Bahagian 4 : Bela Hantu Untuk Mengawasi Kecurangan Isteri

1.5K 36 0
                                    

Memang ilmu hitam ada sangkut paut dengan keinginan manusia kepada kuasa yang diluar kemampuannya.
   Dan memang kuasa dari alam ghaib lebih luas dibandingkan dengan kuasa dialam nyata.Kekuasaan ghaib merupakan kekuasaan yang seolah-olah tidak terbatas oleh kemampuan seseorang.
"Masa itu aku masih remaja."Tutur datukku yang dikenali sebagai tok awang kharma.
Awang kharma,datukku itu,dipanggil orang dengan panggilan awang saja.Cuma setelah dia berusia baru lah dipanggil dengan nama lengkap awang kharma dan ditambah dengan gelaran pendekar.
Tapi setelah pun bergelar pendekar,dia tidak dikenali sebagai pendekar yang banyak menyimpan pengetahuan tentang ilmu ghaib.
Menurut datukku itu,dia mulai mempelajari aneka ilmu ghaib atau ilmu pendukunan setelah peristiwa yang diceritakan padaku ini.
"Masa itu aku bersahabat baik dengan seorang pemuda yang sebaya denganku bernama senik."Dia memulakan ceritanya.
   "Senik seorang pemuda yang baik.Kalau nak dibandingkan dengan diriku dizaman muda dulu,jauh panggang dari api."Tambah cerita datukku.
Pekerjaan senik ialah bertukang membuat rumah.Dia bekerja dengan seorang berada dan menangkap kontrak membuat rumah namanya tuan saleh.
"Tuan saleh ini bukan saja terkenal kaya dikampunt putat,malah dia memang ternama dimerata tempat sebagai seorang yang hidupnya bertuah diberi oleh allah dengan harta kekayaan melimpah.
"Disamping menangkap konrak membuat rumah dia juga menjadi taukeh berbagai kelengkapan rumah disamping memiliki kebun getah berpuluh ekar.Pada masa itu pemilik kebun getah macam milik lombong emas juga.Pendek kata dia memang kaya."Lanjut cerita datukku.
   Sebagai seorang yang hidupnya dilimpahi dengan kekayaan dunia,tuan saleh memang diidami oleh wanita yang bermimpi mendapat kemewahan yang dimiliki tuan saleh.
   "Semasa itu tuan saleh sudah pun memiliki tiga isteri.Setiap isterinya disediakan rumah masing-masing.Namun masih ada wanita yang teringin dapat tuah menjadi isteri keempatnya dan mendapat rumah besar sebagai ganjarannya."Tutur datukku selanjutnya.
Ketika pak sukun ingin menyambut menantu,dia juga tidak ketinggalan meminta tuan saleh membaiki rumahnya.Apa yang menyebabkan pak sukun supaya meminta tuan saleh membaiki rumahnya ialah boleh dibayar secara ansur.
Hal ini ditawarkan sendiri oleh tuan saleh kepada pak sukun."Kalau nak betulkan rumah abang,cakap saja pada saya.Soal upah jangan lah dihitung sangat."Kata tuan saleh bersikap baik budi terhadap pak sukun.
"Tapi dapatlah diketahui mengapa tuan saleh begitu baik budi terhadap pak sukun itu.Ini ada kene mengena dengan apa yang dimiliki oleh pak sukun.
"Pak sukun ada memiliki seorang anak gadis yang baik paras rupa dan elok pula bangun tubuhnya sebagai seorang wanita.Bagi seorang yang seperti tuan saleh itu,gadis seperti siti sarah memang sangat digemarinya.Sebab kene dengan sifat sebagai orang tua-tua tentang keistimewaannya."Tambah datukku lagi.
Apabila pak sukun memberitahu yang dia berhasrat membaiki rumah untuk menyambut isteri seorang anak lelakinya,tuan saleh tidak bertangguh lagi memerintahkan kuli dan mandurnya membaiki rumah pak sukun.
Dalam empat orang kuli tuan saleh membaiki rumah pak sukun itu,termasuklah seorang rakan datukku yang dikatakannya bernama senik itu.
Oleh kerana senik seorang pemuda yang lawa serta selalu menunjukkan tingkah berbudi halus itu,maka segeralah dia jadi tumpuan perasaan siti sarah.
