Bahagian 11 : Dimakan Sumpah Ilmu Hitam

1.5K 31 2
                                    

Sudah sepuluh tahun penghulu lasim berkahwin dengan isteri keduanya,namun mereka tidak mendapat anak.
   Sewaktu penghulu lasim berkahwin dengan isteri keduanya itu,habsah bukanlah muda lagi.Usianya ketika itu sudah 30 tahun dan merupakan seorang janda.
Memanglah ketika itu,sebagai seorang janda berhias,habsah menjadi penggoda ramai lelaki.Sikapnya yang jinak-jinak merpati menyebabkan beberapa orang lelaki mabuk kepayang.
"Kalau awak sukakan saya,jadikan saya sebagai isteri.Dan janji awak tak akan menduakan saya."Itu lah permintaan habsah apabila penghulu lasim menyatakan perasaan hatinya.
Oleh kerana tidak ada jalan lain untuk memiliki habsah,terpaksalah penghulu lasim memilih jalan mengahwini habsah.
Walau pun dia mengawini habsah,namun isteri pertamanya belum dilepaskan.Walau pun betapa habsah mendesaknya,penghulu lasim sentiasa berdalih.
Ini disebabkan isteri pertama penghulu lasim seorang penyabar.Walau pun tidak juga dapat mengawal perasaannya apabila rahsia penghulu lasim kahwin lagi,namun zaharah tidak pernah melucutkan permintaan bercerai.Dia cuma meminta penghulu lasim bersikap adil.
   Zaharah tidak mendesak supaya sebahagian harta milik suaminya dipindah nama kepada anak mereka,seorang anak lelaki.
Penghulu lasim yang banyak memiliki tanah dan kebun itu,tidak keberatan.Syarat itu ditunaikannya dengan segera.
Dengan itu boleh dikatakan isteri tua penghulu lasim bersikap tidak peduli dengan gelagat penghulu lasim berkahwin dengan janda lawa habsah.
Dalam jangka masa setahun penghulu lasim yang dikenali oleh kawan rapatnya sebagai kaki perempuan disamping kegilaannya memburu,boleh dikatakan seperti sudah bertaubat dari memburu perempuan-perempuan lawa berdahi licin.
Cuma dia ketagih berburu.Setiap petang minggu boleh dikatakan ada saja jep datang dari kota.Baik jep itu milik taukeh atau orang-orang berpangkat yang menjadi rakan berburu penghulu lasim.
Kemudian bersama penghulu lasim mereka akan memasuki hutan bukit tandak untuk meburu kijang atau rusa.Kadang kala kalau rakan memburunya adalah taukeh cina,mereka memburu babi.
Tapi selepas setahun usia perkahwinannya dengan habsah,penyakit lama penghulu lasim datang semula.Dia mulai mengidam perempuan-perempuan lain yang berdahi licin.
Habsah dapat merasakan keliaran suaminya.Memanglah perempuan mudah terasa tanda-tanda penyelewengan suami melalui firasatnya.Tapi habsah belum mempunyai bukti.
Namun habsah mulai curiga dan cuba menyelidik keliaran penghulu lasim.
Ini disebabkan setiap penghulu lasim pulang lambat dengan berbagai alasan,dia nampaknya tidak berselera seperti biasa untuk bermesra dengan habsah.
Alasan kerana keletihan tidak dapat diterima oleh habsah.Dia tahu setiap lelaki yang besar minatnya terhadap seorang perempuan tidak akan menyebut alasan letih.
Dengan diam-diam habsah mengikuti jejak suaminya.Dan akhirnya rahsia penghulu lasim terbuka juga.Dia kini rupanya berminat dengan seorang lagi janda dikampung itu.
Kalau lambat pulang,lain tidak ada kecuali penghulu lasim menyelusup masuk ke rumah janda itu.
Malah habsah dapat tahu kononnya antara penghulu lasim dengan janda itu sudah banyak kali mengadakan pertemuan dipekan siam.Sudah tentu mereka berhubung mesra disana.
Perasaan cemburu dan marah habsah tidak dapat dibendung lagi.Kemarahan yang menyebabkan dadanya itu diletuskannya juga.
"Awak dah langgar janji kita.Awak dah khianati saya."Habsah yang tidak tertahan lagi perasaannya menghamburkan api di dadanya.
"Eh,apa hal awak marah-marah tak tentu hala ni?"Balas penghulu lasim pura-pura bingung dengan lagak habsah yang seperti singa betina.
"Awak jangan nak bodohkan saya.Dulu awak setuju tak mahu madukan saya.Tapi hingga sekarang awak tetap madukan saya dengan isteri awak yang satu lagi.Dan sekarang pula awak buat hubungan rahsia pula dengan bedah janda tu."Serang habsah dengan suara yang bengis.
