Bahagian 6 : Bayi Dilahirkan Jadi Beruang

1.2K 37 2
                                    

Perut mardiah yang membuyut itu sudah sepuluh bulan lamanya,namun bayi yang dikandungkannya tak juga lahir.
Sudah beberapa kali mardiah menghadapi tanda-tanda saat untuk bersalin telah tiba.Namun kesakitannya reda begitu saja,bayi itu tidak juga keluar dari rahim.
Alangkah hebatnya mengandung anak sulung itu.Rasa-rasanya serik untuk mengandung lagi.Makin hari makin dirasakan betapa lesunya menanggung kandungan yang sudah berusia sepuluh bulan itu.
Tapi mengingatkan itulah satu-satunya tanda kebahagiaan hidupnya bersama suaminya,mardiah merasakan dia seharusnya tabah menunggu saat untuk melahirkan bayi itu.
Suaminya shahril,juga merasakan betapa tidak sabar untuk menyambut anak sulung itu.
Tapi disebalik penuh harapan untuk menyambut bayinya itu,shahril juga begitu cemas apabila melihat keadaan isterinya yang semakin hari semakin lemah.
Apalagi mardiah sering mengadu tentang kandungannya itu menyebabkan dia selalu sakit yang amat sangat.Apabila bayi itu bergerak-gerak didalam rahimnya,mardiah rasakan seperti perutnya akan pecah.
"Bayi kita ini diah rasakan terlalu ganas."Keluh mardiah sambil mengurut perutnya supaya bayi itu berhenti bergerak.
Badan mardiah menggigil menahan kesakitannya apabila bayi itu bergerak-gerak.Dan setiap kali bayi itu bergerak,mardiah mengeluh kerana dirasakan bagai ada duri halus yang menyucuk-nyucuk perutnya.
Kerana bimbangkan keadaan isterinya dalam keadaan begitu,shahril memanggil bidan mak soyah untuk jampikan air penawar.
Tapi ternyata tetap juga begitu.Air jampi mak soyah tidak meredakan kesakitan mardiah.Cuma beberapa hari saja mardiah tidak mengeluh kesakitan.Selepas itu kembali bayi itu menyakitkan mardiah.
Shahril sentiasa berdoa agar tuhan mengurniakan keberkatan terhadap kandungan mardiah dan bayi itu segera keluar dengan selamat.
Kini mengikut hitangan shahril,kandungan isterinya itu berusia sepuluh bulan dua puluh hari.
Tapi pada suatu malam,shahril dikejutkan eraman isterinya.Shahril mendengar suara isterinya menahan kesakitan yang amat sangat.
"Bang..aduh..sakit bang."
Shahril segera bingkas bangun dan segera menyalakan pelita.Dalam cahaya pelita itu,shahril melihat isterinya mengeliat kekiri dan kekanan tidak menentu menahan penderitaannya.
   "Dah nak keluar,bang.."Kata mardiah sambil menggigit bibir dan kedua-dua kakinya menujah-nujah.
Shahril mengurut-ngurut perut yang luar biasa besarnya itu.Tapi urut itu tidak membantu.Mardiah kian menggelisah dan tidak memperdulikan kainnya tercabut oleh kerana menahan sakit.
"Panggil mak soyah,bang."Minta mardiah seperti sulit benar untuk mengeluarkan suaranya kini.
Shahril benar-benar serba salah.Bagaimana dengan mardiah kalau dia tinggalkan mardiah sendirian?
"Pergilah cepat,bang.."
"Sabarlah,ma.."Kata shahril.
"Pergilah cepat..."
Shahril merasakan dia terpaksa pergi meninggalkan mardiah sendirian untuk membawa mak soyah untuk membidani isterinya.Dia harus bertawakal kepada tuhan untuk tinggalkan mardiah.Tidak ada jalan lain lagi.
"Abang pergo sekarang,ma."Kata shahril.
