🎀 30

248 24 9
                                    

percaya atau tidak, citer ni dah sampai ending nya.

****

Aku terdiam. Kata-kata Jimin terimbas dalam ingatanku. Sekarang aku tak boleh menyangkal sikap Jackson sangat aneh.

"Hae ra, kenapa? Awak tak nak ambil ke buku awak?" Jackson masih menghulurkan aku buku latihan itu. Aku menggeleng dan aku pandang wajahnya. 

"Awak cakap buku ni tertinggal di rumah awak, sedangkan buku ni awak pinjam dari saya." beritahuku dan dia terdiam kemudian dia buat-buat senyum. 

"Ah, saya lupa. Saya ingatkan-"

"Jadi betullah? awak cuba perangkap saya?" aku terus melemparkan pertanyaan itu. Jackson pandang aku dan raut wajahnya terus berubah. Dia menggeleng perlahan.

"Apa yang awak cakap ni, saya terlupalah. " Dia cuba bersikap tenang namun ianya masih kelihatan sukar.

"Kalau awak terlupa, awak tak akan beri alasan yang sama pada orang lain juga." Kali ini nadaku mulai meninggi. Aku tak tahu kenapa, tapi rasanya sakit kalau benar Jackson melakukan hal itu.

Jimin memberitahuku Jungkook membelasah Jackson sebab dia nampak Jackson meletakkan buku latihan itu di laciku. Bukan buku latihan semata tapi di dalamnya terdapat skema jawapan math yang hilang. Kalau kes tadi diketahui, memang nahas aku. Itu pun nasib baik Jungkook sempat bertindak. Tapi, aku malah melakukan hal sebaliknya.

Aku membentak Jungkook dan menyalahkan dia. Ketika dia berusaha menjelaskan hal itu, aku langsung tidak mahu mendengarkannya. Aku menggangap itu hanya taktik Jungkook untuk menyalahkan Jackson.

Tapi sekarang aku menyesal melakuinya. Jungkook menghilangkan diri.

"Saya ingin percayakan awak Jack, tapi kenapa hati saya cakap awak tak jujur?" Aku pandang wajahnya. Dia masih seperti itu. Masih cuba melindungi dirinya yang jelas-jelas cuba menutupi kesalahan yang terang terlihat.

" Awak mesti terpengaruh dengan kata-kata Jungkook kan?" dia menduga.

"Dia tak pengaruhi saya tapi awak yang jelaskan segalanya. Jujur, saya memang nak marah pada awak tapi saya tak boleh. Awak kawan baik saya. Saya cuma nak tahu kenapa? kenapa saya? " Pertanyaanku kali ini membuatkan dia tersenyum sinis. 

"Tch, saya ingatkan lepas singkirkan Taehyung, dah tak ada siapa yang akan ganggu plan saya. Tapi saya silap. Dia betul-betul berjaya buat awak nampak kebenaran." Jackson memandangku dengan raut wajah sinisnya.

Aku tersentak mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Singkirkan Taehyung? Jadi apa yang diberitahu oleh Jungkook sebelum ini benar, Jackson yang menjadi dalang di sebalik semua ini.

Aku rasa sesak. Sakitnya kenyataan itu. Mengingatkan kata-kata Taehyung agar aku menjauhi lelaki ini adalah satu amaran yang harus aku turutkan. Tapi aku mengendahkan amaran itu sehinggalah, aku menyakiti hatinya dan juga rakan-rakannya. 

"Ke-kenapa awak buat semua ni? Apa salah saya?" aku cari kekuatan untuk memandang wajahnya namun apa yang aku rasakan, hatiku bertambah sakit melihat senyumannya. Dia nampak begitu bahagia melihatku tersungkur. 

"Wah, sepatutnya ending ni lebih dahsyat. Saya harus menyaksikan kemusnahan hidup awak, tapi Jungkook tak guna tu, menggangu. Tapi takpe, sekarang ni dia tak akan menggangu lagi. Sekarang ni dia dah menyesal sebab ikut campur dalam hal ni." perucapan Jackson semakin menakutkan. Aku rasa ianya benar. Lelaki ini ada masalah mental. Lihatlah dirinya sekarang, dia sedang ketawa ketika melihat penderitaan orang lain.

[C] MINEWhere stories live. Discover now