   "Awak ni dengar cakap orang."Nada suara penghulu lasim tenang untuk menyakinkan isterinya.
"Kalau saya dengar cakap orang bukankah kerana memang ada cerita sehingga orang bercakap tentang awak dengan bedah tu?"
Penghulu lasim sudah tentu tersinggung semua alasan dipatahkan begitu oleh habsah.Dia lelaki,habsah perempuan.Penghulu lasim tidak mahu dikuasai oleh perempuan.Dia pemimpin dan tak mungkin bersikap dayus terhadap seorang perempuan seperti habsah.
"Habis awak hendak apa sekarang?"Jerkah penghulu lasim mula menunjukkan taring kebengisannya.
"Saya hendak janji awak tu."Kata habsah masih belum mahu mengalah.
"Saya lelaki,saya boleh buat apa yang saya suka.Awak jangan masuk campur hal saya."Jerkah penghulu lasim lagi.Kali ini lebih meninggi lagi.
Kemudian,belum pun habsah sempat menjawab,penghulu lasim terlebih dahulu melucutkan kata-kata akhir sebelum keluar meninggalkan habsah."Sekarang awak pilih,nak jadi isteri saya atau nak jadi janda semula."
Dengan itu penghulu lasim melangkah menuju pintu dan menghempaskan pintu berdegam bunyinya lalu meredah malam entah kemana.
Berhari-hari antara habsah dengan penghulu lasim tidak bertegur sapa.Masing-masing seolah-olah kelu lidah untuk bercakap seperti biasa.
Sedangkan hati habsah tetap membara dengan rasa dendam dan benci terhadap perbuatan suaminya yang mulai liar semula.
Apa lagi setelah khabar-khabar angin bertiup dan sampai ke telinganya konon bedah sudah menjadi isteri ketiga penghulu lasim.Entah benar entah tidak,tidak lah dapat dipastikan oleh habsah.Tapi dia lebih condong untuk mempercayai khabar-khabar angin itu.
Bayanglah betapa sakitnya hati habsah dengan sikap penghulu lasim yang dianggapnya sebagai kacang yang lupakan kulit.Masa tergila-gilakannya dulu sanggup menghambur berbagai janji.Tapi ternyata janji itu umpama hampas tebu yang dibuang begitu saja.
Rasa sakit hati tidak terhenti dan terperam didalam batin saja.Habsah ingin berusaha supaya penghulu lasim tahu siapa habsah.Habsah tetap ingin menang.Dia tidak akan mengaku kalah sama sekali dan tunduk terhadap suaminya.
   Habsah kini mulai mencari bomoh.Dia tidak sayangkan duit kalau ada bomoh yang dirasakan dapat menolong membantunya supaya penghulu lasim tertakluk dengan nya.
   Ramai juga bomoh yang ditemui dan sedia membantunya,tapi nampaknya penghulu lasim ini kuat batinnya sehingga segala ikhtiar bomoh tidak berbekas.Penghulu lasim tetap dengan gelagatnya yang mengecewakan habsah.
Pada lahirnya habsah seolah-olah telah memaafkan gelagat penghulu lasim.Tetapi dalam hatinya habsah tetap berdendam.Dia pura-pura bersikap tidak memperdulikan keliaran penghulu lasim disebabkan tidak mahu menjadi janda kerana diceraikan oleh penghulu lasim.
Namun tekadnya untuk menundukkan penghulu lasim dengan kuasa bomoh tetap tidak mati.Dia terus merisik mencari bomoh yang handal dan meminta ikhtiar mereka dengan kepandaian dalam ilmu bomoh dan dukun.
   Kerana rajin mencari seorang bomoh atau dukun yang dapat menunaikan hajatnya,akhirnya habsah mendapat tahu dikampung gelugor ada seorang dukun perempuan yang hebat.
   Dukun itu bernama nek fiah sudah berusia 75 tahun,tapi masih sihat dan kuat seperti perempuan berusia dalam lingkuangan 50-an tahun.
Cerita tentang kehandalan nek fiah yang memiliki ilmu pengunci lelaki diketahuinya dari peniaga kain bernama kak sofiah yang selalu datang menjaja kain kerumahnya.
"Kalau adik sah dapat pujuk orang tua itu,dah tentu dapat ilmu itu.Sehingga ini tak ada yang berjaya dapatkannya.Orang tua itu enggan memberikannya,disebabkan takut orang yang diturunkan ilmu itu melanggar pantangan."Tutur kak fiah.
"Apa pantangnya?"Tanya habsah begitu berminat.
"Tak tahu pula kakak.Tapi dah tentu pantangnya berat juga.Tapi dah tentulah kalau sanggup gunanya,sanggup pula lah menjaga pantangnya."Kata kak fiah lagi.
Setelah mendengar cerita tentang nek fiah dikampung gelugor itu,habsah benar-benar bertekad untuk mendapatkan ilmu dari nenek itu.
