Istana King Elbourne
Remy POVAku melihat Natasya terbaring lesu. Tidak bermaya. Tiada seri di wajahnya walaupun sudah semakin sembuh.
Aku memegang erat tangan kecilnya. Natasya yang dulu semakin hilang di pandangan. Kini, Natasya sangat lemah, badannya kurus dan wajahnya cengkung.
Kadang kala dia akan menangis dalam tidurnya yang sangat lama. Raja Elbourne sangat risaukan puterinya. Putera Ryan masih belum dikembalikan.
Keadaan istana juga suram tanpa peranan puteri dan putera Mazicycal Kingdom. Semua rakyat seolah-olah mendalami isi hati puteri mereka.
Natasya membuka perlahan matanya. Matanya bergenang lagi. Tiada esakan seperti selalu mungkin dia terlalu penat.
Aku bantu dia bersandar.
"Puteri, makan ya? Raja minta..."
Natasya menggeleng tidak mahu, seperti selalu.
"Panggil Emelyn."
Aku mengeluh perlahan lalu melepaskan genggaman. Aku mengangguk perlahan lalu keluar dari kamarnya.
🔱
Emelyn masuk sambil tersenyum. Dia memeluk erat rakannya.
Natasya teresak di pelukan menunjukkan begitu dia memerlukan Ryan di sisinya. Dia rindu abangnya.
Sesudah Natasya kembali tenang, Emelyn membuka bicara.
"Aku mimpi Ryan..." jawab Natasya, memang acap kali Ryan masuk ke dalam mimpinya. Punca utama dia menangis dalam tidur.
"Hmm..aku tau kau rindu dia..tapi kau tak boleh macam nii.."
"Tak kali ini mimpi aku lain.." terketar-ketar Natasya mahu memberitahu.
🔱
Bibirnya terketar-ketar menahan perit ditoreh. Badannya semakin lemah bila saban hari ditoreh dengan bilah hitam yang tajam menusuk.
Darah biru pekatnya mengalir pekat di luka-luka yang ada. Badannya hanya menyarung sepasang seluar pendek. Belakangnya jelas dengan bekas torehan.
Ryan digantung dengan rantai besi di pergelangan tangannya dan sekeliling rantai itu berduri. Begitu juga dengan kaki.
Dia menyembur darah beracunnya lagi. Liam menadah darah itu dengan mangkuk yang besar. Liam memakai perisai penuh supaya tidak terkena darah Ryan.
Dia menelan liur, bukan dia yang buat torehan ini. Sudah tentulah Raja nya yang lakukan.
Diabolus menoreh lagi belakang badan Ryan dengan kuasa kegelapan yang menyerupai pisau kecil dari jauh.
Ryan mangsa pertamanya yang membuatkan dia semakin teruja untuk menyeksanya. Kenapa?
Sebab makin banyak ditoreh, makin banyak darah beracun itu keluar.
Ryan tidak mampu membebaskan diri kerana Daniel menghasilkan Magic Anguilla dari kuasa kegelapan di sekeliling penjara bawah tanah ini.
Ryan terbatuk-batuk setelah muntah darah. Dia tidak mampu menghasilkan apa-apa kuasa. Dirinya asyik ditikam-tikam namun tidak pula mati.
YOU ARE READING
UNCONTROL: THE LORD OF DEMON(Hiatus)
Fantasy🔱 Aku mencipta sebuah dunia, Dunia tanpa derita. Jadi aku tawarkan kau Sebuah dunia. Dunia Marlyland. Silakan masuk ke dunia ini. Aku berbesar hati. Namun, kau perlu bersedia, Dunia ini Bukan milik kita sahaja Terbinanya dunia lain Terselindung...