Bidan semeksudah hampir dilupai orang.Sejak adanya klinik bidan dikampung itu,tenaga bidan semektidak diperlukan lagi oleh masyarakat kampung sesemut api-api itu.
Apa lagi kerajaan giat menjalankan kempen supaya ibu-ibu sedar pentingnya rawatan moden demi keselamatan dan kesihatan bayi.
Bidan semektinggal agak terpencil dikampung itu.Rumah yang didirikan oleh arwah suaminya kelihatan sudah terlalu uzur tidak terurus lagi.Ini disebabkan bidan semeksendiri selalu uzur dan tidak larat lagi mengemas rumah dan halamannya,apa lagi memperbaiki mana dinding dan alang atau tiang yang sudah agak reput.
Walau pun hidupnya agak daif,namun sebagai hamba allah tetaplah bidak semekmendapat rezeki.Sekali-sekala ada juga orang dari pekan datang berubat.Tapi itu pun sekali-sekala.
Pernah satu ketika dia mendapat wang yang agak lumayan.Wang itu diberikan oleh seorang gadis yang datangnya dari kota bernama haliza.
"Apa hajat kamu kemari?"
Haliza yang kelihatan pucat mukanya dan memakai baju kurung itu seperti teragak-agak hendak meluahkan hajatnya mendatangi bidan simek.
"Jangan segan-segan,cakap lah hajat kamu.Mana yang boleh nek ikhtiar,akan nek usahakan."Kata bidan semek meneduhkan hati haliza.
"Saya ni..dah mengandung masuk empat bulan."Akhirnya terlucut juga kata-kata dari mulut haliza.
"Kenapa sampai begitu lama?"Tanya bidan semek.
"Pada mulanya kekasih saya janji nak kahwin secepat mungkin.Tapi..tiba-tiba saja dia menghilang diri."Kata haliza mulai menyapu air matanya.
Bidan semek menggeleng-geleng kepala.Kemudian dia menatap wajah haliza dan berkata."Jadi nak suruh nenek ikhtiarkanlah?"
"Itulah hajat saya datang kemari nek."Balas haliza sambil mengesat air matanya lagi.
Bidan semek senyum.Kemudian dia menggangguk-anggukkan kepalanya.Bagi bidan semek itulah yang ditunggunya.Boleh dikatan beberapa bulan terakhir ini bidan semek gelisah.Setiap malam sewaktu membakar kemenyan,bidan semek mendengar dalam suara nafas bagaikan nafas beruang ganas itu,suatu bisikan yang menggelisahkan.Suara itu berbisik."Aku lapar darah bayi,nek.."
Walau pun bidan semek boleh menyabarkan jembalang peliharaan sejak turun temurun itu,namun dia bimbang rezeki untuk jembalang itu tidak akan datang.Jika jembalang itu tidak sabar lagi,sudah pasti dia akan mengamuk.Dan jika jembalang itu mengamuk nanti,bidan semek yakin yang dirinya akan menjadi sasaran.
"Boleh kamu bermalam dirumah nek sekadar tujuh hari?"Tanya bidan semek sambil bersikap lembut terhadap haliza.
"Saya memang ambil cuti selama tujuh hari,nek."Kata haliza.
Malam itu bidan semek menyediakan tempat tidur haliza dalam bilik yang menjadi tempat tidurnya.Dia menghamparkan sehelai kain kuning diatas tilam nipis itu.Memengang lilin merah.Meletakkan beberapa jenis bunga disekeliling tempat tidur itu.Kemudian haliza melihat bidan semek membawa masuk nasi kunyit serta ayam seekor diletakkan dihujung kaki haliza.
Setelah siap semua kelengkapan itu,bidan semek berkata kepada haliza."Tidurlah.Jangan bimbang apa-apa,nek ada diluar.Dan kalau terasa ada orang datang,jangan takut.Biarkan saja.Bukan orang lain,itu cucu nek yang datang melawat.Tidurlah sekarang."