Mardiah seperti tidak mendengar kata-kata shahril itu.Mulutnya tak habis-habis mengeluarkan suara mengaduh.Dirasakan bayi itu bergerak-gerak dengan ganasnya untuk keluar.
Sementara itu shahril berlari-lari sambil menyuluh jalan dengan lampu suluhnya.Dia harus segera membawa mak soyah kerumahnya.Dan dia berdoa agar mak soyah tetap berada dirumahnya.
Sepeninggalan shahril,mardiah cuba mengumpul seluruh tenaganya untuk menahan kesakitan.Dia kini seperti bergumul dengan maut.Dirasakannya bila-bila saja nafasnya boleh putus.Alangkah menderitanya seorang perempuan untuk bergelar seorang ibu.
Sesampainya shahril ke rumah mak soyah,bagai tidak dapat mengawal kesabarannya lagi dia mengetuk pintu rumah bidan itu dengan kuat sambil memanggil-manggil nama bidan itu.
"Siapa?"Terdengar suara mak soyah yang baru saja tersedar dan masih dalam keadaan mengantuk.
"Saya.Shahril,mak soyah.Lekas kerumah.Isteri saya tenat nak bersalin."Kata shahril separuh laung.
"Bersabar,shahril."
"Saya bimbang kalau-kalau isteri saya tak selamat."
Mak soyah tergocoh-gocoh mengemas barang-barangnya yang hendak dibawa dan segera membuka pintu.
   "Lekas,mak soyah."
Perjalanan mengiring mak soyah kerumahnya,terasa terlalu lambat.Langkah orang tua itu dirasakan terlalu perlahan,padahal mak soyah seperti separuh berlari meredah malam itu.
Sesampainya dirumah,shahril bersama mak soyah segera ke bilik dimana terdengar suara mardiah meracau kesakitan.Sesekali dia seperti menjerih kerana sangat pedih.
   "Kau tunggu diluar diluar,shahril."Perintah bidan mak soyah pada shahril.
Shahril merasa enggan untuk keluar,tapi kerana disuruh oleh mak soyah,dia pun melangkah keluar bilik.Dalam hati shahril berdoa tidak putus-putus semoga tuhan menyelamatkan isteri dan bayinya.
"Ya tuhan,selamatkan isteri dan anakku."Shahril membisikkan doanya dengan hati yang gementar bimbang.
   Shahril tidak boleh duduk bertenang.Dia tetap berdiri diluar pintu bilik itu sambil mudar-mandir membayangkan betapa gelisahnya dia tentang keselamatan isterinya.
Saat-saat dirasakan terlalu lambat menjadi minit.Dan minit terlalu lambat untuk mencukupi sejam.Dia merasakan masa bagaikan tidak bergerak.
Pada rasa shahril sudah tiga jam,tapi sebenarnya cuma sejam,ketika itu tiba-tiba mendadak dia mendengar suara tangisan bayi memecah kesunyian malam.Debaran jantung shahril kini mulai mereda.
Namun tidak reda sepenuhnya,dia belum pasti apakah disebalik tangisan bayi yang menandakan kelahirannya itu,isterinya turut selamat?
Shahril merasa tidak sabar untuk menyerbu masuk kebilik itu untuk memastikan yang isterinya juga selamat.Tapi mengingatkan mak soyah menyuruhnya menunggu,dia cuba bertenang dan menunggu.
Bayi yang didengar oleh shahril suara tangisannya itu adalah seorang bayi lelaki yang gemuk dan sihat.Mak soyah merawatnya dengan rapi dan penuh pengalaman setelah keluar saja dari rahim ibunya.Setelah membungkus anak itu dengan kain bersih,mak soyah keluar untuk menemui shahril.
"Bersabar,shahril.Isterimu belum selesai bersalin."Kata mak soyah.
"Belum selesai?"Tanya shahril penuh curiga memandang mak soyah.
Mak soyah tersenyum,dan itu meredakan sedikit kecurigaannya.Dia cuba tenangkan fikirannya yang karut dengan ramalan yang tidak diingininya.
