🔱BAB 20: THE DARK SOUL

21 4 0
                                    

Sebelum terus membaca. On dark mode dan mainkan lagu di atas untuk lebih penghayatan.

Selamat membaca.

🔱

Seekor burung hantu berbulu putih, terbang laju membelah langit.
Sebuah suratan takdir berada pada dirinya.

Takdir yang tidak mampu dihalang.
Takdir yang bersulam dendam.

🔱

Dia menggigil.
Bukan kerana Raja Kegelapan.
Bukan kerana gentar.
Terketar-ketar.
Wajahnya tanpa warna,
Pucat lesi seolah mayat hidup.

Kemarahan yang sudah lama menyepi
Kembali bangkit kerana dendam.

Dendam yang akan dia pegang hingga akhir hayat.
Dendam yang mendambakan nyawa si pengkhianat.

Bonda
Ayahandaku,
Mati di tangan mereka.
Tak terbela dan kematian mereka disambut meriah.

Rakyat tak mengenang jasa!
Keluarga diraja Mazicycal yang keji...

Dia tersenyum lemah, sambil melutut
Beralaskan lantai yang sejuk
Berharap ini semua hanyalah mimpi
Dia akan terjaga nanti.

Dia menangis.
Meratap kematian ayahandanya
Meraung seolah mampu kembalikan bondanya.
Sakit yang dia rasa tidak mampu dia bendung
Sakitnya melihat bondanya yang terseksa.
Pedih ayahandanya rasa tak tertanggung.

Daniel menjerit kuat, bagai halilintar yang sedang marah.
Seluruh kediaman istana ayahandanya bergoncang hebat.
Daniel masih melutut.
Genggaman tangannya semakin erat.
Rahangnya diketap kuat.

Seluruh badannya menggigil teruk,
Beban sebuah kebenaran yang disembunyikan amat payah untuk dia tanggung.

Sky Kingdom berada dalam gelap.
Langit yang tak pernah gelap menjadi hitam.
Tanah Sky Kingdom bergegar hebat.
Rakyat menangisi dan meratapi.
Sumpahan yang takkan mati.
Sehingga dendam dilaksanakan.

Dia,
Perwaris Sky Kingdom.

Berdarah bangsawan puak Vampire daripada bondanya,
Darah Bunian Amethyst, keturunan diraja diwarisi daripada ayahanda.

Istana itu diselubungi awan tebal, gelap segelap hati pewaris takhta itu.
Kilat bersambung-sambung menyambar.
Ramai penduduk Sky Kingdom bertempiaran menjauhi istana itu.

Raja Kegelapan memerhati, meliarkan pandangannya di sekeliling cucunya.
Angin kuat memusar dengan kepulan asap hitam berada di sekeliling Daniel.

Asap hitam itu perlahan-lahan menyerap masuk ke dalam badan pemuda itu.
Rantai yang selama ini dia tanam dalam diri Daniel sedang mengunci sesuatu.

Sesuatu yang dia tahu,
Jika ia bangkit.
Daniel akan menjadi semakin kuat.

The Dark Soul
Aku lenyapkan rantai yang menguncimu selama ini,

Tuanmu kini cuba menerima kehadiranmu,
Ambillah jiwa ini sebagai korbanku,

Jiwa yang penuh dendam
Hanya untuk mu.
Tubuh yang paling sesuai untuk kau bangkit dalam dirinya.

UNCONTROL: THE LORD OF DEMON(Hiatus)Where stories live. Discover now