Malam itu secara tiba-tiba saja angin bertiup kencang.Gemersikan dedaun diluar menyeramkan.Di tambah lagi dengan bunyi burung hantu bersahutan dengan burung tukang.
Berbagai bunyi yang menakutkan diluar rumah itu bercampur pula dengan bau asap kemenyan yang dibakar oleh bidan semek dihadapan bilik itu.Kedengaran pula orang tua itu sedang membaca jampinya.
Sekejap kemudian haliza merasakan kedua belah matanya layu tak dapat dibukakan lagi,walau pun dia belum terlena.Dia masih sedar namun dirasakan dirinya telah dipukau.Lemah dan seolah-olah tidak bermaya lagi bergerak dari tempat tidur itu.
Sewaktu itulah telinganya mendengar suara nafas yang kasar dari atas.Semakin lama semakin jelas suara nafas liar itu,seperti suara binatang ganas yang sedang marah.
Dan kemudian haliza benar-benar merasakan nafas liar dan kasar itu berada ditepi telinganya.Dia merasakan wajahnya dijilat oleh lidah panjang yang terjelir.Kemudian tubuhnya dirasakan pula terangkat dan melayang.Ketika itulah haliza merasakan pula seluruh pakaiannya tanggal dari badan.
Haliza walau pun merasakan itu semua,namun dia tidak bermaya dan menyerah saja.Kemudian haliza terpaksa menggeliat-ngeliut pula disebabkan seluruh badannya kini menjadi mangsa jilatan lidah yang besar terjelir itu.Namun haliza tidak nampak apa-apa.Matanya tetap seperti melekat dan tidak dapat dibuka.
Kemudian lidah itu berpusar-pusar pada bahagian tengah badannya,dari pusat hingga ke pangkal peha.Haliza tersentak-sentak dan ingin mengeluh,namun dirasakan suaranya seperti tercekik kerongkongnya.
Lidah itu terus menyambar-nyambar dan seterusnya menghulur pada alat sulitnya sehingga dirasakan menujah-nujah pangkal rahimnya dan terus masuk kedalam rahimnya.Dirasakan bayi didalam rahim itu ditarik keluar dengan lidah itu.
Haliza kini baru merasa kesakitan yang amat sangat,tapi dia tidak boleh mengaduh dan mengeluh.Kesakitan itu semakin memuncak sehingga pinggulnya terangkat-angkat dan kemudian haliza tidak sedarkan diri lagi.
Keesokannya haliza merasakan tidak ada lagi bayi dalam perutnya.Perutnya telah kempis.Dan dia merasakan kesakitan yang amat sangat.
Bidan semek kemudian masuk kebilik itu untuk memberi minum air penawar serta melekatkan ramuan ubat pada tempat melahirkan bayi belum cukup bulan itu.
"Sekarang anak dah selamat."Kata bidan semek tersenyum pada haliza.
"Terima kasih nek."Ucap haliza lesu.
Walau pun kandungan haliza telah dikeluarkan,namun malam-malam berikutnya jembalang itu tetap mengunjungi haliza.Jembalang itu seperti seorang lelaki ganas menggomoli haliza yang dalam keadaan seperti separuh sedar itu.Tujuh malam berturut-turut sehingga haliza yang kelesuan kerana melahirkan anak itu tidak boleh berehat.Setelah tujuh hari berada dipembaringan,haliza meninggalkan rumah itu dengan wajah pucat seperti kekurangan darah.
Tapi setelah pulang kekota memulakan kerjanya,haliza seperti telah menurun dengan keganasan jembalang.Haliza menjadi seorang gadis yang ganas dan buas,sehingga perangainya dulu hilang sama sekali.
Kalau dulu haliza walau pun menyerahkan diri kepada lelaki,tapi itu dilakukan kerana menagih cinta.Tapi semenjak peristiwa menggugurkan anak dengan secara aneh itu,haliza menjadi buas.Dia seolah-olah tidak dapat tenang kalau tidak bersama lelaki.Tapi tak siapa pun tahu apa yang sebenarnya berlaku keatas diri haliza.Cuma kawan-kawannya sedar haliza sudah berubah laku.Jauh bezanya dari haliza dahulu yang mereka kenali.
