Bahagian 2 : Korban Godaan Jin

2.3K 41 1
                                    

Mat saat berusia 27 tahun ketika peristiwa ini terjadi.Mat saat seorang pemuda yang gemar menuntut ilmu ghaib.Dia begitu berminat mencungkil segala rahsia ilmu ghaib dari orang-orang tua yang dipercayainya mempunyai ilmu itu.
Mat saat boleh dikatakan seorang pemuda yang tamak dengan segala ilmu ghaib itu.Dia seolah-olah tidak cukup dengan apa yang diperolehinya.
Pada masa itu dikampung sawang memang ada seorang yang dianggap oleh orang kampung itu sebagai seorang bomoh,walau pun dia sendiri tidak menganggap dirinya demikian.
Pak saman cuba akan muncul apabila keadaan terdesak,seperti kalau ada diantara penduduk itu yang kerasukan hantu.
Pak saman akan memegang pergelangan tangan orang yang kerasukan itu dan menghalau makhluk yang merasuk itu.
Pekerjaan pak saman ialah sebagai tukang perahu.Dan kalau tidak ada tempahan untuk membuat perahu,dia akan membuat apa-apa jenis pertukangan kayu yang lain.
   Orangnya memang pendiam dan tidak banyak cakap.Senyumnya saja lebih kalau berada di tempat-tempat keramaian.Dia banyak mendengar orang bercakap daripada menyampuk sama.
Mat saat selalu kerumah pak saman.Sebagai orang tua yang melihat ketekunan mat saat ingin mempelajari ilmu-ilmu yang ada padanya,pak saman tidak keberatan.
Dia sudah banyak juga menurunkan amalan-amalan yang dianggapnya patut menjadi amalan mat saat.
Tapi bagi mat saat,yang dikehendaki sangat sekarang ini bukan amalan biasa berbentuk jampi mantera daripada ayat-ayat al-quran.
Kata orang jin boleh dibuat khadam.Dan itulah niatnya,dia ingin memiliki khadam jin.
"Apakah pak saman ada ilmu memanggil khadam jin?"Tanya mat saat ketika mengunjungi kerumah pak saman.
   Pak saman cuma diam saja.Dia tidak boleh berbohong.Dia tak boleh berkata yang dia tiada ilmu itu.Sebenarnya memang dia ada ilmu itu.Tapi ilmu itu tidak diamalkannya.
Pak saman tidak memerlukan khadam jin itu.Walau pun ilmu itu tidak ketinggalan diwarisi dari bapanya,seorang yang dikenali sebagai bomoh juga,namun pak saman merasakan dia tidak memerlukannya.
   "Untuk apa kau hendakkan ilmu itu?"Tanya pak saman sambil menatap wajah mat saat.
"Saya memang nak mencubanya,apakah benar jin boleh dijadikan khadam."Jawab mat saat.
"Memang boleh.Orang dulu-dulu ramai juga yang berkhadamkan jin.Itu bukan mustahil."Kata pak saman.
"Saya ingin mencubanya."Kata mat saat.
Pak saman melepaskan nafas keluhannya.Dia merenung mat saat lagi.Terasa oleh pak saman yang mat saat seorang yang keras hati dan ingin mencabar sesuatu yang dianggap oleh orang lain sebagai perkara yang berat untuk dilakukan.
"Kau tak akan larat menerima percubaan nanti."Kata pak saman cuba meredakan keinginan pemuda itu.
Tetapi oleh kerana mat saat menunjukkan tekad ingin juga memperolehi ilmu memanggil khadam jin itu,pak saman merasakan dia terpaksa menurunkan ilmu itu.
"Aku telah ingatkan kau tentang percubaan yang berat,jadi bukanlah tanggunganku kalau sekiranya apa-apa yang terjadi keatas kau.Tapi memang amalan ini mendapat ujian yang hebat."Ingat pak saman lagi.
"Apakah cabaran yang berat itu,pak saman?"
"Tak boleh aku terangkan.Sebab percubaannya bermacam-macam cara.Jika kau tabah menempuhi ujian itu,barulah kau dapat bertemu dengan khadam itu."Jawab pak saman.
Dan setelah mat saat menyatakan kesanggupannya untuk menghadapi percubaan yang berati itu,pak saman menyuruh mat saat datang kerumahnya pada malam jumaat.
