatnya,baru lah dia akan pulang ke perahunya semula untuk memunggah kelengkapan yang dibawanya.
Dan kalau disitu tak terdapat pokok yang boleh ditebang untuk digergaji,dia akan turun ke perahu semula dan berkayu ke tempat lain untuk medapatkan kayu yang dicarinya.
Tapi hari itu wahab seolah-olah dikurniakan nasib baik,kerana tidak lama dia meredah hutan itu,segera dia bertemu dengan pokok-pokok kayu yang baik yang boleh dikerjakannya.
Selesai saja dia meneliti pokok-pokok itu sama ada mudah baginya menebangnya,wahab sambail mencantas jalan untuk memudahkannya melangkah dari situ ke tebing sungai dimana terdapat perahunya.
Hari itu setelah memunggah segala peralatannya,wahab segera membuat bangsal kecil tempatnya bermalam atau baring sewaktu keletihan.Bangsal itu dibuat agak tinggi dimana dapat berdiri dibawah bangsal itu.Ini untuk mengelakkan dari binatang buas.
Dengan kemahirannya yang bertahun-tahun itu,apabila senja siaplah bangsal itu.Hanya menggunakan pengikat dari rotan atau akar,tapi kejap dan kukuh.Dibawah bangsal itu dinyalakan unggun,supaya asapnya dapat menghalau nyamuk.
Selepas itu wahab membaca bismillah sebanyak empat puluh satu kali sambil dengan menggunakan ranting kayu dia menggaris ditanah melingkari bangsal itu.Amalan itu diajarkan oleh ayahnya,supaya dapat mengelak dari berbagai musuh mengganggunya.
Bagi orang yang tidak biasa,sendirian dihutan rimba dan bermalam disitu pula,merupakan sesuatu yang berat.Apabila malam ditemani berbagai bunyi yang setengahnya tidak dikenali,menyebabkan setiap detik hati diserang perasaan seram dan ngeri.
Dari celah-celah dedaun rimbun pokok-pokok besar ditempat itu,masih ditembusi cahaya bulan.
Wahab tidak mahu berjaga malam itu,mengingatkan dia terpaksa menebang pokok-pokok yang telah pun ditandanya tadi.Dia ingin segera tidur.Tapi dalam saat dia berfikir hendak tidur itu,tiba-tiba telinganya mendengar derak pokok kayu yang tumbang selepas ditebang.Kemudian berdegum kedengaran pokok tumbang.Tiga kali wahab mendengar derak pokok kayu dan kemudian tumbang ke tanah.
"Tadi aku tanda tiga batang pokok,kini ketiga-tiganya tumbang?"Wahab tertanya dalam hati sendiri.Sudah tentu hal itu bukan perbuatan gajah.Tapi apa binatang yang menumbang pokok itu?.
Tanda tanya yang dibisikkan dalam hatinya itu dibiarkan berbuku dalam hati.Wahab tidak mahu memeriksanya sebelum menjengah matahari esok.
Dan benarlah seperti yang dijangka oleh wahab,ketiga-tiga pokok cengal yang ditandanya telah tumbang menyembah tanah.Yang anehnya,bekas keratan di pangkal pokok kayu cengal itu seperti batang kayu kecil dicantas saja.
"Tidak mungin ia dilakukan oleh binatang buas."Bisik hati wahab setelah berlegar-legar memeriksa pokok-pokok yang tumbang malam tadi itu.
Oleh kerana pokok itu telah tumbang,wahab segera mengerjakannya.Mengerat dahan-dahannya dan mengerat hujungnya.Wahab bekerja terus hingga kepetang.Cuma sekejap saja berehat,sambil mengunyah nasi manis yang dibekalkan oleh isterinya.
Dan sewaktu dia sedang bersandar belakang nya ke sebatang pokok sambil mengunyah nasi manis,hidungnya terbau wangian,seolah-olah seorang wanita sedang menemaninya.
"Mungkin disini berhantu."Desis wahab.
Namun tidak dipedulikan snagat hal itu.Wahab lebih mementingkan rezekinya.Dia harus menyelesaikan juga kayu cengal itu dalam beberapa hari ini untuk ditunda pulang.
Tapi malam itu,sewaktu wahab berbaring dan menunggu matanya terlelap,segera dia dikejutkan dengan panggilan."Waaahhaaaaabb."