Bidan semek agak lega dengan kehadiran haliza itu.Buat beberapa ketika jembalang peliharaannya tidak lagi membisik seperti orang kelaparan.Tapi setelah lama berlalu,namun tidak ada gadis lain yang datang menggugurkan kandugannya secara haram,jembalang itu menuntut lagi.
Saat-saat begitulah bidan semek kelihatan resah dan cemas.
Kini ternyata jembalang itu kian lapar.Dahaga darah nafas dan bayi dalam kandungan.Boleh dikatakan setiap malam selasa,apabila bidan semek membakar kemenyan,akan kedengaranlah bisikan."Nek,aku lapaaar."
"Bersabarlah,cucu.Habuanmu akan datang juga."Janji bidan semek sambil mengharapkan ada gadis yang mengandung secara haram datang kerumahnya.Namun harapan tinggal harapan.Sekarang ada klinik swasta yang dapat mengatasi hal itu secara di luar undang-undang.Akhbar selalu mendedahkan kegiatan itu.
Bidan semek semakin resah.
Doa bidan semek nampaknya tidak dimakbulkan oleh tuhan kali ini.Disaat-saat dia memerlukan orang mengandung datang kerumahnya,seperti sial pula yang membelit nasib hidupnya.
Kini hampir setiap malam bidan semek mendengar nafas bengis dibumbung rumahnya dengan suara yang menakutkan bidan semek sendiri."Aku lapaaaarr,aku lapaaaar."
Bidan semek tidak dapat tidur.Dia menduga mala petaka akan berlaku keatas dirinya bila-bila masa saja.Dan dalam keadaan begitulah,bidan semek terasa badannya kian panas.Dia diserang demam.
Suatu malam,ketika seorang penduduk kampung itu melintas berhampiran dengan rumah bidan semek,dia mendengar jeritan yang menyeramkan yang datangnya dari hala rumah bidan semek.
Pak dolah berkejar kerumah bidan semek untuk melihat apa yang telah terjadi dalam rumah itu.
"Mak semek.Mak semek."Panggil pak dolah.Tapi tidak ada sebarang sahutan dari dalam rumah.Cuma pak dolah mendengar seperti ada sesuatu yang keluar melalui bumbung.Apabila pak dolah menyuluh,dia melihat wajah yang mengerikan dengan lidah berjelir kira-kira sehasta panjangnya.Kemudian lembaga itu ghaib.
"Jembalang."Bisik hati pak dolah.Sambil bertawakal kepada allah dan terus menerus membaca ayat kursi,pak dolah memecah pintu rumah bidan semek dan menyerbu masuk tanpa berfikir panjang lagi.Setelah berada didalam rumah,pak dolah segera masuk kedalam bilik bidan semek.
Seperti terhenti nadi pak dolah melihat keadaan bidan semek.Dalam keadaan bilik itu berselerak,bidan semek pula terlentang dengan mata terbeliak dan mulut ternganga.Lidahnya terjelir keluar seperti lehernya dicekik orang.Dari mulut itu keluar darah.
Pak dolah kemudian menutup mata mayat bidan semek dan kemudian berlari kerumah penghulu latif.
"Semek dibunuh."Katanya dengan nafas kelelahan.
"Dibunuh?"Tanya penghulu bagaikan tidak percaya.Siapa pula yang mahu membunuh perempuan tua itu?.
"Saya jumpa dia dalam keadaan yang mengerikan.Lidahnya terjelir dan matanya terbeliak."Terang pak dolah.
"Dimana kau jumpa mayatnya?"
"Dalam biliknya."
Penghulu latif segera mengenakan pakaian dan setelah menyelit golok dipinggangnya,segera melangkah bagaikan berlari ketempat kejadian.
"Sah dia dikerjakan jembalangnya."Kata penghulu.
"Keadaan macam ini bukan perbuatan manusia."
