Part 11: Backyard Garden

3.1K 161 8
                                    

Hari pertama JR muncul di pejabat cawangan Timur Sabah. Jam 8:00am dan hanya seorang tukang bersih-bersih disana yang sibuk mengatur pejabat sambil membebel dengan suara kurang jelas. Dan seorang pekerja lelaki muda bertugas sebagai kerani am sudah mula sibuk menyusun fail yang berselerakan diatas mejanya. Kerjanya nampak teratur, label file menggunakan gambar kereta sport yang nampak menarik dan inovatif.

JR memerhatikan itu, dan si Danny dengan kacamata bulat agak tebal itu balik-balik tunduk padanya.

Danny : Ada yang boleh saya bantu tuan?

JR : Pengurus kamu jam berapa sampai?

Danny : Oh rasanya dia ke bawah tadi bersarapan...

Dari pintu pejabat terdengar suara-suara gembira. Dan muncul wajah Bronson bersama empat orang staff perempuan dan dua lelaki muncul dari pintu.

Bronson : Good morning, Our Boss Mr Angelo Damien JR. OK kembali ke kedudukan masing-masing.

Staff : Thanks belanja sarapan boss. And welcome to East Sabah Mr Angelo.

Macam dicomand, semua staff berdiri dan memberikan tepukan termasuk Danny yang terpinga-pinga. JR hanya mengangkat tangannya sambil tersenyum dia mengekori Bronson memasuki bilik.

Bilik yang tersusun rapi seperti juga Bronson yang rapi dan... licik. Tapi JR tidak mencadangkan pada CEO sekiranya dia tidak melihat bakat dan talent yang dimiliki Bronson. Satu sahaja, lelaki ini tidak suka terpisah dengan duit, judi, wanita dan alkohol. Bagaimanapun sebagai pengurus cawangan East Sabah, Bronson adalah salah satu dari yang terbaik.

Bronson : Boss, saya sudah sediakan bilik khusus untuk wakil CEO.

Bronson berdiri dan berjalan beriringan dengan JR ke bilik sebelah. Dalam perjalanan menuju kesana pandangan JR menangkap sosok seseorang.

JR : Linda?!

Tu tondu berambut pendek berdiri sambil tersenyum. Sedikit kelihatan mengoda dengan kemeja mengikut potongan badan dan skirt pencil... Argh... Kenapa tu tondu ada disini?

Linda : Since saya jaga projek pendawaian elektrik, ibu pejabat tempatkan saya disini.

Kata tu tondu menjelaskan dan mejanya berada diluar bilik yang ditunjukkan oleh Bronson pada JR. JR menghela nafas, macam banyak godaannya termasuk Bronson yang menyusahkan.

Mereka memasuki sebuah bilik pejabat, kemas dan rapi juga banyak cahaya. JR mengangguk puas hati. Bronson juga tersenyum puas, ya dekat pada banker dan hatinya berbunga-bunga.

* * *

Kemarin JR menghantar Thea ke sebuah rumah dengan 3 bilik dengan bilik air sendiri didalamnya. Terletak dikawasan bukit dengan pokok-pokok terpelihara. Rumah kecil sederhana dan nyaman. Halamannya dipenuhi herba juga orkid yang bergantungan. Menurut JR itu rumah pejabat yang akan ditempati siapapun wakil dari pejabat utama.

JR tidak membenarkannya membuat sebarang pergerakan ataupun perkerjaan yang mampu membuat kecederaannya bertambah teruk. Ada bibik berketurunan Tator yang datang mengerjakan tugasan pada waktu siang dan menghilang sebelah petang.

Dua hari Thea hanya bergolek ditempat tidur atau menonton video. Juga makan... bosan.

Thea : Ada cangkul ka?

Bibik : Ada tu tapi tuan JR suruh simpan.

Thea : Parang?

Bibik : Juga ada tapi juga disimpan sama tuan.

Thea : Habis apa saja yang boleh saya guna untuk ke kebun belakang?

Bibik : Mrs mau apa? Ayo bagitau aja saya ambilkan.

Sleep With The Enemy Where stories live. Discover now