🔱
Scelus Kingdom,
Dua bulan selepas itu."Pewaris The Blue Blood sudah bangkit nampaknya. Siapa dia?" kata Diabolus.
"Ryan Elbourne, tuanku. Putera Makhota Mazicycal Kingdom. Putera kepada Raja Elbourne Romeine." jawab Veronica.
Diabolus tersenyum sungging. Taringnya terlihat gerun. Jarinya mengetuk meja dihadapannya . Mata hitam kecilnya mencerlung padang tandus milik Scelus Kingdom. Dia bangun. Setiap detapan terdengar sangat menakutkan di dalam istana yang begitu sunyi.
Suasana istana sangat berlawanan dengan istana di Mazicycal Kingdom. Sunyi sepi hanya menyelubungi tempat itu. Terkadang jeritan kesakitan terdengar silih berganti dengan rayuan.
Diabolus pergi ke arah padang tadi dengan kerudung hitam yang labuh membaluti diri. terdapat dua orang pemuda yang dia bangga. Dia menyeringai senyum.
Pemuda berkulit cerah itu menunduk, tanda menghormati.
"Quid tu facis?" (kau buat apa?) tanya Raja Kegelapan dengan senyuman misteri yang masih tersidai di bibir hitam miliknya.
"Draconis (naga). Saya cuba menyerunya." balas pemuda itu sambil menunjukkan cincin naga yang dia dapat dari Darrel. Naga hitam milik Darrel.
Diabolus mencerlung. Tangan kanan kedutnya diangkat. Pemuda itu terbatuk-batuk,sakit dicekik dengan kuasa kegelapan milik Diabolus. rakannya yang lagi seorang terkejut cuba untuk menenangkan Diabolus. Dia juga dicekik.
"Bila kau mahu berubah? Sampai bila mahu terus lemah!" dicampaknya pemuda-pemuda itu di atas tanah.
"Maaf."
🔱
~Flashback dua bulan lalu~
Daniel dan Franky memasuki rumah agam milik Erdward Paul. Semua pembantunya berpakaian hitam termasuk ibunya. Mayat Darrel sudah diuruskan. Quin Iris memeluk Daniel, menangis tersedu-sedan. Daniel juga lemah tak bermaya. Air matanya jatuh. Dia tidak mampu terima kenyataan. Dalam keadaan begitu, kau tidak akan mampu menahan mana-mana emosi kau lagi.
Ketika hanya ada Daniel dan Franky di dalam bilik Darrel, tiba-tiba sebuah portal berwarna hitam muncul. Daniel dan Franky termangu berfikir. Dunia apa lagi yang menanti mereka. Mereka masuk juga.
Daniel melihat keadaan tempat itu sangat kelam dan sunyi. Kesunyian itu amat meremangkan bulu roma. Mereka berdua berjalan melewati koridor yang panjang. Pengawal istana berdiri seolah-olah patung cendana. Sebuah singgahsana terletak di tengah-tengah dewan.
Sekujur tubuh dengan kain kerudung sedang duduk di atas singgah sana itu. Seorang wanita juga berdiri di sebelah lelaki itu.
Raja Kegelapan merenungnya,
Raja Kejahatan sedang tersenyum sinis.
"Gratissimum... (Selamat datang)" kata lelaki itu sambil tersungging. Dia bangun mendekati Daniel.
Pemuda itu melihat keadaan sekeliling dewan, terdapat sebuah potrait yang besar tergantung. Seorang wanita yang anggun dengan gaun merun kembangnya sedang duduk di tengah-tengah.
Seorang lelaki segak duduk di sebelah wanita tadi. Dua pasang kembar sedang berdiri keliling mereka. Pasangan kembar pertama merupakan lelaki dan lelaki. Pasangan kedua pula merupakan kembar perempuan dan perempuan.
Dua wajah yang amat dia kenali. Erdward Paul dan Quin Iris.
"Sunt, familiae.(mereka adalah keluarga.)" kata lelaki itu lagi.
Daniel terkesima. Matanya membulat terkejut, terpempam dengan sebuah lagi kebenaran. Franky apatah lagi, tidak mampu mengawal reaksinya lagi. Mulutnya melopong.