   Pada malam jumaat itu pak saman memenuhi janjinya menurunkan amalan memanggil khadam.
Segala ayat-ayat bacaannya diperturunkan kepada mat saat.Bacaan itu agak panjang yang memerlukan mat saat menghafalnya.
"Kau mesti mencari tempat yang sunyi dan suci untuk bertapa selama tujuh hari dengan berpuasa.Dan selama itu kau terpaksa membaca ayat-ayat yang kuberikan ini.
"Kemungkinan besar percubaan dan ujian akan datang kepada kau semenjak malam pertama kau mengamalnya.Dan jin khadam itu cuma akan datang dalam bentuk asal pada hari terakhir,yaitu hari ketujuh."Kata pak saman.
Setelah memperolehi amalan memanggil khadam jin itu,mat saat begitu tekun menghafalnya.
Dia telah pun bertekad akan melakukan pertapaannya diatas bukit dikampung seberang.Dibukit itu akan dibuat bangsal kecil dan disitulah nanti dia akan beramal memanggil jin khadam.
Masa yang diambil untuk menghafal amalan itu agak lama juga.Apabila meragui tentang bacaannya,terpaksa mat saat pergi bertemu dengan pak saman semula untuk membetulkan bacaannya.
Setelah kira-kira sebulan lamanya mat saat menghafal amalan itu,barulah dia fasih membacanya.
Setelah mengadakan sedikit persediaan perlu,mat saat pun secara senyap-senyap pergi ketempat yang telah dipilihnya.Dia menyediakan sebuah bangsal kecil dan bermula lah dia beramal disitu.
Sambil memulakan berpuasa,dia juga tekun membacakan amalan selepas sembahyang isyak.
Unggun api dipasangkan dibelakang bangsal untuk mengelakkan dari nyamuk menggangu.Sekitarnya cuma diterangi oleh lampu minyak tanah yang meliuk-lintuk dihembus angin.
Mat saat dengan tekun dan khusyuk membaca amalannya sehingga berakhirnya larut malam,sehingga tiba-tiba dia mendengar suara seperti suara siren amaran adanya serangan udara.
Bunyi itu memekakkan telinganya,walau pun cuba ditutup telinganya.
Kemudian kelihatan batu-batu melayang bagai dilempar gergasi menuju ke arah bangsal.Mat saat mendengar bunyi yang hebat apabila batu itu jatuh berhampiran dengannya.
   Mat saat walau pun ketakutan,namun keinginan untuk menemui jin khadam itu menyebabkan dia berdegil.Dia bertekad untuk menghabiskan juga amalannya sampai akhir dihari ketujuh.
Malam pertama dengan ujian lemparan batu itu berjaya dilepasi oleh mat saat.
Mat saat kemudiannya terlena selepas hilangnya lontaran batu itu.Dan setelah subuh,selepas bersembahyang subuh,dia meninjau kawasan bangsalnya.Tapi tidak kelihatan dimatanya batu-batu yang berterbangan malam tadi.
Batu-batu yang berterbangan itu ada yang besar dan ada yang kecil.Paling besar ialah sebesar satu pemeluk.Jika sekiranya mengenai mat saat sudah tentu badannya akan remuk dan lumat.
Walau pun malam berikutnya terasa sangat keletihan,namun mat saat tidak mahu usahanya gagal separuh jalan.Dia tetap meneruskan selamanya sehingga larut malam seperti malam pertama.
Dan setelah larut malam,mat saat diserang oleh tujuh ekor harimau.Terkaman harimau yang garang itu menyebabkan mat saat terpelanting kebawah bangsal.
Kemudian dibawah bangsal ada pula harimau lain yang menerkam kearahnya dan dia terpaksa mengelak terkaman itu sehingga terasa badannya terhantuk dengan batu bukit.
Ketujuh-tujuh ekor harimau itu terus menyerangnya sehingga mat saat berada serantai jauhnya dari bangsal tempat dia beramal.
Tapi harimau itu cuma menerkam kearahnya namun tidak cuba mengoyak badannya dengan kuku atau menggigitnya dengan taringnya.