Seringlah semasa mengangkat dulang minuman untuk para pekerja bertukang membaiki rumah itu,antara pandangan mata siti sarah bertembung dengan pandangan mata senik.
Berpunca dari situ,senik mahu pun siti sarah masing-masing menaruh hati antara mereka berdua.
Dan setelah pasti yang dugaannya siti sarah tetap membalas perasaannya,suatu malam senik menulis sepucuk surat untuk pembacaan siti sarah.
"Memang senik ini disamping pandai bertukang kayu,pandai pula menyusun syair dan seloka.Pendek kata kalau dia menulis surat,kene benar dengan perasaan gadis.Apa lagi kalau dalam menyatakah hasrat hati kepada seorang gadis."Tambah cerita datukku.
Setelah mencari-cari peluang menyampaikan surat itu,akhirnya dapat jugak lah surat itu diberikan kepada siti sarah.Surat itu segera diletakkan didalam dulang minuman sewaktu siti sarah keluar mengangkat cawan-cawan kosong setelah tukang selesai minum.
Walau pun rumah pak sukun sudah siap dibaiki,namun jalinan hubungan antara senik dan siti sarah tetaplah tidak berkesudahan dan bersambung terus.
Malah sehingga siti sarah sanggup membuat pertemuan dengan senik ditempat sunyi ditepi sungai.
Perhubungan senik dan siti sarah berjalan lancar.Sementara itu kebaikan budi tuan saleh terhadap pak sukun juga bertambah apabila tuan saleh sanggup mendahulukan wangnya untuk menyelesaikan hutang pak sukun dengan taukeh chong kerana terpaksan berhutang untuk perkahwinan anak lelakinya.
Hutang membaiki rumah belum berbayar kini ditambah pula dengan hutang baru.
Ternyatalah pak sukun sekeluarga terhutang wang dna budi pada tuan saleh.Sikap tuan saleh pula,kalau sekiranya ada bayarlah.Tapi kalau belum mampu tak mengapalah.
   Tuan saleh pula seolah-olah menyifatkan pak sukun sebagai kawan rapatnya.Setiap ada lubang dia akan singgah kerumah pak sukun.
Kalau pak sukun mengeluh tentang hutang belum mampu dibayarnya,cepat pula tuan saleh membalas dengan senyum."Hari ini giliran abang yang saya tolong,mana tahu esok lusa saya pula bernasib malang.Janganlah difikirkan sangat.Saya ni menolong dengan ikhlas,bang."
Pada suatu hari datukku awang agak terkejut apabila kawannya senik menyatakan yang dia telah pun menyuruh orang tuanya merisik siti sarah untuk disuntingnya sebagai isteri idamannya.
Tetapi seminggu kemudian dengan sedih awang menyampaikan berita malang yang menimpanya.Menurut tukang risik yang diutuskan oleh orang tua senik,pihak orang tua siti sarah enggan melepaskan anak gadisnya ketangan senik.
Malah menurut tukang risik yang diutuskan oleh orang tua senik,secara menyindir ibu siti sarah menyindir menggambarkan senik bukanlah pemuda yang layak menyunting anak gadisnya.
Keadaan senik lebih malang lagi apabila tuan saleh nampaknya melucutkan peluangnya bekerja menukang rumah.Setiap mendapat tempahan membuat rumah,senik tidak dipanggil bekerja sebagai kuli bertukang rumah.
Dengan itu hilanglah peluang mencari rezekinya dengan bertukang rumah.Sedangkan untuk bekerja dengan orang lain tidak ada,sebab setiap rumah yang hendak dibangunkan orang lebih senang berhuhung dengan tuan saleh.
Awang sudah dapat membaca tektik tuan saleh membuang senik dari menjadi kulinya.Sudah tentu tuan saleh merasakan senik cuba menjadi penghalangnya untuk mendapatkan siti sarah sebagai isteri keempatnya.
   "Rasa-rasa telahanku benar."Kata awang kepada sahabatnya senik.
   "Telahan apa?"
"Siti sarah akan menjadi isteri keempat tuan saleh."Kata awang.
Dengan terjegil biji matanya kerana terperanjat dengan ramalan awang,senik tetap tidak mempercayai kata-kata itu sebagai tepat."Mustahil begitu."Katanya menyangah awang.
