Weh apa cer ni? Baru satu hari dah bnyak improvement. Ditepuknya bahu ariq. Tadi nak jadi pakcik bawang tak boleh, cikgu dah masuk. Ujar hakim menarik kerusi untuk diduduki.
Hahahah usaha tu kena ada bro. Ujar ariq riang.
Hahaha yelah. Aku nak berita baik secepat yang mungkin ye. Lalu mereka tergelak bersama sama.
*
Farah boleh lah. Tolong saya. Pujuk ariq
Masalahnya saya bukan cikgu. Lagipun susah nak ajar orang. Nak nak yang macam awak. Ujar farah melarikan diri.
Boleh lah. Ni je peluang saya nak berkawan dengan awak. Ujarnya meraih simpati.
Kenapa babitkan sya dalam hal awak? Ujar farah. Kalau awak rasa nak berkawan dengan saya. Guna usaha awak. Bukan mengharapkan sya ujarnya. Lalu dia meneruskan pembacaannya.
Saya tahu. Tapi susah lah. Awak nak saya masuk top50 sekolah. Saya setakat top10 kelas boleh lah. Ujar ariq hampa. Ingat senang ke? Bebelnya dalam hati
Sekarang ni top10 kelas no berapa? No 1 kan? So usaha lagi. Bukannya susah. Awak kelas ketiga dari 7 kelas. So awak ada 2 kelas lagi boleh challenge diorang. Ujar farah tanpa menoleh.
Dua kelas tu termasuk kelas awak. Susah bagi sya. Budak-budak awak dah lah pandai. Kalau awak boleh bantu sya lagi bagus. Pujuknya lagi
Tak nak. Usaha tangga kejayaan. Lagipun top50 sekolah takde kena mengena pun dengan sya. Ujarnya membawa diri ke dalam bilik.
Serius takde kena mengena dengan awak? Ujar ariq memegang sekeping gambar. Ni kalau tunjuk dekat sekolah ni confirm kecoh. Ujarnya mengugut farah.
Gambar apa tu ariq? Bak sini bagi saya tengok. Ujar farah mengarah. Terbantut aku nak masuk bilik.
Saya pelik kenapa awak pakai kain ye pegi sekolah? Kenapa tak pakai seluar? Ujarnya gelak.
Kenapa pulak sya nak pakai seluar pergi sekolah?soalnya pelik. Gambar tersebut ditenungnya. Bak sini gambar tu. Mana awak dapat gambar ni? Ujar farah cuba merampas. Tu gambar aku time kanak kanak. Pakai baju budak lelaki. Macam mana boleh dapat ni? Ujar farah kecemasan.
Mama bagi hari tu. Comel je. Ujarnya. Teringat kata kata mama. Mama nak anak lelaki. Semua pakaiannya dah disiapkan. Tapi tak sangka dapat anak perempuan. So disebabkan mama tak nak membazir, mama pakaikan baju budak lelaki sampai dia lah pandai protes. Lepastu mama simpan. Ingat dapat lelaki, kesudahannya reha yang last.
Bak sini gambar tu. Ujar farah. Merah mukanya menahan malu.
Ajar sya dulu. Baru saya bagi awak balik. Ujar ariq. Gambar tersebut disimpan dalan beg.
Okey sya ajar awak. Tapi sya tak janji tunjuk ajar sya mampu buat awak masuk top50. Tapi awak kena ingat pulangkan gambar tu balik. Ujar farah lalu meninggalkan ariq. Penat nak bergaduh sebenarnya.
Takpe. Dapat belajar dengan awak pun okey. Jerit ariq dari luar. Yeahhhh jeritnya dalam hati.
Farah hanya mengeleng mendengar. Aduhhh benak pikiran aku ujarnya memegang kepala.
Kak long okey?ujar reha yang sedang baring. Dia hanya memerhatikan tindak tanduk kakaknya dari tadi.
Tak. Ariq tu kusutkan kepala along betul lah. Nk suruh along mengajar dia pulak. Ujarnya lalu membenamkan kepala.
Aikk? Mamat tu minta along ajar dia? Soal reha pelik. Tak susah ke nak ajar dia along? Nampak macam kurang cerdik je sambungnya.
Ye. Entah lah. Along pun tak tahu ujarnya lalu menyelak buku untuk diulangkaji. Reha hanya mendiamkan diri setelah mendapat jawapan.
YOU ARE READING
Ia Bermula Dengan Cinta
RomantizmTolong terima surat ni.- Ariq *Ariq seorang lelaki yang ceria. Tak mudah berputus asa walaupun berkali ditolak. Dia pasti cintanya akan membuatkan hasil* Awak simpan je surat tu. Sya tak nak. - Farah *Farah seorang gadis yang unik. Hati sekeras bat...