Pada mulanya wahab merasakan panggilan itu sebagai perasaanya saja,tapi setelah telinganya mendengar panggilan itu berulang kali,wahab pasti suara itu bukan datangnya dari perasaan hatinya saja.
Dia mencari-cari arah suara itu dan kemudian dia nampak seorang perempuan berdiri tidak jauh dari bangsalnya seperti menunggunya turun.
Wahab seperti terlalai kali ini.Boleh jadi kerana dia tidak pernah bertemu dengan peristiwa begitu,maka wahab lalai membaca ayat-ayat tertentu supaya terjauh dari godaan makhluk halus.Dia kini yang sedang berada diatas bangsal seperti dipukau oleh perempuan jelita berpakaian putih dan rambutnya,yang dapat dilihat kerana unggun api yang dipasang oleh wahab,labuh hingga ke tumit.Perempuan itu sungguh jelita dan begitu muda seolah-olah gadis remaja belasan tahun.
Apabila wahab memandang kerarahnya,perempuan itu tidak lagi bersuara memanggil namanya.Sebaliknya perempuan itu melambainya supaya turun dan mengikutnya.
Wahab sebenarnya sudah dikuasai oleh perempuan itu.Dia seperti tidak mempunyai sebarang upaya untuk menghindari lambaian itu.Seperti ada suatu kuasa yang menggerakkannya turun dari bangsal itu dan melangkah menghampiri perempuan yang tiba-tiba muncul berhampiran dengan bangsalnya.
Wahab bergerak turun dari bangsal seolah-olah orang mengigau berjalan.Dia melangkah seperti orang yang tidak sedar apa yang dibuatnya.Perlahan-lahan dia begerak turun dari bangsalnya dan mendapatkan perempuan yang sedang menunggunya.
Setekag wahab mendekatinya,perempuan itu segera berpaling dan bergerak ke suatu arah dan diikuti oleh wahab.Wahab kini bukan lagi seperti melangkah didalam hutan rimba yang banyak terdapat batang-batang kayu,tapi seolah-olah dia sedang berjalan disuatu jalan menuju ke suatu arah tertentu.
Wahab kemudian mendapati dirinya berada disebuah puri yang indah dan bergemelapan,seolah-olah istana seorang raja.Dia dijamu makan dengan hidangan yang lazat sambil perempuan itu melayani wahab bergurau dan bermesraan.
Wahab benar-benar seperti raja malam itu,dia minum dalam piala yang berkilau bagaikan diperbuat dengan ukiran bertatahkan berlian.Puri itu sendiri seolah-olah tidak memerlukan lampu untuk meneranginya diwaktu malam,disebabkan segala dindingnya mengeluarkan cahaya yang memancar-mancar.
Selepas bergurau senda,perempuan jelita itu memegang tangan wahab dan menariknya memasuki sebuah kamar.Kamar itu bergemelapan bagaikan seluruh dinding dan kelengkapan didalam kamar itu diperbuat dari batu permata yang berkilauan dan berwarna-warni.
Didalam kamar itulah wahab menikmati keindahan perempuan jelita itu.Dan dengan layanan istimewa itulah,wahab terlena dikatil.
Apabila dia tersedar keesokan paginya,didapati dirinya terbaring diatas bangsalnya semula.Wahab hairan,bagaimana dia boleh berpindah dari terbaring diatas katil indah itu ke tempatnya sekarang,sedangkan dia tidak keluar dari kamar puri itu malam tadi?.
Tapi yang lebih aneh lagi ialah batang-batang pokok cengal itu seolah-olah ada orang yang menggergajinya sewaktu dia mengikuti puteri rimba itu.Semua nya sudah siap sebagaimana yang ada dikehendaki.
Dan dalam keadaan hairan itu lah,wahab segera mengangkat kayu-kayu yang sudah siap untuk membawanya ketepi sungai.Sebatang demi sebatang kayu itu dipikul turun ke sungai.
Memikul batang-batang kayu itu terasa begitu meletihkan.Oleh itu wahab tidak membawa kayu-kayu itu mudek senja itu.Dia masih mahu bermalam dibangsalnya buat semalaman lagi,supaya dapat menghilangkan keletihannya seharian memikul kayu cengal itu ke sungai.
Tapi ketika wahab telah hampir terlelap,dirasakan badannya melayang-layang seperti kapas.Kemudian badannya kini berada disebuah katil.Wahab masih ingat disitulah dia terlena malam tadi.