"Kalau tidak,mengapa dia memecat kau dari bekerja dengannya?"
   "Memang ramai yang hendak bekerja dengannya.Mungkin kerana ada cucuk dari orang yang ingin mengambil peluang."Jelas senik yang merasakan ada alasan lain mengapa dia diberhentikan dari menjadi kuli oleh tuan saleh.
Senik juga yakin yang cinta siti sarah terhadapnya tetap mendalam.Siti sarah sudah tentu menentang sebarang percubaan memutuskan perhubungan mereka berdua yang sudah bersumpah akan hidup bersama.
Tapi awang datukku itu tetap menasihatkan senik supaya lupakan saja siti sarah."Buat apa nak memenatkan batin dengan menaruh perasaan terhadap gadis yang mungkin menyebabkan hatimu menderita."Kata awang sebagai nasihat.
Kata-kata nasihat seperti itu sudah tentulah tidak termakan oleh senik yang sudah benar-benar mabuk dengan kejelitaan dan balasan perasaan siti sarah.
Dan seperti yang diduga oleh awang,tidak lama kemudian terdengar khabar ada pihak yang datang bertemu dengan ibu siti sarah membisikkan kemungkinan siti sarah dipetik oleh tuan saleh.
Janjinya sudah tentu hebat.Kerana siti sarah muda dan gadis jelita,sudah tentu dia lebih beruntung jadi isteri keempat tuan saleh.
Isteri pak sukun nampaknya termakan dengan anjuran itu,tanpa mengetahui saranan begitu adalah dari helah tuan saleh sendiri yang mahu menduga pihak orang tua siti sarah secara tidak langsung.
"Ah..takkanlah tuan saleh hendak."Jawab ibu siti sarah seolah-olah tidak menyangka anak gadisnya begitu berharga untuk tuan saleh.
Kononnya sejak itu ibu siti sarah mulai didatangi orang-orang tertentu yang memberi perangsang dan galakan supaya menerima tuan saleh jadi menantu.
Menurut mereka tuan saleh memang adil sifatnya,sehingga ketiga-tiga isterinya semuanya merasa puas sebagai isteri tuan saleh walau pun mereka hidup secara bermadu dengan isteri tuan saleh yang lain.
   Bisikan-bisikan yang menggalakkan itu,sudah tentulah merangsang hati mak besah.
Mula-mula terfikir juga kalau-kalau pak sukun membantah.Tapi memikirkan suaminya banyak terhutang budi dengan tuan saleh,sudah tentu masalah itu bukanlah masalah berat untuk diatasi.
Dan apabila tuan saleh dapat membaca dengan jelas bahawa jarumnya sudah masuk dan pancaingnya mulai dapat perhatian,dia segera menghantar utusan secara rasmi.
   "Apabila berita utusan tuan saleh masuk menanyakan siti sarah sampai ke telinga senik,kawan aku itu bagai anjing gila lakunya.Kalau tidak disabarkan,mahu dia mengcekak keris kerumah tuan saleh lalu menikamnya hingga terbunuh."Kata datukku awang kharma.
Sikap senik ialah lebih rela mati daripada hidup berputih mata melihat siti sarah menjadi isteri orang.
Namun senik terpaksa berputih mata juga.Akhirnya hebohlah sekampung yang siti sarah bakal jadi isteri tuan saleh yang keempat.Sebuah rumah segera akan dibangunkan dikampung itu sebagai hadiah tuan saleh kepada isteri paling mudanya itu.
Malah sebelum apa-apa,sudah tersiar yang berita yang tuan saleh telah menghantarkan sebentuk cincin berlian yang mahal harganya.
"Terdengar juga khabar yang kononnya ibu siti sarah untuk melembutkan hati anak gadisnya,terpaksa pergi menghadap bomoh meminta ikhtiar melembutkan hati siti sarah.Kononnya setelah mendapat pertolongan bomoh itu lah,hati siti sarah mulai lembut dan menyerah pada kehendak orang tuanya."Tutur datukku lagi.
Dan setelah tiba waktu yang ditetapkan,berlangsunglah upacara perkahwinan tuan saleh dengan siti sarah.Oleh kerana siti sarah masih gadis sunti,majlis perkahwinannya tetap diadakan secara besar-besaran dan siti sarah bersama tuan saleh tetap menaiki pelamin bersanding bersama.