Habsah tahu,dia perlu mengambil masa untuk mendapatkannya.Tapi dia tidak pedulu kalau pun terpaksa menunggu hingga setahun baru dapat.Yang penting dia mesti menundukkan suaminya.
Memang lah bukan senang hendak berguru dengan perempuan tua yang bijak dengan ilmu dukun itu.
Ketika kali pertama habsah mengunjunginya,orang tua itu asyik menyindir orang-orang muda sekarang yang katanya mudah mengkhianati janji.
"Kalau tak tunai janji,macam mana boleh memegang ilmu."Kata nek fiah.
Habsah pergi menemui nek fiah dengan alasan kononnya dia bimbang akan dikhianati oleh madunya.
Setelah menceritakan tentang keganasan nafsu suaminya,nampaknya nek fiah benar-benar simpati dengan habsah.
Tapi habsah tahu untuk mendapatkan sesuatu yang berharga dari nek fiah,dia tidak boleh tergesa-gesa menyatakan hasratnya.Hal itu cuma boleh dinyatakan setelah nek fiah benar-benar yakin dan berhubungan baik dengan nya.
Jadi hari kunjungna pertama kerumah nek fiah itu,habsah cuma meminta nek fiah ikhtiarkan supaya terjauh dari sebarang ilmu hitam yang mungkin dilakukan oleh madunya.
Nek fiah tidak keberatan,walau pun dia menuturkan."Nek ini bukan bomoh sangat.Cuma kalau ada orang yang perlu ditolong tu,sikit-sikit bolehlah nek ikhtiarkan."
   Untuk pendukunan itu,habsah perlu bermalam dirumah nek fiah.Dan bagi habsah,peluang bermalam dirumah nek fiah itu merupakan peluang keemasan untuk berbaik-baik dengan nek fiah.
Malam itu nek fiah menyuruh habsah baring dibiliknya.Dalam bilik itu tidak dipasang lampu.Cuma tiga batang lilin merah saja dipasang.
Habsah dibiarkan terbaring di atas tikar itu sementara nek fiah menyediakan kelengkapannya berupa perca kain kuning,semangkuk minyak kelapa,segenggam beras yang dicampur dengan keratan kunyit.
Selepas itu dia memasang kemenyan sehingga bilik itu berkepul asap kemenyan.
Sewaktu melakukan itu semua,nek fiah tidak bercakap walau sepatah pun dan mengelakkan diri dari berbual dengan habsah.
Pada penglihatan habsah,nek fiah begitu tekun dan penuh perhatian semasa melakukan segala persiapan.Seolah-olah seluruh perhatiannya ditumpukan kepada pendukunannya.
Akhir sekali nek fiah meletakkan geluk dari tanah liat disamping habsah yang penuh berisi dengan air.
Selepas itu nek fiah duduk bersempuh sambil tangannya dicelupkan kedalam air itu,mulutnya kumat-kamit membaca mantera.
Kemudian dia mengangkat lilin dan menitikkan cairan lilin merah itu kedalam air sambil terus membaca jampi serapahnya.
   Matanya seperti meneliti sesuatu didalam air itu.Agak lama juga dia meneliti ke dalam geluk itu.Selepas itu geluk itu diketepikannya.
Tangan nek fiah mengambil piring berisi beras bersama kunyit pula dan diangkat hingga kedadanya lalu dijampi lagi dengan sepasang matanya dipejamkan.
Setelah matanya dibuka setelah beberapa minit,dia kemudian menaburkan beras serta kunyit itu keatas tubuh habsah yang terbaring terlentang itu.
"Bangun nak dan tanggalkan pakaian."Kata nek fiah.
Mula-mula habsah ingat nek fiah cuma menyuruhnya menanggalkan pakaian luar saja.
"Tanggalkan semuanya."Suruh nek fiah setelah melihat habsah tidak menanggalkan semua pakaiannya.
Nek fiah menyuruh habsah baring semula selepas apa yang disuruhnya dilakukan oleh habsah.
Kali ini nek fiah membaca jampinya dengan keadaan badannya menggigil seperti dia diserang demam kura.
Kemudian mendadak nek fiah yang seperti dalam keadaan tidak sedar diri menghembus sehingga ketiga-tiga batang lilin merah itu padam dan habsah merasa seram sejuk berada dalam gelap pekat itu.
Telinga habsah mendengar ucapan nek fiah."Tutuplah olehmu akan perbuatan orang dari cucuku ini,tutuplah olehmu perbuatan orang dari cucuku ini,tutuplah olehmu perbuatan orang dari cucuku ini."
Selepas itu dapat dirasakan oleh habsah tangan nek fiah meraba-raba bermula dari mukanya dengan tangannya berminyak.
Nek fiah terus meraba-raba menggosokkan minyak dari kepala hingga ke bawah.
