Thea memegang mug coffee panasnya dengan kedua belah tangannya sambil tunduk seakan berdoa. Ericka sip minumannya sambil menguis beberapa potongan buah segar didepannya. Kawan bicaranya seperti berdoa berberapa detik masuk jadi minit sudah tu sejak dari tadi.
Ericka : Panjang juga doa ko tu...
Dan Thea kelihatan mengangguk sedikit sambil mengangkat telunjuk tangannya. Sumandak itu masih terus seperti tadi dan mungkin minumannya sudah semakin sejuk. Thea tidur... Ericka menyedarinya.
Ericka : As your boss, I ask you to take a leave or saya siram ko pakai air sejuk ni!
Thea : Alright... Kasi saya cuti panjang kalau ko berani la boss.
Ericka : I hate you cousin! Ba ambil lah dua minggu. Keluar dari daerah ini.
Mata Thea segar melihat kearah Ericka. Serious saja dan Thea berfikir dia tidak pernah ambil cutipun, galak matanya melihat Ericka. Ericka mengangkat kedua tangannya sambil melotot kearah Thea.
Ericka : What?
Thea : I'll take one month.
Ericka menyandar mulutnya sedikit terbuka, cousinnya ini orang kanannya tapi dia tidak pernah bercuti. Ericka picit dahinya, dan berfikir kalau Mary bole mengambil alih tugas Thea buat sementara dan dia sendiri tidak boleh relax macam selalu. Ericka...
Ericka : Baik... Pigi la bercuti cousin.
Thea sip coffeenya yang sudah sejuk dan berdiri memberikan Ericka ciuman dipipi dan dia berlenggang menuju keretanya.
* * *
JR memerhati wakil dari Wah Engineering mengemukakan konsep pendawaian terbaru bagi hartanah yang hampir siap di Daerah Timur Sabah. Syarikat itu terpilih untuk menjalankan projek pendawaian bagi projek Daerah Timur.
Pembentangan itu dikendalikan oleh Miss Linda. Cantik, berambut pendek dengan badan berisi dan pandai bercakap. Hampir semua yang berada di bilik mesyuarat itu memberi tumpuan pada pembentangan Linda.
JR pula sibuk menerawang, mata di depan tapi fikirannya dicuri seseorang. Seseorang yang setakat ini memberi peluang tetapi bersyarat.
" How to seduce the girl..."
JR tersengih, kawan sebelahnya Gray sempat sikunya yang sedikit mengigau. Kumpulan pengurus-pengurus bahagian yang dikumpulkan oleh Sir Angelo bagi memberi mereka peluang mengendali, mengurus dan ilmu tambahan. Setiapkali ada projek baru bagi menyegarkan kemampuan dan pengalaman anak-anak muda tersebut.
Kali ini pasti juga Sir Angelo akan memilih sesiapa untuk mengurus tapak projek di Timur Sabah itu. Tentu muka baru dan ada peluang untuk dinaikkan pangkat lagi selepas ini.
Kedengaran tepukan tangan memecahkan suasana agak serius sebentar tadi dan itu membuat JR kembali merasa berada di bumi kembali. Lebih mengejutkan ramai rakan pengurus datang padanya, bersalaman dan mengucapkan tahniah. Mata JR memandang daddynya yang serious sahaja melihat kearahnya. Setelah semuanya keluar daddynya memberi isyarat untuk datang mendekat pada lelaki lebih tua itu.
Sir Angelo : I choose you my son. JR, urus penyelesaian projek. Memantau penyiapan sahaja sebab Mr Bronson sudah mengurusnya sejak dari awal.
JR : Why me Dad? Dad kan tahu hubungan saya dengan Bronson kurang baik.
JR merasa ada denyutan di kepalanya yang membuat dia sedikit pening. Ada kisah lama yang buat dia kurang senang dengan lelaki itu.
Sir Angelo : You'll married soon jadi ini peluang untuk menggantikan tempat daddy sebagai CEO utama Morden Housing Company.
YOU ARE READING
Sleep With The Enemy
General FictionLima tahun yang lalu, di suatu pagi yang indah menjadi medan pertengkaran di antara Thea Conrad dan Angelo Damien JR setelah menyedari pasangan tidur semalam mereka bukanlah pasangan yang diinginkan. Saling berjanji untuk melupakan, mengakhiri dan s...