20

1.1K 104 21
                                    




" yo ! " Yumi dan Akagi tiba dengan berpakaian dress berwarna. Jun tersenyum. " lama tak nampak korang. Rindu korang berdua " kata Jun mendepa kan tangan nya. Akagi dan Yumi memeluk Jun erat. " kau Cantik pakai dress putih ni. Macam Kau pula nak kahwin " puji Yumi sambil membelek-belek dress putih Jun.
" merepek,kau tak tengok lagi pengantin perempuan dia. Cantik ! " puji Jun bersungguh-sungguh. " serious ? Jom aku nak tengok dia ! " kata Akagi teruja.





Jun,Akagi dan Yumi menuju ke bilik pengantin. Akagi dan Yumi melopong melihat pengantin perempuan. Jun ketawa kecil. " kan ? " Jun menyiku-nyiku mereka berdua. " serious weh, lawanya dia. Untung la lelaki tu " kata Akagi sudah seperti fans. " sudah jomla kita ke dewan,kejap lagi dah nak mula " Ajak jun dengan anggukan mereka.

____


Rize memandang langit biru yang terbentang luas di atas nya. Dia menghirup udara segar di situ dan menghembus semula. Mata di pejam kan untuk beberapa saat. " Narase " ujarnya sedikit lemah. " kau nak tahu, aku hampir-hampir bunuh anak kau " luah nya kemudian teringat semula peristiwa sebelum ni. " salah aku,aku tak jaga dia betul-betul. Aku biarkan dia kawal diri nya sendiri. Untuk seketika aku give up,tak tahu nak buat apa. " Rize mendiam. " Narase,kalau Naomi dah dikalahkan. Bermaksud nya dia akan ke sini bukan ? Janji dia... Dia akan datang ke ? " soal Rize lagi. Angin bertiupan. Rize mengeluh kemudian berlalu pergi.



Majlis berjalan dengan lancar,bermaksud Daichi dan Kanon sudah berkahwin.
" heii, tengok orang kahwin ni. Rasa macam nak kahwin pula " Kata Akagi perlahan. Ketukan tidak beberapa kuat hinggap dikepala nya. " kecik-kecik dah gatal ye ? " Jun menjenggil kan matanya. Akagi ketawa kemudian tersengih. " yela, aku gurau Saja. " Akagi muncung. " hoi ! Korang masuk la ! Makan-makan ! " panggil Noi sambil melambai-lambai ke arah Jun,Akagi dan Yumi. Mereka akur dan masuk ke dalam dewan majlis tersebut. Pinggan masing-masing penuh dengan makanan. " ouh ye, mana sensei saka ? Tak nampak pon ? " Jun memandang sekeliling.

" ah, sensei saka tak dapat datang. Ada sesuatu nak buat Katanya. Entah la " Kirito bersuara kemudian menelan makanan nya. " ha ! kau tahu tak jun ! " sergah Yumi secara tiba-tiba. Terkejut Jun dibuatnya. " apa dia ? " dia menyuap makanan nya ke dalam mulut.
" cikgu kita tu dah tak single dah. Dia date dengan sensei Masaki " ujar Yumi dengan teruja. " huh ? Serious la. Woah " Jun juga teruja. " Dah-dah, makan la. Sejuk makanan tu " tegur Hikari dengan ketawa kecil oleh Mimi. Louis memandang sekilas. Dalam hatinya sebak, esok mereka akan bergerak pulang ke Verellyn manakala dia dan Hikari akan ke MellDives. Owh,sakit nya. Macam ni ke perasaan bila kene lepaskan orang yang kita sayang ?



Malam tu,perempuan tidur Sekali dalam satu bilik. " Mimi,kau ikut aku balik Verellyn eh ? " ujar Jun sambil menyikat rambut nya. " aah, balik verellyn jom " Akagi pula sedang baring di atas katil.
" entahla,aku rasa aku nak try berdikari.
Aku nak tinggal kat MellDives boleh ? " semua memandang Mimi. Pantas Jun memegang bahu Mimi. " Mimi~ dah besar rupanya Mimi kita ni " Jun menggoncang badan Mimi perlahan.
Meletus ketawa mereka. " Eleh yela tu,entah-entah tak boleh tinggalkan orang tercinta. Uuu~ " sakat Yumi.
" m-mana ada ! " Bantah Mimi Pantas.
" baiklah, Mimi. Jaga diri kat sana. Ada masalah panggil sahaja aku " Mimi mengangguk kemudian tersenyum.
" sedih la Jun,kene tinggal kan buah hatinya. Uuu~ " sakat Yumi lagi dengan gelak tawa yang lain. Wajah Jun berona merah.

Tokk Tokk

" siapa ? " jerit Yumi dari dalam. Malas semua mahu buka pintu bilik. " louis ! Nak pinjam Mimi kejap boleh ? " ujar louis dari luar bilik. Semua memandang Mimi sambil mengangkat kening beberapa Kali. Mimi buat-buat tak nampak. Dia membuka pintu dan keluar. Pintu ditutup semula, malu Kalau diorang dengar. Tanpa dia sedar telinga mereka sudah melekat di pintu. " kenapa louis ? " soal Mimi. Louis memegang belakang leher nya. " jom..? Jalan-jalan dekat kawasan ni ? " Ajak Louis. Mimi mengangguk dan mereka berdua meninggal kan tempat itu. Musnah harapan diorang mahu mendengar perbualan mereka berdua.



© Princess Verellyn 2 : The Third PrinceWhere stories live. Discover now