🔱BAB 3: KEBAHAGIAAN YANG DIPERHATI

42 9 3
                                    

🔱

Sejak hari itu ,hubungan mereka
menjadi semakin akrab.

Daniel masih tidak mempunyai jawapan yang tepat bagi kejadian dahulu yang menimpa mereka berdua.

(Ehem, yang menimpa si gadis, Natasya bukan kau Daniel. Sibuk je.)


Cuti semester menjelang pula kali ini,

Daniel, si kembar,Franky, dan Natasya bercadang untuk pergi berkelah sambil berbasikal bersama.

Franky mengajak John dan Jesica agar mereka berdua dapat menyertainya juga.

Namun kehadiran mereka berdua tidak menyenangkan Daniel.

Memanglah mereka duduk berdekatan di dalam kuliah

John selalu memandangnya seperti mahu menumbuknya,

Apa kena entah dengan lelaki itu dia malas untuk ambil tahu.

" Hei guys, aku ada bawak sandwich and apple pai...heee.." kata Jesica dengan riang sambil memeluk Natasya lagak kawan baik yang sudah lama tidak bersua.

"Waahh..kau buat sendiri ke Jesica?"tanya Zayn dengan girang, membesar pupilnya melihat hidangan enak itu.

"Yup nanny aku tolong aku buat."balas Jesica,ceria seperti selalu. Senyuman menawan sentiasa menjadi penghias wajahnya

"Lama tak makan paiii!!"jerit Zach dan Zayn.

Tiba-tiba ada seekor makhluk mana tah sesat yang cadang untuk bermain layang-layang,

Tahu kan siapa?

Lain tak bukan Franky lah seekor tu.

Natasya tertawa kecil melihat telatah mereka semua.

Dia ingin memotong buah epal tetapi akibat terleka dengan keriangan rakan-rakannya yang lain lalu pisau itu terkena jarinya.

Luka panjang itu mengeluarkan darah yang agak banyak.

Daniel membulatkan mata apabila terlihat darah yang keluar dan tanpa berlengah mencari kain atau tisu di sekitarnya.

Tidak sampai sesaat ,

Daniel menoleh ke arah Natasya semula,

Darahnya sudah tiada dan lukanya juga tiada.

Parut juga tiada.

Dia mengerutkan dahinya sambil memandang tajam ke mata Natasya, meminta penjelasan.

Natasya meletakkan jari telunjuknya ke bibir merahnya sambil tersenyum nipis.

Daniel yang masih lambat pickupnya itu ingin bertanya sesuatu kepada Natasya namun dihalang oleh kata-kata John yang tiba-tiba muncul di sisinya.

"Weh, bro , sorry..."

"Hah.apahal?", tanya Daniel,keliru.

UNCONTROL: THE LORD OF DEMON(Hiatus)Where stories live. Discover now