"Masih ada lagi seorang."Kata mak soyah.
"Kembar?"
Mak soyah senyum dan mengangguk-angguk sebelum melangkah semula masuk kedalam bilik mendapatkan semula mardiah yang sedang berhempas pulas melahirkan bayi yang kedua dari rahimnya.
Mak soyah yang berpengalaman sebagai bidan itu merasa sungguh aneh.Mengapa anak yang kedua begitu payah keluar?Berdasarkan pengalamannya,setelah lahir anak pertama,seorang perempuan yang mengandung bayi kembar akan dengan mudah dapat melahirkan anaknya yang kedua.Tapi mardiah kini meraung-raung meneran anak kembar yang kedua itu.
Sambil mulutnya berkumat-kamit membaca jampinya bagi memudahkan keluarnya bayi itu,mak soyah mengurut-ngurut perut.
Shahril menunggu diluar merasa tidak sabar lagi dengan telinganya yang terus menerus menyambar jeritan ngeri isterinya.
Dan ketika dia mendengar suara yang agak pelik dan tidak mendengar raungan isterinya,tanpa dapat mengawal diri lagi dia menyerbu masuk kebilik untuk mengetahui apa yang berlaku.
Dia melihat isterinya tidak bergerak-gerak."Mardiah."Raungnya menyangka isterinya telah meninggal.
   "Bersabar,shahril.Isterimu selamat."Kata mak soyah.
Tapi shahril terbeliak matanya apabila terpandang anaknya yang kedua itu.Dia bagaikan tidak percaya mahkluk itu keluar dari rahim isterinya.
"Ya allah.Oh,tidak.Tidakkk."
Dia bukan melihat bayi comel seperti anaknya yang pertama,malah seekor anak beruang.
"Bertenang,shahril.Ini semua kehendak allah."Kata mak soyah cuba meredakan perasaan shahril yang kini seperti kehilangan akal warasnya.
Bayi yang kedua itu ternyata dengan mudah bergerak.Kelihatan liar ingin bergerak.Malah matanya serta-merta terbuka.Mulutnya menyeringai menampakkan lidahnya yang terjelir-jelir.Shahril ngeri melihat anaknya itu.
Bayinya yang menyerupai beruang itu ternyata cepat membesar berbanding dengan saudara kembarnya.
Apa yang jadi masalah pada ibunya,ialah anak itu sentiasa lapar susu.Dan setiap kali menyuyut susu dada ibunya,mardiah merasakan seluruh air susu dadanya kering dan tidak dapat lagi untuk menyusu anaknya yang seorang lagi.
Shahril semakin hari semakin bimbang tentang kesihatan mardiah.Mardiah tidak seperti dahulu lagi.Kini tubuhnya lesu dan wajahnya kelihatan pucat.
Setiap malam shahril termenung sambil berfikir,apakah sudahnya dengan diri isterinya dan juga dirinya sendiri.Bagaimanakah dia dapat membela seekor beruang.
   Suatu malam dia menyatakan pendapatnya kepada mardiah."Abang fikir elok kita lepaskan saja anak kita yang seorang itu."
Mardiah tercengang dengan kata-kata shahril itu.Walau pun tidak seperti manusia biasa,namun bagi mardiah anak itu tetap anaknya dan sama dianggapnya seperti anak yang seorang lagi.
"Dia tu anak kita juga,bang."Kata mardiah yang merasa tindakan yang dicadangkan oleh suaminya itu terlalu kejam untuk dilaksanakan.
"Tapi,ma,abang kasihan melihat keadaan ma.Itu baru sekarang.Bagaimana kalau dia dah besar.Sekarang pun abang tengok dia seperti keras hati.Bukan rupa saja seperti itu..tapi..."
Walau pun cadangan shahril kali itu tidak disetujui oleh mardiah,namun shahril tetap memujuk mardiah supaya rela melepaskan anaknya yang aneh itu.
"Kita mesti lepasnya ke hutan."Kata shahril.