Wahab segera ingin bermesra dengan perempuan jelita yang telah membawanya kesitu malam semalam.Tapi tidak seperti malam semalam,malam ini perempuan itu tidak lagi mahu melayani wahab.
"Kalau tuan mahu melayani saya,tuan mesti menikahi saya."Kata perempuan jelita itu.
"Bagaimana aku dapat menikahimu?"
"Dengan menemui ketua ku dan memenuhi syarat-syaratnya."Kata perempuan itu.
Mengingatkan kepuasan yang didapati nya dari perempuan itu pada malam semalam menyebabkan wahab bersetuju dengan apa saja permintaan perempuan itu.Dia bersedia.
Sekelip mata saja wahab kemudiannya dibawa menghadap makhluk yang dikatakan ketuanya itu,yang merupakan makhluk aneh yang tidak pernah wahab melihat wajah yang seperti itu sebelumnya.Sepasang matanya bagaikan lubang api yang mengeluarkan semburan api merah.Wajah nya bersisik seperti sisik biawak tapi berwarna hijau.Dan mulutnya juga seperti mulut biawak dengan lidah hitam bercabang terjelir-jelir keluar.
"Kau boleh memiliki kepuasanmu bersama perempuan ini buat selama hidupmu sebagai isterimu.Dia tidak akan mengalami usia tua.Dia jelita dan dapat memuaskan nafsunya buat selama hidupmu.Tapi ingat kau perlu memenuhi syarat."
"Syarat apakah itu?"Tanya wahab sambil melarikan pandangan dari wajah mahkluk aneh yang mengerikan itu.
"Syaratnya terlalu mudah,kamu mesti membawa kepala isterimu kemari.Itulah syaratnya.Kepala isterimu.Jika kamu pilih perempuan ini,kamu mesti korbankan kepala isterimu."
Wahab kemudiannya kembali ke puri indah itu bersama perempuan jelita itu.Tapi wahab tidak berjaya untuk mendapat hajatnya dari perempuan itu.
"Ingat apa yang diminta oleh ketuaku."Kata perempuan itu sambil menolak cumbuan wahab.Sedangkan wahab seperti keadaan orang yang mabuk.
"Selepas ini kita tidak akan bertemu lagi jika kau tidak memenuhi syarat itu."Kata perempuan itu sambil mengelus-ngelus tubuh wahab dan memberikan senyuman serta pandangan yang menggoda.
Dan seperti peristiwa terdahulu,kali ini juga wahab dapati dirinya berada diatas bangsalnya apabila menjelma sinar matahari pagi.
Namun telinganya seolah-olah masih terdengar akan syarat-syarat yang diminta oleh makhluk aneh itu.Fikirannya kini tertumpu pada perempuan itu.Wajahnya,bentuk badannya dan keistimewaannya apabila melayani nafsu wahab.
Ketika wahab turun kesungai setelah mengemas semua kelengkapannya,dia dapati kayu-kayu itu semuanya sudah diikat dengan rapi.Kini dia tidak payah lagi berusaha mengikatnya.
Setelah pulang membawa kayu itu,wahab masih juga bagaikan terdengar syarat-syarat yang dikehendaki oleh makhluk aneh itu.Hatinya juga menjadi tawar terhadap isterinya.
Dibanding dengan isterinya,apalah harga isterinya?Dia merasakan layanan isterinya tidak sekuku pun jika dibandingkan dengan kenangan manis bersama perempuan dihutan rimba itu.
Apabila wahab terkenangkan malam yang indah bersama perempuan itu,dia merasakan saat itu juga dia ingin mudek kehulu dengan perahunya.Kini bukan pokok-pokok cengal dan meranti yang diidamkannya di hutan itu,tapi perempuan itu yang dirinduinya.
Makin lama dia dirumah,semakin bernyala pula hasrat hatinya untuk mendapatkan perempuan itu.Dan dalam keadaan begitu,telinganya terngiang-ngiang dengan suara yang menyuruhnya menyembelih isteri nya dan membawa kepalanya ke hutan itu.
Dalam keadaan resah gelisah kerana fikirannya kini dikuasai seluruhnya oleh hantu rimba itu,akhirnya pada suatu malam wahab menjadi nekad.Setelah tengah malam dan mendengar nafas isterinya berdengkur,dia mengambil golok yang diletakkan di bawah tilam.Kemudian dengan sekuat hatinya dia menekup mulut isterinya dengan sebelah tangan dan goloknya terus menyembelih leher isterinya hingga putus.
