Part 10 : Move In

3.8K 163 11
                                    

"Er... Yes its me Mr JR"

JR : Kau bikin apa kacau ni malam-malam?

Bronson : No jangan salah sangka...

Bronson hisap-hisap sigup macam ni hotel, hotel bapa dia. Berlagak seperti gangster dan langsung tidak ada hormat pada atasannya.

Bronson : Tolong saya Boss, last.

Bronson mempertegaskan kata-katanya dengan raut wajah seolah minta kasihannya. Padahal ada sengih mengejek pada bibirnya. JR mengigit bibirnya sambil tangan kiri mencekek pinggang dan tangan kanan meraup wajahnya.

Kalau sahaja dia tidak peduli maka hal ini tidak akan pernah menghantuinya. Tetapi dia jatuh cinta dengan Thea, Bronson memerangkapnya dan kini menjadi biawak hidup. Menyusahkan hidup JR, mungkin Thea sekiranya dia mampu buat tondu itu ingat semuanya.

Mata Bronson lihai melihat perubahan itu dan dia mula menyedut rokok dan menghembusnya dengan gaya samseng. Sengaja buat bossnya terpojok dengan tindakannya.

Bronson : I'll tell the girl kau yang memusnahkan hidupnya.

Rahang JR mengeras begitu juga genggaman tangannya membentuk penumbuk yang mampu Bronson pengsan seminggu.

Sekali lagi asap rokok Bronson tiup ke muka JR tanpa hormat langsung.

Bronson : 10K saja tidak banyak atau gambar-gambar itu akan berpindah tangan.

Alis sebelah mata Bronson diangkatnya ala-ala The Rock. Lelaki itu memerangkapnya.

JR : Kau jual dia! Dan dia rela.

Tawa Bronson berdekah membelah kesunyian malam mungkin mampu membangunkan penginap yang lain.

Bronson : Dia tidak mengharapkannya bangun disisi orang yang salah.

JR menjegilkan mata pada Bronson yang menyandar di pintu biliknya. Si penyangak itu senyum mengejek pada JR yang menggaru kepala didepannya.
JR masuk ke dalam biliknya dan Bronson menyalakan rokok ke dua sambil batuk-batuk kecil.

JR : Nah, last. Jangan ganggu dia dan aku lagi.

Cek berpindah tangan, berberapa keping gambar diserahkan pada JR. Bronson mengipas-ngipas cek itu di wajahnya sambil mula melangkah.

JR : Memorie Card!

Langkah Bronson terhenti, menyeluk saku kemejanya dan menyerahkan pada JR. Setelah itu dia menghilang didepan lif menuju bawah.

"Pang... "

Pintu bilik ditutup keras, JR mendapatkan gambar-gambar yang ditunjukkan Bronson jelas menunjukkan dua tubuh manusia sedang berasmara dengan wajah sumandaknya jelas menunjukkan wajah tidak bersalah Thea.

JR meringis, cepat-cepat mengoyakkannya menjadi kepingan kecil dan pam kedalam mangkuk tandas termasuk kad memori yang didakwa Bronson mengandung gambar aksi rajang JR dan Thea.

JR menumbuk dinding tandas berberapa kali. Dia sendiri menempah risiko mahu memperisterikan tondu yang mungkin... pasti akan meninggalkannya setelah mengetahui rasiah lima tahun lalu.

JR memasang shower dan duduk dibawahnya sehingga dia kesejukan dan puas menyalahkan diri sendiri.

Sedangkan di lobby hotel Bronson tersengih kerana dia masih berpeluang mengugut JR dengan berberapa lagi salinan memori card yang dia simpan di kediamannya.

"hahaha..."

Dia menyeluk sakunya sambil ketawa dan mendekati keretanya, dia boleh terus ke pub dan menyambung urusannya dengan pemilik pub itu.

Sleep With The Enemy Where stories live. Discover now