Scelus Kingdom
Semua kerajaan di bawah takhluk Scelus Kingdom kini sedang melatih dan merekrut Syzn , Pengawal Scelus Kingdom. Mereka dikerah untuk persiapan sebuah medan perang yang akan terjadi.
Mata yang hitam kelam sedang menikam renungan tajam buat pelatih-pelatih baru Syzn. Komander perang Scelus Kingdom, Veronica Fylynne setia berada di sisinya, menunggu arahan yang akan dikeluarkan.
The Lord of Demon diam tidak berkutik, masih berdiri memandang hina kepada sebahagian rakyat Sky Kingdom yang dibawa ke Scelus Kingdom.
Penjara bawah tanah yang berada di sebelah barat istana pula dihuni oleh seorang pengkhianat Sky Kingdom. Penasihat Raja Derrick Vhelzy, Wildneston sedang mengalami keperitan seksaan dari putera kepada rajanya. Lelaki separa abad itu berlumuran darah dan tidak berdaya untuk berdiri. Penjara ini adalah neraka buatnya.
Jiwanya dilanda rasa gelisah setiap detik. Hidupnya tidak pernah tenang setelah peristiwa hitam itu berlaku, jatuhnya Raja Derrick dan sumpahnya tertanam di tanah Sky Kingdom.
Tidak guna jika dia mahu menyesal kini. Rajanya sudah mati dan The Lord of Demon telah bangkit. Dia hanya mampu terbaring lemah sambil berharap dia mati sebelum putera kepada Raja Derrick kembali ke sini semula.
Dinding besi di hadapannya tiba-tiba retak, hampir berlubang, apa lagi yang menantinya kini. Aku rela bunuh diri jika putera kejam itu kembali lagi. Rupa-rupanya dinding itu merupakan Magic Anguila yang dihasilkan oleh kuasa kegelapan.
Seorang wanita tua anggun dengan pakaian kulit berwarna merah melangkah masuk ke dalam penjara itu.
"Penasihat diraja Wildneston. Aku datang untuk mencari kebenaran. Di mana anakandaku, Quin Arrisa?" kata Permaisuri Jenny, wanita anggun dengan pengguna kuasa Delens, pemusnah sihir. Pengguna kuasa Delens mampu membatalkan mana-mana sihir yang dikenakan.
"Quin Arrisa sudah mati. Sudah berpuluh tahun terjadi baru kini datang mencari?" Wildneston hanya senyum sinis.
"Apa yang terjadi kepada dia dan Raja Derrick?!"
Wildneston menghasilkan molekul air di telapak tangannya. Perlahan-lahan di atas tangannya membentuk hologram hijau kebiruan. Tayangan itu merupakan memori milik bekas penasihat diraja Sky Kingdom.
🔱
Wildneston selaku penasihat diraja, dia dikehendaki untuk menyampaikan utusan dari Raja Derrick. Namun tidak pada hari ketika Raja Derrick melawat Empayar Mazicycal Kingdom.
"Aku, Wildneston selaku penasihat diraja Sky Kingdom ingin menyampaikan pengumuman penting buat rakyat jelata."
"Raja Derrick bukan berasal dari Bunian Amethyst. Dia berdarah Bunian Beryl (Bunian dari kalangan rakyat). Saya telah dimaklumkan bahawa Raja Derrick menguasai pengguna kuasa terulung: berubah bentuk. Oleh kerana itu, dia mampu menyamar sebagai Bunian Amethyst yang mempunyai jalur emas di sisi kepala. Saya juga akan mengemukakan bukti."
Serentak dengan ayat terakhir dari penasihat diraja itu, muncul pula cahaya hijau kebiru-biruan memaparkan sebuah memori. Memori di mana punca segala kecelakaan kini berlaku.
Raja Derrick berada di dalam satu bilik rahsia, tanpa dia sedar, Wildneston memerhati. Dia melafazkan mantera khas buat pengguna kuasa terulung; berubah bentuk. Perlahan-lahan, jalur emas di sisi kepala hilang dan dia tersenyum penuh bangga. Seolah dia memiliki kemenangan yang abadi.
Memori itu lenyap setelah Wildneston menggengam tangannya, menyimpan semula memori yang dia lihat dengan matanya sendiri. Semua rakyat tergamam, sama ada mahu mempercayai penasihat diraja yang amat dipercayai lisan dan perbuatannya.
" Bunian Amethyst akan diangkat untuk menjadi Raja kerajaan ini dengan keagungan lambang kekuatan Sky Kingdom iaitu jalur emas di sisi kepalanya. Pasti semua sedia maklum, pengguna kuasa terulung antara sihir yang mustahil untuk dikuasai. Namun dia mampu menguasainya." nyata Wilneston lagi.
Rakyat Sky Kingdom mempercayai Raja mereka bukanlah pewaris yang sebenar.
Rakyat yang lebih percaya si dalang dari pemimpin mereka sendiri.