Berhari-hari mardiah termenung memikirkan sama ada akan bersetuju dengan cadangan suaminya atau menolaknya.Dia juga merasakan anaknya yang aneh itu semakin ganas.
Akhirnya dengan mendukung anak itu,mardiah bersama-sama dengan shahril pergi ketepi hutan.Dengan tangis tersedu-sedu sebagai seorang ibu.Mardiah meletakkan anaknya itu.
"Mak terpaksa meletakkan kau ditempat yang sesuai dengan kau.Mak harap kau selamat dan besar seperti abang kau."Kata mardiah tidak tahan hati untuk melepaskan anaknya itu.
"Grrrr.."Anak itu mengeluarkan suaranya,seperti tersentuh juga hatinya kerana berpisah dengan ibu dan ayahnya.
   Shahril menyuluh kearah mata anaknya itu.Kelihatan matanya seperti berkata menangis.Shahril cepat-cepat memadamkan lampu picitnya,kerana dia juga tersentuh hati melihat anaknya yang aneh itu kini menangis ditinggalkan begitu.
Kemudian segera shahril menarik mardiah.Tapi mardiah tidak segera beredar.Dia memakaikan gelangnya kelengan anaknya itu.
Setelah empat puluh hari berpisah dengan anaknya itu,dan kini mardiah cuma mengasuh seorang anak saja,mardiah mendapat mimpi.
Dalam mimpinya,mardiah melihat anaknya yang berupa beruang itu sudah membesar.
Anaknya itu berkata."Mak jika ingin tahu tentang keadaan diri saya,perhatilah abang saya.Jika dia sakit,itulah tandanya saya sakit.Dan jika dia meninggal,itu tandanya saya juga sudah tidak ada lagi didunia."
   Kemudian mardiah tersedar lalu beristighfar,berulang kali.Ketika itu shahril ikut tersedar dari tidurnya.
"Ada apa,ma?"
"Ma mimpi,bang."
"Apa yang ma mimpi?"
"Anak kita."Kata mardiah terharu.
"Ah,tidurlah,ma.Awak terbawa-bawa dengan ingatan terhadap anak awak itu."
Dan sejak mimpi itu,mardiah tidak lagi mengetahui apakah nasib yang menimpa anak yang dilepaskannya kehutan itu.Namun kenangan sebagai ibu terhadap anak yang berlainan dari anak biasa,tidak dapat dihapuskan dari ingatan mardiah.
Apabila dia melihat anaknya johan,membesar dan kini meningkat remaja dihadapan matanya,dia terkenang akan adik johan.
Bila terkenangkan mimpi berbelas tahun dulu,mardiah gembira kerana johan sihat dan gembira.Ini bermakna anaknya yang tidak diketahui dimana hidupnya sedang berada dalam keadaan sihat dan gembira.
Namun suatu hari secara tiba-tiba saja pengsan.Ketika itu shahril keluar ke pekan.Mardiah benar-benar ketakutan.Tapi secara aneh johan sedar semula dengan sendirinya sebelum sempat mardiah mendapatkan pertolongan bomoh.
Peristiwa itu benar-benar menyakinkan mardiah apa yang dikatakan oleh anaknya yang dilepaskan kehutan itu,adalah benar.Mungkin ada sesuatu hal yang berlaku ke atas anaknya yang dihutan itu,hingga kan dia pengsan.Dan johan ikut sama pengsan.
Johan yang remaja itu akhirnya jatuh hati dengan saleha,anak gadis penghulu kampung itu.Cinta itu pula dibalas oleh gadis itu.
Mardiah merasa gembira,kerana ternyata percintaan antara anak lelakinya dengan anak gadis penghulu itu tidak pula mejadi keberatan bagi pihak orang tua gadis itu.
   "Nampaknya anak muda kau itu akan jadi menantu aku juga."Demikian gurau penghulu deris semasa bertembung dengan mardiah disatu majlis perkahwinan dikampung itu.
Mungkin mardiah akan gembira selama-lamanya,kalau tidak secara tiba-tiba orang-orang kampung mula menceritakan tentang kemunculan seekor beruang besar dikampung itu.