Ujian berbentuk harimau itu juga akhirnya hilang.Dan mat saat bagaikan tidak berdaya lagi untuk bangun dan melangkah balik kebangsalnya semula.Dia terbaring dalam semak itu dalam kesejukan semak-semak itu dibasahi embun yang sedang turun.
Kira-kira setengah jam lamanya mat saat terbaring untuk mengumpulkan tenaganya semula sebelum berdaya bangun dan balik semula ke bangsalnya.
Keesokannya mat saat meninjau kalau-kalau ada kesannya.Namun tidak ada sebarang kesan.Bangsalnya yang dirasakan bagaikan roboh,tetap kelihatan seperti asal.Tak ada sebarang kerusakan.
Kini mat saat memasuki malam ketiga.Cuma ada empat malam saja lagi dia akan menyelesaikan amalannya.Mat saat tidak dapat menduga apakah ujian yang bakal diterimanya malam itu.
Tapi apa pun ujiannya,mat saat bertekad untuk menghadapinya dengan tabah.Dia mesti menemui jin itu.
   Dimalam ketiga itu,mat saat terus seperti dua malam lalu,terus menerus membaca ayat-ayat yang di hafalnya sehingga ke larut malam.
Kedua belah matanya terpejam rapat,sedangkan bibirnya kumat-kamit membaca ayat-ayat yang panjang itu.Berturut-turut dan tidak putus-putus.
Kali ini mucul pula ujian berupa semburan api.Lidah api itu menyembur hampir-hampir mengenai tubuh mat saat.Dia terpaksa mengelak dari semburan api yang ganas itu.
Mat saat melompat terjun dari bangsalnya apabila mendadak semburan lidah api menuju kearahnya nyaris-nyaris mengenai badannya yang boleh mengakibatkan tubuhnya menjadi abu.
Tapi ketika berada ditanah,semburan api itu terus menerus mengejarnya sehingga mat saat terpaksa mengelak terus.Namun dia tetap tidak lari.Memang itu lah yang dipesan oleh pak saman,tidak boleh lari.Mesti dihadapi dengan tabah setiap ujian itu.
Mat saat merasakan badannya bagaikan melecur oleh bahang lidah api yang ganas mengejarnya terus dan dia terpaksa bertubi-tubi mengelak.
Api itu tetap tidak mahu mengalah dengan kelincahan mat saat mengelak.Dan sekali benar-benar lidah api itu menyembur dengan tepat.Selepas itu mat saat tidak sedarkan diri lagi.
Dia tersedar setelah tiba waktu subuh dan kedengaran sayup-sayup bunyi beduk dipalu disurau kampung seberang.
   Ketika sedar semula,mat saat cuba memeriksa badannya kalau-kalau ada melecur.Tapi tidak ada apa-apa kesan kecuali rasa letih yang amat sangat.
Terhuyung-hayang mat saat melangkah menuju ke bangsalnya semula untuk menunaikan sembahyang subuh.
   Disiang hari itu mat saat terbaring dan terasa badannya seperti remuk seluruhnya.
Terpikir olehnya betapa dahsyatnya dia berperang dengan alam ghaib sebagai ujian.Dan dia belum tahu apakah bentuk ujian selanjutnya yang harus dilalui selama empat malam lagi.
Dalam keadaan begitu,mat saat terlena hingga petang.Kalau tidak ada sikap keras hatinya,sudah pasti mat saat akan meninggalkan tempat itu.
Tapi hati mat saat memang benar-benar bagaikan batu,yang tidak akan berganjak untuk menguasai apa yang diingininya.
   Masuk malam kelima pula,ujian yang diterima oleh mat saat ialah berupa pusaran angin.
Kali ini benar-benar mat saat tidak dapat mengelak.Dia dupusar oleh angin itu dan terasa badannya melayang keudara kemudian terlepas jatuh kebumi semula.
Setelah dua tiga kali mengalami begitu,mat saat seperti sama juga dengan serangan api malam sebelumnya.Dia jatuh pengsan tidak sedar apa yang berlaku lagi.
Tubuhnya benar-benar terasa bagaikan telah dilanyak oleh gajah.Walau pun kesan tidak ada pada tubuhnya dan tidak ada dirasakan tulangnya patah,namun dia dapat merasakan kesakitan yang amat sangat pada keseluruhan tubuhnya.