"Saya pun yakin begitu.Ketika saya tiba setelah mendengar jeritan tadi,saya nampak wajah jembalang dibumbung rumah ini."
"Kau pergi panggil orang-orang kampung.Aku nak ke balai polis."Kata penghulu.Walau pun penghulu yakin perbuatan itu bukan kerana manusia,namun kematian yang ganjil begitu eloklah dilaporkan ke pihak polis.
Keesokannya mayat bidan semek dikebumikan.Hilang lah bidan semek dari dunia ini.Dahulunya bidan semek memang dikenali sebagai bidan yang dikenali umum.Namun ada sesuatu yang aneh semasa bidak semek giat menjadi bidan.Dalam sebulan dua,ada saja ibu yang beranakkan bayi yang mati.
Desas-desus yang kononya bidan semek membela jembang juga sudah lama tersebar.Barang kali itu lah puncanya setelah adanya bidan klinik kerajaan,tenaganya tidak diperlukan lagi dan dia sendiri seolah-olah dipencilkan oleh masyarakat kampung itu.
Tapi kematian bidan semek tidak menyebabkan cerita tentangnya juga selesai.Malam itu,selepas pengkebumian bidan semek dilakukan,hujan turun dengan lebatnya.Dan angin ribut juga melanda sehingga tidak ada seorang pun keluar dari rumah.
Di perkuburan bidan semek ada sesuatu yang terjadi.Jembalang belaan bidan semek yang kini kehilangan pengembalanya mengamuk.Kubur itu dibongkarnya.
Dan pagi keesokannya ada orang melihat kubur bidan semek seperti digali oleh binatang buas.Mayat bidan semek juga berkecai dikerjakan seperti disiat-siat dan bertabur diatas kubur.
Terpaksa lah orang-orang kampung menanamnya semula dan kubur itu terpaksa ditunggu oleh empat orang yang diketuai oleh iman kampung itu,lebai ibrahim.
Setelah peristiwa itu,kampung itu nampaknya belum cukup dihadapi dengan peristiwa aneh.Ramai pula yang mengadu mereka diganggu jembalang.Ada yang nampak lidah terjelir panjang seperti ingin menjilat bayinya sehingga kedengaran orang meraung riuh sekampung.
Apa lagi setelah seorang penghuni kampung itu,bedah baru melahirkan anak sulungnya didapati anak itu mati selepas tiga hari.Tubuh bayi itu terdapat kesan lebam kebiruan disana sini.
Ramai yang menuduh kematian bayi bedah itu angkara jembalang yang kini berkeliaran tanpa gembala lagi.
Kerana tidak mahu dituduh oleh anak buahnya tidak menghiraukan masalah kampungnya,penghulu latif terpaksa juga mencari ikhtiar.
Diam-diam dia pergi ke kampung dangar dan bertemu dengan wak leh.Diceritakan tentang semua kejadian dikampungnya.
"Kedatangan saya ini berharap sangat pertolongan wak leh.Nampak nya penduduk dikampung saya semakin bimbang."Kata penghulu latif.
"Kamu ini,bila ada jembalang begitu,baru datang cari aku.Padahal kampung kamu sendiri dibiarkan tak tertiang.Surau dikampung kamu itu ada dua tiga orang saja sembahyang,langsung kamu tidak peduli.Tuhan kamu tidak takut,tapi bila muncul jembalang,kamu heboh."Kata wak leh seperti memerli penghulu.Penghulu latif terpaksa berdiam diri.Terasa kata-kata wak leh itu terkene batang hidungnya sendiri.
"Kamu baliklah,nanti aku datang."Kata wak leh.
Hanya setelah seminggu barulah wak leh datang bermalam dirumah penghulu."Malam ini aku nak tengok surau kampung ini penuh.Kita bersembahyang jemaah disurau beramai-ramai."Kata wak leh.
Dan malam itu semua kaum lelaki tidak ketinggalan datang berjemaah disurau.