Pada hari persandingan siti sarah dan tuan saleh itu,senik menghilang dari kampung.Sebulan lamanya dia menghilang sebelum pulang semula ke kampung.
Datukku sendiri tidak tahu apa yang dibuatnya sewaktu menghilang diri dia ke siam selama sebulan itu.
   "Tapi mungkin juga dia mencari seorang bomoh terkenal di siam selama hilang dari kampung itu."Kata datukku lagi.
Dan ternyata walau pun siti sarah menjadi isteri tuan saleh,namun hubungan rahsia dengan senik tidak lah putus.
   Hubungan sulit itulah menyebabkan senik kelihatan tenang walau pun buah hatinya sudah dirampas orang.Pada anggapan senik cuma pada zahirnya siti sarah dimiliki oleh tuan saleh,tapi pada batinnya siti sarah tetap tertambat hati padanya.
Rupanya tindakan sumbang siti sarah sampai juga ke telinga tuan saleh.Tuan saleh ingin membawa siti sarah berpindah,tetapi hal itu dibantah oleh siti sarah.Siti sarah berkeras,jika sekiranya dia mahu dipindahkan juga tinggal dikampung lain,dia rela memilih berpisah dengan tuan saleh.
Bantahan siti sarah itu menyebabkan tuan saleh yang mabuk dengan keistimewaan siti sarah yang cantik dan lengkap pula sifat keperempuanannya terpaksa mengalah dan membiarkan siti sarah kekal di kampungnya.
   Tetapi dalam diam-diam tuan saleh tidak mahu mengalah.Tuan saleh sedar dalam keadaan usianya semakin lanjut dan sering pula meninggalkan isteri-isterinya untuk urusan perniagaannya,kemungkinan isterinya melakukan kecurangan tetap ada.
Setelah mendengar ketinggian seorang dukun dipulau jawa yang kononnya pernah bertapa dipergunungan jawa selama tujuh tahun,secara diam-diam atas alasan ingin mengunjungi sahabatnya di pulau jawa dia pergi menemui dukun handal dijawa itu.
Selama peninggalan tuan saleh itu pula lah,senik semacam dirasuk syaitan bersemukah dengan siti sarah yang merasa tidak berkepuasan segi batin dengan seorang suami yang telah berusia seperti tuan saleh.
"Sejak itu lah pula persahabatan aku dengan senik renggang,kerana dia langsung tidak memperdulikan nasihatku supaya jangan berzina dengan isteri orang."Tutur datukku sambil termenung seketika mengenang peristiwa lama yang dialaminya dimasa muda dulu.
Tapi selepas tuan saleh pulang dari tanah jawa,keadaan siti sarah berubah.Senik mulai berubah dari sikapnya tenang kepada sikapnya yang muram dan bersedih hati semula.Ternyata siti sarah kini bersikap dingin terhadap dirinya.
Sementara siti sarah pula kelihatan riang dan gembira dengan kepulangan tuan saleh.
Malah,walau pun tuan saleh agak lama tidak memenuhi gilirannya kerumah siti sarah,namun siti sarah tetap juga nampak riang dan enggan memenuhi godaan senik.Dengan sebab itu senik mulai merasakan cintanya terhadap isteri muda tuan saleh itu tidak berbalas semula.
Tapi rupanya tuan saleh menaruh perasaan cemburu yang semakin mendalam terhadap siti sarah.
Apa lagi ada yang menceritakan pada malam-malam tertentu seperti ada orang yang menceroboh masuk kerumah siti sarah dan bercengkerama dengan isteri mudanya itu.
Tuan saleh yakin yang senik telah menggunakan ilmu batin yang memukau isterinya hingga sanggup melakukan kecurangan terhadap dirinya.Memikirkan apa yang berlaku itu,tuan saleh menjadi begitu marah dan pendendam.
   Tekadnya ialah ingin memerangkap kecurangan yang dilakukan oleh isterinya dan menghukum kedua mereka setimpal dengan kecurangan yang dilakukannya.