Setelah kepala itu putus,wahab segera membungkus kepala isterinya itu dan melangkah dengan cepat ke sungai mendapatkan perahunya dan terus mendayung perahunya menghilir sungai.Dia mendayung sekuat-kuat tenaganya supaya lekas meninggalkan kampungnya,kampung hilir.
Bukan sehari boleh sampai ketempat itu.Wahab harus berdayung dia hari untuk sampai ketempat dimana dia telah bertemu dengan hantu rimba itu.
Tapi kini wahab berdayung perahunya seperti orang gila,dengan kekuatan yang luar biasa untuk menentang arus sungai itu.
Fikirannya seperti sasau kini.Tidak lagi terasa apa-apa penyesalan dengan perbuatan jenayah kejam yang dilakukannya itu.Dia juga tidak berfikir tentang akibatnya.Apa yang terbayang kini ialah memiliki hantu rimba yang memberikan layanan istimewa itu.
Alangkah gembiranya wahab apabila kedatangannya ditunggu oleh perempuan itu dan segera membawa wahab menghadap makhluk berwajah ngeri dan aneh itu.
Setelah menyerah kepala isterinya yang berada dalam bungkusan kain itu,makhluk yang bermata bagai semburan api,wajah bersisik bagaikan kulit biawak berwarna hijau serta lidah hitamnya terjelir-jelir,segera makhluk itu memerintahkan wahab sujud dihadapannya.Dan setelah wahab melakukan apa yang disuruhnya,makhluk itu ketawa bagaikan bergema ke seluruh alam.
"Kini kau miliki dia,wahab."Kata makhluk aneh itu.
Dan malam itu wahab mendapat hajat yang dirinduinya.Dan perempuan itu melayaninya sebagai seorang perempuan.Tapi bagi wahab bukan perempuan biasa,tapi perempuan yang cuma dalam sejuta ada seorang saja.Badannya seperti bau kasturi.Rambutnya memanjang hingga ke kaki.Kulitnya licin bagaikan telur rebus setelah dikupas selupatnya.
Tapi ketika wahab sedang menikmati habuan nafsu dari hantu rimba itu,orang-orang dikampung hilir heboh membicarakan peristiwa menemui mayat isteri wahab tanpa kepala.
Pagi itu derus datang hendak bertemu dengan wahab.Tapi setelah letih memanggil,dia tidak mendengar sahutan wahab.Sanah juga tidak menyahut dari atas rumah.Selalunya sanah yang akan menyahut kalau wahab tidak ada.
Dan derus terasa ada sesuatu yang aneh apabila dia melihat ada air yang menitis dari lantai.Dia pergi melihatnya dan alangkah terkejutnya derus apabila melihat yang menitis dari lantai rumah itu adalah darah.
Derus segera berlari kerumah penghulu.Beserta penghulu dan beberapa orang kampung itu,derus menyerbu masuk kedalam rumah.Dia,penghulu dan beberapa orang kampung itu menemui mayat sanah terkapar diatas tempat tidur tanpa kepala.
Mereka susah untuk mempercayai perbuatan itu dilakukan oleh wahab.Tapi setelah mereka mengikuti titisan darah yang menuju kesungai dan mendapati perahu wahab tidak ada disana,mereka mengesyaki perbuatan kejam itu dilakukan oleh wahab.
Namun mereka tidak dapat mencari sebab yang munasabah,mengapa wahab melakukan perkara itu.
Bukan senang nak mengesan kemana menghilangnya wahab.Untunglah juga dikampung hilir itu,ada seorang dukun yang dikenali sebagai tok janggut.
"Mengikut tilek aku,wahab berada disuatu tempat yang jauhnya dua hari berdayung perahu dari sini menghilir sungai."Kata tok janggut selepas meminta izin bersembahyang hajat selepas waktu zohor dan mendiamkan diri sejenak selepas membaca doa dan zikir.
"Aku juga nampak seorang perempuan yang jelita bersamanya."Tambah tok janggut lagi.
"Siapa perempuan itu?"Tanya derus seperti tidak sabar.
Tok janggut yang masih memejamkan kedua belah matanya dan masih dengan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat amalannya tersenyum sambil menjawab."Dia bukan manusia."
