Part 9 : Sabah East Chinese Town

4.8K 168 7
                                    

"Excuse me sir, you want some juice?"

JR tengok tu stewards, senyum-senyum. Keningnya dialis er... bukan keterlaluan tetapi memang dirapikan. JR tengok tu stewards sambil senyum miring disebalik sepek hitam dan dapat sebotol juice orange. Wah untung... Orang lain belum tentu dia bagi satu botol, biasanya cup kecil sahaja.

JR memakai cap Nike putih sama sepek hitam. Dia tidak pakai formal setakat T. Shirt Polo warna merah dengan kolar baju dinaikkan keatas dan seluar khakis pendek. Alaha... tagap bei si JR. Masa keluar dari airport terus ramai ni pemandu teksi tiba-tiba panggil dia "Boss" macam kenal bertahun-tahun.

Ada ba juga pemandu grab car sana tu tapi JR ambil teksi juga. Sebab pemandu teksinya lebih tua dari si pemandu Grab Car. Kelebihannya si pemandu teksi banyak bercerita tentang daerah Timur Sabah ini sejak berberapa tahun lalu dan ya mengingatkan JR tentang banyak perkara.

Tiba di Hotel yang disebut oleh JR pada pemandu teksi memberhentikan kereta didepan lobby. Selepas mengucapkan terima kasih JR menuju receptionist yang bertugas. Well tu sumandak seperti terlalu excited dan cekap sahaja menyerahkan kunci bilik pada JR.

Sewaktu JR beredar dari hadapannya, ada suara berteriak tertahan yang kedengaran dari belakangnya. Si receptionist dan kawan-kawannya barangkali. Well JR akan terkenal di hotel ini...

* * *

JR membayangkan makanan seafood yang menarik dan dia bersiap-siap untuk mengisi perut kosong. Dia tahu dimana mendapatkan makanan tersebut hanya dengan berjalan kaki. Jam tangan menunjukkan 5:45 semasa JR sampai di restaurant atas air.

Dia memesan siakap stim, sup sayur masin, mixed vegetables, butter prawn untuk seorang. Dalam hati mau oder siput sedut, kerang dan sotong panggang dan ketam rebus tapi taukeh restaurant macam luarbiasa tengok dia. Dan rasanya dia tidak mampu habiskan itu seorang diri. Ehem sudah la JR... Nanti kurang tagap ko sana.

JR menyimpan keinginan itu untuk hari lain, mungkin esok. Nah setelah duduk hampir sejam dan menghabiskan semua itu JR bergerak. Dan seperti biasa JR berjalan kaki. Sedikit jauh tetapi berbaloi dengan apa yang masuk dalam perutnya sebentar tadi. Dan dia hanya perlu berjalan perlahan dan nah tu na dekat sudah.

JR sampai dan dia sudah dahaga bila sampai disitu. Mudah, oder minuman dan cari tempat yang disukai dan selepas ini boleh berfikir untuk makanan lainnya. JR menikmati air yang dipesannya sambil duduk merehatkan otot yang penat setelah berjalan sebentar tadi.

Night market East Chinese Town memang menarik dan kesempatan ini buat JR seperti di negara lain. Tidak jauh dari tempat duduknya ada lorong menuju kenidupan malam bandar itu. Tidak menakutkan seperti sangkaan orang yang belum pernah kesini. Malah sangat menarik dan banyak makanan murah.

Saat itu lah keluar dari lorong itu lelaki yang sangat dikenalinya mengheret seorang sumandak yang terkakai-kakai cuba mengapai apa yang mampu dia pegang untuk menghalang lelaki itu dari terus mengheretnya.

JR berdiri memerhati dengan saksama, sepertinya dia mengenali tu sumandak juga. JR melangkah laju menghampiri dan sebelum itu suatu gerakan gesit mampu dibuat oleh si sumandak.

Pergelangan tangan yang tadinya dipegang erat oleh kusai bantaton bertukar fungsi. Si sumandak dengan kesempatan yang ada melompat ke depan dan memaksa si kusai melepaskan tangannya. Tu tondu kemudian dengan gerakan gesit memutar tangan si kusai dan menguncinya hanya dengan tangan kiri dan tu kusai masih juga berkeras dan si tondu dengan mudah menguncinya ke belakang membuat si kusai melengking kesakitan.

JR kemudiannya mendekati mereka apabila si kusai melekat di keretanya. Tertangkap seperti penjahat dalam filem Melayu.

JR : Thea...

Sleep With The Enemy Where stories live. Discover now