Habsah benar-benar merasa kegelian apabila tangan nek fiah melumuri minyak di bahagian dada hingga ke pehanya kemudian terus ke hujung kakinya.
Selepas itu beberapa saat nek fiah membaca jampinya legi sebelum memasang semula lilin merah sehingga bilik itu bercahaya kembali.
"Sekarang pakai balik pakaian itu.Dah selesai."Kata nek fiah.
Nek fiah kemudiannya mengemas semula barang-barang kelengkapannya dan terus keluar tidak masuk lagi selepas memadamkan lilin itu semula."Tidurlah sekarang."Katanya.
   Tapi malam itu dirumah nek fiah,habsah susah benar hendak melelap kan matanya.
Pada agakan habsah dia berkelip-kelip didalam gelap dalam bilik itu lebih dari satu jam ketika benar-benar diserang rasa mengantuk.
Dan dalam keadaan antara sedar dan terlelap itu,telinganya mendengar dengusan nafas seperti anjing garang berdesis-desis dengan jelas.
Makin lama makin jelas seolah-olah semakin mendekati tubuhnya.Kemudian dia merasakan seperti ada lidah seperti lidah kucing yang menjilat wajahnya kemudian kakinya.Tapi lidah itu lebih besar dari lidah kucing.
   Tapi rasa mengantuk yang amat sangat seolah-olah kene pukau itu menyebabkan dia tidak merasa ngeri atau takut atau terperanjat.Kemudian dia terlena.
Keesokannya,sebelum meminta diri dan pulang ke rumah,habsah dinasihatkan supaya memasang kemenyan setiap hari selasa.Dia juga diberikan penangkal yang berbungkus kain kuning yang disuruh supaya mengasapkan penangkal itu setiap hari selasa.
"Seboleh-bolehnya jangan biarkan suami tahu."Pesan nek fiah lagi.
Memang habsah patuh sebagaimana yang dipesankan oleh nek fiah.Tapi amalannya itu tidaklah menyebabkan dia dapat menguasai penghulu lasim.
Sedangkan penghulu lasim pula merajalela dengan bedah.Ternyata bedah lebih pandai memikat hati suaminya sehingga penghulu lasim mabuk kepayang.
Panas hatinya bagaikan lahar gunung berapi apabila ada yang menceritakan kepadanya kononnya bedah memperolehi barang kemas hadiah penghulu lasim yang harganya beribu ringgit.
Tapi habsah terpaksa bersabar sambil itu dia berusaha mendekatkan diri dengan nek fiah.Boleh dikatakan setiap minggu dia akan datang ke rumah nek fiah.
Kedatangannya pula sekadar kunjungan biasa dan tidak meminta apa-apa.Ini lah menyebabkan nek fiah jatuh sayang dengan habsah yang nampaknya seorang yang benar-benar mengingati orang yang berbudi padanya.
   Apa lagi kalau datang mengunjungi nek fiah ada saja buah tangan yang dibawa.Buah tangan itu semuanya bernilai.Umpamanya kain jawa yang berharga berpuluh ringgit atau meninggalkan duit dua tiga puluh ringgit untuk nek fiah.
Perhubungan baik itu semakin lama semakin meyakinkan habsah yang akhirnya dia akan memiliki ilmu yang sangat-sangat dikehendakinya dari nek fiah.
Dan hal itu akhirnya tertunai juga setelah kira-kira tujuh bulan berlalu.Habsah benar-benar dipercayai oleh nek fiah.
"Sulit sikit kalau kau hendak mewarisi ilmu itu,sah.Maklumlah kita ni ada nafsu.Ilmu itu mungkin menyebabkan kau menderita."Kata nek fiah selepas habsah secara sengaja dengan berpura-pura berlinang air mata menceritakan keganasan nafsu suaminya dan kalau boleh ingin mencari ilmu pengunci.
"Sekarang ni pun saya ni macam batang kayu saja,tapi saya boleh bersabar.Lagi pun saya tak kisah sangat tentang nafkah batin tu.Yang menyedihkan saya suami saya tu melakukannya pada wanita-wanita lain.Kalau pada diri saya dia tak lakukan dan pada orang lain pun tidak,tak lah saya ni sedih sangat."Balas habsah.
Memanglah hari tu nek fiah tak segera memberikan kata putus sama ada mahu menurunkan ilmu itu kepada habsah.Lagi pun habsah sendiri tidak mahu menampakkan sikap gelojoh ingin memiliki ilmu itu.Dia tahu kalau sikap begitu ditunjukkan,sudah tentu nek fiah bimbang untuk menurunkannya.
Pada fikiran habsah,biar lah lambat sedikit asalkan hal itu dapat menyakinkan nek fiah.