Yang pergi menemui tok janggut itu hanya tiga orang,derus,penghulu dan lebai saleh apabila mendengar cakap tok janggut itu masing-masing saling memandang antara satu sama lain dengan wajah kehairanan.
Selepas itu tok janggut membuka matanya.Dia merenung ketiga-tiga orang yang datang memintanya berikhtiar supaya dapat mengetahui tempat wahab melarikan diri itu.
"Bagaimana kalau kita pergi ke sana memberkas wahab?"Tanya derus kepada penghulu dan lebai saleh.Nampak wajah penghulu murung agak keberatan.Begitu juga dengan lebai saleh."Pengecut,"desis batin derus.
"Jangan pergi kalau tak ada bekalan.Tempat itu bukan sebarang tempat.Jenis wanita itu pula bukan jenis sebarang wanita."Kata tok janggut dengan sikap tenang.
Selepas itu tok janggut tidak berkata apa-apa lagi.Dia seolah-olah tidak ingin bercakap banyak lagi.Seorang demi seorang minta diri untuk pulang,tapi derus enggan pulang.Dia tetap duduk menghadap tok janggut.
"Bagaimana tok?Apakah kita nak biarkan pembunuh isteri itu begitu saja?"
"Apa bekalmu?"
"Bekal apa?"
Tok janggut tersenyum."Berani saja tak cukup,derus.Kita bukan berhadapan dengan makhluk manusia,malah dengan mahkluk halus.Pada tilek aku,wahab sudah terikat dengan mahkluk itu."
"Jadi kita nak biarkan wahab?"Tanya derus seperti tidak sabar.
Tok janggut merenung tepat ke wajah derus."Baiklah,kalau kau mahu sangat,kita pergi berdua.Kau sanggup?"
Derus tidak berfikir panjang lagi.Dia terus bersetuju,walau pun isterinya baru saja bersalin.Tapi mengingatkan kekejaman yang dilakukan rakannya,wahab,yang menyembelih isterinya itu,derus tidak boleh membiarkan perkara itu tanpa mendapat hukuman.
Derus lalu menyediakan sampannya dan alat kelengkapan yang disuruh oleh tok janggut supaya derus jangan lupa membawanya.
Sebelum menaiki perahu,tok janggut menyuruh derus membaca : LA YADURRU MA'ASMIHI WAHUAL ALIYYUL QADIR sebanyak empat puluh satu kali.
Kemudian derus disuruh membaca : QUL HUALLAHUAHAD sehingga akhir surah al-ikhlas itu sebanyak empat puluh satu kali.Kemudian dia membaca pula : LA HAULA WALAA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYU AZIIM.
"Kita bertolak."Kata tok janggut sambil berdoa secara perlahan dan mula mengayuh perahu bersama derus.
"Kalau ada kau terpandang apa-apa.ingatlah nama allah."Pesan tok janggut.Dan mereka berkayuh terus hingga malam lalu berlabuh disuatu tempat ditebing sungai sebelum mulai berkayuh semula subuh-subuh esok.
Akhirnya setelah berkayuh selama sehari lagi,derus terlihat perahu milik wahab."Itu dia."
"Rapat ke tebing."Perintah tok janggut.
Mereka berdua kemudian naik ke darat.
"Tak bawa apa-apa?"Kata derus apabila tok janggut nampaknya tidak pedulikan golok panjangnnya.
"Tak ada gunanya senjata itu semua."Kata tok janggut.
Selepas kira-kira setengah jam mengikuti kesan-kesan yang ada,akhirnya mereka menemui bangsal tempat wahab menebang kayunya.
Mereka tidak melihat wahab dibangsal itu.
"Biar aku naik ke bangsal."Kata tok janggut.Dia kemudian memanjat naik ke bangsal dan bersila diatasnya.Derus melihat bomoh itu membaca sesuatu dan memejamkan matanya agak lama,sebelum turun semula.
"Ikut aku."Katanya tanpa menoleh kearah derus terus melangkah.
Derus melangkah mengekori tok janggut tanpa bercakap sepatah pun.Derus merasakan terlalu jauh juga mereka meredah hutan itu dan agak kelihatan,tapi tok janggut walau pun sudah berusia 50 tahun namun kelihatan begitu gagah meredah hutan.
"Kita dah hendak sampai."Kata tok janggut.