Walau pun tuan saleh bertekad begitu,namun pada lahirnya dia berpura-pura tidak merasa kecurigaan terhadap isterinya.Dia tetap berpura-pura seolah-olah tidak ada sesuatu pun yang dicurigainya.
Namun tuan saleh tetap mencari bukti dengan mata kepalanya sendiri.Dia tidak berpuas hati sebelum menangkap basah kecurangan isterinya itu.
Oleh kerana tekadnya itu lah,tuan saleh sudah beberapa kali mengelirukan siti sarah dengan berkata dia akan ke singapura untuk seminggu,padahal pada malamnya dia pulang kekampung isterinya untuk mengintip.
   Tapi sudah dua tiga kali tuan saleh melakukan hal itu,namun sejauh ini dia tidak menangkap sebarang bukti kecurangan siti sarah.
Namun dari orang yang ingin menanam budi dari tuan saleh,sampai juga berita kesumbangan itu berlaku.
"Suatu malam semasa tuan tidak bermalam dirumah itu,adanya lembaga menyelinap masuk kerumah bini muda tuan itu."Kata mat sumbing yang anak saudaranya bekerja sebagai kuli bertukang rumah dengan tuan saleh.
Jelas dan tidak silap lagi daripada cerita-cerita yang disampaikan kepadanya,memang sah siti sarah telah melakukan satu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.
Patut lah siti sarah terus menerus bertahan supaya tidak dipindahkan,inilah angkaranya untuk berleluasa bersemukah dengan senik.
Rupanya peristiwa yang ditunggu-tunggu oleh tuan saleh berlaku juga akhirnya.
Pada hari itu setelah makan bersama siti sarah,tuan saleh berkata."Abang terpaksa ke kedah petang ini.Mungkin seminggu disana atau lebih.Kalau perlu biarlah mak yang temankan siti."
"Tak apalah.Siti sendirian pun tak ada yang nak dibimbangkan sangat.Selama ini siti tak pernah berteman,tak ada kejadian apa-apa berlaku."
Jawapan siti sarah itu benar-benar membayangkan yang siti sarah lebih senang sendirian dimalam hari daripada bertemankan sesiapa,walau pun tuan saleh sendiri.
   Tapi setelah malam berlabuh dan larut malam pun tiba,tuan saleh bukan dalam perjalanan ke kedah.Sebaliknya dia dengan berhati-hati menyelusup masuk ke perkarangan rumah isterinya itu.
Dia duduk bersembunyi dibawah rumah dibahagian belakang rumah yang dilindungi oleh pokok-pokok puding.
   Walau pun dalam gerakan mengendap kecurangan isterinya itu tuan saleh rasa tidak tertahan digigit nyamuk,namun dengan azam yang berkobar-kobar dia tetap menunggu saat-saat peristiwa yang dijangkakan berlaku dengan tabah.
Telinganya dipasangkan benar-benar untuk mendengar sebarang bunyi mencurigakan diatas rumah.Tapi kini dia belum mendengar sebarang bunyi atau tanda yang mencurigainya lagi.
Dia yakin saat-saat yang dinanti.Dan ketika bayangan dua susuk itu bergumul diatas tempat tidur,kedengaran bunyi giginya oleh kegeraman terhadap angkara itu.
"Nahas kamu berdua malam ini."Desis hati tuan saleh sambil membetulkan goloknya yang diselitkan di pinggangnya.
   Tuan saleh tidak nampak sebarang lembaga yang menyelusup masuk ke halaman rumahnya walau pun matanya sentiasa meneliti.Tidak nampak apa-apa bayangan yang mencurigakan.
   Tuan saleh ingin tahu apa yang dibuat oleh siti sarah sekarang ini.Dia kemudiannya perlahan-lahan merangkak menuju kedinding dimana terletaknya bilik tidur.
   Dia kini mengintai melalui lubang yang ditemuinya.Kelihatan siti sarah dalam keadaan berkemban.Kelihatan bahagian dadanya terdedah dan kini sedang memakai bedak kebawah ketiaknya yang gebu itu.
   "Jelas dia sedang mengharapkan kedatangan bedebah itu malam ini."Desis tuan saleh lagi.
Kemudian terfikir juga oleh tuan saleh,kiranya dia berada diluar rumah dan mengajar bedebah yang bersemukah dengan isterinya itu diluar rumah,sudah tentu buktinya tidak kuat.