Ilmu pengunci lelaki itu bukan mudah untuk diturunkan.Terpaksa menyediakan penangkalnya yang memakan masa selama empat puluh satu hari.
Tangkal itu pula akan dipakai dipinggang dan harus pula dengan penangkal itu si pemakainya terpaksa menggoda suaminya mengadakan hubungan suami isteri selama empat puluh satu kali,kalau tak boleh hendak lah dua puluh satu kali.Dan kalau tak boleh juga,boleh lah sekadar tujuh kali.
Namun jika sekiranya mendapat peluang tujuh kali,pemakainya hendaklah mencukupi dengan bayaran khayalan saja sehingga genap empat puluh satu kali.
Menurut nek fiah,syaratnya tidak lah banyak,cuma dia tidak boleh sekali-kali meninggalkan suaminya seperti meminta cerai atau melakukan perbuatan keji dengan lelaki lain.Itu saja lah syarat-syaratnya.
"Aku sendiri tidak tahu,apakah akibatnya kalau melanggar pantangnya.Tapi menurut guruku,melanggar pantang itu akan menyebabkan seseorang yang menggunakannya ketulahan hingga membawa maut."
"Lagi pula,hendak lah kau ingat,kunci itu tidak boleh dibuka buat selama-lamanya.Ini bererti kau harus menerima suamimu sampai bila-bila dengan keadaannya tak dapat mengisi kehendak batinmu."Kata nek fiah mengingatkan habsah akan akibatnya.
Tapi bagi habsah akibat itu dirasakan kecil,asalkan saja dia mendapat ilmu itu.Lagi pun dia bukan muda sangat.Umurnya sudah dalam lingkungan tiga puluh tahun,sudah mengenali dua lelaki dalam hidupnya secara kehidupan suami isteri.
Oleh kerana nek fiah melihat habsah cukup tabah,dia merasakan elok juga ilmu itu diperturunkan.Apa lagi pusaka itu tidak ada sesiapa yang tahu sebelum ini kecuali dirinya seorang.Untuk apa disimpan kalau ada pewaris yang layak seperti habsah itu.
Akhirnya dapatlah juga habsah mewarisi penangkal pengunci itu yang dibuat oleh nek fiah.Penangkal itu berbalut perca kain berwarna kuning dan merah agak besar juga,sebesar ibu jari kaki.
Setelah mendapat penangkal itu,segera melakukan amalan seperti yang dikehendaki oleh pemakai ilmu pengunci itu.
Kini dia bersikap lebih baik pada penghulu lasim.Tidak lagi dirungutkan tentang bedah.Apa yang dirungutkannya ialah sikap dingin suaminya terhadap dirinya.
Kalau dulu dia seperti memboikot penghulu lasim,tapi kini dia mengambil peranan memancing suami nya supaya memberikan haknya sebagai isteri.
Sikap habsah itu benar-benar memberangsangkan penghulu lasim,walau pun dianggap nya isteri nombor dua itu tidak lah lagi seistimewa layanan dari bedah yang dianggap wanita paling pandai melayani kehendak hatinya dan batinnya.
Dengan sabar pula,habsah memancing suaminya hingga genap dua puluh satu kali.
Amalan habsah dengan menggunakan penangkal itu benar-benar menjadi.Hal itu terjadi sewaktu penghulu lasim bermalam dirumah bedah.
Penghulu lasim benar-benar kecewa dan diserang rasa bimbang kerana hajatnya terhadap bedah rupanya tidak dapat dipenuhi.Bedah juga kehairanan tapi menduga bahawa kemungkinan penghulu lasim runsing sehingga seleranya tidak seperti biasa.
Tapi apa yang disangkakan oleh bedah rupanya tidak tepat.Setiap kali penghulu lasim datang,dia ternyata mengecewakan dirinya dan juga bedah.
Habsah sendiri cuma menguji suaminya itu,dan dia benar-benar mendapati amalannya kini telah meresap kepada suaminya.Dia berpura-pura sebagai biasa saja.
Tentang kelemahan tenaga kelelakian penghulu kasim itu kini menjadi rahsia umum bagi tiga orang isterinya.
Namun nampak sikap penghulu lasim mulai berubah.Sikap jantannya mulai luntur.Dia lebih asyik memenuhi waktu yang luangnya dengan kegiatan berburu.
   Ajakan untuk mencari perempuan-perempuan siam diselatan thailand juga tidak lagi menghidupkan selera penghulu lasim.Ajakan taukeh cina rakan penghulu lasim untuk pergi keselatan thailand untuk mencari hiburan dengan perempuan disana disambut dengan senyum dan geleng kepala saja.
Peristiwa mendadak selepas meresapnya penangkal ilmu pengunci yang digunakan habsah ialah sikap bedah sebagai isteri muda penghulu lasim yang merasa tidak lagi bahagia hidup bersama penghulu lasim.
Bedah akhirnya menuntut cerai dari penghulu lasim.