"Hanya ada tiga malam saja lagi."Bisik mat saat cuba memperkuatkan tekadnya untuk menyelesaikan juga amalan biar pun tubuhnya sudah dirasakan tidak berdaya lagi menyelesaikan amalan itu hingga berjaya.
Lagipun dia telah mengalaminya selama empat malam.Terasa bacul benar kiranya dia tidak dapat melepasi selama tiga malam lagi.Oleh itu mat saat tetap berdegil untuk tetap menyelesaikan amalannya.
Tapi masuk malam kelima ujian yang datang adalah berubah sama sekali.Dan kalau ujian sebelumnya berbentuk serangan dari batu,harimau,api dan angin,namun pada malam kelima tidak lagi menjelma ujian seperti itu.
Setelah lama mat saat menunggu dengan membaca amalannya sambil memejam mata tidak juga muncul ujian,dia cuba membuka matanya.
Mat saat benar-benar berdebar apabila didapatinya seorang gadis jelita sedang berada dihadapannya.
"Siapa kamu?"Tanya mat saat.
"Aku lah dewi yang kamu puja selama ini."Balas gadis jelita itu sambil menggerakkan tubuhnya secara yang menimbulkan rasa tertarik kepada lelaki.
Mat saat serba salah dibuatnya.Dia ragu apakah ini yang dikatakan khadam itu.Apakah telah selesai ujian berat itu seperti yang diperkatan oleh pak saman?
Apakah pada malam kelima juga khadam itu boleh menjelma sekiranya sudah dirasakan cukup syaratnya.?
Sesungguhnya mat saat dalam keadaan ragu dan tidak tahu apakah inilah yang dikatakan khadam.Soalnya dia tidak dapat memastikan.
"Apakah kamu inilah khadam yang kuingini dengan amalan ini?"
   Gadis jelita yang menghairahkan itu cuma membalaskan dengan senyum saja.Pakaiannya yang serba kuning itu begitu nipis sehingga terbayang bentuk tubuhnya.
   Dan bau harum semerbak yang memberahikan menyucuk-nyucuk hidung mat saat.
"Cakap lah apa syarat kamu."Kata mat saat meminta syarat.Dia pasti bahawa itulah khadam yang telah datang menghadapnya setelah selesai ujian.
"Kau harus melakukan apa yang kuingini."Kata gadis yang jelita itu.
"Apa yang kau ingini?"
"Kau adalah seorang yang sudah terlepas dari segala ujian.Sekarang kamu mesti sanggup melakukan hal yang berat."Kata gadis itu lagi.
"Apakah itu?'
"Apa yang aku ingini."Kata makhluk yang jelita itu.
"Apa yang kau ingini?"
"Pejamkan matamu."
Mat saat memejamkan sepasang matanya rapat-rapat sehingga beberapa saat kemudiannya dia mendengar suara gadis itu berkata."Sekarang buka lah matamu."
Sungguh-sungguh memeranjatkan mat saat.Kini dia berhadapan dengan seorang wanita yang bertelanjang bulat dihadapan matanya.Kecantikan tubuhnya benar-benar mengkagumkan.Tidak ada tubuh yang secantik itu.
"Lakukanlah."Kata wanita itu.
"Apakah ini syaratnya?"
"Lakukan dulu."Goda wanita itu.
Rupanya mat saat tidak dapat berfikir lagi.Pertimbangannya sudah hilang melayang entah kemana.Sekejap saja berlakulah perhubungan itu.
Dan tiba-tiba mat saat mendapati dirinya sendirian dalam keadaan berbogel dibangsal itu.
Dia terkejut mendengar seperti ada suara mengilai dilangit.Kemudian dia mendengar suara."Wahai mat saat,kau telah melakukan noda yang tak mungkin diampunkan.Sia-sia saja segala amalan kamu.Pulang lah sekarang.Kau telah melakukan dosa berat sekarang."
Mat saat kebingungan.Mat saat seperti hilang kesedarannya.Tidak dipedulikannya pakaian yang sudah tanggal dari badannya.
Tiba-tiba dia naik marah yang amat sangat.Dia mengamuk merobohkan bangsal itu dan berlari dengan berpekik-pekik."Kau jangan lari dari ku,kau jangan lari dariku,kau jangan lari dariku."