"Kalau aku mengajar mereka sewaktu mereka berdua sedang bergomol ditempat tidur,sudah tentu aku mempunyai bukti yang kuat."Desa fikirannya.
Sebagai orang yang mahir dengan segala kelengkapan rumah,tuan saleh tahu cara-cara yang mudah untuk membuka pintu dapur.Dia kemudian melangkah hendak ke pintu dapur ketika dia mendengar seperti ada seseorang yang masuk ke bilik dimana isterinya sedang berhias dengan mengenekan bedak ketubuhnya.
"Si bedebah itu rupanya cekap menyelusup masuk."Desis hatinya dan dengan segera melangkah kepintu dapur untuk menyelinap masuk.
Dengan menggunakan hujung mata goloknya,tidaklah terlalu sulit bagi tuan saleh membuka palang pintu dapur.Dengan berhati-hati supaya palang itu tidak mengeluarkan bunyi,tuan saleh berjaya juga membuka pintu dapur itu.
Sekarang dia menyelinap masuk kedalam rumahnya,melangkah secara berhati-hati menuju kebilik tidur.
   Semakin hampir langkahnya menuju kebilik itu,semakin jelas kedengaran rengus yang benar-benar membakar hatinya.Rengus itu seperti rengus seorang yang berada dipuncak kenikmatan.
"Sial.Alangkah kejinya si bedebah itu."Desis batin tuan saleh dan dirasakan jantungnya bagaikan bergoncang dengan amat sangat oleh perasaan marah bercampur aduk dengan perasaan cemburu yang bernyala-nyala.
Dengus-dengus nafas itu semakin kuat dan debar jantung tuan saleh juga semakin ganas.Marahnya kini berada dipuncak.Tangannya kini lebih kejap menggenggam hulu golok yang terhunus.
Bilik itu ternyata telah pun dipadamkan lampunya.Kini cuma kedengaran bunyi-bunyi saja.Namun tuan saleh pasti dapat menikam mereka berdua dengan tepat.
Dia cuba menolak daun pintu bilik itu.Ternyata tidak berkunci dari dalam.Kini dia telah melangkah kedalam bilik itu.Kedengaran suara nafas siti sarah semakin kencang dan mengganas.
Kaki tuan saleh begitu berhati-hati sekali merapatkan langkahnya dalam kelam malam.Dia mahu pastikan kedua-duanya dapat menerima habuan dari goloknya.
Telinganya dipasang betul-betul supaya sasaran goloknya tidak meleset.
"Nah,sekarang saatnya."Desis tuan saleh.Dia terus menikam sasarannya.Mula-mula dirasakan tikamannya mengene lembaga yang menggomol isterinya.Kemudian dia merasakan goloknya mengene tubuh isterinya.
Kegilaannya tidak dapat dikawal lagi.Tuan saleh terus menikam berulang kali sehingga suara kesakitan isterinya hilang.Dan suasana sunyi kembali semula menyedarkan tuan saleh apa yang telah dilakukannya.
Dia kemudian menyalakan lampu dan melihat tubuh siti sarah dalam tidak berpakaian penuh berlumuran darah yang masih lagi mengalir keluar.
Tuan saleh mencari-cari sesuatu.Tapi matanya tidak menemuinya.Sesuatu yang dicarinya ialah pakaian sibedebah yang bersemukah dengan isterinya.Namun tidak ada sebarang pakaian yang ditinggalkan.
Tuan saleh kini merasa aneh.Tidak munasabah si jahanam itu tidak meninggalkan pakaiannya.Tidak munasabah sibedebah itu dapat mencapai pakaiannnya dalam keadaan bergelap begitu dan diserang secara mengejut pula.
Ketika tuan saleh sedang memikirkan keanehan itu,tiba-tiba dia semacam mendengar ketawa dibumbung rumahnya.
   Kemudian dia mendengar suara."Hai saleh,akulah penunggu isteri-isterimu.Akulah mahkluk yang kau warisi dari tuanku wak sudjomo dari jawa."
Kemudian suara itu melenyap.Tuan saleh tercengang.Baru kini dia tersedar apa yang dimaksudkan dengan khadam pengawal oleh wak sodjomo yang merupakan dukun keramat dari jawa itu tidak lain merupakan syaitan yang kini telah menggantikan tempatnya untuk memuaskan nafsu isteri-isterinya.