"Daripada saya melakukan perbuatan curang dengan abang,lebih baiklah abang lepaskan saya.Biarlah itu semua menjadi rahsia antara kita.Bedah tak akan buka kan rahsia itu.Cuma bedah yakin apa yang abang dapat sekarang tak lain dari perbuatan kak habsah."Kata bedah yang yakin semua itu angkara habsah.
Penghulu lasim tunduk dalam keadaan perasaan yang kecewa mendengarkan kata-kata bedah itu.
Berita penghulu lasim menceraikan bedah itu heboh juga.Ramai yang hairan mengapa penghulu lasim menceraikan bedah.Padahal kalau bedah ingin supaya isteri-isteri lain diceraikan oleh penghulu lasim,sudah tentu penghulu lasim akan berbuat begitu.Mereka tahu penghulu lasim lebih menyayangi isteri mudanya itu antara ketiga-tiga isterinya.Tapi mengapa penghulu lasim menceraikan bedah.
Cuma habsah tersenyum puas mendengar berita tentang penceraian antara penghulu lasim dengan bedah.
   Nampaknya selepas menceraikan bedah,penghulu lasim semakin berubah.Dia lebih banyak menguruskan hartanya.Rajin pergi memeriksa kebun.
Tapi dalam keadaan begitu,penghulu lasim nampaknya kian terganggu perasaan dan sering kesihatannya terganggu.
   Suatu kali penghulu lasim jatuh sakit agak tenat juga dan terlantar dirumah dalam jagaan habsah.
Dalam keadaan begitu,yasin anak tunggal penghulu lasim sering mengunjungi ayahnya.
Memang semenjak ayahnya itu berkahwin dengan habsah,dua beranak itu seperti enggan bertemu.Terutamanya yasin begitu kecewa dengan sikap ayahnya yang menduakan ibunya.
Yasin memang tahu perangai ayahnya yang mudah tergoda dengan perempuan berdahi licin,tapi menduakan ibunya dengan mengahwini habsah merupakan perbuatan yang benar-benar mengecewakannya.
Tapi hati yang membara dengan kemarahan terhadap perbuatan ayahnya itu meluntur apabila yasin mendengar kesihatan ayahnya kian terganggu akhir-akhir ini.
Walau pun berat dirinya hendak melangkah bendul rumah dimana ayahnya tinggal bersama ibu tirinya,tapi yasin merasa terpaksa mengunjungi ayahnya.
Habsah pula nampaknya menyambut baik kedatangan yasin.Memang dia merasakan perlu berbuat baik dengan yasin kerana soal harta.Habsah kini cuba memujuk suaminya itu supaya menukar nama beberapa bidang kebun atas namanya.
Kalau sekiranya hati yasin boleh dilembutkan,sudah tentu suaminya tidaklah keberatan.Lagi pun kalau tidak sekarang penghulu lasim memberikan hak milik beberapa bidang kebun miliknya kepada habsah,sudah tentu harapan habsah untuk memiliki sebahagian kekayaan penghulu lasim hancur.
Setiap kali yasin datang,habsah cuba melayani yasin dengan lembut.Walau pun pada mulanya yasin menunjukkan sikap bermusuhan secara terang-terangan,tapi setelah dua tiga kali mengunjungi ayahnya dan habsah senantiasa melayannya dengan baik,yasin lebih bersikap bertolak ansur.
Ada juga perasaan syak penghulu lasim terhadap habsah tentang kelemahan kelelakiannya.Tapi syakwasangka itu terhapus apabila penghulu lasim memikirkan kalau habsah yang lakukan,kenapa dia tidak meninggalkannya.
   Malah akhir-akhir ini penghulu lasim begitu puas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh habsah yang melayani dengan baik,terutamanya sewaktu dia terlantar begitu.
Penghulu lasim juga gembira dengan sikap anak tunggalnya yang nampaknya mulai menerima kenyataan dan sanggup bertolak ansur dengan habsah,madu ibunya.
   Keuzurannya kali ini memakan masa yang panjang hingga dua minggu baru beransur sembuh.Dalam masa itu berulang kali yasin datang menjenguk ayahnya itu.
Tapi darah yasin memang mewarisi darah yang mengalir dalam tubuh penghulu lasim.Darahnya mudah tersirap dan degup jantungnya bergoyang apabila melihat perempuan berpunggung bulat.
Suatu kali sewaktu yasin datang mengunjungi ayahnya.Habsah baru lepas mandi dan bertembung dihadapan bilik dimana ayahnya terlantar dalam keadaan habsah cuma disaluti tuala mandi.
Sepasang mata yasin sempat menjilat bahagian tubuh habsah yang terdedah itu.Terlintas bayangan dalam kepala yasin yang dikuasai nafsu jantannya betapa seorang perempuan siam yang sangat dingatinya sama saja bentuk dengan tubuh habsah.