"Tak..tak mungkin..siapa kau sebenarnya."
"Aku lah Raja Kegelapan. The Lord if Demigod. " senyuman misteri diberikan. Taringnya terlihat. Wajah datuknya sangat berlainan. Bibirnya hitam pekat. Anak matanya kecil.
"Kenalkan ibumu." seorang wanita dengan lenggok, rambut separuh hijau terang berjalan mendekati Daniel. Warna anak matanya juga berubah hijau, tanda dia sepenuhnya dari golongan bangsawan puak siren. Quin Iris tersenyum sedih.
"Apa..apa semua ni!" Daniel terasa mahu menangis dengan kebenaran yang terbentang di hadapan matanya.
"Daniel. Darrel sepupu kamu, sayang. Bapanya mati difitnah. Bapa Darrel merupakan seorang raja berdarah Bunian Amethyst di tanah Sky Kingdom. Mereka dikhianati oleh pembantu mereka bernama Wildneston. Ibunya iaitu kakak Mama juga mati. " terang Quin Iris sambil menyerahkan cincin naga kepada Daniel. Daniel ambil dan sarung.
"Kau tak curiga? Kenapa Raja Mazicycal Kingdom ambil kau di rumah kau sendiri?"
"Raja Mazicycal Kingdomlah yang menfitnah bapanya. ibunya mati di tangan mereka." kata Diabolus sambil memandang kosong.
Daniel berkerut dengan semua kenyataan itu. Mindanya kosong. Emosi mengawal minda. Dia jatuh pengsan.
🔱
Diabolus meniup asap hitam ke arah Daniel. Hanya Daniel sasarannya, Daniel perlu bangkit. Daniel menyedut asap itu. kerongkongnya terasa terbakar. Dia cuba mengguna kuasa semangatnya. Namun tidak berjaya. Dia menggelupur dengan kepanasan asap itu.
"Arghhhhh!"
Raungannya tidak diendahkan. Daniel merintis juga merayu. Franky gelisah melihat rakannya begitu.
"Erghh..The..Hidden Dragon! Aku seru kau.. un.tuk bangkit.." jerit Daniel dengan tersekat-sekat.
Dalam asap yang tebal itu, muncul angin yang kuat mengipas. Turunnya seekor naga merah garang dengan mata menikam tajam ke arah Diabolus. Sayapnya melindungi Daniel. Hembusan api terhasil ke arah Diabolus, dengan mudah dihapuskan olehnya. Daniel masih terduduk melutut. Naga itu menghembus perlahan ke arah Daniel.
Diabolus tersenyum sinis, dia kemudiannya berlalu pergi.
'Aku. Ferox. The Hidden Dragon yang kau seru.'
'Kenapa kau lambat sangat? Aku boleh mati tercekik tadi'
'Kau yang tak pandai seru aku. Berterima kasih jelah. '
'Diamlah kau.. '
'Jadi kaulah pewaris seterusnya? '
'Perwaris untuk apa? '
'Dasyat juga keluarga kau. Belum pernah lagi aku jumpa keluarga yang macam ni..saling bunuh membunuh. '
"Sudahlah kau.. Kembali semula'
Naga itu kembali setelah ditunjukkan cincin naga milik Daniel kini. Franky terasa mahu memeluk Daniel, bangga dengan rakannya berjaya menyeru naga itu. Rambut mereka berdua juga berubah coklat.
Daniel berdarah bangsawan dari puak vampire mempunyai rambut berwarna separuh scarlet. Kematian bonda dan ayahanda Darrel mesti dituntut. Darrel tunggulah! Aku akan membela nasib mereka!
🔱
YOU ARE READING
UNCONTROL: THE LORD OF DEMON(Hiatus)
Fantasy🔱 Aku mencipta sebuah dunia, Dunia tanpa derita. Jadi aku tawarkan kau Sebuah dunia. Dunia Marlyland. Silakan masuk ke dunia ini. Aku berbesar hati. Namun, kau perlu bersedia, Dunia ini Bukan milik kita sahaja Terbinanya dunia lain Terselindung...