"Jelaslah sudah selama ini,setelah tuan saleh mengamalkan ilmu yang diberikan oleh wak sodjomo dia telah berkhadamkan jin yang boleh memuaskan keinginan nafsu keempat-empat isterinya.Dengan itu tidaklah isteri-isteri tuan saleh melakukan kecurangan dengan sesiapa pun kecuali dengan mahkluk ghaib belaan tuan saleh itu."Kata datukku awang kharma yang juga asalnya berketurunan jawa.
Oleh kerana tuan saleh telah melakukan jenayah membunuh isterinya,tuan saleh terpaksa melarikan dirinya kenegeri siam.Dia telah meninggalkan segala harta dan isteri-isterinya.
Keesokan harinya apabila pak sukun pergi kerumah anaknya itu,dia hairan mendapati anaknya belum bangun,sedangkan sudah pukul sebelas pagi.
Oleh kerana merasa curiga,pak sukun memecahkan pintu depan dan terus mendapatkan anaknya yang ditemui didalam bilik dalam keadaan dahsyat.
"Yang anehnya pada mayat siti sarah bukan saja terdapat liang luka ditikam dengan golok,malah tubuhnya kelihatan lebam-lebam."Kata datukku.
Tapi bagi datukku hal itu bukan hal aneh setelah mengetahui soal-soal ghaib.Katanya,perempuan yang mengadakan perhubungan sulit dengan mahkluk ghaib yang dibela oleh suaminya sebagai penunggu atau khadam akan kelihatan lebam-lebam selama beberapa hari dan wajahnya juga kelihatan lesu beberapa hari.
"Mahkluk ganas itu akan datang menjalankan tugas tuannya apabila muncul rasa keinginan pihak perempuan itu.Jika tidak ada rasa hubungan sulit itu,tidaklah makhluk itu datang.Jelas pada malam itu siti sarah dalam keadaan sepi dan memerlukan suaminya."Kata datukku lagi.
Dan sebelum memberitahu orang kampung,pak sukun terlebih dahulu menyarungkan semula pakaian kebadan siti sarah kerana takut dipandang aib oleh jiran-jirannya kerana mati terbunuh dalam keadaan begitu.
Dan setelah polis datang melakukan pemeriksaan,mayat siti sarah telah dikebumikan ditanah perkuburan dikampung itu.Pak sukun mengupah beberapa orang mengaji al-quran di atas perkuburan itu.
Diperkuburan itu disediakan wakaf yang boleh diangkat dan dipindahkan bagi kemudahan penuggu kubur untuk berteduh sewaktu menunggu kubur.
Dan sewaktu penunggu kubur arwah siti sarah itu berehat dan tidur setelah keletihan membaca al-quran sehingga kira-kira pukul satu,tiba-tiba mereka mendapati angin bertiup kencang sehingga memadamkan lampu yang mereka pasang.
Mereka juga ketakutan mendengar seperti ada mahkluk yang membingkar kubur.Kemudian setelah senyap sunyi yang aneh itu,dengan keadaan yang masih ketakutan mereka menyalakan semula lampu.
Alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati kubur siti sarah telah terbongkar.Mereka juga mendapati mayatnya telah hilang entah kemana.
Segera salah seorang dari mereka pergi mengejutkan pak sukun dan memintanya datang melihat kejadian yang pelik diperkuburan itu.
"Namun hal itu tersimpan sebagai rahsia agak lama juga sebelum didedahkan oleh penunggu kubur itu.Pak sukun telah berpakat supaya hal itu tidak dihebohkan sambil mencari jejak kemana mayat itu dilarikan.Namun jejak mencari mayat yang hilang dari kubur itu tidak berjaya."Tutur awang kharma lagi.
Hal itu pun bagi awang karma tidak menghairankan.Seorang isteri yang telah mengalami seperti apa yang dialami oleh siti sarah itu menurut awang kharma,sepatutnya dikebumikan dengan pertolongan seorang bomoh yang mahir tentang menjauhkan sebarang gangguan mahkluk laknat itu.