Penasihat diraja yang keji, telah menikam belakang Raja Sky Kingdom. Raja yang selama ini dia sanjung. Tipu daya dari Diabolus berjaya tanpa sekelumit kegagalan. Diabolus juga mampu menguasai pengguna kuasa terulung, berubah bentuk, telah menyamar menjadi Raja Derrick di istana Mazicycal Kingdom, mengarahkan Wildneston untuk menyebarkan tuduhan.
Maka, tuduhan ke atas raja kian tersebar luas.
Tanpa persediaan yang cukup, Raja Derrick dan tenteranya terpaksa menempuhi sebuah peperangan pertama di Sky Kingdom.
Dimana, tentera Mazicycal Kingdom dan rakyat Sky Kingdom bersatu menjadi sebuah bala tentera yang tak terkira jumlahnya.
Raja Derrick tumpas tidak terbela, Mayatnya reput ditelan tanah namun sumpahannya tidak mati.
Quinn Arrisa ditangkap dan dipenjara, dengan keadaan yang menyayat hati, berpayah untuk menjaga kandungannya.
Kelihatan wanita itu berperang hebat untuk melahirkan bayi lelaki itu.
Wanita itu pun selamat melahirkan namun nyawanya berada di hujung tanduk.
Tangan kekar milik Raja Kegelapan sedang menusukkan jarum yang halus. Air mata Anguis dimasukkan ke dalam darah Quinn Arrisa.
Air mata Anguis mampu mengeringkan darah di dalam badan seseorang, salah satu racun terbahaya. Mangsa akan mati perlahan-lahan tanpa darah.
"Me excuso...(Saya mintak maaf...)
untuk apa ayahanda lakukan semua ni. Apa pun terjadi, saya.. tetap milik dia.."Quinn Arrisa akhirnya menghembus nafas setelah terseksa kerana tidak mampu untuk menghasilkan tenaga lagi. Quinn Arrisa mati dalam keadaan yang mengerikan namun saat dia mati, dia hanya menyebut sebuah nama yang sentiasa terpahat di jantungnya.
"Derrick Vhelzy."
"Derrick vobis eligere! Et oblitus tui originem.(Kau masih memilih Derrick! Kau lupa asal usul kau.)
Aku akan pastikan keturunan kau tak kenal siapa Derrick! Dia punca kau begini. Hidup kau hanya untuk kejar dia. Dan ini takdir yang kau pilih, Arrisa! Kau dan dia mati ditangan aku!" Diabolus marah menyinga. Dah mati pun masih memilih Derrick! Anak yang tak kenang jasa!Dendam dari naluri seorang ayah terhadap anak perempuannya, Arrisa yang memilih Derrick tanpa persetujuan Raja Kegelapan.
Aku jijik dengan kau, Arrisa. Aku mahu keturunan kau berdarah dari kerajaan aku. Darah tulen dari puak vampire yang aku mahu untuk diangkat sebagai The Lord Of Demon. Namun, kau tetap dengan pendirian kau, bersatu dengan Raja Sky Kingdom.
Derrick Vhelzy, aku bersumpah untuk hidup dan matiku, keturunan kau akan kubesarkan dalam dampinganku, akan kusembunyikan semua kewujudan tentang dirimu. Maka, keturunan kau hidup tanpa mengetahui tentang kebenaran yang disembunyikan. Selayaknya hukuman buat kau, Derrick Vhelzy yang telah merampas apa yang aku miliki.
Dendam yang sehingga disumpah mati, tidak terkubur lagi. Dendamnya masih hidup mekar seolah bunga yang semakin cantik warnanya.
Kisah yang disimpan rapi,
Bunga yang masih kembang,
Tidak mungkin akan layu.🔱
Pemaisuri Jenny tidak mampu berkata apa-apa,terkilan dengan cerita yang sudah pun berpuluh tahun terjadi, namun tangannya lincah membatalkan sihir yang memerangkap Wildneston. Satu-satunya bukti kejadian dahulu yang mampu mengubah keadaan.
Dia tidak mahu untuk berpaling lagi. Dia akan bantu Daniel untuk melawan The Dark Soul.
Dia tidak sepatutnya meninggalkan Diabolus dahulu yang semakin lama hilang arah kerana mula menguasai kuasa kegelapan.Ketika mereka sedang cuba melarikan diri, mereka tidak sedar, seseorang sedang memerhati tanpa reaksi. Seseorang yang tidak mampu mereka lihat.
🔱
YOU ARE READING
UNCONTROL: THE LORD OF DEMON(Hiatus)
Fantasy🔱 Aku mencipta sebuah dunia, Dunia tanpa derita. Jadi aku tawarkan kau Sebuah dunia. Dunia Marlyland. Silakan masuk ke dunia ini. Aku berbesar hati. Namun, kau perlu bersedia, Dunia ini Bukan milik kita sahaja Terbinanya dunia lain Terselindung...