Dan pagi itu orang-orang kampung seberang terkejut dengan kemunculan mat saat dalam keadaan bertelanjang bogel dan berpekik kelangit tidak tentu arah.
   Kaum wanita melihat mat saat dalam keadaan tanpa seurat benang pun pakaian bertempiaran lari dan menjerit-jerit sehingga kecohlah sekampung.
Beberapa orang lelaki kemudiannya memberkas mat saat yang bukan alang kepalang gagahnya.Beberapa kali mereka terpelanting penangan mat saat.namun dapat juga diberkas.
Mereka mengilas tangan mat saat ke belakang dan mengikatnya dengan tali.Kemudian badan mat saat yang terlanjang bogel itu dipakaikan dengan kain pelekat.
Mat saat kemudiannya dihantar pulang.
Kisah mat saat jadi gila itu sampai juga ke pengetahuan pak saman.Orang tua tukang membuat perahu itu datang melihat keadaan mat saat.
Ternyatalah mat saat kini benar-benar telah hilang akal.Melihat pak saman datang,mat saat jadi berang dan bersedia menyerang pak saman sambil memekik."Kau pembohong,kau pembohong."
Ayah mat saat memang sudah meninggal.Dia cuma tinggal berdua dengan ibunya dirumah pusaka peninggalan ayahnya itu.
"Apa dah jadi dengan anak saya ni bang saman?"Tanya ibu mat saat menahan tangis kerana sedih mendapati anak lelakinya sudah tidak seperti orang lagi.
"Budak ni dah terkene."Kata pak saman.
"Terkene apa?"
"Amalannya.Dia silap langkah."
"Bagaimana nak ikhtiarkannya supaya pulih?"Desak ibu mat saat.
"Susah."Kata pak saman sambil mengeluh.
Mendengar sepatah kata pak saman itu,menyebabkan ibu mat saat terus menangis.Sudah tentu mat saat menjadi orang gila buat selama-lamanya.Padahal tak ada keturunan mereka yang mengidap penyakit gila.
"Tak guna kita menangis begini.Tak akan selesai masalah dengan kau menangis begini,kiah.Nanti aku pergi menemui seorang sahabatku."Kata pak saman."Kita cuba berikhtiar."
Pak saman akhirnya datang menemui datukku,awang kharma,menceritakan halnya telah memberikan amalan kepada mat saat untuk menemui jin khadam.
"Kau benar-benar berikan nahas kepada budak tu."Kata awang kharma agak tidak senang dengan sikap mudah percaya kepada seorang pemuda yang masih mentah untuk beramal dengan ilmu ghaib yang berat ujiannya.
Dengan suara menyesal pak saman berkata."Memang saya telah salah dalam hal ini."
Pak saman pulang ke kampung bersama-sama awang kharma dan mereka berdua mencari-cari tempat mat saat beramal.Akhirnya mereka berdua bertemu dengan tempat itu.
Setelah bertemu dengan tempat itu,awang kharma menyuruh pak saman pulang sendirian,sedangkan dia tetap tinggal bermalam disitu.
Dan keesokannya barulah awang kharma pergi kerumah mat saat untuk berikhtiar memulihkannya.
"Mat saat itu masih muda dan sebagai orang muda sudah tentu dia lebih mudah menentang ujian berbentuk kasar seperti api,harimau dan sebagainya.Tapi apabila muncul ujian halus yang menggoda nafsunya,dia kehilangan pertimbangan.
"Sebenarnya dalam mengamalkan ilmu memanggil khadam jin,mat saat tidak boleh terpedaya dengan pengakuan-pengakuan dan godaan yang berbagai itu.Dia harus bertahan hingga malam ketujuh.Sebab pada malam ketujuh itu lah baru datang khadam yang sebenarnya dengan rupa bentuk yang sebenar."Kata awang kharma padaku.
Tentang mat saat itu tetap juga kurang siuman,walau pun tidak begitu berat lagi,selepas awang kharma berikhtiar memulihkannya.
Dan sejak itu pula lah sahabat awang kharma itu,pak saman,tidak lagi berminat untuk mewarisikan amalannya kepada sesiapa.Dia bimbang peristiwa seperti yang dialamai oleh mat saat akan berulang lagi.

(Bersambung...)

Pemuja Roh WanitaWhere stories live. Discover now