🎀 02

472 45 10
                                    

"Err agh!"

Eh, bukan buat suara gersang okey. Itu suara kaki semacam cramps tak boleh bangun.

"Aduhh, kenapa dengan kaki ni. Jangan buat hal, kelas tak masuk lagi-"

"Kenapa?"

Taehyung kembali semula. Dia pandang aku yang masih terjelepuk di atas rumput itu. Aku pandang dia dengan muka menyampah tahap dewa.

Kau masih tanya kenapa? Apa kau tengok aku tengah main congkak ke apa dengan gaya aku ni? Eish.

"Kau lah ni. Kan, aku cakap tadi aku tak boleh panjat, kau tolak jugak. Orang cakap tak boleh, tak boleh lah! kan kaki aku dah patahhh.. huwaa..ni semua salah kau.."

Aku tunduk semula sambil mengetuk-ngetuk kaki yang tak mahu berfungsi.

Alah, kenapa manja sangat nak menangis ni pompuan!

Dan, tubuhku diraih oleh lelaki itu. Dia angkat aku dengan gaya pengantin. "Ya-yahh! Kim Taehyung, kau gila ke?"

"Diam, boleh tak?" dia pandang aku.

Gais, aku cuak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gais, aku cuak. Ya aku cuak sebab dia pandang aku. Maksud aku dia pandang aku dalam situasi aku dalam dukungan dia. Jarak wajah aku dengan dia hanya seinci. Jadi boleh faham tak kenapa aku ada perasan tu?

Damn, kenapa muka dia boleh buat jantung aku berdegup macam kompang dipalu, pengantin malu.

Dia bawa aku ke bilik rawatan.

Alah, kononnya nak hilangkan rasa bersalah dia lah tu, sebab tolak aku. Well, kalau ikutkan rasa marah. Aku boleh kurangkan dalam 5 peratus je. Aku masih bengang.

Kenapa hari aku begitu sial setiap kali bila ianya ada kaitan dengan Kim Taehyung.

Aku hampir kemalangan, aku terlewat ke sekolah, aku jatuh, punggung jadi mangsa, kaki terseliuh. Fuhh. Boleh aku katakan
cukup lengkap kesialan aku hari ini.

"Macamana boleh jatuh? Awak nakal lagi ke?" pertanyaan abang yang merawat aku membuat aku gelak ayu.

Boleh tak kalau aku jawab aku memang sengaja nakal sebab nak dirawat oleh abang jururawat yang hensem ni?

"Dia jatuh longkang."

Eh, bukan jawapan aku tu. Tak guna si Taehyung kenapa dia masih tercegat kat situ? Eish!

"Lain kali hati-hati. Ini nasib baik terseliuh aje, kalau patah macamana.." kata abang jururawat yang berbaur nasihat. Aku angguk saja macam kera duku. Tak boleh nak buat adegen romantik dengan dia sebab ada si malaun tanah tu yang asyik pandang aku dari tadi.

"Okey, dah siap." Abang jururawat memandangku dengan senyuman yang seakan memberikan semangat. Sumpah, dia comel sangat.

"Terima kasih, abang." aku balas balik senyumannya.

[C] MINEWhere stories live. Discover now