Cerita tentang kemunculan itu sampai ke telinga mardiah dan mardiah merasa tidak sedap hati apabila mendengar cerita beruang yang secara tiba-tiba muncul dikampung itu.
"Samat anak pak ngah teh pernah bertembung dengan beruang itu,mak.Untunglah samat sempat melarikan diri,kalau tidak badannya akan dikoyak-koyak oleh beruang itu macam kertas."Cerita johan pada ibunya.
Ibunya mendengar tanpa berkata apa-apa.Tapi mardiah merasa kurang senang dengan kemunculan beruang itu.Dalam hatinya,dia bukan bimbangkan orang-orang kampung itu akan menjadi mangsa beruang itu.Sebaliknya mardiah lebih bimbang kiranya beruang itu yang akan jadi mangsa orang kampung.Apa yang akan terjadi keatas diri johan.
Dalam saat-saat begitu,kata-kata yang didengar dalam mimpi seolah-olah bergema dicuping telinganya.
Kemunculan beruang itu semakin lama semakin kerap dikampung itu.Dan kebimbangan dihati mardiah kian menjadi.
   "Patut orang kampung ni usaha menembak beruang itu."Kata johan pada mardiah suatu hari dengan perasaan marah terhadap beruang yang menganggu ketenteraman kampungnya.
"Buat apa kau marahkan beruang tu,han.Selama dia muncul,mak x dengar pun dia ganggu sesiapa."Balas mardiah.
   "Sekarang belum lagi.Tapi suatu hari dah tentu ada yang bakal jadi mangsanya."Balas johan.
Kata-kata anaknya itu sangat tidak disenangi mardiah.Dan malam itu shahril mendapati mardiah menangis terisak-isak disisinya.
"Mengapa awak ni,ma?"Tanya shahril sambil menggoyang-goyang bahu mardiah.
"Manalah tahu beruang itu anak kita,bang."Kata mardiah.
   "Ah,mengarutlah awak ni.Takkan dia masih hidup."
"Tapi mana tahu.."
Tapi belum habis mardiah menamatkan kata-katanya,shahril sudah memotong."Awak fikir yang bukan-bukan.Dahlah.Tidurlah."
   Tapi malam itu,buat kali keduanya mardiah didatangi mimpi.Kali ini dalam mimpinya,mardiah melihat seekor beruang besar memakai kalung dari akar kayu dan pada kalung itu terdapat gelang yang ditinggalnya bersama anaknya yang berupa beruang dulu.
Dan mardiah terdengar dalam mimpinya itu,beruang itu berkata."Mak,saya ingin berjumpa dengan mak."
Mardiah tersedar dan kemudian menangis semahu-mahunya,sehingga shahril terjaga sama."Apa hal dengan awak ni?"
"Beruang itu benar-benar anak kita,bang."Kata mardiah dalam tangisnya."Ah,janganlah awak percaya dengan mimpi karut tu."Kata shahril sambil memejamkan matanya semula.
   Namun mardiah tetap tidak dapat melelapkan mata.Matanya terus terkebil-kebil dalam gelap malam itu.
   Kemuncak dari keriuhan munculnya seekor beruang dikampung itu berkemuncak lagi dengan peristiwa disatu malam penghulu berjaya menembak beruang itu dengan senapang patahnya.
Memang kira-kira jam dua belas tengah malam,mardiah mendengar letupan sedas tembakan senapang.
   Keesokan harinya mardiah mendengar cerita yang beruang itu telah ditembak oleh penghulu.Hatinya benar-benar bimbang.
Tapi mardiah merasa lega apabila dia mendengar orang bercerita,bahawa beruang itu berjaya melarikan diri.
   Malah menurut orang yang menceritakan hal itu,tidak ada apa-apa kesan darah yang boleh menyakinkan mereka bahawa beruang itu telah ditembak dengan tepat.