Selesai sembahyang isya' berimamkan wak leh,orang tua yang terkenal sebagai bomoh itu merayau menembusi malam entah kemana.Cuma setelah tengah malam,orang-orang kampung jadi kecoh.Mereka tiba-tiba terdengar seperti orang bergaduh dan berkejar kesana kemari.
Rupanya wak leh sedang berkelahi dengan jembalang dengan menggunakan ilmu pendekarnya.Tapi apabila ada yang turun dari rumah melihat dengan mata sendiri apa yang sedang berlaku,mereka dapati cuma wak leh seorang diri saja sedang berpencak silat melompat ke sana dan melompat ke sini dan kadangkala terjatuh seperti dicampak oleh musuhnya.Namun dengan pantas pula orang tua itu melenting dan terus bertindak seperti menangkap seseorang yang tidak dapat dilihat.
Kemudian wak leh bergerak kehutan dengan tingkahnya terus-menerus seperti berkelahi dengan seseorang.
Memang kelakuan wak leh begitu.Dia gemar sangat bersilat.Dengan ilmunya,memang dia boleh nampak mahkluk ghaib itu.Itulah sebabnya dia kelihatan mengejar dan berkelahi.
Setelah sampai kekawasan hutan,barulah wak leh membaca beberapa ayat untuk melemahkan jembalang itu dan supaya jembalang itu tunduk serta mengalah kepada kehendaknya.
"Tinggallah kamu disini sampai ke anak cucumu.Jangan sekali-kali kamu berani mengusik anak cucuku.Jika kamu mengusik juga,akan kurantai kamu dengan rantai nabi sulaiman.Dengan berkat kalimah syahadah LA ILAHAILALLAH,MUHAMMADUR RASULLULLAH."
Selesai mengurung jembalang itu dihutan,wak leh melangkah pulang kerumah penghulu.
"Bagaimana?"Tanya penghulu latif.
"Aku suruh dia duduk dihutan itu.Ingatkan pada anak buahmu,jangan pergi kehutan itu tanpa membawa bekal."Kata wak leh.
"Bekal apa wak leh?"
"Kamu ini latif,dah tua tapi tak faham juga.Kalau dengan jin dan syaitan takkan lah pergi berbekalkan nasi kunyit.Itu semua mengarut.Yang aku suruh ni,berbekalkan ayat-ayat allah.Berbekalkan zikir dan doa.Itulah bekalnya."Kata wak leh.
Setelah kedatangan wak leh itu,kampung sesemut api-api kembali aman.Nampaknya penduduk dikampung itu juga mula ringan hati untuk menghayati agama.Semakin ramai yang datang ke surau.
Kampung itu mungkin akan menghadapi peristiwa aneh lagi,kalau tidak didatangi oleh seorang perempuan muda.Perempuan itu pernah dulu datang menemui bidan semek.Dia kini dalam lingkungan usia 26 tahun dan mengaku sebagai anak saudara bidan semek.
Perempuan muda itu singgah dikedai kopi yasin dan bertanya khabar tentang bidan semek.
"Bidan semek tu dah meninggal tiga tahun lalu.Awak tak dapat perkhabaran kematiannya?"Tanya yasin.
Perempuan itu seperti terpegun seketika.Dia kelihatan seperti anak gadis lagi pada pandangan yasin.Cuma apabila melihat dibahagian perutnya,yasin ragu-ragu untuk menyatakan yang perempuan itu belum berkahwin.Dia kelihatan seperti sedang mengandung.
Kampung itu cuma mempunyai kenderaan keretapi saja untuk datang dan pulang.Sekarang sudah petang dan tak ada lagi keretapi.
"Rumahnya siapa yang tinggal?"
"Rumah itu kosong.Sejak dia meninggal,tak ada sesiapa yang tinggal."Kata yasin jujur.
"Tak apalah.Saya akan kesana."Kata gadis itu yang memang tidak dikenali dikampung itu.Gadis itu adalah haliza,yang kini mengandung lagi dari hasil hubungan terkutuknya.