Perempuan siam itu pandai melayaninya.Tapi sayang,ketika yasin pergi lagi menyeberangi sempadan untuk mendapatkannya,ternyata perempuan itu telah berpindah ke lain tempat dan yasin gagal menemui kenikmatan darinya.
Yasin segera menghapuskan bayangan kenangan yang ghairah itu sambil melangkah masuk menemui ayahnya.
"Apa kata kau kalau aku pindah nama tanah yang dihilir seluas tiga ekar itu pada mak uda kau?"Tanya ayahnya selepas yasin bertanya khabar tentang kesihatannya.
   "Dia yang minta?"
   Memang habsah bersuara juga tentang tanah itu.Tapi penghulu lasim tidak mahu menyebutnya.Dia takut anaknya menyangka yang bukan-bukan terhadap habsah.
   "Tak lah.Mak uda kau tu tak minta apa-apa.Cuma aku yang dalam keadaan yang uzur begini teringat untuk meninggalkan sedikit harta untuknya."Kata penghulu lasim dalam keadaan uzur.
"Tanah itu ada yang sanggup membeli hingga rm30.000."Kata yasin seperti menyatakan dia sayangkan tanah itu terlepas ke tangan habsah.
"Tapi tanah tu murah kalau dibandingkan dengan tanah yang lain."Kata penghulu lasim.
Semua percakapan itu,tanpa disedari oleh penghulu lasim mahu pun yasin,telah dicuri dengar oleh habsah dari balik pintu.
Habsah mendapati yasin bukan mudah untuk bersetuju dengan ayahnya untuk memberi peluang kepadanya mewarisi sedikit kekayaan suaminya.
Penghulu lasim akhirnya pulih dari keuzurannya.Kalau dulu isteri tua nya seolah-olah tidak ada dihatinya,kini penghulu lasim mulai membuat giliran yang dianggapnya adil.
Kalau kesihatannya tidak terganggu,penghulu lasim akan menghabiskan semalam dua dalam seminggu dirumah zaharah,isterinya yang pertama.
Dan pada malam penghulu lasim membuat giliran di rumah isteri tua itulah,yasin datang kerumah habsah.
Alasannya pada habsah,kononnya ingin membincangkan keinginan ayahnya menukar nama tanah dihilir itu kepada habsah.
Memang pada mulanya perbincangan itu berligar pada soal tanah,yang menurut yasin dia sedia melepaskannya sekiranya habsah memenuhi syarat tidak lagi cuba mempengaruhi ayahnya supaya menukar nama miliknya kepada habsah beberapa bidang tanah lagi.
   "Tapi saya memerlukan syarat yang kedua dari mak uda."Kata yasin tersenyum.Senyuman itu benar-benar mendebarkan habsah.Sepasang mata yasin membayangkan tindakan di luar batas.
Dan memang yasin bertindak di luar batas."Jangan yasin,aku ni ibu tirimu."
Yasin seolah-olah pekak dengan rayuan habsah.
"Jangan menjerit.Kalau tidak semua orang tahu dan mak uda tetap berpisah dengan ayah."Ugut yasin.
Ugutan itu memang ada kebenarannya.Jika tembelang pecah tentang adanya hubungan sumbang antara dirinya dengan anak tirinya,sudah tentu terdedahnya aib yang besar.Dan sudah tentu penghulu lasim tidak sanggup menghadapi kenyataan itu.
"Jangan yasin..."
Tapi yasin yang buas itu seperti pekak.Nafsu jantannya yang bernyala menyebabkan pekak dari kata-kata penolakan habsah.Dia terus melangkul dan menyeret habsah ke bilik.
Peristiwa itu menyebabkan habsah berada dalam dilema.Kalau pertama kali dia menolak dan berlaku atas paksaan,namun setelah peristiwa itu berlaku dia sedar betapa kosong batinnya selama ini.Seperti sekeping sawah yang dalam keadaan kemarau dimana tanahnya rekah dan pecah menunggu hujan.
Dan apabila hari pertama turunnya hujan dan meresap ke sawah itu,habsah seolah-olah memerlukan hujan yang kedua kalinya.Hujan yang meladungi sawah yang selama ini ditimpa kemarau memanjang.
Tapi disamping itu terngiang syarat yang dipesan oleh nek fiah,dia menggigil ketakutan.Dia benar-benar ingin menjauhkan diri dari yasin.
Tapi yasin yang mengecapi pertama kali itu,tetap datang.Dan habsah bagaikan lemah hatinya untuk mengelakkan dari peristiwa sumbang itu berlaku.Giangan pesan nek fiah menjadi lemah dan kemudian tenggelam sama sekali.
Kemudian selepas peristiwa itu berlalu,batinnya menjerit kesal dengan apa yang dilakukannya.