   Mendengar hal itu,mardiah merasa lega hati.Namun dia tetap bimbang yang akhirnya beruang itu akan ditembak juga.
   Agak lama juga beruang itu tidak dengar khabar lagi.Orang-orang kampung membuat andaian,mungkin beruang itu sudah takut dengan letusan senapang patah penghulu deris itu.
Namun rupanya apa yang disangkakan ternyata salah.Suatu malam orang kampung terkejut kerana mendengar jerit pekik yang datangnya dari hala rumah penghulu.
   Mereka semua berlari kerumah penghulu untuk memastikan apakah yang sedang berlaku disana.
Setelah mereka sampai,mereka dapati isteri penghulu dan anak gadisnya sedang menangis dan meratap,sedangkan penghulu tidak kelihatan.Mereka dapati pintu rumah itu seperti ditendang dengan kuat dari luar sehingga pecah.
"Apa yang telah berlaku?"Tanya salah seorang dari mereka.Isteri penghulu yang sedang menangis melolong itu berkata."Penghulu.Penghulu dibawa oleh beruang itu."
   Setiap orang yang mendengar jawapan isteri penghulu itu terbeliak biji mata.Rupanya beruang yang dianggap sudah takut kerana penghulu menembaknya,kini ternyata telah membalas dendam.
Berhari-hari lamanya setelah peristiwa itu,namun penghulu tidak juga dijumpai.Bukan saja penghulu,malah kesan penghulu juga tidak ditemui.
Orang-orang kampung itu mulai putus asa.Mungkin kini penghulu cuma tinggal tulang saja lagi dimakan beruang itu.
Tapi demi kekasihnya,johan merasa bertanggungjawab untuk mencari penghulu yang merupakan bakal mertuanya.
   Tanpa setahu ibunya,johan meminjam senapang patah kepunyaan penghulu lalu terus memasuki hutan.Mardiah benar-benar terkejut apabila diberitahu yang johan masuk kehutan pergi mencari jejak penghulu serta beruang itu.
Tiga hari tiga malam lamanya johan lesap entah dimana.Tapi setelah senja hari ketiga masyarakat kampung itu heboh lagi.Kali ini mereka hebohkan tentang johan pulang dengan memikul penghulu.
"Apakah penghulu sudah jadi mayat."Tanya seorang penghuni kampung itu kepada jirannya apabila mendapat tahu johan telah berjaya membawa penghulu pulang.
   "Tidak,tapi dalam keadaan pengsan."Jawab jirannya.
"Bagaimana dengan beruang itu?"
"Johan berjaya menembaknya."
Selepas menyerahkan penghulu kepada keluarganya,johan melangkah pulang dengan keadaan yang longlai.Dia masih tetap menyandang senapang kepunyaan penghulu,kerana dirasakan sudah tentu beruang itu bakal menyerang lagi kampung itu.Dia pasti beruang itu belum mati.
Mardiah pucat menyambut anaknya pulang dalam keadaan lemah tidak bermaya itu."Kau tembak beruang itu.Han?"Tanya mardiah sambil menahan tangisnya.
"Ya mak.Tapi saya yakin dia belum mati.Dia akan datang lagi kemari.Tak mengapa,saya akan tembak sekali lagi."
"Jangan,han.Kalau kau tembak beruang itu,seperti kau tembak diri kau sendiri,nak."Kata mardiah mula menangis.
   "Jangan bimbang,mak.Saya akan selamat."
"Tolong jangan apa-apakan lagi beruang itu.Biarkan dia."
   "Eh,mengapa pula hendak dibiarkan beruang itu terus mengganas?"
   "Tolong,dengarlah cakap mak."
Johan tetap berdiam diri dengan rayuan ibunya supaya tidak terus memburu dan membunuh beruang itu.Bagi johan membunuh beruang itu merupakan suatu kemenangan baginya.Dan kemenangan itu menyebabkan namanya dan serta keluarganya menjadi wangi.Apa lagi dia kelak akan menjadi menantu penghulu.