Malam itu,ketika haliza bermalam dirumah itu.Walau pun dalam keadaan ketakutan namun dia nekad dan tidak peduli apa yang akan terjadi keatas dirinya yang dicampak buat ke berapa kalinya oleh pemuda yang dihasratkan untuk menjadi suaminya.Haliza tahu,salahnya sendiri menduakan kekasihnya.Tapi dia tidak boleh menguasai dirinya apabila digoda.Jadi,apabila dia ditinggalkan,haliza bukan menyalahkan dirinya,sebaliknya menganggap pemuda itu lah yang kejam.
Kali ini haliza bukan saja untuk menggugurkan kandugannya,malah ingin meminta pertolongan ilmu hitam dari bidan semek untuk membalas dendam terhadap pemuda itu.
Tapi malang sungguh nasibnya,sebab bidan semek telah meninggal.Namun dia ingin juga mengunjungi rumah bidan semek.Sekurang-kurangnya dia menemui juga kesan yang ditinggalkan bidan semek sambil mengenangi peristiwa lalu dirumah itu.
Malam itu setelah puas melayani perasaan dan fikirannya yang berkecamuk kerana hasratnya tidak tercapai kerana bidan semek telah meninggal,haliza terlelap.Semasa tidur itu lah haliza bermimpi kedatangan nek semek.
"Cucuku,kau tak boleh jumpa aku lagi.Tapi kau boleh menemui cucu nenek.Datang lah kehutan.Cucu nenek berada disana."Kata bidan semek dalam mimpi itu.
Selepas bermimpi,haliza tersedar.Walau pun dia takut untuk melangkah menuju kearah hutan kampung itu,namun kerana dia benar-benar inginkan pertolongan,menyebabkan haliza terus juga meredah malam menuju ke hutan sendirian.
Dan ketika berada ditepi hutan itu,haliza tiba-tiba dapati suatu lembaga menyegup dihadapan.Melihat lembaga itu,haliza terkejut terus jatuh pengsan.
Pagi keesokannya,kampung sesemut api-api gempar lagi.Seorang perempuan muda kelihatan keluar dari hutan dengan tubuhnya tidak bersalut pakaian seurat benang pun.Rambutnya kelihatan menggerbang seperti pontianak.Dia seperti hilang akal berjalan dalam keadaan letih.
"Inilah perempuan yang mengaku anak saudara arwah bidan semek petang semalam."Kata yasin setelah berkejar pergi melihat perempuan itu setelah mendengar cerita tentang perempuan seperti orang gila dan berbogel keluar dari arah hutan.
"Kenapa kau tak beritahu aku?"Kata penghulu latif seperti menjerkah yasin.
"Saya rasa tak penting sangat."Jawab yasin.
"Kau ni pandang ringan segala hal.Lain kali kalau ada orang asing masuk kampung ini,berilah tahu aku sepatah."Kata penghulu latif kesan dengan sikap yasin.
Dari bahagian bawah pusatnya kelihatan darah masih meleleh.Penghulu segera menyuruh melekatkan pakaian ke tubuh perempuan itu.
"Apa kita nak buat dengan perempuan ini?"Tanya pak dolah melihat dengan perasaan kesian terhadap perempuan itu.
"Kita serahkan ke balai."Jawab penghulu latif.
Haliza dapat menunaikan hajatnya.Kandungannya telah dihisap jembalang.Tapi kini haliza yang kehidupannya bernajis dengan noda,sejak peristiwa malam itu dihutan kampung sesemut api-api itu,tidak lagi berpeluang untuk kembali kejalan yang diredai allah.Dia telah menjadi gila.
Penduduk kampung itu tidak tahu apa yang terjadi dengan haliza selepas mereka menyerahkannya ke balai polis di kampung itu.Mungkin juga dihantar kehospital gila.
Walau pun selepas tragedi yang menimpa haliza itu tidak lagi berlaku sebarang peristiwa aneh,namun penduduk kampung itu yakin dihutan itu merupakan tempat tinggal jembalang yang pernah dibela oleh bidan semek.(Bersambung...)