Veronica's POV
Sejak sampai di bilik rawatan, dia termangu sendirian, sudahlah dia baru di sini.
Tup tup.Terus dinaikkan pangkat menjadi komander baru. Semua rakan sekerjanya terasa gerun mahu berkawan dengannya, kerana jawatan itulah pilihan terakhir rakyat Scelus di sini.
Apakan daya.
Nasib malangku menghantui.Hatiku tak tahu mahu merasa perasaan yang mana, kesemuanya bercampur aduk.
Dua hari aku akan direhatkan, namun hatiku..bagaimana mahu rawat ia?
Parutnya dalam.
Bencinya dia pada raja sombong itu tak mampu dia luahkan.Untuk sekian kalinya, air matanya menitis lagi di pipi mulus miliknya. Tangannya sudah berbalut, mungkin dalam sehari ia akan sembuh menggunakan magic healing.
Entahlah.
Sakit hati diperlaku seperti itu. Namun dia tidak mampu membuat apa-apa.
Tangan kasar yang besar cuba menghapuskan manik-manik berharga miliknya.
Sang empunya tersenyum tipis menunjukkan taringnya.Ya, Liam ialah Syzn dari puak vampire.
Mata merah sudah menjadi kebiasaan buat rakyat yang berdarah dari puak vampire.
Mata yang merah itu merenung dalam ke mata hitam si gadis, menghantar semangat untuk si gadis.
"Kau. lagi.."tegur Veronica.
"Ya . Aku lagi. Kau semakin pulih.."
"Veronica. nama kau apa?"
"Aku Liam, seorang Syzn saja..bertuah nya aku dapat berkenalan dengan komander perang." ucapan ikhlas dia berikan.
"Aku yang bertuah. Jika Syzn lain yang jumpa aku..mungkin akan biar aku terkulai dimana-mana."
Aku, Veronica Fylynne, berketurunan werewolf dan aku mempunyai rambut hitam yang likat. Rambut hitam dan kuku hitam ialah tanda kau dari keturunan werewolf.
Cuba lihat diri kau? Rambut kau hitam? Bagaimana dengan kuku?
Macam yang kau pernah dengar puak aku ada Alpha.Aku berasal dari keluarga Alpha wolf.
Ketua puak werewolf.Kini, aku bukan si Alpha di puakku, aku di sini sebagai seorang pahlawan, sang komander perang Scelus.
Kau nak panggil aku anjing hitam kepunyaan Diabolus?
Dipersilakan.
Kau nak kata aku lemah dan tidak layak menjadi Alpha?
Dipersilakan.
Aku boleh sahaja lawan si Diabolus bodoh itu. Namun, aku takkan boleh sewenang-wenangnya menyerang Diabolus.
Tak.
Tak semudah itu.
Nasib puak aku ada ditangan si kejam yang bertuhankan nafsu itu.
Jika aku tak menyerah diri untuk menjadi komander perang.Seluruh.
Seluruh puak aku akan mati.
Kau pun tahu Si Diabolus itu bagaimana bukan? Syaitan tak berhati perut."Veronica." panggilan dari Liam membuat aku terjaga dari lamunanku.
"Kau .kenapa termenung lagi. Sudah-sudahla tu..kau tak boleh kembali pada masa silam. Kalau boleh aku mahu selamatkan kau malam tu ..tapi.."ujar Liam lagi.
"Tak. Takperlu membebel. Aku okey. Aku sedang melakukan mind communication tadi."
"Wah! Kau dapat kuasai magic tu? Kira hebat sungguh si komander perang Scelus.! Magic itu sangat susah untuk dilakukan. Hanya yang hebat dapat melakulannya. Dengan siapa kau berkomunikasi?"tanya dia.
YOU ARE READING
UNCONTROL: THE LORD OF DEMON(Hiatus)
Fantasy🔱 Aku mencipta sebuah dunia, Dunia tanpa derita. Jadi aku tawarkan kau Sebuah dunia. Dunia Marlyland. Silakan masuk ke dunia ini. Aku berbesar hati. Namun, kau perlu bersedia, Dunia ini Bukan milik kita sahaja Terbinanya dunia lain Terselindung...