Mardiah melihat anaknya tersangat letih.Anaknya kelihatan menjamah-jamah serta mengurut-ngurut lengannya.
   "Mungkin beruang itu ditembak oleh johan dan terkene pada lengannya."Bisik hati mardiah.
Malam itu sunyi sepi.Unggas dihutan juga seolah-olah takut untuk bersuara malam itu,sehingga dirasakan berbeza sekali dengan malam-malam yang lalu.Walau pun suaminya sudah lama berdengkur,namun mardiah tidak boleh tidur.
Tiba-tiba mardiah mendengar sesuatu dari arah depan rumah.Mardiah segera kehadapan dan memasang telinga.Ya,dia mendengar seperti nafas terengah-rengah.
Mardiah dengan berani membuka pintu,kerana dia yakin itulah anaknya yang datang untuk menemuinya.Dan benarlah dugaannya,apabila dia membuka pintu,dia dapati lembaga beruang melalui cahaya bulan yang sedang bercahaya dilangit.
Mardiah menyuluh kearas leher beruang itu,dan nampaklah kalung akar kayu dan pada kalung itu terdapat gelang yang ditinggalkan bersama anaknya dulu.
   "Anakku."Bisik mardiah sambil memeluk beruang itu.
Beruang itu tetap terengah-engah.Mardiah dapat merasakan anaknya itu dalam keadaan sakit.Tanpa merasa kekok,mardiah mengelus-elus badan baruang itu.
   "Mak tahu kau rindukan mak,tapi mak minta jangan datang lagi ke kampung ini.Pergilah,jangan biarkan mak melihat kau ditembak."Kata mardiah lembut.
"Grrr.."Keluar suara dari mulut beruang itu seolah-olah memberitahu ibunya yang dia akan patuh dengan kata-kata ibunya.
Kemudian beruang itu pun menjauh kan diri dari mardiah.Ketika itu lah johan sudah pun terbangun dan dapat melihat beruang itu.
Belum pun mardiah sedar apa yang hendak dilakukan johan,tiba-tiba terdengar bunyi letupan dari arah belakang mardiah.Mardiah terkejut dan segera berpaling dan menjerit."Jangan,han.Jangannn.."
"Dam.."Satu letusan lagi kedengaran.
Mardiah meraung sekuat hati."Mengapa kau lakukan juga,nak."
   Beruang itu ternyata tidak lari.Dengan bersusah payah menanggung kesakitan kerana ditembak dua das yang mengenai badannya,dia melangkah untuk mendapatkan mardiah.Mardiah dengan menangis teresak-esak berlari mendapatkan beruang itu.
Johan yang tiba-tiba merasakan dada dan perutnya sakit yang amat sangat secara mengejut,benar-benar merasa terperanjat apabila melihat antara beruang itu dan ibunya saling kenal mengenal.
Tapi sebelum mengetahui kejadian yang sebenarnya tentang beruang itu,johan merasakan nafasnya sesak.Kemudian tangannya longlai dan senapang patah itu terjatuh dari genggamannya.
Dan nafasnya seperti serentak berhenti dengan beruang itu.
Ketika orang-orang kampung yang mendengar dua letusan itu datang,mereka dapati beruang itu sudah mati dengan kesan tembakan didada dan perut.Serta kesan luka lama dilengannya.
Dan apabila mereka memeriksa johan,mereka tidak mendapat apa-apa kesan yang johan telah digomol oleh beruang itu.Mereka merasa aneh dengan kematian johan dan juga aneh melihat kalung akar kayu yang terdapat dileher beruang itu.
Namun mardiah tidak memberitahu rahsia yang hanya diketahui oleh dia dan suaminya.
Dan suaminya juga kini sedar,bahawa mimpi isterinya adalah benar.Dan dia sedar bahawa maut yang menempah anaknya johan adalah berpunca dari dua das tembakan yang mengena sasaran maut pada tubuh beruang itu,yang juga anaknya.

(Bersambung...)

Pemuja Roh WanitaWhere stories live. Discover now