Oleh kerana dikuasai oleh nafsunya,habsah tidak lagi membakar kemenyan pada malam selasa dan mengharapkan amalannya menjadi tidak terpakai lagi dan dengan itu dia merasa yakin tidak akan berlaku ketulahan terhadap dirinya.
Skandal yang berlangsung antaranya dan anak tirinya dirahsiakan dengan rapi.Dan dalam perasaan habsah sendiri,merasakan yasin seolah-olah tempat bergantung perasaannya.
   Barangkali benar juga bagaikan dikata orang,dalam usia hampir mencapai empat puluh,seseorang wanita itu agak liar keinginan batinnya sebelum mencapai saat-saat bersara dari keinginan itu.
Apabila habsah mendapati dirinya dalam keadaan biasa dan tidak ada apa-apa tanda-tanda ketulahan menimpanya,dia menganggap amalannya telah tawar dan tidak akan berlaku lagi.
Dalam perasaannya merasa tenteram dari ingatan ngeri itulah,nek fiah mendatanginya.
"Aku mendapat tanda yang tak baik,sah."Kata perempuan tua itu.
"Tanda apa,nek?"Habsah berpura-pura tidak melakukan apa-apa yang melanggar pantang.
"Apakah kau tidak melanggar syarat?"
"Tak ada pula.Cuma saya dah lama tak asap kemenyan malam selasa."
"Itu tak jadi soal sangat.Yang penting syarat yang dua itu.Apakah kau benar-benar tak khianat dengan suamimu?"
   "Takkan nek tak percaya dengan saya."Balas habsah.
Orang tua itu termenung seketika mendengar kata-kata habsah.Kemudian dia pulang dengan sehelai kain jawa dan wang tunai hadiah habsah.
Tapi malam itu antara tidur dan jaga,telinga habsah mendengar seperti dengusan nafas anjing gila menghampirinya.Kemudian dia merasakan tubuhnya dijilat ganas oleh lidah ghaib.Jilatan itu seperti ibu lembu yang menjilat-jilat anaknya yang baru dilahirkannya.
   Keesokannya dia mendapati tubuhnya lenguh lesu.
Malam selanjutnya dia bermimpi diperkosa oleh mahkluk besar seperti beruang berbulu hijau dengan sepasang mata bola berwarna merah dan lidah terjelir kelihatan panjang sekaki.
Dan malam selepas peristiwa itu,habsah bermimpi seolah-olah nanah berbuih-buih keluar dari alat sulitnya.
Dan sejak mimpi itu,bukan saja habsah bermimpi tentang nanah itu,tapi merasakan nanah itu tetap meleleh melalui pehanya tidak henti-henti.
Walau pun orang lain tidak melihat kainnya bersalut dengan nanah,namun habsah tetap merasakan kain yang dipakainya diladungi nanah yang terus keluar.
Kerana tidak tertahan lagi dengan penderitaannya,akhirnya habsah melolong dan berkeriau bagai orang kerasukan syaitan.
Penghulu lasim benar-benar terkejut melihat kelakuan isterinya itu.
Selepas melolong bagai kerasukan,habsah menangis pula bagai bayi kecil lapar susu.
Dan semenjak itu orang pun tahu bahawa habsah tidak waras lagi.Dia masih tetap menjadi isteri penghulu lasim,namun terpaksa diawasi oleh kakaknya yang datang tinggal bersamanya untuk mengawasinya.
Setiap malam habsah akan meraung.Raungannya seperti dia diserang oleh seseorang.Dan itulah mahkluk beruang hijau yang datang menjilat habsah.
Walau pun pihak keluarga habsah senantiasa berikhtiar mencari bomoh dan dukun untuk menyembuhkan habsah,namun dukun dan bomoh yang datang mengubatnya secara ilmu ghaib tidak berdaya menyembuhnya.
   Cuma mereka sekata menerangkan bahawa habsah telah dikuasai ilmu hitam.Dia dikuasai jembalang.
Desas-desus dalam masyarakat kampung itu menyatakan habsah menjadi mangsa buatan ilmu hitam yang dilakukan oleh zaharah atau bedah.
Tapi baik zaharah mahupun bedah agak sayu hati tentang nasib yang menimpa habsah.Mereka ikut sedih seperti kesedihan yang dialami oleh penghulu lasim dan juga yasin yang ada menyimpan rahsia sulit dengan ibu tirinya itu.
Begitulah sebuat kisah yang diceritakan oleh tok awang kharma."Ketika aku menemui penghulu lasim dan mendengar ceritanya,aku menyatakan sanggup membuka semula kunci dan memulihkan semula tenaga batinnya,tapi kerana terlalu tua waktu itu,penghulu lasim menolak."Kata tok awang kharma.

(Selesai...)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 04, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pemuja Roh WanitaWhere stories live. Discover now