Mereka akhirnya sampai kesuatu tempat yang menyebabkan derus membeliakkan biji matanya.Dia kini melihat tempat itu penuh dengan tulang dan terngkorak serta bangkai binatang buas.Disitulah derus melihat wahab sedang berbaring.Derus terpaksa menekup hidungnya kerana bau bangkai yang baru begitu busuk menyucuk hidung.Tapi dia melihat wahab seperti sedang tidur diatas hamparan lembut dalam suasana yang nyaman.
Derus juga melihat kepala isteri wahab masih ada disitu dan kelihatan sudah mulai membengkak dan berbau.
Apabila menyedari mereka datang,wahab seperti orang liar dan tidak mengenali mereka lagi.Wahab cuba menyerang mereka,tapi segera dikilas oleh tok janggut sambil mulutnya terus berkumat-kamit entah apa yang dibaca tidak dapat diketahui oleh derus.
Apabila dikilas oleh tok janggut,wahab seperti semakin lemah dan kemudian tidak sedarkan diri lagi.
"Kau usung dia balik ke perahu."Perintah tok janggut.
Kemudian dengan segera derus memikul tubuh wahab.Tok janggut mendahului derus melangkah menuju keperahu mereka.
Mereka kemudian terus bertolak kehilir sungai.Sebelum itu tok janggut menyuruh derus mengikat tubuh wahab supaya apabila tersedar nanti dia tidak boleh menggelupur.
Walau pun malam,tapi tok janggut enggan berhenti bermalam ditepi sungai itu."Kita terpaksa mendayung terus.Derus seperti ditoreh tidak berdarah apabila perahu mereka diekori berpuluh ekor buaya.
"Buaya."Kata derus.
"Terus."Kata tok janggut tanpa menghiraukan perahu mereka diiringi buaya.
Derus merasakan bila-bila masa saja perahu mereka akan pecah dibedal buaya yang kelihatan begitu besar semuanya."Jangan peduli,kayuh terus."Kata tok janggut memerintah apabila melihat derus seolah-olah ragu.
Tidak lama kemudian buaya itu menghilang begitu saja,derus merasa lega.
"Itu bukan buaya sebenarnya."Kata tok janggut yang tadi berdiri atas perahu mengawasi buaya-buaya itu.
"Kalau tak buaya,apa?"
"Itulah jembalang rimba.Untunglah mereka tidak berani membedal perahu kita."Kata tok janggut.
Wahab akhirnya selamat dibawa pulang,tapi keadaanya seperti orang bingung dan tidak tahu apa-apa.Tok janggut menyerahkan kepala isteri wahab untuk dikebumikan bersama-sama mayat tubuhnya yang terlebih dahulu dikebumikan.
Setiap malam apabila berbunyi burung hantu,akan kedengaranlah ke seluruh kampung suara wahab yang meraung dan melolong.Suara itu sangat mengerikan.Setiap masa dia harus dirantai kerana ingin menyerang sesiapa saja yang dilihatnya dengan mata yang bernyala dengan kemarahan.
Tok janggut sendiri mengakui kebolehannya tidaklah hebat,sehingga sanggup menyembuhkan wahab.
"Berikhtiarlah mencari bomoh yang handal."Kata tok janggut mengakui dirinya tidak berupaya menyembuhkan wahab kerana ilmunya tak sampai ke situ.
Tapi mahu juga tok janggut menceritakan apa yang terjadi dengan wahab."Wahab itu telah pun menunaikan syarat sehingga dia berkahwin dengan hantu rimba.Syarat itu ialah kepala isterinya.Cuma allah saja lah yang menentukan sama ada wahab akan sembuh atau tidak."
Tok janggut juga berpesan kepada derus supaya jangan meninggalkan membaca qul huallah,qul a''uzubirabbul falaq dan qul a'uzubirabbinnas."kau akan selamat dari gangguan syaitan dan hantu jembalang,insyaallah.Ingatlah pesanku ini.Pelindungnya semudah itu saja.Tapi kita ni lalai.Malah tak suka ambil hirau segala amalan begitu."Kata tok janggut.
Dan seperti telahan tok janggut,wahab rupanya tak dapat disembuhkan.Walau pun ramai bomoh diminta ikhtiarkan oleh pihak keluarga wahab,namun wahab tidak sembuh.
Akhirnya suatu malam,ketika semua mengantuk dan tidur dan lalai mengawasi wahab,dia telah mencerut lehernya sendiri dengan rantai dan terbunuh.(Bersambung...)