"Tapi sayangnya hal itu dirahsiakan oleh pak sukun.Lagi pun dikampung itu tidak ada pun seorang bomoh atau orang yang tahu perkara ghaib seperti itu."Tambah awang kharma lagi.
Dengan kematian siti sarah secara mengerikan itu dan larinya tuan saleh untuk menyembunyikan diri ke siam,belum juga selesai cerita aneh itu.
Rupanya selepas mengetahui yang siti sarah mati mengejut kerana tikaman dan terdapat golok yang dikenali milik tuan saleh,senik dengan perasaan menyesal datang menemui awang kharma.
Senik secara jujur mengakui secara terbuka kepada awang kharma yang merupakan seorang sahabat yang sentiasa dapat dipercayainya dan teguh memegang rahsia,bahawa pada malam itu sebenarnya dia mendapat persetujuan siti sarah untuk datang kerumahnya.
   Tetapi sewaktu dia baru saja hendak memasuki ke halaman rumah siti sarah,tiba-tiba dia ternampak bayangan seseorang sedang menyelinap masuk kebawah rumah siti sarah.
Senik tidak berundur,sebaliknya menyembunyikan diri sambil mengawasi seseorang yang kini berada dibawah rumah siti sarah.
Dia tidak begitu pasti siapakah orang itu,tapi pasti seorang lelaki yang secara sulit datang kerumah itu.
Terlintas dihati senik bahawa orang itu adalah seorang yang rapat dengan tuan saleh dan datang untuk mengintip kalau-kalau dia datang bersemukah dengan isteri tuan saleh itu.
Senik tetap tidak berundur sehingga terdengar suara pekikan siti sarah sekali.Kemudian kedengaran eraman ngeri lalu lenyap.
Pada mulanya senik ingin menyerbu masuk,tapi terfikir pula dia akan ikut terlibat.Oleh itu dia terus pergi ke dekat dinding bilik siti sarah dan mengintai dari lubang yang terdapat pada dinding.
Ketika tuan saleh sedang memasang lampu dibilik itu dan matanya seperti sedang mencari sesuatu.Kemudian senik melihat tuan saleh mendongak ke atas dengan wajah tercengang.
Senik cuma mendedahkan rahsia itu pada awang kharma.Dan awang kharma tetap merahsiakan hal itu sehingga tidak seorang pun yang tahu bahawa pada malam kejadian itu memang ada keinginan baik dipihak siti sarah mahu pun senik.
Tapi setelah senik tidak datang sebagaimana yang dijanjikan,siti sarah lalu tidur.Dan ketika terlena dalam keinginan bermesra dengan lelaki itulah mahkluk ganas itu datang mengerjakan siti sarah.
Peristiwa kehilangan mayat siti sarah dari kuburnya juga tidak merupakan perisitwa aneh yang terakhir terjadi di kampung itu.
Peristiwa aneh yang terakhir ialah peristiwa yang berlaku ke atas senik pula.
"Malam itu adalah malam selasa.Dan pada tengah malam itu,secara tak terduga penghuni kampung itu terjaga apabila mendengar pekik lolong dari arah rumah senik.
   "Ketika ayah senik menyerbu masuk mendapatkan senik,dia melihat senik sedang bergomol dengan seseorang yang tidak dapat dilihat oleh ayah senik.Cuma dia melihat senik seperti sedang dicekik dan sedang melepaskan cekikkan itu.
"Ayah senik cuba menolongnya,yaitu dengan cuba melepaskan tangan anaknya dari leher sendiri.Tapi tangan itu terlalu kuat sehingga dia gagal membantu.Sesaat kemudian senik kelihatan lesu dan tidak bernafas lagi."
Begitulah cerita awang kharma.Dia adalah datukku.Peristiwa itu pula yang menyedarkan datukku supaya mendalami tentang ilmu ghaib.
"Yang jahat,yang bersalahan dengan agama,kita belajar untuk mengetahui.Sedangkan yang baik dan yang tidak bertentangan dengan agama,kita amalkan.Tujuannya bukan lah untuk mendapat sebarang kuasa,malah cuma untuk membantu orang yang kesusahan kerana terkena ilmu begitu."Kata datukku seperti cuba menasihatiku supaya jangan menuntut sebarang ilmu hitam sebagai amalan.

(Bersambung...)

Pemuja Roh WanitaWhere stories live. Discover now